Sunday, 22 December 2013

First Sem ASRM

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Selesai sudah kuliah untuk first sem.
Sekarang tengah study week. Hope to have a great study week!
Bukan main bosan lagi duduk dalam bilik tapi entah kenapa seronok plak baca buku.



Thanks to Puan Haliza Harun for teaching us English Speaking and Writing.
Madam sangat awesome!
Awal2 sem rasa rimas sebab setiap minggu ada presentation.
Mula-mula task diberi awal seminggu, lama-lama task diberi secara spontan.
Like serious you alls, awal-awal sem presentation tengok kertas baca saja.
Tapi akhir sem dah yakin untuk cakap spontan!

Allahurabbi.
Sebenarnya madam ni dah ada pangkat DR tapi tak pernah madam sebut dalam kelas +.+

Ada satu hari aku ponteng kelas Madam.
Task kami ialah menjawab soalan-soalan sengal kawan-kawan sendiri.
contoh
"Do you have crush?"
See? Dah jadi sesi kaunseling sekaligus melancarkan speaking.
Cara madam memang masuk dengan hati remaja lah.

Aku bersyukur jugak sebab ponteng kelas madam masa tu sebab
aku taknak kawan-kawan kelas tahu hal peribadi aku.


Thanks to Sir Aziz for teaching us English Reading and Writing.

Janganlah korang masuk kelas Sir kalau korang tak tahu isu semasa!
Memang mencari nahas untuk dimalukan dalam kelas lah.
"No input, no output!"
Gaya sir tu penting. Memang ketawa satu kelas.
Even sir malukan kami, lansung tak terasa sebab faham itu cara sir untuk sedarkan kami.

Toyota punya moto apa? GST tu apa? Nelson Mandela berapa tahun dalam penjara?
Soalan sir memang spesifik tahu!
Kira kena ambik tahu semua benda lah

Setiap kali kelas perkataan NEWSPAPER wajib ada!
Silibus pelajaran kami ialah surat khabar bukannya buku teks.
Itu uniknya belajar dengan sir.
Sampaikan aku jatuh cinta tahap ghaban dengan NST or STAR.

"Awak tak perlu rasa nak perfect sangat dengan English. Sebab itu bukan bahasa kita."

Hari terakhir nak berpisah dengan sir, rasa sebak sebab terasa akan rindu sangat!
Sir dah macam atuk kami.
Aku ni dahlah tak merasa kasih sayang seorang atuk lansung -.-

Sir memang sharp dengan masa.
Memang tak nampak lansung kelamahan pada cara Sir ngajar. 
memang perfect!

Doakan sir sihat.
Sir nak pergi IJN sebab disyaki ada tersumbat bahagian jantung.
Doakan doakan!


Syukran ustazah Fatimah Yahaya sebab ajar kami Arabic Reading and Writing.
Sebenarnya sepanjang aku belajar arab 19 tahun, aku tak pandai guna kamus arab.
Serious.
Tapi, bila belajar arab dengan ustazah, aku terpaksa belajar guna kamus.
Mahukan tidak semua latihan dalam buku kena buat!
Walaupun pada mulanya rasa nak tiru kawan, tapi semangat nak tiru tu patah jugak.
Sebab rasa tak dapat apa-apa kalau meniru.
(pengakuan berani mati budak malas macam aku)

Sebenarnya kan kan.
Sepanjang satu sem belajar dengan ustazah aku tak pernah kena baca teks dalam kelas.
Nasib baik kah (?)
Masa aku duduk belakang, ustazah suruh orang depan baca.
Masa aku duduk depan sekali, ustazah suruh orang belakang baca.

Ustazah selalu share mengenai life ustazah sejak belajar.
And haruslah aku suka dengar sebab ustazah dah banyak travel.

Jujur aku teringin sangat nak travel ke sana ke mari.
Tapi, umi abah tak bagi green light dan aku masih di bwah tanggungjawab umi abah.
Sabar dan banyakkan doa.


Terima kasih Ustaz Fauzi sebab ajar kami Arabic Listening and Speaking.
Ustaz ni alkis and anak murid Ustazah Fatimah dekat Maktab dulu.
Ustazah Fatimah cakap Ustaz Fauzi ni pelajar yang bagus!

Memang alkis sungguh ustaz fauzi ni.
Jujur dalam menjalankan tanggungjawab.
Kalau 5 jam kelas ganti, memang ustaz nak jugak ganti!
Semua task diberi diberi even last minutes!
Meraung jugak kena buat siyahah, hiwar and munazorah dalam masa 2 minggu terakhir sekaligus.
Lagi cemburu sebab banyak kelas tak buat semua.
Tapi,
Kami ada ilmu lebih lah kan kan :)

Kadang-kadang rasa nak angkat beg balik.
Sebab ustaz selalu datang lambat.
And aku yang lepasan tamhidi ni selalu diingatkan yang pelajar universiti ialah pengguna
dan pengguna ada hak bersuara!
Ikutkan hati 30 minit ustaz tak datang terus nak balik.

tsk tsk tsk.

Tapi biasalah budak USIM baik hati masih mengaplikasi erti keredhaan dan menghormati.
Kena faham ustaz datang jauh-jauh and ustaz busy dengan kerja lain jugak -.-


satu lagi subject yang bukan subject core ialah Philosophy!
Just 2 masa kredit.
Dan jujur lah tak pernah dalam kelas Philo aku tak tidur.
Mungkin sebab jadual hari Isnin aku terlalu padat non-stop dari pagi.
Dapatnya subject philo pukul 2 sampai 4.
Memang masa meelepaskan keletihan sungguh.

PROF DR ALINA ABD RAHIM memang superb lah.
Aku tabik dengan Prof sebab Prof memang nampak sangat penuh dengan ilmu!
Then, Prof ni sentiasa senyum and bagi kata-kata semangat yang positif :)


Masuk pada subject core pulak
Microeconomy 3 masa kredit.
Habak dekat hang, Sir Razak memang kelakar sangat.
Sir pandai buat lawak dalam bahasa inggeris you alls :)
Beruntung lagi sebab budak aktuari dapat tutorial dengan sir!
Nanti sem 2 belajar lagi Makroekonomi dengan sir.
Dan entah kenapa rasa nanti budak Financial Math pulak dapat tutorial dengan sir.

its okay!
Yang penting sir kenal aku.

Tapi microeconomy mental sikit part nak baca buku yang tebal tulah kan.
Even soalan exam just keluar soalan tutorial,
aku rasa tak puas hati bila tak faham sepenuhnya!
Aku rasa nak ambik tahu semua yang berkenaan dengan Mikro sebab nak aplikasi dalam hidup.

Itu kelebihan belajar mikroekonomi.
Boleh aplikasi dalam hidup.


Subject ke7 untuk aku sem ini ialah Algebra.
Memang seronok lah kan belajar algebra sebab math.
Tambah-tambah dapat belajar dengan DR Zailan Siri yang murah dengan senyuman.
Tapi you alls, i tak pernah sangka Algebra ni mencabar.
Mencabar itu menyeronokkan :)
Sebab tak semua orang mampu buat kan kan?
HAHA.

Algebra macam revision addmath and silibus masa tamhidi.
Mencabar sikit itu biasalah kan?
Dah nama pun Degree.

Alhamdulillah Aktuari tutorial 3 dapat bertuto dengan DR.
Orang kata DR suka no3 sebab tu DR pilih tuto 3 sahaja.
Bertuto dengan DR memang superb lah kan.
Lansung tak ketinggalan compare dengan kelas lain.
And yeah, DR selalu bagi hint untuk final dalam tuto.
Itu advantage untuk kami budak tuto 3 :)



Alhamdulillah.
Memang Allah permudahkan segala urusan untuk sem ni.
Semuanya hadiah daripada Allah :)



"Allah dengar doa Kak Lin. Allah bukan tak bagi Kak Lin sambung dentist tapi Allah bagi yang jauh lebih baik iaitu bidak Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko."


Sebenarnya sampai hari ini aku ingat apa yang abah cakap tu.

Berdoalah.
Dia tak kejam, Dia Maha Mendengar, Dia Maha Penyayang, Dia Maha Pengasih, Dia Maha Mengetahui/


.______.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 8 December 2013

Solat.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.



"Aku nak laki yang boleh kejut solat tahajjud."

"Kenapa dengan solat tahajjud? Kenapa bukan solat lain?"

"Sebab solat tahajjud paling susah nak buat bagi aku."




Aku fikir balik, tenung betul-betul kata-kata kawan aku.
Terpaksa fikir lama sebab member-member dekat Kolej Islam dah biasa dengan tahajjud.

tapi.

ianya bukanlah sesuatu yang biasa tatkala aku melangkah ke universiti.




mereka kata
"bagusnya solat Tahajjud. Susah nak jumpa budak aliran sains solat Tahajjud.
Biasanya budak alim-alim sahaja yang ambil aliran agama sebati dengan tahajjud."




benar dan tidaklah hairan dengan pandangan seperti itu.
memandangkan aku sendiri pernah berfikir seperti itu sewaktu tingakatan tiga.
bagi aku yang solat tahajjud ini memang baik tahap tak ingat dunia lah.




even dari sekolah rendah lagi aku typical yang bangun sebelum subuh.
tapi tak pernah terlintas untuk solat tahajjud bagai.
teringat masa nak UPSR, 
aku adakan runtin solat sunat hajat dan baca yaasin sahaja sebelum subuh.
i cant imagine how Allah gives me the sense of hoping to God only since budak-budak.
nak cakap baik lansung tak
sebab solat sunat rajin tapi solat fardhu cam hampeh masa belum jatuh hukum wajib ke atas aku!

ingat lagi umi abah suruh solat.
tutup pintu bilik, siap kunci then hampar sejadah, duduk atas katil.
dah rasa lama sikit baru bukak pintu, menunjuk-nunjuk tengah lipat kain sembahyang.
apakah (?)

masuk nasyid jadi solo nyanyi lagu sepohon kayu.
"... walaupun hidup 1000 tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya..."
entah kenapa degil sangat nak insaf masa budak-budak ni.

sepatutnya aku kena rotan sebab tak solat even umur dah lebih 10 tahun -.-




bila dah jadi wajib ke atas aku untuk solat,
memang cakap selamat tinggal kepada istilah "tinggal solat"
pandai pulak aku ni, taknak tanggung dosa  tinggalkan solat even solat lansung tak khusyuk.
lama-lama berjinak-jinak solat awal sebab umi pernah cakap
"Kalau dah azan, kita tengah tengok tv, tiba-tiba mati, kan dah hutang satu solat dengan Allah."
sentap tak sentap.
my mum even bukan ustazah, nasihat bukan main hot menyentapkan jiwa yang keras ni.




tak pasal-pasal masuk part throwback -.-
salimi ismail tak boleh dipisahkan dengan istilah banyak bercerita sejak tak pandai membca lagi.
bak kata umi abah, pantang nampak buku kartun mula mengarang dialog sendiri sebab tak pandai membaca.
Allahurabbi, terima kasih Allah jadikan aku seperti ini.
Jujur banyaknya nikmat yang telah kau berikan pada aku.




rupa-rupanya solat fardhu ni memang berat kan (?)
sebab aku tengok depan mata sendiri betapa liatnya manusia nak utamakan solat.
rasa kesian.
Allah tak bagi hidayah lagi atau memang buat-buat tak nampak hidayah itu (?)

nampak sesuatu, fikir! 
Allah jadikan sesuatu perkara, berhikmah! 
Allah nak suruh kita fikir dan ambil pengajaran!
 butakah mata fizikal kita (?) atau mata hati kita yang buta (?)



straight to the point.
Aku pernah hidup dengan golongan manusia fikiran kelas pertama.
satu sahaja aku nak cakap.
mereka jaga solat. mereka jaga hubungan dengan Allah.
"marilah menunaikan solat. marilah menuju kejayaan."
can you see this?
solat dan kejayaan ada kaitan.



"ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk dalam hati orang yang membuat maksiat."

bisakah anda mengerti wahai pelajar lepasan sekolah agama (!)
mengapakah kita selalu kabur dengan ilmu yang kita ada (?)

kerana Allah takkan biarkan kita memiliki nikmat tanpa diuji.


dan nikmat itu ilmu.




kadang takut untuk berbicara lebih.
kerana bimbang termakan degan kata-kata sendiri.
yang mampu aku minta pada Dia, 
adakanlah sahabat2 yang dapat menyelamatkan aku tatkala aku lemas.
adakanlah kenangan indah berada di jalanNya tatkala aku melupai kemanisan Iman.
adakanlah hati yang lembut mendengar dan menyebut namaNya tatkala kurangnya aku mengingatiNya.






.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 27 November 2013

HATI.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


Pernah rasa kosong (?)
Pernah rasa jauh dari Allah (?)

Bersyukur masih ada peluang ada perasaan sebegitu.

Sometimes rasa taknak guna android.
no whatsapp. no wechat. no viber. no line.
jujur rasa nak uninstall semua tu.
tapi.
komitmen dengan bisnes, Allahurabbi.


jadi pointnya sekarang.
kena pandai mengingatkan diri sendiri.
guna semua laman sosial untuk dakwah.
and ofcoz kena ingatkan diri jaga ikhtilat.

jaga ikhtilat bukan sebab nak suami soleh.
tapi sebab Allah yang suruh.
guide line dalam jalani kehidupan dah cantik.
Jaga hati sebab hati itu milik Dia.



suka tengok kawan-kawan berkhidmat untuk orang lain.
I mean jadi orang kuat persatuan bagai.
rasa terdorong nak buat kebaikan.
serious hidup buat kebaikan dkt orang line have fun!
dapat bersosial, dapat belajar cara urus itu dan ini.
semua benda tu takde dalam buku yang tebal berharga puluhan mahupun ratusan!

kena pandai urus masa. kena pandai neutralkan keadaan.
siapa kata orang sibuk baca buku sahaja boleh berjaya?
Mudahkan urusan agama Allah, pasti ada ganjaran.
itu janji Dia kan (?)




final menanti sebulan lagi.
assignment bertimbun tapi as usual i do not like to force myself.
kena bersihkan hati. kerana ilmu takkan masuk dalam orang yg membuat maksiat.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.