Sunday 29 July 2012

LATEST [DATE]

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

ramadhan kareem <3

blog mula sunyi sejak~
salimi ismail tekad mengejar cita-citanya yang menggunung (!)
and alhamdulillah~
selesai sudah mid sem untuk sem pertama.


berada di zon tawakkal~
kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertawakkal kepada-Nya.
baik buruk result kelak~
kena belajar terima dengan hati yang terbuka
kerana
perancangan ALLAH penuh rahsia
dan 
pada masa yang sama~
Allah mengetahui bahawa itu yang terbaik buat kita.

kadang2 kita dah baca buku bagai nak rak~
rasa macam boleh jawab
tapi~
keluar2 result rasa macam tak berbaloi dengan usaha.
actually~
Ujian itu rahmat daripada Allah.
Allah nak dengar rintihan daripada kita.
Allah ajar kita erti bersyukur dan erti sabar (!)
sweet kan Allah bermanja dengan kita (:

motivasi diri sikit*

"anis, nak tengok cerekarama!"

balik-balik tarawih baru teringat yang
hari ini hari sabtu~
dan hari ini ada date dengan TV (!)
setelah hampir dua bulan tak date dengan TV~
akhirnya,
berkesempatan juga.
hari ini hari tanpa buku <3
izinkan fikiran berehat sahaja :p


tajuk cerekarama Maafkan Aku~
sangat tersentuh dan berpengajaran (!)

aku hanya nak cakap~
hidayah itu milik Allah.
wasilah Allah nak bagi hidayah ini sangat unik
sebab Allah kenal kita lebih daripada kita kenal diri sendiri (!)
mungkin cara Allah sampaikan hidayah yang mengetuk hati kita tak seindah orang lain~
tapi,
bersyukurlah jugak (!)
mungkin Allah sedar yang hamba-Nya ini degil dan hanya itu cara terbaik.

"Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau menghadiahkan kami hidayah-Mu."

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday 5 July 2012

Kisah Kelas TUH - Yakin Dengan Doa

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

finally~
Allah gives me some idea to share with all of you.
yeah, a true thing is~
i always trying to make a new post
but i do not click the button of publish post (!)
why (?)
bcoz i think
it is no need for me to share something that is private (:

aku cuma nak share apa yang terjadi sewaktu kelas TUH sebentar tadi.
yeah, area jam 03.30pm - 05.30pm
apa itu kelas TUH (?)
kelas al-Quran dan Hadis <3
even aku lemah arab~
aku suka amat subject ini
sebab mengkaji al-Quran (:
mungkin ini salah satu hikmah Allah tempatkan aku di sini.

selesai bergelak ketawa melayan kerenah kami
student-student lepasan SPM
yang pada kebanyakannya mendapat A BAT dalam SPM 2011
menterjemahkan satu persatu perkataan bagaikan pelajar darjah satu~
ustaz memaklumkan kepada kami
bahawasanya kami diberi tugasan untuk membuat assignment.
kami perlu merungkai tajuk yang diberikan dengan menggunakan ayat al-Quran dan Hadis.

tajuk oh tajuk (!)
nak dijadikan cerita semua group memilih tajuk kan~
langit.laut.solat.khinzir.bintang.
satu tajuk yang menarik perhatian aku~
P.U.A.S.A (!)
mestilah banyak point nak tulis tentang puasa kan~
memandangkan RAMADHAN nak dekat dah :D

bayangkan situasi di mana kami perlu mengangkat tangan
jika ingin menempah tajuk itu =.='
dan hati saya yakin juga~
pasti ramai yang akan berebut tajuk PUASA (!)
macam jual beli apa saja =.='

nombor 14 (?)

pergh~
muslimat-muslimat dentistry besar-besaran mengangkat tangan termasuk aku :D
muslimin (?)
entah~
jaga pandangan plak masa tu :D
maka dengan itu ustaz tidak dapat membuat pilihan group mana yang perlu buat tajuk PUASA itu.
sekali lagi ustaz mengarahkan kami meletakkan tangan dan mengangkatnya kembali.

cuba teka apa terjadi (?)

yeah, tepat sekali (!)
ustaz memilih group aku untuk menyelesaikan tugasan tajuk PUASA itu.
aku hanya mampu tersenyum dan kagum dengan Allah (!)

di sebalik tabir menanti no 14 disebut~
mulut aku terkumat kamit membaca satu doa ini.
moga-moga ustaz tertarik untuk melihat wajah aku.
yeah, supaya memilih aku di kalangan ramai yang angkat tangan (!)


alhamdulillah~
aku yakin dengan Allah (:

kesimpulannya~
Allah ada di sisi kita setiap masa.
doalah, nescaya Dia perkenankan (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.