In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
Aku kagum melihat dia.
Dia yang masih istiqamah bertudung labuh.
Cantik.
Kuatnya Allah pegang hatinya.
Bekerja di tempat terbuka bukan penghalang.
Aku lihat prestasi kerjanya.
Aku tahu tanggungjawabnya saat itu besar.
Tanggungjawab menjaga nama baik Islam ada di sisinya.
Alhamdulillah, kerjanya produktif.
Aku bertambah kagum.
Mata aku masih setia memerhati.
Setiap pergerakannya.
Aku berharap aku sekuatnya.
Sekuatnya menjaga cinta kepada Islam.
Umat Islam itu bukan lemah.
Muslimah itu bukan lemah.
Seperti aku sendiri pernah berfikir
Kerjaya aku kelak di khalayak ramai.
Perlu berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia.
Mampukah aku setia dengan tudung labuh?
Semoga aku masih setia dalam menutup aurat.
Kawan aku menyapa.
"Dekat sini ada jual arak lah"
Aku terkesima sebentar dan mataku liar mencari kedudukan arak.
Allahurabbi,
Barangkali ini desakan hidup.
Aku masih berfikiran positif
"Kalau orang beli arak, barangkali tukar cashier lain"
Tapi aku teringat akan hadis pengharaman arak.
Hati aku merintih.
Jujur rasa nak menangis.
Ya Allah, berkatilah dia dan halalkanlah rezeki buatnya.
Aku mengerti zaman sekarang bukan mudah hendak mencari pekerjaan.
Bukan mudah juga untuk jalani kehidupan dek kenaikan harga barang.
Aku mengerti itu.
"Duit gaji dia ada share yang tidak diasingkan hasil jualan arak."
Ayat ini membuatkan aku terfikir sehingga hari ini
Walaupun realitinya kejadiaan ini telah seminggu berlalu.
Ya Allah,
pastinya tidak Engkau rancang pertemuan ini satu yang sia-sia.
Pasti Engkau ingin memberi peringatan kepadaku.
----- TAMMAT -----
Dear Salimi Ismail,
Tanggungjawab engkau terlalu banyak.
Buanglah kesedihan memikirkan patah hati yang sia-sia itu.
Letakkan keyakinan kepadaNya.
Salimi Ismail,
Janganlah engkau lupa akan tanggungjawabmu sebagai pelajar
Usah dibiarkan masa berlalu dengan perkara sia-sia
Sesungguhnya rugilah engkau jika tergolong dalam mereka
Yang tidak menatapi kesabaran dan tidak beringat kepada kebaikan.
Salimi Ismail,
Jangan pernah give up dalam mencari ilmu.
Ekonomi Islam memerlukanmu.
Belajarlah untuk meguasai ilmu
Ilmu yang mampu membuatkanmu berjaya memahami
Memahami betapa hebatnya permainan ekonomi dunia yang sakit
Dan perlu diubati dengan ekonomi berlandaskan Islam.
Tajdid niat.