"Sahaja aku menulis entry blog kerana Allah Taala."
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda:
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
seminggu tak update blog .____.
sesuai dengan perjanjian dengan diri sendiri*
alhamdulillah.
dengan izin-Nya tinggal dua minggu sahaja lagi kuliah untuk separuh sem due ini .___.
21 Jan bermulalah perjuangan menghadapi mid-sem.
pejam celik pejam celik awal sem katakan selamat tinggal pada aku.
alhamdulillah, Allah yang Maha Merancang dan Allah sahaja yang mengetahui segala hikmah.
"Aku lebih dekat denganmu daripada urat lehermu sendiri"
25 Nov.
memulakan perjalanan dari airport pengkalan chepa, 30 minit perjalanan tiba di KLIA. lepas zohor lepak Giant, beri barang keperluan untuk sebulan. Hampir rm100 -.-
26 Nov.
pendaftaran sem due, memulakan hari dengan senyuman. pergi bank Islam bayar yuran, gerak USIM settle hal-hal lain. gerak ke KISAS untuk ambil sijil SPM bersama Farha. gerak ke Jalan Tar. dan mesej masuk daripada abah mengatakan mok dah pergi buat selama-lamanya. al-fatihah.
27 Nov.
pergi usim pagi dan dapat tahu lab masih belum mula. gerak ke library usim. tenangkan diri dengan mata sembap lagi memikirkan arwah mok. sesi petang mula kuliah fizik.
28 Nov.
terlalu merindui mok.
30 Nov.
talk "Ku Nanti Pemilik Tulang Rusukku." by Hilal Asyraf.
tidak ada kejayaan yang lebih besaar selain daripada syurga. Yes, inspired me!
07 Dis.
balik rumah housemate dekat Setiawangsa. teman housemate yang nak spend masa dengan family memandangkan mak ayah beliau ke tanah suci-Nya sepanjang cuti sem hari tu. memandangkan baru merasai kehilangan orang tersayang, belajar untuk menghargai orang tersayang.
hari lahir abah yang ke-46. rasa macam nak peluk abah kuat-kuat minta restu. (bajet nak kawin) HAHA. abah sambut birthday dengan bawak umi dan adik-adik pergi stadium perlawanan persahabatan Malaysia-Thailand.
08 Dis.
Program Sweet Sour Teenager Life untuk Tamhidi Dentistry. Aku ponteng tanpa rasa bersalah dan teragak-agak. Tak suka sharing-sharing dalam kelompok yang kecil. Just realised, I am a mysterious person.
10 Dis.
Perasmian Minggu Bi'ah Solehah. Tazkirah Perdana by Razif Fuad. Ikatkan ilmu dengan menulis.
11 Dis.
Tazkirah Maghrib by MPP. Nabi SAW ajar manusia berusaha dan Nabi SAW ajar cari lorong2 kebaikan.
14 Dis.
Bicara Siswi "Siapa Pengganti Siti Khadijah?" Doa, kesannya hingga akhir hayat. Maka berdoalah kepada-Nya .____.
Talk Ustaz Don. Kita cari pahala ikut kemampuan kita, yang penting cara Rasulullah.
16 Dis.
pertemuan bulatan gembira pertama. sesi taaruf. hidup perlu banyakkan sedekah. even senyum dikira sedekah .___.
19 Dis.
Kuiz Math dan Kuiz Biology. Alhamdulillah, Allah banyak bagi petunjuk .____.
21 Dis.
cuti lima hari bermula. belum bersedia untuk pulang ke kampung halaman. masih banyak kekuatan daripada Allah diharapkan.
26 Dis.
Kuliah bermula. dapat result Kuiz Math. Result warna-warni. Semuanya bantuan Allah yang memberi petunjuk saat masa hampir tamat.
28 Dis.
gerak Giant beli stok bulanan. hanya rm50 .____. kejayaan seorang perempuan berjimat.
29 Dis.
Santai Siswi "Rasulullah, Dalam Mengenangmu." You are the best -Allah- who are the best? Yang menyuruh makruf dan mencegah kemungkaran.
30 Dis.
Bulatan Gembira kedue. "Jati Diri sebagai Hamba dan Khalifah." al-Quran manual book paling penting dalam kehidupan.
02 Jan.
Result Kuiz Bio dapat. not bad at all. satisfied, alhamdulillah. dapat pengajaran baru dalam pemarkahan kertas biology, tak sama dengan pemarkahan tahun lepas .____.
Tafakkuf fiddin. Surah al-Fatihah. tempat kita beribadat ini sangat sekejap dan akan ada pengakhirannya TAPI ganjarannya lama (selama-lamanya).
03 Jan.
Kuiz Fizik Chapter 1 .___.
perjalanan yang sangat lancar. terima kasih Allah. sem due tiada lagi istilah kebosanan. sedar diri sesungguhnya hidup ini hanya sekejap, tiada masa untuk kebosanan.
Moga-moga dipermudahkan dalam mengatur langkah seterusnya.
next week ada 3 kuiz/test.
kuiz kimia chapter 1-3. test math 1. kuiz biology chapter 4-5.
doakan orang di sini sentiasa mengingati-Nya dalam segala perkara.
._____.