Friday 4 January 2013

[SEM 2]: Sudah Hampir Separuh.


"Sahaja aku menulis entry blog kerana Allah Taala."


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu. 
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.


seminggu tak update blog .____.
sesuai dengan perjanjian dengan diri sendiri*

alhamdulillah.


dengan izin-Nya tinggal dua minggu sahaja lagi kuliah untuk separuh sem due ini .___.
21 Jan bermulalah perjuangan menghadapi mid-sem.
pejam celik pejam celik awal sem katakan selamat tinggal pada aku.

alhamdulillah, Allah yang Maha Merancang dan Allah sahaja yang mengetahui segala hikmah.


"Aku lebih dekat denganmu daripada urat lehermu sendiri"




25 Nov. 
memulakan perjalanan dari airport pengkalan chepa, 30 minit perjalanan tiba di KLIA. lepas zohor lepak Giant, beri barang keperluan untuk sebulan. Hampir rm100 -.-


26 Nov.
pendaftaran sem due, memulakan hari dengan senyuman. pergi bank Islam bayar yuran, gerak USIM settle hal-hal lain. gerak ke KISAS untuk ambil sijil SPM bersama Farha. gerak ke Jalan Tar. dan mesej masuk daripada abah mengatakan mok dah pergi buat selama-lamanya. al-fatihah.


27 Nov.
pergi usim pagi dan dapat tahu lab masih belum mula. gerak ke library usim. tenangkan diri dengan mata sembap lagi memikirkan arwah mok. sesi petang mula kuliah fizik.


28 Nov.
terlalu merindui mok.


30 Nov.
talk "Ku Nanti Pemilik Tulang Rusukku." by Hilal Asyraf. 
tidak ada kejayaan yang lebih besaar selain daripada syurga. Yes, inspired me!


07 Dis.
balik rumah housemate dekat Setiawangsa. teman housemate yang nak spend masa dengan family memandangkan mak ayah beliau ke tanah suci-Nya sepanjang cuti sem hari tu. memandangkan baru merasai kehilangan orang tersayang, belajar untuk menghargai orang tersayang.

hari lahir abah yang ke-46. rasa macam nak peluk abah kuat-kuat minta restu. (bajet nak kawin) HAHA. abah sambut birthday dengan bawak umi dan adik-adik pergi stadium perlawanan persahabatan Malaysia-Thailand.


08 Dis.
Program Sweet Sour Teenager Life untuk Tamhidi Dentistry. Aku ponteng tanpa rasa bersalah dan teragak-agak. Tak suka sharing-sharing dalam kelompok yang kecil. Just realised, I am a mysterious person.


10 Dis.
Perasmian Minggu Bi'ah Solehah. Tazkirah Perdana by Razif Fuad. Ikatkan ilmu dengan menulis.


11 Dis.
Tazkirah Maghrib by MPP. Nabi SAW ajar manusia berusaha dan Nabi SAW ajar cari lorong2 kebaikan.


14 Dis.
Bicara Siswi "Siapa Pengganti Siti Khadijah?" Doa, kesannya hingga akhir hayat. Maka berdoalah kepada-Nya .____.

Talk Ustaz Don. Kita cari pahala ikut kemampuan kita, yang penting cara Rasulullah.


16 Dis.
pertemuan bulatan gembira pertama. sesi taaruf. hidup perlu banyakkan sedekah. even senyum dikira sedekah .___.

19 Dis.
Kuiz Math dan Kuiz Biology. Alhamdulillah, Allah banyak bagi petunjuk .____.


21 Dis.
cuti lima hari bermula. belum bersedia untuk pulang ke kampung halaman. masih banyak kekuatan daripada Allah diharapkan.


26 Dis.
Kuliah bermula. dapat result Kuiz Math. Result warna-warni. Semuanya bantuan Allah yang memberi petunjuk saat masa hampir tamat.


28 Dis.
gerak Giant beli stok bulanan. hanya rm50 .____. kejayaan seorang perempuan berjimat.


29 Dis.
Santai Siswi "Rasulullah, Dalam Mengenangmu." You are the best -Allah- who are the best? Yang menyuruh makruf dan mencegah kemungkaran.


30 Dis.
Bulatan Gembira kedue. "Jati Diri sebagai Hamba dan Khalifah." al-Quran manual book paling penting dalam kehidupan.


02 Jan.
Result Kuiz Bio dapat. not bad at all. satisfied, alhamdulillah. dapat pengajaran baru dalam pemarkahan kertas biology, tak sama dengan pemarkahan tahun lepas .____.

Tafakkuf fiddin. Surah al-Fatihah. tempat kita beribadat ini sangat sekejap dan akan ada pengakhirannya TAPI ganjarannya lama (selama-lamanya).


03 Jan.
Kuiz Fizik Chapter 1 .___.


perjalanan yang sangat lancar. terima kasih Allah. sem due tiada lagi istilah kebosanan. sedar diri sesungguhnya hidup ini hanya sekejap, tiada masa untuk kebosanan. 
Moga-moga dipermudahkan dalam mengatur langkah seterusnya.


next week ada 3 kuiz/test.
kuiz kimia chapter 1-3. test math 1. kuiz biology chapter 4-5.

doakan orang di sini sentiasa mengingati-Nya dalam segala perkara.




._____.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 25 December 2012

Post title: Cuti Lima Hari

semua sibuk tak percaya aku tak balik Kelantan even cuti lime hari 

._____.

bangga sebab ramai jugak yg prihatin pasal aku kan. like an artist :D 


"kenapa lin tak balik?"

"tak kuat lagi nak lalu depan rumoh nenek. duduk jauh pun selalu teringat. kalau tengok rumah lagi berlipat kali ganda teringat. nanti layan perasaan sedih tu."

"kenapa tak balik?"

"umi cakap tak perlu balik. kak long dengan kak ngah pun tak balik-balik lagi."

"kenapa mesti tak balik?"

"nak cover pelajaran yang dah belajar dalam tempoh sebulan ni. I just do the best, let Allah settle the rest. Sekurang-kurangnya kalau tak dapat jadi dentist, tak rasa menyesal melebih-lebih. Dan yang penting yakin yang Allah tetapkan sesuatu yang terbaik."


cop

statement persoalan ketiga boleh diabaikan mungkin memandangkan duduk sini bukan belajar sangat. TAPI jujur tak menyesal tak balik (!) sekian* alhamdulillah (:



pagi bangun solat, baring-baring atas katil, pukul 8 baru paksa diri ngadap buku dan yang penting pukul 12 kembali berlagho dengan main facebook di samping makan tengahari. tidur sebelum zohor itu perlu kot even tak mengantuk pun -.0 tapi jangan contohi part lepas makan, tidur :D selesai solat zohor dan seangkatan, menghadap buku sampai asar cukup lah kan? orang kata kena berubah sikit-sikit. so, itu yang aku buat sekarang. daripada malas belajar kepada rajin sikit. lepas asar sambung balik berlagho, memang tak pegang buku. hanya bergelak ketawa sambil turun cari makan. part yang happening, dapat siapkan diri awal untuk maghrib. biasanya kalau hari kuliah macam hape jewp duduk atas katil sampai azan maghrib -.- lepas maghrib blogwalking plak. konon cari tazkirah* isya' settle dan sambung menghadap buku. tapi salimi mane bertahan menghadap buku lame2 time saat2 genting ni -.-



"Wooohhhooo,, kbosanan smpai rsa mcm nk tidur wlaupun sbjek math tak study lg. Rsa nk kluar jalan2 tp rse bersalah berlipt kali gnde sbb tak faham tjuk trigonometry lgi -.- smpai bile lh agaknye kne fokus belajar ni whai umi. Doakn kak lin di sini :)"


"Tdr la! Umi pun nak tdr ni.,"



umi part-part santaikan keletihan ni memang juara! aku yang semestinya mengamalkan konsep "dengar cakap ibu bapa, kejayaan menjelma" memang tak pikir due tige kali, al-mulk terus tidur even malam masih mude -.0 housemate tinggal seorang, so tak lah rasa bersalah tidur awal sebab. biasanya bersalah melebih-lebih sebab my housemate kaki study.


the best part is my mum is my best friend right now :')
HAHA.
rajin umi balas mesej mahupun call sebelum tidur semata-mata nak cakap selamat malam. touching kot. korang ada? keriakan melampau* alhamdulillah once again (:


"nak masuk rumah ni memang kena ade lesung pipit yerk?"
- pegawai kementerian kesihatan -

aku cuma senyum dan pelik seribu pelik.


"nak cek kebersihan rumah ke nak cek kebersihan muka kami?"
-getusan hati-


bersyukur tergolong dalam orang yang tak balik cuti lima hari :D



i miss this little boy a lot.
no matter what, i love my family very much .____.

so, marilah menjadi sebahagian daripada keluarga aku. nasihat yg agak tak bermotif* HAHA. 



hari ni last cuti. so memang sengaja rajinkan diri tulis entry even aim seminggu satu entry saja -.- moga-moga hari esok menjadi permulaan yang baik untuk bulan kedua sem due :D doakan salimi ismail di sini dalam lindungan-Nya menjaga niat belajar lillahi taala.



penemuaan baru:-
belajar tak menghalang menghadiri majlis ilmu agama. how? hargai masa yang ada dengan siapkan tugasan dan aim untuk rehat pada masa mendengar majlis ilmu lain. seriously, rasa macam betul2 masa bermanfaat :') thanks Allah atas keizinan penemuaan baru ini. jom banyakkan sujud syukur!


"jom bercouple dengan Allah!"

.______.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday 22 December 2012

rasa macam baru semalam


rasa macam baru semalam kak lin ajak mok skype dengan kak long.

rasa macam baru semalam kak lin belikan mok aiskrim makan sama-sama depan rumoh mok.

rasa macam baru semalam kak lin pergi nirwana dan ambik mr potato untuk mok.

rasa macam baru semalam kak lin cakap dekat mok, "mok, ini nasi ngan ikan. mok makan deh. petang nanti elin datang lagi. nak kena cepat, orang rumah tak makan lagi."

rasa macam baru semalam kak lin tanya mok "mane kulit ubat mok? nak pergi beli yang baru."

rasa macam baru semalam dengar mok cakap "aku tak larat dah. try elin cari ubat ko mok."

rasa macam baru semalam kak lin tidur sebelah umi dekat tempat tidur mok.

rasa macam baru semalam kak lin tolong umi pegang tangan mok waktu nak cabut jarum masukkan air dan ubat.

rasa macam baru semalam mok cakap dekat kak lin "makin come mu loni."





jujur mok kak lin rindu mok.





senyuman mok masih segar.





Al-Fatihah buat nenda tercinta..
moga rohmu ditempatkan dikalangan para solehin..
dimudahkan amal timbangan n penghisaban d sana..
moga kami yang hidup akan terus mengambil pelajaran..
terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pelajaran..

Ya Rabb,redhailah dirinya,
ambillah nyawa kami saat Engkau redha pada kami..

d best grandma,
d one who taught me a lot,
you are irreplaceable,
your words runs in my blood,
till d end of my breath..
love you and i will always do.. 

you'll always be remembered..

....FATIMAH BINTI SAAMAH.





"hari ni dua kali umi pergi rumoh mok. 

"umi buat apa dekat sana?"

"hujan kan. bimbang current."



"bila umi pergi rumoh mok, umi panggil mok mok mok."

"kenapa? umi takut ke?"

"teringat sebab selalu bila pergi rumoh mok kena panggil mok banyak kali."





cubaan Allah.

belum kuat untuk pulang ke kelantan buat masa ini.

terlalu merindui arwah dan akan bertambah parah rindu ini jika melihat rumah arwah.



"Allah, jagakan mok untuk kami. Tempatkan mok bersama orang2 yang kau sayangi. Sungguh Ya Allah, mok insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan keikhlasan."





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.