Wednesday, 8 January 2014

Ikhlas.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Kejadian ini sudah berlalu sebulan lebih.
Cuma aku sanggup tak sanggup sahaja bercerita.
Sebab even aku sedang bergembira, buka cerita ni mesti menitis air mata.

Ujian Dia tanda kasih sayangNya :)

Aku pernah share dekat surau dalam tazkirah.
Ini tazkirah berantai. Memang budak kk1 ni aim aku bagi tazkirah rupanya.
Dan aku memang ada niat, kalau nama aku kena panggil aku nak cerita kisah ini.
Barangkali Allah pilih untuk menjadi inspirasi dan pengajaran buat kawan-kawan yg lain.





Rapuh.
Rapuh apabila Allah cuba uji keihlasan kita.
Keikhlasan kita membuat kebaikan utk dapatkan apa.

Pinjaman Boleh Ubah Bank Rakyat.
Aku uar-uarkan kepada kawan-kawan suruh isi.
Dengan harapan aku pun akan dapat kan kan.

Siapa sangka Dia merancang sesuatu yang lain.
Waktu aku jawab soalan bank rakyat, internet terputus.
Umi cakap, "Kalau ada rezeki adalah."
Aku saat itu memang lansung tak mengharapkan sudah.
Barangkali sudah lali dengan ujianNya.


Sebenarnya
Aku menanti juga rezeki biasiswa bagai ni.
Okay. Nampak? Menanti sahaja tanpa usaha.
Aku tak sanggup usaha lebih-lebih lagi buat masa ini.
Kerana secara jujurnya aku masih terkesan dengan "kejatuhan"


Nak dijadikan cerita memang aku tak dapat PPBU Bank Rakyat
Seminggu juga aku ambil masa bersendirian mencari hikmah
Putus berhubung dengan family sebab sedih sangat
Bagi aku tiada siapa rasa sakitnya ujian bertalu
Umi abah boleh berkata sabar sabar
Adalah rezeki di mana-mana
Tapi bagi aku yang masih muda normal kalau bimbang status menganggur
Normal kan? Aku pun nak bina keluarga dengan kesenangan juga.
Sebab aku sendiri ada banyak wishlist yg simpan dalam hati.
Di mana wishlist itu memerlukan duit utk direalisasikan.
Nampak tak hidup aku tak sesenang mana pun.


Saat itu memang rasa nak nangis lagi
Sebab kawan-kawan yang kita uar-uarkan itu semua dapat.
Dalam hati memang berbolak-balik
Kalau tak berbolak balik bukan hatilah itu.
Biasalah syaitan jentik bisik itu dan ini.
Sampai satu tahap suara hati menyampuk
"Kau tolong kawan-kawan kau ikhlas tak Salimi?"
Kalau ikhlas sewajarnya aku gembira untuk kalian semua.
Pujuk hati lagi dan lagi





Sabar.
Janji Allah itu pasti.
Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
Kebaikan paling mahal ialah syurga.


Aku tak tahu kenapa aku rasa aku dah terlebih matang
Dan ujian yang Allah bagi tak pernah putus
Setiap ujian yang Allah diselitkan hikmah tersendiri
Aku belajar sikit demi sikit.
Sedar tak sedar ujian daripada Allah membentuk diri aku yang baru.
Sayangnya Allah dekat hambaNya ini.

Berikanlah keredhaan dalam hidup ini Ya Rabb.





Tapi
Entah kenapa hati ini yakin
Rezeki Dia buat aku untuk kesenangan dunia ini Dia tangguhkan
Berdoa dan terus berdoa.


Sebenarnya
Rezeki Allah ada sudah banyak buat aku sekarang
Kewangan aku jauh lebih baik berbanding asasi dahulu
Memang dasar melayu terlalu mengharapkan duit orang
Duit usaha sendiri lansung tak nampak -.-





Wahai kecekalan, bangkitlah!



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: