In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful
"bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah"
tak tahu nak mula dari mana cerita tentang pengalaman itu.
mula-mula rasa macam kurang rajin nak share peritnya melalui pengalaman itu
tapi bila semalam tengok kesungguhan umi rasa luluh hati nak share dengan semua
betapa senangnya kehidupan aku sekarang sampai ramai terpaksa jadi tulang belakang aku.
lepas habis tamhidi aku cuba dan cuba pujuk abah untuk bagi keizinan untuk kerja
sebab aku tahu aku sangat sangat sangat kekurangan soft skill
aku nak pengalaman tapi abah tak bagi
aku memberontak dan terus memberontak sebab aku rasa terbatas.
sampaikan kaklong balik cakap nak buat bisnes
aku ingat kaklong main-main dalam minta pandangan
malam tu kaklong whatsapp cakap dah beli barang semua minta tolong uruskan juga
aku excited sebenarnya!
memang aku menghadap tab sepenuh masa
kata umi
"Kita kena sokong apa yang adik-beradik kita buat."
aku memang pekerja tak bergaji yang sungguh setia siang dan malam mencari pelanggan
seminggu awal rasa down dan rasa nak berhenti
kata kaklong
"kaklin, betul ke apa kaklong buat ni."
jadual hidup serabai memang tidur tak teratur bagai dengan pelanggan pun tak ramai
apa aku mampu cakap, baru permulaan, teruskan saja.
dalam hati pilu sangat tengok family kami masa tu
bak kata orang hard time sangat sangat
yang mampu aku buat WORK HARD PRAY HARDER
"Kalau kita CINTA seseorang itu, kita akan ingat dia dalam doa."
mudah.
Dia permudahkan.
Allah permudahkan.
Alhamdulillah.
dua minggu selepas tu banyak sangat customer
dan masa tu kaklong pun lagi tak tidur malam balut barang orang
masa tu aku pemerhati dan masih menjadi pekerja setia tak bergaji mencari pelanggan.
bisnes dah stabil
kami adik-beradik dah dapat rasa hasil bisnes tu
alhamdulillah
cakap saja apa nak, kaklong bagi free of charge
dengan syarat betul-betul takda duit.
HAHAHA
sampailah detik aku tahu
aku bakal mahasiswa Sains Aktuari & Pengurusan Risiko
malam aku tahu itu lagi dengan air mata masih mengalir
mencari hikmah kekuatan bagai
otak aku terpaksa rotate 360 darjah perancangan hidup
dan malam itu juga aku dah mula survey tentang bisnes masa akan datang.
sebab aku tak pernah terfikir nak jali orang bawahan dalam syarikat mahupun bank.
what i need to do is I need to survive by myself (!)
aku jadi kuli yang setia dan pemerhati
hari pendaftaran masuk degree aku utamakan barang customer daripada barang aku
dan benda itu berterusan setiap kali aku balik Kelantan
mungkin orang nampak hidup aku sakai fikir mengenai bisnes
di usia yang sangat muda mungkin
19 tahun
apa yang aku tahu aku nak buktikan yang aku boleh perform dalam pelajaran jugak.
itu memang tekad aku.
kata aku pada diri sendiri
"Kau kena buktikan, bisnes kau pendorong kau untuk perform dalam pelajaran."
balik kuliah aku kena korbankan masa korbankan tenaga pergi canselori untuk pos barang
masa itu aku masih setia menjadi kuli kaklong
sebab nak habiskan barang bisnes yang kaklong tinggalkan sebelum fly balik mesir
muka aku memang burn
sebab berjalan tengah panas
kadang-kadang balik bilik naik katil lap air mata jugak
pujuk hati suruh sabar sabar sabar.
aku rasa roommates aku mesti bosan tengok aku menghadap tab sepanjang masa.
sebab masa aku pegang buku, roommates aku tidur.
indeed, aku terpaksa memaksa diri aku study dalam pukul 12-3 pagi.
hanya itu yang aku mampu buat.
alhamdulillah
cuti midsem ini aku ada modal sendiri untuk berbisnes
hasil daripada jadi kuli kaklong and kuli peniaga lain.
bermakna sekarang aku perlu jadi bos dan akulah pekerja
jadi bos bukanlah sesuatu yang mudah di mana aku perlu decide sendiri barang apa nak ambik?
kadang-kadang terlupa nak ambik stok ini itu.
dan jadual jadi bos lagi tak teratur
dan aku sedang usaha utamakan yang lebih utama
iaitu mencari redhaNya
semua tu pengalaman.
abah suruh berhenti bisnes dan utamakan pelajaran.
aku diam saja.
tapi umi bagi galakan dan kata umi jangan berhenti.
mungkin umi mengerti kenapa sebab umi sendiri student ekonomi dulu.
umi pernah berada di tempat aku.
umi yang dulu susah nak naik atas tengok bilik anak-anak
cuti midsem ini hampir setiap hari datang bilik aku
tolong lipat-lipatkan baju, tolong bagi idea, tolong jadi juruhias.
rasa nak menitik air mata tengok umi punya kegigihan dalam support aku.
"umi, kenapa rambut umi dah banyak putih?"
"umi dah tua. dah masuk umur 50 tahun."
Allahurabbi,
umi itu masih setia dalam mencari kekuatan membesarkan anak-anak.
ramai kawan yang tanya mengenai bisnes.
apa yang aku boleh respond
"kalau taknak hidup susah, jangan bisnes."
tapi kesusahan itu berbaloi sebab dah ada fulus sendiri
.____.
dah mampu share-share dengan orang lain
macam umi sendiri dah tak perlu bawak purse pergi kedai.
HAHA
bukan mudah nak mencari nama, tapi bila dah ada nama semuanya jadi mudah!
ini kata-kata semangat untuk diri aku sendiri.
yang aku suka hati buat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.
masa susah itu telah berlalu seketika buat keluarga kami
kini tiba masa untuk memikirkan cara untuk kongsikan kesenangan.
kerana setiap kesusahan itu pasti akan disusuli dengan kesenangan
.____.
sampai sini saja untuk aku share.
ada masa aku nak share kelebihan berbisnes untuk para wanita :)
tajdid niat lillahitaala