Friday, 25 January 2013

rabun.

"Salimi Ismail, tidak mengapa rabun dekat dunia. Asalkan di akhirat nanti tak rabun, nampak titian sirat terbentang luas walaupun pada realitinya besarnya hanya 7 belahan rambut."


semalam hati rasa sayu sangat sangat sangat.
entah kenapa rasa masa untuk tinggalkan dunia terlalu dekat.

terlalu dekat.


mula menghitung dosa sepanjang hidup hampir 19 tahun.

ada pahala kah nak bawak pergi menghadap Allah?


Ya Allah, permudahkanlah urusan akhiratku.


membesar dalam keadaan serba cukup.
bila diuji mula mengeluh,
bila diberi nikmat mula bersyukur,
diuji lagi mengeluh panjang,
malu dengan diri sendiri.

-.-


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
moga-moga dengan hijrah aku kali ini memberi kekuatan menghampiri syurga Allah.


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" 

(Surah Al-An'Am ayat 32)



Firman-Nya lagi yang bermaksud : 
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." 

(Surah Al-Ankabut ayat 64)



Firman Allah SWT maksudnya : 
"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." 

(Surah Muhammad ayat 36)



alhamdulillah.
selesai midsem semester 2.


i have done my best, so let Allah settle the rest.
._____.



hanya tinggal 9 minggu berada dalam kuliah asasi.
semoga langkahku e degree kelak mendekatkan aku pada-Nya.



malam ni naik bas
 .____.
sembilan minggu tak jumpa keluarga.


moga diizinkan bersama keluarga di syurga, kehidupan yang kekal.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 12 January 2013

Aplikasi Membetulkan Niat.

sepantas kilat mengarahkan tangan menaip
melaporkan apa yang terjadi minggu ini.
terpaksa tergesa-gesa. perlu join study groop lepas isya'.


next week last week untuk kuliah!

next next week mid sem!

next next next week cuti sem!


pantas masa berlalu.
umi cakap aku kena belajar jadi lebih tabah!
umi cakap hidup aku baru sikit cubaan.
umi cakap lagi jangan mudah terasa ujian Allah terlalu berat.

umi cakap hidup umi lagi dahsyat daripada hidup aku.
semuanya umi lalui dengan selamba.
buat tak tahu, tempuh saja dengan hati yang sudah masak dengan ujian.
pejam celik pejam celik kesakitan itu akan hilang daripada ingatan.
masa itu terlalu jauh tinggalkan kita.


last week i just knew my housemates semua top student :')
ONLY me yang terasing.
terkesima dan terkilan lalu terkesan hati ini.
bohong kalau aku cakap aku tak menangis :')
and you know what, aku sendiri sudah masak dengan perangai aku.


"umi dah tahu kak lin ni. tak boleh tengok orang lebih daripada kak lin."


yes, i do!


tapi sejak aku dengar tazkirah tafakkuf fiddin, kupas tentang al-fatihah.
hati sedikit sebanyak dapat tolak kesedihan dan kehancuran hati tu.
kirenya akhirnya ego tu surut -.0


"hanya pada Allah aku sembah, dan hanya pada-Mu aku memohon pertolongan."


andai aku kata aku betul2 belajar kerana Allah, kenapa mesti aku pentingkan gelaran top student?

aku baru sedar apa itu buat sesuatu kerana Allah.

aku hanya manusia yang masih cetek ilmu Allah -.-



saat result sem satu keluar, aku masih ingat senyuman yang terukir.
even tak berapa nak bagus pada masa yang sama tak teruk sama sekali, aku yakin Allah perkenankan doa aku.
"Ya Allah, berikanlah aku pointer yang dapat menyelamatkan aku apabila melangkah ke sem due."
saat itu jugak, aku sujud syukur. berterima kasih pada Allah.
namun, sampai bila ianya bertahan?
syaitan mula beraksi menggunakan kelemahan aku.


mari sini aku buat pengakuan terbuka.
moga entry ini meningkatkan tahap kesyukuran aku satu masa nanti.
sepanjang sem satu aku terlalu main-main.
happy go lucky, nak menghadap buku pun cam hampeh!
suka bagi alasan bila nak buat sesuatu.
hubungan dengan Allah, subhanallah. jauh bagai nak rak!
secara automatik hubungan dengan manusia haprak kan?


mula timbul satu persoalan saat tengok result sem satu.
kenapa Allah masih bantu aku walaupun usaha aku tak seberapa?
kenapa Allah?
saat itu aku tekad dalam diri, sem dua akan usaha sebaik-baiknya sebab aku yakin Allah sedang merancang sesuatu.


peristiwa pengisytiharan top student itu betul2 Allah nak tengok aplikasi ilmu keikhlasan yang aku ada.
aku tak pasti kenapa gerak hati aku berdoa pada Allah untuk memberikan aku keikhlasan pada hari itu.
redha dengan segala ketetapan yang Allah tetapkan. tak sangka, peristiwa itu yang tejadi .___.


kuasa doa kan? hati mudah-mudah terima
 .____.
kerana satu doa yang bersungguh-sungguh dapat mengubah hidup kita.




sejujurnya aku sangat terkejut tengok status facebook lama2.
rupanya aku pernah anggap bumi wakafan itu bagaikan penjara.
penjara yang menyeksa zahir dan batin.
jujur aku lupa!
entah kenapa bila melangkah ke tingkatan lima semuanya bagaikan dipermudahkan.
Ya Allah, dekatnya Engkau dengan aku.



