Monday, 27 February 2012

Result oh Result~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

memandangkan bulan mac hampir tiba~
makin ramai pula yang sudah mula ungkit tentang result.
okay,
sebelum ni memang susah nak fikir mengenai result SPM.
selalu fikir tentang kerjaya sahaja~
tetapi,
hati mula dah tak duduk senang,
bila tarikh result SPM menjadi tanda tanya ramai pihak~

bayangkan~
kalau orang ramai bercakap mengenai persoalan agama sama seperti result SPM?
konfem,
hati manusia akan takut dan resah melakukan kejahatan kan?

umi:
kak lin, sekolah dua minggu lagi, pastu cuti seminggu. habis cuti keluarlah result kan?
konfem 22 mac? senang sikit umi nak plan cuti.

umi selalu cakap tentang itu~
saya akan sebak bila dengar umi cakap macam itu
sebab~
dalam fikiran ini terbayang-bayang suasana rumah
bila saya dah resign daripada menjadi guard rumah sepenuh masa!
rindu terhadap rumah itu mesti lagi dahsyat
kalau nak dibandingkan duduk hostel sebelum ini~
banyak sangat kenangan kan (.")

saya tak pergi PLKN,
alhamdulillah~
saya tak ambil lesen kereta @ motor,
alhamdulillah~
saya tak berkesempatan pergi kelas speaking,
alhamdulillah~
saya susah untuk keluar lepak dengan kawan2,
alhamdulillah~
saya tak diizinkan bekerja sambilan,
alhamdulillah~

kadang2 apa yang kita suka, bukan yang terbaik kan?
jadi Allah dah hadiahkan kehidupan yang simple di rumah ini~
Alhamdulillah (.")
okay reader,
berhenti merungut apabila disuruh bantu ibu ayah~
ketahuilah suatu hari nanti anda akan rindukan saat kesibukan itu!


pitcha di atas~
diambil ketika SPM 2010
batch 55 (.")


pitcha ini gambar real
ketika batch 56 berperang untuk detik terakhir~
13 dis 2011.

entah kenapa ramai budak excellent cuak tak dapat straight A
sedangkan~
kalau dapat C+ dalam subject kritikal dah lulus untuk
apply MEDIK atau yang setaraf dengannya.
mungkin kerana~
harapan yang disandarkan terlalu menggunung!
agree?

notakaki:
SPM itu boleh jadi Sijil Paling Mudah~
jika kita nekad,
untuk membuat usaha yang luar biasa!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

2 comments:

Cik Eiyra said...

assalamualaikum dan selamat malam .
jum join GIVEAWAY ini : http://rasacintasaya.blogspot.com/2012/02/giveaway-saya-nak-menang.html

TERIMA KASIH YEA =>

lin~ said...

w'salam dan selamat malam (:

dengan izin-Nya, saya akan cuba join untuk support!

welcome~