Sunday, 3 March 2013

Empty.



"Don't expect respect from others, until you learn to respect yourself first."




















Learn how to be nice with myself.




















Allah is listening. HE IS. Remember that, no matter we say it out loud, have thought in mind or just feel it in heart.



















Always believe with Allah!










this entry is a symbolic of my empty heart.
Ya Allah, ease my way of hijrah please.










"manusia seringkali merungkai kesalahan orang, namun manusia seringkali lupa untuk mendorong mereka untuk menjauhi melakukan kesalahan yang sama."


learn how to face the problem alone.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 21 February 2013

arabic subject kill my mood!

"rasa nak campak buku arab ke lantai. entah ada apa masalah dengan subject ini. "


bahasa arab, subject membunuh dan menikam-nikam stress aku supaya bertambah stress.
hanya itu yang mampu aku cakap.
spoilkan mood sepanjang hari kalau menghadap bahasa arab.



"ilmu itu cahaya dan cahaya takkan masuk dalam hati orang yang buat maksiat."



okay, fine!



aku memang banyak dosa dan aku tak pernah pinta dosa itu menyelubungi aku.





ilmu fardhu kifayah cemerlang!

ilmu fardhu ain hampeh!





kadang hati rasa nak lari tinggalkan universiti.
rasa nak duduk rumah menghadap al-Quran 24 jam sepenuh masa!





orang takkan pernah faham kalau aku cakap aku lemah bahasa arab.





sakit hati menanggung tu dalam sangat sangat sangat.


terlalu dalam.


lebih dahsyat daripada putus cinta dengan manusia.






tambah-tambah bila memang diwajibkan belajar subject ni sampai detik ini!


kenapa mesti Allah pilih aku?







aku adalah golongan yang rugi. golongan yang tak dapat menguasai subject bahasa.


aku dah cuba, tapi belum masanya dan mungkin takkan pernah tiba masanya.








aku perlu faham perasaan orang yang lemah subject core juga!
lagi sakit hati mereka kerana sistem Malaysia memang mengutamakan subject2 itu dan bukan mengangkat martabat bahasa al-Quran sangat.




aku kena tetap bersyukur dengan kelemahan yang diberikan.






"kadang kita tanya kenapa Allah pilih kita menuntut ilmu yang kita tak minat, dan jauh sekali daripada minat itu. tapi sebenarnya Allah tahu hanya kita yang mampu menguasai ilmu lebih. Ya, kerana kita yang terpilih!"





- salimi ismail sangat give up sekarang. taknak banyak cakap lagi. mahu muhasabah diri. mahu fikirkan jalan keluar daripada masalah ini -

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 11 February 2013

USRAH.

"ikatan aqidah dan ukhuwah lebih kuat daripada ikatan darah."



baru selesai usrah. alhamdulillah. rasa tahap kekuatan mengatur langkah meneruskan kehidupan bertambah. terima kasih Allah kerana adakan mereka di saat aku hampir tersungkur meraung dalam hati lemah longlai.






entry yang lepas bukti betapa anti aku pada usrah. [klik





we are talking about ikhlas. and it is interesting part when i got a new knowledge. do you know how the concept of ikhlas comes from? 

"ikhlas itu bilamana seseorang manusia itu sedar bahawa dia melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah yang suruh dan kerana Allah yang larang, itulah bezanya dengan amalan manusia dengan malaikat. malaikat melakukan amalan tanpa perintah Allah. kerana keikhlasan itu, manusia dimuliakan."



"ikhlas itu umpama semut hitam yg kalah peperangan"

hanya mampu ketawa teringat ayat ini waktu bincang topik ikhlas dalam usrah tadi. terima kasih kepada individu yang melontarkan idea yang membuatkan aku pelik dan terpaksa menyemak kebenarannya :)


ilmuan islam pernah berkata, 
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


"tahap keikhlasan itu kita tak boleh ukur. ikhlas itu salah satu rahsia Allah. yang mampu kita buat hanyalah berdoa kepada Allah moga-moga kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa ikhlas."





selesai bincang tajuk utama, kami mula buka sesi berkongsi pendapat. nasihat yang cukup awesome! subhanallah, terima kasih Allah atas segala nikmat Engkau pinjamkan ini. dekatnya Engkau dengan hamba-hambaMu yang sedang berusaha mencari jalan menghampiri-Mu.

i just can say...

"orang yang join usrah bukanlah yang lahir sedia baik, tak kira lah naqibah mahupun ahli usrah. Kami masing-masing ada sejarah hitam."


tapi, ada sesuatu yang perlu kami lafazkan setiap kali perasaan malu menguasai diri apabila fikiran mula memainkan kisah silam kami.


"kita kena tetap bersyukur sebab kita yang Allah pilih terima hidayah-Nya. Allah tunjukkan kita kebenaran dan Allah campakkan kesedaran kepada kita kembali kepada-Nya. nikmat dan peluang itu bukan semua manusia dapat."






seorang ahli usrah melontarkan persoalan bagaimana untuk mendapat kekuatan bertudung labuh. ahli usrah tidak kekok berkongsi pengalaman mereka. cemuhan dan gurau senda keluarga besarnya berkonsepkan sinis telah mengalirkan air mata salah seorang ahli usrah kami yang baru sahaja berhijrah. 


"bagaimana untuk kekal kuat hadapi cemuhan manusia?"


"bangun solat malam! cara terbaik berdua-duaan dengan Allah. letakkan pergantungan pada-Nya. minta bantuan-Nya mempermudahkan urusan hijrah. Moga-moga orang sekeliling dilembutkan hati menerima penghijrahan kita."


"saya takut nak berhijrah sebab saya punya attitude yang tak berapa nak sopan. bergurau dengan orang ikut suka hati, ketawa ikut suka hati. saya bimbang akan menjadi fitah kepada golongan yang pakai tudung labuh."


"persoalannya kini, adakah anda yakin dua tahun akan datang, anda akan masih mempunyai attitude itu? attitude kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. kalau anda rasa dengan berhijrah tempat mampu mendekatkan anda kepada-Nya, berhijrahlah!"



aku tak pasti kenapa mudah sahaja Allah jawabkan persoalan yang bermain di minda aku sepanjang minggu ini.

Allah, Maha Agung-Nya Engkau, mempermudahkan segala urusan hamba-Mu ini.




naqibah mengakhiri usrah dengan kata-kata persis seperti kata-kata yang mengikat hati aku untuk kuat di jalan-Nya.



"hidup ini tiada erti bosan kalau kita pandai memanfaatkan-Nya. Majlis ilmu memanggil, jangan pernah ditinggalkan. Malaikat ada di majlis ilmu. Banyakkan berdoa di dalam majlis ilmu itu,"


banyakkan membaca, banyakkan mencari ilmu, tambahkan cinta pada ilmu.


"Ilmu itu cahaya dan cahaya TIDAK AKAN masuk dalam hati yang dikotori maksiat."


sama-sama bersihkan hati dalam misi mengenali pencipta awan :)






.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.