"jangan kau sangka pandai itu satu nikmat kerana sesungguhnya pandai itu satu ujian."



moga-moga jalan ke syurga tidak terhalang dek ilmu dan kejayaan dunia!




tiada satu saat pun dekat dunia ini kita tak perlukan Allah!


man jadda wa jada :')


doakan salimi ismail untuk mid sem. moga-moga Allah permudahkan langkah.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 4 January 2013

[SEM 2]: Sudah Hampir Separuh.


"Sahaja aku menulis entry blog kerana Allah Taala."


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu. 
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.


seminggu tak update blog .____.
sesuai dengan perjanjian dengan diri sendiri*

alhamdulillah.


dengan izin-Nya tinggal dua minggu sahaja lagi kuliah untuk separuh sem due ini .___.
21 Jan bermulalah perjuangan menghadapi mid-sem.
pejam celik pejam celik awal sem katakan selamat tinggal pada aku.

alhamdulillah, Allah yang Maha Merancang dan Allah sahaja yang mengetahui segala hikmah.


"Aku lebih dekat denganmu daripada urat lehermu sendiri"




25 Nov. 
memulakan perjalanan dari airport pengkalan chepa, 30 minit perjalanan tiba di KLIA. lepas zohor lepak Giant, beri barang keperluan untuk sebulan. Hampir rm100 -.-


26 Nov.
pendaftaran sem due, memulakan hari dengan senyuman. pergi bank Islam bayar yuran, gerak USIM settle hal-hal lain. gerak ke KISAS untuk ambil sijil SPM bersama Farha. gerak ke Jalan Tar. dan mesej masuk daripada abah mengatakan mok dah pergi buat selama-lamanya. al-fatihah.


27 Nov.
pergi usim pagi dan dapat tahu lab masih belum mula. gerak ke library usim. tenangkan diri dengan mata sembap lagi memikirkan arwah mok. sesi petang mula kuliah fizik.


28 Nov.
terlalu merindui mok.


30 Nov.
talk "Ku Nanti Pemilik Tulang Rusukku." by Hilal Asyraf. 
tidak ada kejayaan yang lebih besaar selain daripada syurga. Yes, inspired me!


07 Dis.
balik rumah housemate dekat Setiawangsa. teman housemate yang nak spend masa dengan family memandangkan mak ayah beliau ke tanah suci-Nya sepanjang cuti sem hari tu. memandangkan baru merasai kehilangan orang tersayang, belajar untuk menghargai orang tersayang.

hari lahir abah yang ke-46. rasa macam nak peluk abah kuat-kuat minta restu. (bajet nak kawin) HAHA. abah sambut birthday dengan bawak umi dan adik-adik pergi stadium perlawanan persahabatan Malaysia-Thailand.


08 Dis.
Program Sweet Sour Teenager Life untuk Tamhidi Dentistry. Aku ponteng tanpa rasa bersalah dan teragak-agak. Tak suka sharing-sharing dalam kelompok yang kecil. Just realised, I am a mysterious person.


10 Dis.
Perasmian Minggu Bi'ah Solehah. Tazkirah Perdana by Razif Fuad. Ikatkan ilmu dengan menulis.


11 Dis.
Tazkirah Maghrib by MPP. Nabi SAW ajar manusia berusaha dan Nabi SAW ajar cari lorong2 kebaikan.


14 Dis.
Bicara Siswi "Siapa Pengganti Siti Khadijah?" Doa, kesannya hingga akhir hayat. Maka berdoalah kepada-Nya .____.

Talk Ustaz Don. Kita cari pahala ikut kemampuan kita, yang penting cara Rasulullah.


16 Dis.
pertemuan bulatan gembira pertama. sesi taaruf. hidup perlu banyakkan sedekah. even senyum dikira sedekah .___.

19 Dis.
Kuiz Math dan Kuiz Biology. Alhamdulillah, Allah banyak bagi petunjuk .____.


21 Dis.
cuti lima hari bermula. belum bersedia untuk pulang ke kampung halaman. masih banyak kekuatan daripada Allah diharapkan.


26 Dis.
Kuliah bermula. dapat result Kuiz Math. Result warna-warni. Semuanya bantuan Allah yang memberi petunjuk saat masa hampir tamat.


28 Dis.
gerak Giant beli stok bulanan. hanya rm50 .____. kejayaan seorang perempuan berjimat.


29 Dis.
Santai Siswi "Rasulullah, Dalam Mengenangmu." You are the best -Allah- who are the best? Yang menyuruh makruf dan mencegah kemungkaran.


30 Dis.
Bulatan Gembira kedue. "Jati Diri sebagai Hamba dan Khalifah." al-Quran manual book paling penting dalam kehidupan.


02 Jan.
Result Kuiz Bio dapat. not bad at all. satisfied, alhamdulillah. dapat pengajaran baru dalam pemarkahan kertas biology, tak sama dengan pemarkahan tahun lepas .____.

Tafakkuf fiddin. Surah al-Fatihah. tempat kita beribadat ini sangat sekejap dan akan ada pengakhirannya TAPI ganjarannya lama (selama-lamanya).


03 Jan.
Kuiz Fizik Chapter 1 .___.


perjalanan yang sangat lancar. terima kasih Allah. sem due tiada lagi istilah kebosanan. sedar diri sesungguhnya hidup ini hanya sekejap, tiada masa untuk kebosanan. 
Moga-moga dipermudahkan dalam mengatur langkah seterusnya.


next week ada 3 kuiz/test.
kuiz kimia chapter 1-3. test math 1. kuiz biology chapter 4-5.

doakan orang di sini sentiasa mengingati-Nya dalam segala perkara.




._____.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.