Tuesday, 17 January 2012

Cerpen: Masih Terbukakah Jalan yang Benar?

“Aini, kau kejut aku lepas mamat ni habis bagi tazkirah, okey! Aku ngantuk lah”

“Okay!”

Aini hanya mengikut arahan. Dirinya sendiri sengaja menyibukkan diri membuat kerja lain. Seakan-akan pentazkirah di hadapan kelas berdiri seperti tunggul kayu.

“Orang yang beriman akan cintakan ilmu dan akan menghormati orang yang memberi ilmu”

Sentap Saffa mendengarnya. Seakan-akan kata-kata falsafah itu khas buatnya. Saffa yang hanya tidur-tidur ayam hanya menahan sabar.

“Alahai mamat ni. Sengal lah. Ikut suka aku lah nak buat apa. Yang engkau bagi tazkirah waktu mata aku tengah layu ni kenapa.Memang sengaja nak malukan aku kan. Siap arh engkau!”

Tangan Aini cuba meraba-raba Saffa seakan-akan memberi isyarat untuk bangun. Saffa hanya menepis perlahan-lahan. Tahulah Aini kawannya itu sudah mendengar kata-kata falsafah bermadah itu.
Tazkirah diteruskan sahaja. Semua mata tertumpu kepada pentazkirah kecuali Saffa yang hanya meneruskan tidur-tidur ayamnya itu. Idea dicari untuk mengenakan Mamat Bajet itu.

Selesai sahaja tazkirah, Saffa mengangkat muka lalu memandang tajam ke arah Mamat Bajet! Diambil tisu, lalu dituliskan sesuatu untuk melepaskan geram.

Aku benci Monyet Hutan!

Diletakkan tisu di bawah plastik yang melindungi meja. Sengaja dibiarkan supaya ada yang membacanya ketika kelas persediaan berlansung. Kelasnya digunakan oleh kaum yang berlainan jantina dengannya. Tahulah dia tempatnya sentiasa menjadi sasaran orang kerana kedudukan yang strategik di bawah kipas. Rimas juga melihat tempatnya bersepah setiap pagi. Inilah salah satu sebab Saffa sering hadir awal ke kelas pada waktu pagi. Lebih suka untuk mengemas tempatnya dan apabila rajin dikemaskan kelasnya.

Pagi itu meja Saffa bersepah terlebih daripada biasa. Hatinya mula merungut bising.

“Dasar jantan tak pandai jaga kebersihan! Ada hati nak kawin ngan perempuan cantik tapi tuan punya badan lansung tak smart!”

Dikemas-kemas mejanya. Mata terbeliak besar apabila melihat tisu yang sengaja ditinggalkan semalam. Ada sambungan pada coretannya.

Nak cari gaduh ke?

Tulisan cacing kerawit itu membuatkan Saffa tersentap. Dia bertambah bingung sekarang.

“Ada yang tahu ke Monyet Hutan tu untuk sape?”

1001 persoalan bermain di fikirannya. Badan disandarkan di kerusi sambil fikiran berlegar-legar.

“Mustahil orang lain tahu Monyet Hutan tu ialah Muhammad Helmi”

……………………..

“Kak Saffa!!”

Lamunan Saffa dimatikan dengan jeritan Atikah.

“Hai Kak Saffa, ingat orang Kuala Kubu ke?”

Sudah menjadi kebiasaan Atikah selaku pemilik sebelah katil Saffa menyakatnya sepanjang masa. Tidak meriahlah kehidupan Saffa tanpa suara merdu sahabatnya ini.

“Amboi Kak Atikah sayang. Bukan main sakat orang.”

Sengaja dibiarkan soalan tadi tidak dijawab. Khuatir andai diangguk akan memakan diri sementara digeleng akan bertambah dosa menipu. Mereka sudah terbiasa menggunakan panggilan Kak sebagai tanda hormat antara satu sama lain walaupun pada realitinya mereka adalah sebaya.

Suasana sepi seketika. Kedua-duanya saling berpandangan. Kembali disertai gelak ketawa.

