Thursday 17 April 2014

Selalu.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Selalu
Selalu Tuhan uji bila aku hendak dekati Ilahi.

Dan kerana itu aku takut
Takut nak melangkah
Allahurabbi
Inilah dunia
Pahitnya nak cari redha Ilahi.



"Umi, Kak Lin rasa nak berhenti belajar."

Inilah ayat yang selalu aku guna bila balik rumah.
Aku tak tahu kenapa ujian ilmu terlalu besar buat aku.
Dan aku rasa aku dah tak kuat nak melangkah.

Aku selalu kalah dengan ujian ilmu.
Aku selalu kalah mengawal emosi bila disentuh tentang ilmu.
Allahurabi.
Kuatkan.

Tolong aku Ya Rabb!
Ikhlaskan aku menghadapi semua ujianMu.
Aku tak kuat bersendiri.
Dan hanya Engkau yang tahu apa di hati aku sekarang.

Tuhan,
Bimbing aku, aku mohon.
Jangan tinggalkan aku bersendiri.


Kegagalan itu kehendakMu.
Dan itu yang Kau mahu!
Maka Kau jadikanlah hati ini terima apa yang Kau mahu!


Allah,
Mata ini sudah penat mengalirkan air mata.
Barangkali inilah hukuman dunia.
Sekejapnya kau tarik!
Tarik segala yang Kau beri pada aku.

Dan kini aku tiada apa lagi.


Maka aku pinta Ya Allah,
Adakanlah aku sekeping hati yang tabah dengan ujianMu.
Sekeping hati yang ikhlas melayan dugaan yang kau beri.
Sekeping hati yang sabar menanti saat bertemu denganMu.


Aku penat Ya Allah/


Tuhan,
Aku takut aku tidak kuat lagi meletakkan pergantungan aku padaMu.
Allah,
Janganlah Engkau sesatkan aku.
Berikanlah pengakhiran yang baik buatku.


Kau berikanlah aku kesabaran.



Yang pedih terluka dengan permainan dunia,
Salimi Ismail
HambaMu yg mencari makna hidup sebenarnya.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: