Sunday, 10 August 2014

Holiday.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


pagi yang indah seindah hati ini menyanyikan lagu harmonis

lagu SATU CINTA
like crazy aku dengar
sengih sorang-sorang.

okay. kaitan sangat pagi dengan lagu -.-



finally, JOHOR tunggu salimi datang!

kau faham tak perasaan excited rasa nak menari-nari
bila Allah izinkan jugak aku habiskan travel semenanjung malaysia!

aku tahu kegembiraan aku bagaikan hambar utk org selalu travel oversea
tapi, do i care?
i do not need your pity mood here. k bye.

HAHA

yeah, i know semua planning nak travel oversea bagai
but honestly speaking, aku tak rasa aku layak nak bermimpi terlalu tinggi
aku nak pergi Mesir, cukuplah.
itu impian sejak kecik tp Allah masih belum tunaikan.
lap air mata*





masa aku Form 4
member2 ramai yg dah pergi berdoa depan kaabah
masa2 senget result exam pun asyik E memanjang tu berangan jugak nak ke sana
but, aku taklah sekaya mereka dan umi abah sendiri tak ke sana lagi.
menangis kot aku rindu Allah masa tu.
aku ni dah lah jenis suka mengadu domba sambil menangis.
HAHAHA

tapi sampai hari ini aku ingat
saat di mana aku hadirkan diri seolah-olah berada di Mekah
aku hadirkan hati seolah-olah aku sedang berdoa di depan Kaabah 
melihat kebesaran Allah di mana sahaja.

salah satu doa yg memang dah Allah kabulkan
"Ya Allah, aku tak berdaya lagi membantu diriku dalam pelajaran yg sukar ini. Berikanlah aku kejayaan yg tidak pernah aku jangkakan aku mampu."

Mohon lap air mata sekarang*
Sepanjang form 5 aku memang tengok kebesaran Allah memperkenankan doa itu
kau faham tak macam magic?

kau rasa macam kau jawab cincai-cincai
kau pun cakap dekat member2 kau yang memang kau tak boleh jawab
tapi dapat result kau dapat A
member2 kau mula start cakap kau POYO!
masalahnya kau sendiri terkejut dengan apa yang terjadi.
bukan sekali tapi setiap kali exam!

paling aku ingat masa nak dapat result addmath
aku cuak tahap ghaban kot sampaikan aku masuk kelas lambat
tup tap dapat the highest mark and tinggalkan org lain jauhhhhh.

apa lagi doa aku agak-agaknya?
lupa lupa lupa.





okay, kaitan sangat entry dengan tajuk entry.
sebenarnya aku nak cakap
dalam hidup ini memang macam-macam keajaiban boleh berlaku
kuatkan pergantungan dengan Allah dan sentiasa berlapang dada.

dan itu yang sedang aku buat.





jom kemas-kemas pergi Johor!


peace yoooo!



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday, 24 June 2014

The End of the First Year ASRiM.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Seronok rupanya habis exam awal even penat struggle dalam tempoh yang sangat singkat.
Padan muka diri sendiri, siapa suruh study last minutes.
But, kena faham. Ini memang perangai anak ketiga.


So, nak campak belakang semua kenangan tahun satu.
Entry kali ni lebih berfokus dengan tempat yang aku pergi sepanjang tahun satu.
Sekadar ingatan diri sendiri untuk belajar erti syukur dengan ujian nikmat Allah :)


Daftar 02 September, Outing pertama 15 September with Roommates Tercinta :D
Not bad.



Next, FamilyDay ASRiM dekat Melaka melibatkan semua warga ASRiM.


Keluar Tesco Giant runtin biasa sebab kebosanan sangat-sangat.
Alasan nak makan luar itu normal.
Mula-mula selalu pergi berteman, lama-lama lebih prefer pergi sendiri-sendiri.
Orang kata mencari ketenangan.


Next? Iftor tutorial. Kedai makan area Nilai tu, bila-bila masa boleh serbu.
Seriously, Tutorial 3 ni memang suka sangat hangout sama-sama.
Jadi jangan tanya kenapa ukhuwah kami memang tiptop. Alhamdulillah.



Next, hangout with kawan2 sekolah :)



sambut birthday sahabat2 Tamhidi sesame. Mase ni bonding time, penguat bagai lah. Sama2 jatuh kan :)


next, Big Bad Wolf. Seriously, bosan sebab aku bukan typical yg suka baca buku english
Even orang kata itu cara nak prokan english!
I prefer to read newspaper rather than reading book.


Baru sekarang giat nak jumpa kawan2 lama.
Barangkali inilah masanya orang kata reunion kan? HAHA


Aku sambut tahun baru bagaimana tahun ni?
memang seronok. serious. rasa macam hidup ini berwarna-warni. blink-blink :D
beli makanan dekat pasar malam semarak then gather dekat dataran nilai.


sebenarnya, aku bangga dapat sampai DQ jugak.
datang masa musim exam kot. bayangkan betapa pentingnya jalan sana-sini bagi aku.
HAHA.


