Wednesday, 15 May 2013

Ingatkan aku.

"They were planning, and Allah was planning, and Allah is the best planner."
al-Anfal : 30




saat itu dirasai semua yang bergelar manusia.

 saat itu juga kita mula merungut dengan cubaan Allah.

saat itu manusia ego mengatakan "aku yang rasa, bukan kau yang rasa."

saat itu manusia mula membandingkan diri dengan manusia yang 'beruntung'

saat itu kita lupa untuk berterima kasih kepada-Nya untuk nikmat yang lain.

saat itu kita cuma mahu bersendiri untuk mengumpul kekuatan menghadapinya.




wahai hati.

berhentilah engkau kecewa dengan takdir-Nya.

berhentilah engkau merendahkan diri yang lemah itu.

bersyukurlah kerana masih ada air mata yang jatuh tatkala mengingati-Nya.

"mata fizikal kita menangis kerana mata hati kita tersentuh."

Ya Allah, baiknya Engkau menyentuh hati ini dengan penuh kelembutan.



Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan
(Riwayat Al-Bukhari)




ujian hidup kita berbeza-beza.

jangan kau sangka senyuman manusia yang bahagia tidak terselit kedukaan.

bergembiralah dengan ujian-Nya. Moga-moga kebahagiaan itu kekal hingga ke sana.





berhentilah mencari kelemahanmu wahai diri.

tiada yang sempurna di muka bumi ini.

hargailah yang diberikan-Nya, berhentilah membandingkan dengan yang lain.

janganlah berdukacita dengan hidup ini.



"Gantikan kesedihan itu dengan keazaman yang tinggi untuk mencapai apa yang kita ingin kan, kegagalan kita kali ini bukan bermaksud kita gagal selamanya tetapi mungkin ianya satu petunjuk bahawa masa hadapan tidak ada sesiapa pun yang boleh menjatuhkan kita"



terima kasih Allah.

Yang Maha Pengasih, ingatkanlah kami untuk sentiasa mengingati-Mu.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 12 May 2013

Adib Etek.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful~



"adib, jom mandi."


"taknak. sejuk etek,"


"marilah mandi. nak keluar jalan-jalan."


"adib mandi doh."


"bile adib mandi?"


"esok."



KAHKAHKAH.
kecik-kecik dah pandai buat lawak.
sungguh, Allah hantar adib tepat pada masanya. Besar hikmah Allah. Adib menceriakan suasana.
behave my youngest brother :)

semoga menjadi huffaz kelak, selamatkan umi abah dekat akhirat nanti.


selamat hari ibu, umi :)

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 10 May 2013

perasaan itu.

sebenarnya rindu nak berpenulisan. tambah-tambah duduk rumah senyap2, jarang bermasyarakat. terasa macam tak bagi manfaat kepada sesiapa pun. haiiya! tapi, kadang2 perasaan cuak datang jugak. sebab apa yang kita cakap, nasihatkan orang, Allah yang Maha Penyayang akan uji balik.


baca blog akak senior yang dah kawin. tup tap tup tap, terjumpa artikel aku sendiri dalam blog akak nie -.- dah lama aku tak explore perkembangan bakat kurniaan Allah ini. masya-Allah! 

aku tak pernah sangka penulisan ini memberi kesan kepada pembaca.
tapi, waktu aku mengarang cerpen ni, memang aku berusaha terapkan nilai murni bersangka baik dengan Allah.
terima kasih Allah kerana izinkan aku menyampaikan manfaat kepada pembaca.




aku cuba explore lagi pandangan pembaca. jujur aku tak percaya ada tarikan dengan cerpen simple yang aku karang sehari sahaja, namun tempoh edit agak lama sebab sedar dengan tanggungjawab penulis yang mempengaruhi pemikiran pembaca.

----- satu -----


----- dua -----


----- tiga -----


----- empat -----


----- lima -----



perasaan dapat bagi manfaat kepada orang lain tidak tergambar bahagianya. fikiran manusia mudah dipengaruhi dengan penulisan. 



muka aku memang tak sesuai berjiwang kan? 

kawan-kawan aku yang baca lansung tak percaya ini hasil penulisan aku. dan kadang-kadang aku sendiri tak percaya sebab aku sedar diri yang aku ni serious orangnya -.- 


cerpen ini sebenarnya kombinasi perasaan dan imaginasi aku sendiri. eyek. penulisan ini tidak dipengaruhi dengan mana-mana penulisan penulis terkenal sebab aku memang tak suka baca novel. itu realiti yang aku sendiri tak mengerti kenapa.


terima kasih kepada semua pembaca yang budiman. doakan penulis menjadi sesolehah perempuan dalam cerpen ini -.0


p/s: i want to be a writer. May ALLAH ease my way.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.