Saturday 12 January 2013

Aplikasi Membetulkan Niat.

sepantas kilat mengarahkan tangan menaip
melaporkan apa yang terjadi minggu ini.
terpaksa tergesa-gesa. perlu join study groop lepas isya'.


next week last week untuk kuliah!

next next week mid sem!

next next next week cuti sem!


pantas masa berlalu.
umi cakap aku kena belajar jadi lebih tabah!
umi cakap hidup aku baru sikit cubaan.
umi cakap lagi jangan mudah terasa ujian Allah terlalu berat.

umi cakap hidup umi lagi dahsyat daripada hidup aku.
semuanya umi lalui dengan selamba.
buat tak tahu, tempuh saja dengan hati yang sudah masak dengan ujian.
pejam celik pejam celik kesakitan itu akan hilang daripada ingatan.
masa itu terlalu jauh tinggalkan kita.


last week i just knew my housemates semua top student :')
ONLY me yang terasing.
terkesima dan terkilan lalu terkesan hati ini.
bohong kalau aku cakap aku tak menangis :')
and you know what, aku sendiri sudah masak dengan perangai aku.


"umi dah tahu kak lin ni. tak boleh tengok orang lebih daripada kak lin."


yes, i do!


tapi sejak aku dengar tazkirah tafakkuf fiddin, kupas tentang al-fatihah.
hati sedikit sebanyak dapat tolak kesedihan dan kehancuran hati tu.
kirenya akhirnya ego tu surut -.0


"hanya pada Allah aku sembah, dan hanya pada-Mu aku memohon pertolongan."


andai aku kata aku betul2 belajar kerana Allah, kenapa mesti aku pentingkan gelaran top student?

aku baru sedar apa itu buat sesuatu kerana Allah.

aku hanya manusia yang masih cetek ilmu Allah -.-



saat result sem satu keluar, aku masih ingat senyuman yang terukir.
even tak berapa nak bagus pada masa yang sama tak teruk sama sekali, aku yakin Allah perkenankan doa aku.
"Ya Allah, berikanlah aku pointer yang dapat menyelamatkan aku apabila melangkah ke sem due."
saat itu jugak, aku sujud syukur. berterima kasih pada Allah.
namun, sampai bila ianya bertahan?
syaitan mula beraksi menggunakan kelemahan aku.


mari sini aku buat pengakuan terbuka.
moga entry ini meningkatkan tahap kesyukuran aku satu masa nanti.
sepanjang sem satu aku terlalu main-main.
happy go lucky, nak menghadap buku pun cam hampeh!
suka bagi alasan bila nak buat sesuatu.
hubungan dengan Allah, subhanallah. jauh bagai nak rak!
secara automatik hubungan dengan manusia haprak kan?


mula timbul satu persoalan saat tengok result sem satu.
kenapa Allah masih bantu aku walaupun usaha aku tak seberapa?
kenapa Allah?
saat itu aku tekad dalam diri, sem dua akan usaha sebaik-baiknya sebab aku yakin Allah sedang merancang sesuatu.


peristiwa pengisytiharan top student itu betul2 Allah nak tengok aplikasi ilmu keikhlasan yang aku ada.
aku tak pasti kenapa gerak hati aku berdoa pada Allah untuk memberikan aku keikhlasan pada hari itu.
redha dengan segala ketetapan yang Allah tetapkan. tak sangka, peristiwa itu yang tejadi .___.


kuasa doa kan? hati mudah-mudah terima
 .____.
kerana satu doa yang bersungguh-sungguh dapat mengubah hidup kita.




sejujurnya aku sangat terkejut tengok status facebook lama2.
rupanya aku pernah anggap bumi wakafan itu bagaikan penjara.
penjara yang menyeksa zahir dan batin.
jujur aku lupa!
entah kenapa bila melangkah ke tingkatan lima semuanya bagaikan dipermudahkan.
Ya Allah, dekatnya Engkau dengan aku.



"jangan kau sangka pandai itu satu nikmat kerana sesungguhnya pandai itu satu ujian."



moga-moga jalan ke syurga tidak terhalang dek ilmu dan kejayaan dunia!




tiada satu saat pun dekat dunia ini kita tak perlukan Allah!


man jadda wa jada :')


doakan salimi ismail untuk mid sem. moga-moga Allah permudahkan langkah.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

1 comment:

JePo said...

naruh ila najah!
Jom kita ke arah kejayaan!
bittaufiq wannnajah lin.
Study smart2.. :)