Rasa dah tough banyak2 dengan hidup yang sangat membahagiakan ini,
aku melawat kawan2 dental.
hati lansung tak terusik cemburu atau bagaimana, makin yakin yang pemberian Allah pada aku lebih bermakna :)


maka berakhirlah first sem aku.
Dari pandai naik KTM sahaja, aku dah pandai naik LRT.
lagi dahsyat dalam tab memang ada peta area KL.
cuma still tak hafal harga2 tiket sebab bab2 duit memang taknak ingat.
kalau bilang duit, mesti hati merungut kan? duit mana pernah cukup.
I prefer to enjoy my life rather than wondering about something.


memulakan sem 2, lepak2 dengan geng2 sekolah.
waktu ni belajar jadi profesional dalam berurusan dengan laki in terms of kawan.


After that, dinner ASRiM. 
Lupa tempat dekat mana. Yang pasti lalu sungai besi.


15 March 2014, I went to Gua Tempurung anjuran FKP.
And I am the only girl from FST. wink wink.


Sem 2 baru bermula Iftor kuliah ASRiM.
tip top sebab makan dalam talam!


30 March 2014, tercapai impian nak makan mee tarik.


Next, bonding time with AMALGAMASI.


nak dijadikan cerita, pesta buku tahun ini, aku pergi TIGA KALI.
25 April, 27 April and 28 April.


kali kedue pergi mee tarik, kawan setutorial dibawa!


Banyak kerja tak menghalang utk attend wedding kawan pd 03 May 2014.
kalau masa tamhidi, heh, kawan aku ketepikan! Sumpah benci zaman menghadap buku.


lama menyepi dari berjalan sana-sini dengan alasan nak jimat. simpan duit bagai.
argh, rupe-rupenya tak bertahan!
lansung tak happy duduk berdiam diri dekat bilik.
nak dijadikan cerita, ke mana study week anda? ke MELAKEEEE.


Oh, almost forget.
Aktiviti-aktiviti ALKIS, memang aku akan usahakan untuk datang.
Bagi aku sekarang, ini masa untuk spend time with people.
kesibukan bukan alasan lagi.



after final exam, memang wishlist semua aku usahakan jugak!





Alhamdulillah.
Sem 2 dah pandai pergi sana sini naik kereta yang disewa.
Tempat makin jauh, dah letak tepi KL. 
HAHAHA.

banyak lagi rasanya yang tak tercerita.
Tiada gambar.
bagi aku tarikh is everything. 
Thats why, bile post gambar dekat Instagram, tarikh menjadi keutamaan.
Setiap hari, ada makna tersendiri :)




I am totally different now.
Tahu, ada sahabat yang tak senangi dengan perangai bersosial ini.
Tapi, aku selesa begini.
Profesional dalam berurusan dan berkawan.

Buku is not my priority anymore.
Tapi nak bagi manfaat daripada ilmu dalam buku itu menjadi fokus.

My mum told me,
"Kita dah usaha. Keputusan Allah bagi. Jangan over thinking. Stress bagai. 
Sebab tips untuk sihat ialah jaga hati."



Thats all from me :)
Thank you.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 16 June 2014

Mencari Tuhan.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Hari ini aku cuba berdiri sendiri
Tanpa sahabat sejati di sisi
Sahabat yang sering aku nyanyikan lagu mengejar sempurna
Ya, aku yang menjauhkan diri
Kerana aku ingin bergantung pada Dia kuat-kuat.
tidak ingin lagi menjadi manusia yang menyusahkan hati dia.


Bila aku cinta seseorang
Aku harap cinta dia pada Dia
melebihi cinta dia pada aku
Kerana aku yakin dengan menjaga hubungan bersama Dia
hubungan kami akan baik-baik sahaja.

hmmmm.



Baikkah hubungan ini?
Mana perginya erti mencari redha Ilahi?


--------------------------------------------------------------------------


"Apa cita-cita kau? Kau belajar untuk apa sebenarnya?"

"Aku kuasai ilmu. Aku nak bagi syafaat pd manusia. Aku nk bawak pahala jumpa Dia."

"Tak. Maksud aku kau nak kerja apa?"

"Aku taknak aim untuk kerja. Sebab aku takut kecewa dengan dunia."


Hmmm.
Kerana jatuh itu aku yang rasa.





Sakitnya kecewa dengan dunia.
Aku tak sanggup lagi meletakkan impian yang terlalu tinggi untuk hidup di dunia ini.

Tempuh saja.
Yang Allah tetapkan pasti terbaik, in shaa Allah.


------------------------------------------------------------------


Keliru dengan perangai sendiri sekarang
Tapi ada satu yang aku pasti
Aku mencari Dia lagi.


Dalam banyak bicara aku
Dalam diam aku
sebenarnya aku memerhati apa itu duniawi

Aku cuba kejar dan penuhi kehendak orang itu dan ini
Konon untuk kebaikan hari lain
Tapi hati tetap memberontak
Bukan ini yang diajar Allah
Untuk apa aku bimbang dengan pandangan dunia
Bukankah janji Dia pasti?

Maka cukuplah sampai di sini
Aku patahkan misi ini dengan berat hati
Walaupun air mata mengalir tak henti.



Allah, kuatkan aku.
Bantu aku untuk kukuhkan Kau di hati!


----------------------------------------------------------


Waiting for Ramadhan.
Aku rindu ketenangan, Ya Rabb!




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.