Monday 11 February 2013

USRAH.

"ikatan aqidah dan ukhuwah lebih kuat daripada ikatan darah."



baru selesai usrah. alhamdulillah. rasa tahap kekuatan mengatur langkah meneruskan kehidupan bertambah. terima kasih Allah kerana adakan mereka di saat aku hampir tersungkur meraung dalam hati lemah longlai.






entry yang lepas bukti betapa anti aku pada usrah. [klik





we are talking about ikhlas. and it is interesting part when i got a new knowledge. do you know how the concept of ikhlas comes from? 

"ikhlas itu bilamana seseorang manusia itu sedar bahawa dia melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah yang suruh dan kerana Allah yang larang, itulah bezanya dengan amalan manusia dengan malaikat. malaikat melakukan amalan tanpa perintah Allah. kerana keikhlasan itu, manusia dimuliakan."



"ikhlas itu umpama semut hitam yg kalah peperangan"

hanya mampu ketawa teringat ayat ini waktu bincang topik ikhlas dalam usrah tadi. terima kasih kepada individu yang melontarkan idea yang membuatkan aku pelik dan terpaksa menyemak kebenarannya :)


ilmuan islam pernah berkata, 
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


"tahap keikhlasan itu kita tak boleh ukur. ikhlas itu salah satu rahsia Allah. yang mampu kita buat hanyalah berdoa kepada Allah moga-moga kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa ikhlas."





selesai bincang tajuk utama, kami mula buka sesi berkongsi pendapat. nasihat yang cukup awesome! subhanallah, terima kasih Allah atas segala nikmat Engkau pinjamkan ini. dekatnya Engkau dengan hamba-hambaMu yang sedang berusaha mencari jalan menghampiri-Mu.

i just can say...

"orang yang join usrah bukanlah yang lahir sedia baik, tak kira lah naqibah mahupun ahli usrah. Kami masing-masing ada sejarah hitam."


tapi, ada sesuatu yang perlu kami lafazkan setiap kali perasaan malu menguasai diri apabila fikiran mula memainkan kisah silam kami.


"kita kena tetap bersyukur sebab kita yang Allah pilih terima hidayah-Nya. Allah tunjukkan kita kebenaran dan Allah campakkan kesedaran kepada kita kembali kepada-Nya. nikmat dan peluang itu bukan semua manusia dapat."






seorang ahli usrah melontarkan persoalan bagaimana untuk mendapat kekuatan bertudung labuh. ahli usrah tidak kekok berkongsi pengalaman mereka. cemuhan dan gurau senda keluarga besarnya berkonsepkan sinis telah mengalirkan air mata salah seorang ahli usrah kami yang baru sahaja berhijrah. 


"bagaimana untuk kekal kuat hadapi cemuhan manusia?"


"bangun solat malam! cara terbaik berdua-duaan dengan Allah. letakkan pergantungan pada-Nya. minta bantuan-Nya mempermudahkan urusan hijrah. Moga-moga orang sekeliling dilembutkan hati menerima penghijrahan kita."


"saya takut nak berhijrah sebab saya punya attitude yang tak berapa nak sopan. bergurau dengan orang ikut suka hati, ketawa ikut suka hati. saya bimbang akan menjadi fitah kepada golongan yang pakai tudung labuh."


"persoalannya kini, adakah anda yakin dua tahun akan datang, anda akan masih mempunyai attitude itu? attitude kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. kalau anda rasa dengan berhijrah tempat mampu mendekatkan anda kepada-Nya, berhijrahlah!"



aku tak pasti kenapa mudah sahaja Allah jawabkan persoalan yang bermain di minda aku sepanjang minggu ini.

Allah, Maha Agung-Nya Engkau, mempermudahkan segala urusan hamba-Mu ini.




naqibah mengakhiri usrah dengan kata-kata persis seperti kata-kata yang mengikat hati aku untuk kuat di jalan-Nya.



"hidup ini tiada erti bosan kalau kita pandai memanfaatkan-Nya. Majlis ilmu memanggil, jangan pernah ditinggalkan. Malaikat ada di majlis ilmu. Banyakkan berdoa di dalam majlis ilmu itu,"


banyakkan membaca, banyakkan mencari ilmu, tambahkan cinta pada ilmu.


"Ilmu itu cahaya dan cahaya TIDAK AKAN masuk dalam hati yang dikotori maksiat."


sama-sama bersihkan hati dalam misi mengenali pencipta awan :)






.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

[carca-merba]: motip?

"CREATIVITY is allowing yourself to make mistakes. ARTS is knowing which ones to keep."


cuti tinggal hari ini dan esok, tetapi masa itu tak pasti lagi menjadi milik aku ataupun tidak.
bahasa kias tinggi*

03 Feb 2013.
bertolak dari kelantan jam 10.30 malam dari tanah merah setelah seminggu bersuka ria bercuti di rumah tanpa belas kasihan mengenepikan buku pelajaran :D

04 Feb 2013.
sampai Nilai pukul 7 pagi. gerak ke kuliah jam 9 pagi. start kuliah jam 10.30 pagi. habis kuliah jam 4 petang. balik dari kuliah jam 5 petang -.-

07 Feb 2013.
dapat result Math Mid-sem. tahniah kepada yang berjaya dengan bantuan Allah. Mabruk! terima kasih Allah, hanya Engkau yang Maha Pemurah dan Maha Memberi Rezeki tanpa disangka-sangka.

09 Feb 2013.
sukan tamhidi. Tak pasti kenapa rajin sangat aku nak pergi TASCA even tak masuk bertanding. Mungkin kerana melihat penat lelah kawan2 uruskan semua benda ni.

10 Feb 2013.
Time square, kami datang >.< having an awesome day! thanks kepada yg memudahkan urusan.


i need to change my attitude! i do not like me myself right now! mungkin kena bersihkan diri, tempat tinggal. oh my Allah, tak boleh aku hidup dalam suasana yg tak teratur -.- Moga Allah mudahkan.


do not know what to say. mungkin sebab dah malas menghadap laptop.


okay, salam alaik!


.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday 31 January 2013

I am not good for all of you.

aku bukan budak baik jadi jangan pernah minta kesempurnaan daripada aku.


dear my friends,

jangan pernah fikir salimi ismail bertudung labuh means dia baik sebab sejujurnya salimi ismail bukan istiqamah dengan tudung labuh dan tak terasa diri nak pakai tudung bulat sepenuh masa.

jangan pernah fikir salimi ismail punya peringatan atau gerak hati memahami anda menunjukkan dia baik sebab kebiasaannya salimi ismail merasai dulu apa yang pernah anda lalui, maka dengan itu dia mampu lontarkan nasihat berdasarkan pengalaman pahit itu.

jangan pernah fikir salimi ismail jaga pandangan means salimi ismail hidup penuh tarbiyah tapi anda perlu faham memang itu sifat yang Allah sebatikan dalam diri ini dan sejujurnya jaga pandangan salimi ismail bukan bermakna menjaga hatinya lagi.

jangan pernah fikir salimi ismail sentiasa menjaga hubungan dengan Allah kerana sejujurnya jatuh dalam lubang yang digali syaitan sudah dia lali. ada masa dia ingat pada-Nya ada masa dia terkecewa dengan takdir-Nya.


cuma


bilamana salimi ismail menasihati anda, itu bermakna dia sayang akan anda. namun mungkin caranya tidak sebati dengan anda yang sopan dan santun kerana anda perlu sedia maklum dia bukan sesopan wanita solehah lagi.

bilamana salimi ismail lontarkan pendapat bukan diminta untuk ditolak mentah-mentah, tetapi dipohon untuk dipertimbangkan juga. pertukaran ilmu membolehkan fikirannya berkembang juga di samping boleh sebarkan lagi kebaikan ilmu itu.

bilamana salimi ismail menolak pendapat anda, bukan bermakna dia terasa dia lebih hebat tetapi mungkin dia belum tahu bagaimana cara untuk melontarkan ilmu yang dia sedia ada dengan cara yang betul.

bilamana salimi ismail berkata "tak apa, hidup kita masing-masing, masuk kubur masing-masing" bukan bermakna dia ingin tinggalkan anda dalam kejahilan tetapi dia ingin sedarkan anda hidup anda bukan boleh dikawal olehnya.


di kesempatan ini salimi ismail ingin memohon seribu kemaafan kerana:-

1. tak mampu jadi kawan yang baik.
2. tak pandai adakan perbincangan yang baik.
3. sukar terima pandangan agama yang baru selagi ada keraguan dan bercanggah dengan prinsip yang ada pada dirinya sehingga dirujuk kepada ustaz kepercayaannya.
4. tak pandai caring mengenai orang yang tak caring pada orang lain.
5. tak pandai jadi sopan dalam menasihati dan melontarkan pendapat.
6. tak pandai nak susun ayat nak sampaikan moral of the story.
7. tak mampu jadi contoh yang baik.
8. tak mampu jadi seorang yang ramah bertanya khabar bagai.
9. mudah berubah mengikut peredaran masa.
10. sangat degil dan tak percayakan orang yang tak rapat dengannya.


sorry, mungkin ini entry serba cincai sebab diri rasa macam dah rimas sekejap.
tak pasti kenapa tak suka orang layan salimi ismail dengan baik sangat, rasa masih belum layak.



jangan anggap saya baik kerana sesungguhnya anda perlu tahu dan sedar anda lebih baik daripada saya. jauh lebih baik.



syukran~



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.