Monday, 20 January 2014

Dear Sahabat.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Jarang buka laptop sejak Allah izinkan guna tab.
Tak macam tamhidi dulu, laptop sentiasa terbuka.
Bila laptop terbuka mula godek-godek fail-fail silam.


Buka album gambar tengok gambar sahabat ni
Tersenyum sorang-sorang aku ni.
Manakan tidak
 jatuh bangun jatuh bangun.
Salah faham pun banyak mengalahkan orang bercinta.
Barangkali sebab terlalu sayang.
HAHA.




Ya Allah
Rasa sweet sangat persahabatan ni
Kadang rasa tak percaya Allah temukan sahabat sedegil dia.
Degil dan berkeras nak buat kebaikan, in shaa Allah.




Manisnya ukhuwah itu sampai kadang-kadang lupa nak jatuh cinta dekat ajnabi.
Serious.
Betul orang kata, ukhuwah itu mampu menyelamatkan kita.
Menyelamatkan kita daripada terikut-ikut dengan hawa nafsu.
Ya Allah, serious indah berukhuwah kerana Allah.

Aku sedar aku typical yang cepat cemburu bagai.
Tapi lama-lama bila berukhuwah ni rasa perasaan tu kurang sikit demi sikit.
Kadang rasa macam tak percaya boleh rasai sendiri 
Bagaimana ukhuwah boleh membentuk akhlak.
Tak perlu nak bercinta dengan ajnabi then belajar nak bertolak ansur bagai.
Tak perlu tak perlu.
Belajar melalui persahabatan memang mematangkan sudah :)




Alahai 
kalau dulu tengok kawan-kawan yang solehah-solehah dekat KI
Mesti cakap dan bagi pandangan bukan-bukan.
"Tak sekepalalah dengan orang yang baik-baik."
Statement ni kalau diingat kembali memang mampu membuatkan aku ketawa pada diri sendiri.
Siapa kata orang baik membosankan?
Subhanallah, duduk dengan sahabat yang baik-baik ni menenangkan sebenarnya.
HAHA.

Alahai salimi ismail, bagaimana lawaknya zaman kenakalan kau.
Tapi senakal-nakal kau, pada realitinya kau sedar kau mencari sesuatu kan?
Kau mencari redha Allah kan?
Kau mencari erti kebahagiaan sebenar kan?




Hidup aku sekarang bahagia sangat-sangat.
Alhamdulillah.
Kadang-kadang perasaan sedih tak bersebab datang.
Barangkali rindu nak meminta dengan Dia Yang Maha Penyayang.
HAHA
Lepas bercerita dengan Dia mesti tersenyum balik.
Rasa bersyukur sangat Allah hadiahkan hidup yang sangat berliku.
Di mana saat berliku itu sangat indah dikenang sekarang.


Satu benda aku nak cakap.
Aim betul-betul sebelum nak buat apa-apa.
Sebab Allah akan bagi sepertimana yang kita nak.

Kalau kita belajar nak DL
in shaa Allah Dia bagi dengan syarat kita berusaha
Tapi
Kalau kita belajar aim nak cari redha Dia?
Kalau kita belajar aim nak tolong umat Islam kelak?
Semua aim nampak mulia tapi sebenarnya berbeza :)

Sama sahaja seperti persahabatan.
Kena ada aim yang jelas kenapa bersahabat dengan seseorang.




Pandangan peribadi aku
Kalau orang itu tak pernah sakitkan hati aku, bukan special namanya!
Nak tahu kenapa?
Sebab hanya orang yang special aku akan concern.


Lawak sangat lawak mengenangkan moment-moment bergaduh.


Almaklumlah
Allah pertemukan dua manusia yang memang tak sekepala.
Seorang berdegil nak buat kebaikan
Seorang berdegil nak teruskan kenakalan.

Terima kasih sahabat menjadi daie terbaik.
Sabar menanti aku melalui titik perubahan itu :)




Kawan itu bukan hanya sekadar berkawan di dunia.
Moga-moga persahabatan itu kekal di akhirat.
Di syurga yang dijanjikanNya buat insan yang setia menjadi hambaNya.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: