Wednesday, 29 February 2012

Alin Sayang Adib~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

akhirnya~
adib dah berjaya panggil nama kak lin~
even digabungkan kak dengan lin menjadi alin kan (.")
prestasi yang bagus!

okay~
saya orang terakhir yang adib boleh sebut nama
dalam keluarga ini.
manakan tidak~
balik rumah pun 3 bulan sekali~
bila balik rumah~
homework setimbun!
so, memang saya tak sabar2 nak habiskan SPM selama ini~
dan kini tibalah masanya (.")
adib memang boleh sebut nama ayong dengan nyoh mula2~
sebab mereka ada waktu adib membesar!
sekarang~
turn alin pulak okay (.")


umur adib dah masuk satu tahun lima bulan~
berbekalkan berat sepuluh kilogram,
adib berjaya tendang bola menggunakan kaki kiri setiap petang!
yeah, budak kidal (:


lebih kurang jam 6.30 pagi adib bangun tidur~
alin akan ajak dia tengok astro siaran 550.
adib suka tengok binatang!
balik dari rumah mok jam 2 petang~
alin akan sambut adib.
adib berlari-lari masuk rumah.
alin akan tanya adib,
" mok mano? "
adib akan jawab,
" gi keda "
alin tanya lagi
" buak gapo gi keda? "
adib jawab
" beli lak "
lepas asar adib akan main bola~
alin layan dia dengan aksi bola melambung.
adib akan excited terlompat!
tak lupa juga ketawa (.")
waktu malam adib dengan alin suka tengok video dan gambar keluarga~
tak henti-henti mulut dia akan sebut nama kakak2 dan abang2 dia,
abah, umi, ayong, nyoh, alin, amad, sha, chik
waktu tengah malam,
umi light off awal~
adib masih tak tidur.
adib masuk bilik alin dan duduk sebelah alin.
tengok alin main internet (.")

notakaki:
yang indah itu akan tetap berlalu~
jadi hargailah!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

tahun yang di-divide 4 tanpa baki

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

cikgu math sekolah rendah ada ajar~
kalau nak tahu tahun lompat atau tidak
kene bahagikan tahun itu kepada empat,
kalau tiada baki?
TAHUN LOMPAT lah (.")
cikgu cakap~
tahun lompat ada tarikh 29 Feb~

besarnya pahala cikgu yang ajar kami~
untuk mengenali cara bahagi dan 
beritahu kami apa itu tahun lompat (:

waktu dulu2 tak pernah terlintas
tentang tarikh 29 Feb nie~
zaman sekolah kan,
29 Feb pun sama juga kene pergi sekolah,
bukan dapat cuti free pun!
ahaks~

awal2 bulan lansung tak ingat bulan februari mana ada 30 hari!
mula pelik bila join contest dengan giveaway~

"kenapa due date banyak yang 29 Feb?"

tengok, semua yang kita buat ada hikmahnya!

buka radio hot FM dekat siaran astro 708~
membincangkan apa yang ada dengan 29 Feb.
apa yang terlintas di fikiran aku?

" Kalau aku nak couple, mesti aku start 29 Feb. Tak payah nak sambut ulangtahun selalu. Baru tak rimas layan kehendak lelaki yang konon-konon sayang aku (.") "

itu idea pertama yang terlintas di fikiran~
bayangkan anda couple hari ini,
empat tahun lagi anda masih bersama si dia?
hah, kalau tak bersama~
kan dah jimat duit tak payah beli hadiah
untuk orang yang tak hargai kita kan?

kalau berpacaran, jangan tunggu lama2~
kalau dah berkenan, jumpalah ayah dan bonda,
....

sila sambung sendiri lagu di atas (>")


remaja oh remaja~
fikir pasal cinta sahaja, huh~
maaf reader yang tak suka bab cintan-cintun
cuma nak share apa yang terlintas di fikiran.

notakaki:
kejujuran itu kunci kebahagiaan (.")
sempat atau tidak merasai tarikh 29 feb lagi?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday, 28 February 2012

Facebook: Hari Keempat Tanpa Muka Buku!

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~

salim! kenapa deactive facebook?

kawan tepi loker mula tanya~
entah nak jawab apa.

yas! saja deactive, dah bosan.

jawapan yang agak jujur~
tetapi disebalik kejujuran sebenarnya
ada muslihat yang mendidik diri.
tak faham?
whink.whink (.")

kenapa cik lin deactive facebook?

rindu zaman2 rumah saya tak ada internet!

time kami adik beradik perempuan still berada di zaman sekolah~
punya merayu dekat abah~
pasanglah internet dan astro!
abah tetap bertegas, tak boleh!
kata abah, nanti anak2 abah tak belajar,
tunggu semua masuk universiti (.")

otak dah bercelaru dengan banyak info yang mengelirukan!

ramai yang wall post kan link2 blog tazkirah~
yang kadang2 membuatkan saya pening.
yang mana betul?
contoh: couple itu boleh asalkan tak dicampur dengan perkara yang merosakkan.
psst,, setahu saya~
couple itu macam menghampiri zina kan?
dan menghampiri zina itu haram.
jadi,
iman dan nafsu saya terpaksa bertarung mencari kebenaran.

sambut seruan umi yang tak suka berkawan!

whats?
memang berkawan biar seribu, berkasih biar satu.
tapi umi cakap kawan yang lepas itu biarkan lah~
nak tahu kenapa?
makin ramai yang kita care kan, makin banyak benda buruk dalam hidup kita!
contoh,
kawan2 kita tiba2 free-hair setelah sekian lama tak berhubung~
bila kita tengok facebook dia, hati mula buat kesimpulan melalut.
dangerous okay!
kalau kita tak tahu perkembangan mereka lagi okay kan?

facebook membosankan!

selalu online akan menyebabkan kebosanan melanda.
bila dah ada facebook, pantas saja jejari runcing ni
taip www.facebook.com!
tengok, dah biasa~
tak boleh kawal!
jadi untuk stabilkan keadaan~
deactive jawabnya!

stabilkan hati untuk mencintai Allah melebihi segala-galanya.

okay,
cinta muka buku itu boleh jadi baik dan boleh jadi hampeh!
pada peringkat umur saya ini,
rasanya~
cinta muka buku boleh jadi hampeh!
untuk lebih berhati-hati menjaga hati~
deactive sebentar facebook~
dengan harapan dapat melupakan kaum ajnabi yang tidak perlu hadir dalam minda saya!

yang atas ni sebab yang terlintas di fikiran sekarang~
banyak lagi yang terlintas di hati,
cuma tak pandai nak diproses oleh akal fikiran.

saya hanya mampu merancang,
tetapi ALLAH sebaik-baik perancang~
kadang2 apa yang kita aim kan, tak tercapai,
kerana Allah tahu yang terbaik (.")


01 March 2012~
moga2 terdetik hati untuk klik pada button sign in!

notakaki:
nak baca tentang luahan deactive facebook lagi?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.