“Malaikat lalu”

“Alhamdulillah, malaikat ziarah kita juga”

“Alahai, malaikat ni macam tahu-tahu saje kita nak bukak gosip baru”

Saffa membalas kata-kata itu dengan senyuman yang ikhlas tak ikhlas. Fikirannya masih berlegar-legar entah ke mana.

“Kak Atikah, kenapa manusia susah nak makan saman erk. Maksud kita kenapa kita susah nak terima nasihat orang lain especially daripada orang yang kita tak suka.”

“Pada pandangan I kan, sebab syaitan dah kuasai hati kita. Membenci orang kan sifat mazmumah. Syaitan sendiri sukakan orang yang berada dalam keadaan marah. Bila kita dah kamcing dengan syaitan, makin senang lah kita dikencing oleh syaitan. Kan remaja zaman sekarang mudah terpengaruh dengan kawan sendiri.”

Lawak antarabangsa yang penuh dengan kejujuran itu disambut dengan gelak kecil.

Saffa cepat menangkap isi yang cuba disampaikan sahabatnya itu.

“Saffa, bila kau benci orang syaitan akan melompat kegembiraan. Mana tidaknya! Hati kau dah ada tompok hitam. Jadi susah ilmu nak masuk. Ilmu itu kan cahaya! Alahai Saffa, apa nak jadi dengan kau ni benci orang sesuka hati.Siapa kau nak nilai orang lain. Kau bukan perfect juga.”

Rungutan hati Saffa bagaikan mahu memaki dirinya sendiri.

“Kak Saffa, I nak kene gerak dulu. Ada perjumpaan kelas dekat Dewan Makan. Kita sambung nanti okay.”

“Terima kasih”

Perpisahan mereka diakhiri dengan salam. Saffa masih terbaring di atas katil. Matanya tertumpu ke siling.

“Kak Saffa! Try you selak Surah Al-Ahzab ayat 21. Warkah cinta daripada Allah untuk you. Assalamualaikum.”

Atikah yang tadinya berlalu pergi kembali menjenguk Saffa kembali.
Saffa segera mengambil Al-Furqan yang disimpan di dalam almarinya.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak mengingat Allah. 

Berulang kali lidah yang petah berkata-kata itu mengulang ayat suci itu. Cuba memahami apa yang cuba disampaikan. Pasrah. Saffa blank seketika. Terasa kerdil baginya untuk mentafsir ayat suci itu. Dibiarkan saja untuk ditanyakan kepada sahabatnya kembali.

Sepanjang hari Saffa kebisuan. Tidak seperti biasanya yang suka membuat kecoh di dorm. Fikirannya sedikit terganggu. Rasa jauh diri ini daripada jalan yang benar. Kegembiraan yang dirasa hanya setakat gelak ketawa yang seketika. Dalam hatinya terasa ada sesuatu yang hilang. Entah kenapa semakin hari semakin tersimpang jauh. Majlis ilmu yang dianggap seperti taman syurga lansung tidak menyentuh hatinya. Hanya sekadar hadir untuk mengurangkan bebelan daripada kawan-kawan yang lain. Saffa juga menyedari kata-katanya kini semakin melampaui batas sebagai manusia. Terasa sifat riak menguasai diri. Gurauan dilemparkan hanya menyakitkan hati kawan-kawannya tanpa disedari.

“Kalau benda itu tak penting, adik diam saje okay! Umi bimbang bertambah dosa adik kalau bercakap benda sia-sia”

Nasihat ibunya terlintas di fikiran. Jauh di sudut hati rindunya kepada keluarga setinggu gunung yang mengalahkan bukit. Saffa lebih memilih untuk mendengar nasihat ahli keluarganya. Terasa bagaikan semua nasihat mereka benar sahaja. Tiada yang dikatakan salah dan tiada yang ingin dibantahkan. Semakin lama berjauhan, semakin lupa akan nasihat-nasihat itu.

Hati Saffa semakin bertambah keras apabila pelbagai dugaan yang menimpanya di asrama. Bagaikan satu hentaman yang dahsyat baginya. Dia semakin membenci kawan-kawannya. Tiada lagi kata maaf yang boleh diterima. Fitnah yang disebarkan terlalu dahsyat baginya. Insan yang sengaja bermain api dengannya akan ditambahkan minyak. Bagaikan segala kejahatan dikuasainya.

“Kau nak tahu kenapa aku benci budak-budak yang baik tu? Sebab mereka semua tu tak boleh bimbing aku jadi baik! Nak baik mereka-mereka je. Kenapa mesti pandang serong dekat aku? Aku buat salah satu, tapi menghukum aku macam 1001 massalah aku buat!”

Alasan itu sering berlegar-legar di fikiran Saffa. Entah kenapa terlalu berat kata maaf untuk mereka. Saffa semakin sedar, bisikan syaitan menguasai dirinya. Berprasangka buruk menjadi penambah rasa dendam.

Nota cinta diterima.

 saya nak MARAH tapi ALLAH kata JANGAN !
 saya nak BENCI tapi ALLAH kata JANGAN !
 saya nak LAWAN tapi ALLAH kata JANGAN !
 saya nak PUTUS ASA tapi ALLAH kata JANGAN !
 saya nak MEMBERONTAK tapi ALLAH kata JANGAN ! 

 KERANA ALLAH kata jadi saya cuba LUPAKAN apa orang KATA dan BUAT pada saya!
 KERANA ALLAH kata jadi saya cuba SABARKAN HATI IKHLASKAN JIWA TAWAKALKAN DIRI ! 


Kali ini apa yang cuba disampaikan Atikah mula difahaminya. Surah al-ahzab mengingatkannya supaya mencontohi Rasulullah SAW. Mengingati dan kembali kepada Allah adalah jalan penyelesaian bagi segala masalah. Air mata Saffa mula bertakung. Ditundukkan kepala untuk mengelakkan sahabat yang lain melihat tangisannya. Dosa-dosa lalu diingat kembali. Tindak tanduknya yang dikuasai nafsu bagaikan menghentam diri barunya.

Bermula dengan masalah disiplin yang dilakukannya, dirinya semakin dipandang serong oleh sahabat-sahabat. Di situlah bermulanya episod kehidupannya yang dikuasai nafsu ammarah. Kerana nafsu ammarah itulah, tidak mengizinkannya menerima nasihat. Keegoan yang tinggi menambahkan kesombongan diri. Kejayaan dunia semakin dikejar agar manusia tunduk dengannya suatu masa nanti. Tiada lagi pegangan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Saffa sedar dia telah hanyut dengan dunia kezaliman yang diciptanya sendiri.

Kelas persediaan malam tamat. Saffa terus menuju ke surau. Tidak selera baginya menjamah supper. Hatinya rindu untuk mengadu domba dengan Allah setelah sekian lamanya. Pengampunan ingin dipohon. Moga-moga pintu taubat terbuka untuknya.
Amalannya ditambah lagi dengan membaca kalam Allah. Diselak bacaan terakhirnya seminggu yang lalu ialah pada muka surat 44. Al-Quran hijaunya menjadi saksi titisan air mata kekesalan.Seakan-akan Allah berbicara dengan-Nya apabila matanya tertarik untuk membaca tafsir Surah Al-Baqarah itu pada ayat 263.


Perkataan yang lebih baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Mahakaya, Maha Penyantun.

Yakinlah Saffa kini, Allah masih sayangkan dirinya. Terima kasih Allah.


Notakaki: ingatlah bahawa Allah adalah tujuan kita hidup.

Nasihat:
Kepada yang menjadi mangsa seperti Saffa~
Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman. "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)..
Kepada yang menjadi pemimpin yang berkalibel~
Bilamana seseorang manusia mencari2 kesalahan orang lain kadang2 dia akan buta dengan kelemahan dirinya sendiri.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

2 comments:

Aqilah Ahmad said...

realiti kn lin~~nice.moga Allah redha=)

lin~ said...

realiti hidup~ thanks :)