Saturday, 11 February 2012

Revision: Inna Haza Min Fadli Rabbi

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

perkongsian kali ini ringkas sahaja~
mungkin kerana tengah patah hati sebentar,
mencari kekuatan dengan membuat perkongsian ilmu.
moga2 dapat membahagiakn hati saya (".)

biasa dipuji anda cantik / hensem?
biasa dipuji anda pandai / hebat?

biasa dipuji anda budak baik?
biasa dipuji tulisan anda cantik?

biasa dipuji lukisan anda menarik?
biasa dipuji karya anda menarik?

kesimpulannya,
anda biasa dipuji?
ceh, macam tak ada motif panjang berjela.
tapi,
tajuk entry pun revision kan?
(.")(".)

kalau kita dipuji~
kita akan jawab apa?
'mana ada, biasa2 saja~'
psst, sepatutnya kita lebih berhati-hati dengan pujian.
pujian itu racun sebenarnya.

oleh itu,
untuk lebih berhati-hati~
kita boleh jawab
'inna haza min fadl rabbi'
langkah ini akan membuatkan kita ingat~
segala kelebihan ini milik Allah sahaja (:

sesungguhnya ini adalah daripada keredhaan Allah (:

thanks to my reader~
muhaz
kerana telah mengingatkan saya tentang ucapan ringkas ini~

( sila baca dari bawah )


notakaki: 
masih mencari kekuatan dalam mencari kebenaran.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 10 February 2012

Jom Kurangkan Tayangan Gambar Peribadi

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

khas buat blogger2 muslimah~
muslimah itu perempuan alim erk?
eh, bukan lah~
muslimah itu kaum hawa beragama Islam (:
kaum adam tak boleh baca?
just take a note~
mungkin boleh berkongsi pendapat juga.

mungkin ada sesetengah blogger2 baru tak sedar~
gambar2 yg kita upload di blog
akan mudah disearch di google.
maka?
gambar itu boleh diterjah oleh manusia seluruh dunia (:

oleh itu wahai blogger2 muslimah
yg cantik dikurniakan Allah dgn keindahan berpakaian menutup aurat~
why not kita privatekan sedikit gambar2 kita~
kenapa mesti private?
pada pendapat saya~
gambar muslimah mahal nilainya.
mungkin lebih mahal jika kita simpan secara peribadi kan?
kenapa mesti ditayangkan?

( hak milik senyom design sudio )
btw,
pernah terbaca di sebuah blog yg mengatakan~
menayangkan gambar org lain yg tidak menutup aurat sepenuhnya~
boleh membawa kepada berdosa atas dasar membuka keaiban org lain.
kalau tayang gambar kita yg tak tutup aurat sepenuhnya?
renung-renungkan (:

notakaki:
saya suka membaca entry blog yg meluahkan pendapat.
tapi,
bukan diari hidup seharian (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 9 February 2012

Revision: Uhibbuki Fillah

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


entry ini khas buat diri sendiri~
sebagai peringatan
apabila lupa satu hari nanti (:
pada masa yg sama,
ingin berkongsi ilmu yg saya peroleh drpd bumi wakafan (:

ucapan uhibbuki fillah
kami diajar utk ucapkan kpd sahabat2 kami
setiap kali selepas solat berjemaah.
solat berjemaah masa bila?
setiap masa (:
subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.

apa maksud uhibbuki fillah?


inilah maksudnya,
saya menyayangimu kerana Allah.
cuba anda bayangkan betapa hebatnya makna ini.
bayangkan doa ini kami lafazkan 5 kali sehari~
sepanjang ukhuwah kami 2 tahun,
berapa banyak lafaz bermakna ini bermain di bibir kami?

bagaimana cara hendak membalas doa ini?


min ajlihi wa ahbabtani (:
pada masa yg sama,
kami akan cakap minta maaf.
no sorry2 k!
jarang kami guna perkataan 'sorry'
kerana kata senior,
nilai maaf lagi tinggi keikhlasannya drpd sorry.
akur~.~

apa maksud min ajlihi wa ahbabtani?


banyak sebenarnya pandangan yg saya dapat ttg maksud ini~
ada yg kata kerana Allah, kamu berkasih sayang.
kesimpulannya di sini,
'saya mencintaimu kerana Allah' 

sweet kan persahabatan kerana Allah.
yang leka diperingati~
tidak sanggup melihat sahabat tercampak ke landasan yg salah.
inilah step utk mendapatkan kemanisan iman.
"bersahabatlah dengan orang2 yg soleh"


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.