Wednesday, 24 April 2013

the end.

leave all memories.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.




.23 Mei 2012 - 18 April 2013.

setahun berlalu dengan rakusnya (hiperbola tak menentu). Hari-hari aku di tahun asasi tak seindah hari-hari aku di tahun SPM.



semakin meningkat dewasa semakin banyak Allah nak ajar. i need to admit that. cabaran hidup semakin lama semakin banyak. so, cukuplah waktu SPM dulu aku cakap, 

"indahnya masuk u, tak payah pakai uniform bagai, nak pergi kuliah ikut suka, tak payah beratur perhimpunan rasmi nyanyi lagu di samping dengar ucapan panjang lebar."

aku dah taknak buat ayat,

"bestnya dah habis belajar nanti. tak payah menghadap buku sepanjang masa, ada gaji sendiri, ikut suka nak beli apa."

taknak dah buat ayat sadis gitu. nanti "indah khabar" semata-mata. aku dah dapat ikut rentak hidup kehidupan yang mencabar ini. subhanallah, makin banyak nikmat yg Allah pinjamkan, makin bnyk ujian.



belajar jadi hamba Allah dari hari ke hari kerana satu kebenaran yang aku tak boleh sangkal mahupun syak, hari demi hari aku semakin menghampiri kematian. itu fakta yang jelas! 



membina motivasi dalam diri sendiri. mencari aim yang jelas. 


selesai asasi tak sama macam selesai SPM. aku keluar dari bumi wakafan berbekalkan kenangan penuh tarbiyah dan penuh adab sopan. keluar dari tahun asasi berbekalkan kenangan menghadap buku tak tentu pasal dikelilingi istilah persaingan.


seperti aku katakan aku benci sistem pendidikan Malaysia yang seperti burung kakaktua ni. kerana sistem burung kakaktua inilah lahirnya golongan yang pandai tapi tak bijak. 

"pandai hanya berguna dalam dunia akademik, manakala bijak berguna dalam kehidupan realiti."
-Pikat Remaja Dengan Kata-kata; pg 11-


ada yang pertikaikan kalau tiada sistem peperiksaan, mesti orang akan belajar main-main. mari sini aku nak pertikaikan, kalau tiada sistem peperiksaan tiada lah niat budak belajar nak gembirakan mak ayah, nak kerja besar-besar. 

belajar is not about menghadap buku, jawab ikut skema. belajar itu ialah menambahkan ilmu untuk dibekalkan ke akhirat. salah students sekarang, mereka tiada skill bermasyarakat, memuliakan manusia lain. macam aku sendiri yang terasa diri tak berapa nak bijak!




--------stop emo--------




aku cuba atur kehidupan dengan kegembiraan di sini. aku cuba. kehidupan yang Allah bagi terlalu indah tetapi aku tak berapa bijak nak hargai. once again, tak berapa nak bijak bermakna kepandaian tak diiringi dengan kebijaksanaan. 

kena belajar untuk lebih bijak.

tiada kekurangan pada insan-insan sekeliling aku di sini. apa yang ada pada mereka, aku kena adapt. dengan insan-insan inilah aku kena bekejasama dalam tempoh masa yang lama untuk membina jati diri dalam memberi manfaat kepada Islam kelak. 

mereka ini insan-insan yang hebat.





selamat tinggal tahun asasi.
TAMHIDI OF DENTISTRY 2012/2013.





moga Allah izinkan berkongsikan kisah hidup di tahun tamhidi di entry lain.
kemalasan melanda. tapi ada banyak great moments bersama mereka :)

wow, PD jadi awesome bile ade mereka. HAHA.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 21 April 2013

Close Friend.


she makes me touch.


Me love u so much. Semoga sihat & sentiasa brd dbwh naungan-Nya (:

20-04-2013
05:29:27 pm







simple text from her makes me :) till this moment.

Allah hantar rindu itu tepat pada masanya tatkala hati ini merindui persahabatan setulusnya.





Pergh, dah knpe dngn kau tibe2 saja? Haha.

Hehe Tibe2 terigt. Ecehceh

Eceh, tak payah nk buat ayat touching2. Aku dh cukup trharu ade kwn mcm kau :)

Wahhhh, aku lg tharu baca ayat kau ;')





saat senang, kami ketawa bersama. 
saat buat aktiviti kenakalan, kami sokong bersama.
 saat jauh dari Allah kami ingatkan bersama.


siapa kata budak nakal tak cinta kan Allah?



biar kami tidak bersahabat seperti "ana enti", "kau aku" tetap menguatkan rindu ini.
insan ini yang sentiasa mengajar aku untuk bersabar. bersabar dengan pandangan manusia.




Yasmin Aminudin,
You are the sunshine of my life :)



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 8 April 2013

Rindu.


Rindu itu datang bertandang.




Rindu pada mereka yang sentiasa di sisi di saat gembira mahupun sedih.

Mereka itu istimewa, terlalu istimewa di hati ini.



umi, abah,

kak long, kak ngah, ahmad, naufal, fathi, adib.



subhanallah, 




study week ini membosankan, terlalu membosankan. tak boleh tahan hidup kena struggle seperti ini. tapi apa yang mampu aku katakan pada masa yang sama.

"Ruginya jadi salimi ismail sekarang, pemalas!"


flashback..


azam tahun baru
nak cari ilmu bersungguh-sungguh dalam usaha mengenali dan mencintai pencipta awan itu.



mohon bangun! umat Islam tak boleh lemah. umat Islam harus cemerlang!



"kalau malas nak buat kebaikan di dunia, bagaimana Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti?"





tunduk keinsafan ditambah kepenatan.





kebenarannya kini semangat itu pudar.

 longlai berseorangan. peristiwa itu masih terkesan. bukan dendam. bukan tidak memaafkan. 

 salah siapa sekarang? jujur sahaja salah aku kerana mencintai orang, terlalui mencintai. benarlah orang kata, sayang biar berpada. 


"Hidup di dunia bukan nafsi-nafsi. Aku dan kamu harus saling melengkapi."





moga hari esok lebih baik. moga jauh lebih baik. 

"Ya Allah, bantulah hamba-Mu dalam mengingati-Mu, bersyukur pada-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.