Sunday 8 December 2013

Solat.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.



"Aku nak laki yang boleh kejut solat tahajjud."

"Kenapa dengan solat tahajjud? Kenapa bukan solat lain?"

"Sebab solat tahajjud paling susah nak buat bagi aku."




Aku fikir balik, tenung betul-betul kata-kata kawan aku.
Terpaksa fikir lama sebab member-member dekat Kolej Islam dah biasa dengan tahajjud.

tapi.

ianya bukanlah sesuatu yang biasa tatkala aku melangkah ke universiti.




mereka kata
"bagusnya solat Tahajjud. Susah nak jumpa budak aliran sains solat Tahajjud.
Biasanya budak alim-alim sahaja yang ambil aliran agama sebati dengan tahajjud."




benar dan tidaklah hairan dengan pandangan seperti itu.
memandangkan aku sendiri pernah berfikir seperti itu sewaktu tingakatan tiga.
bagi aku yang solat tahajjud ini memang baik tahap tak ingat dunia lah.




even dari sekolah rendah lagi aku typical yang bangun sebelum subuh.
tapi tak pernah terlintas untuk solat tahajjud bagai.
teringat masa nak UPSR, 
aku adakan runtin solat sunat hajat dan baca yaasin sahaja sebelum subuh.
i cant imagine how Allah gives me the sense of hoping to God only since budak-budak.
nak cakap baik lansung tak
sebab solat sunat rajin tapi solat fardhu cam hampeh masa belum jatuh hukum wajib ke atas aku!

ingat lagi umi abah suruh solat.
tutup pintu bilik, siap kunci then hampar sejadah, duduk atas katil.
dah rasa lama sikit baru bukak pintu, menunjuk-nunjuk tengah lipat kain sembahyang.
apakah (?)

masuk nasyid jadi solo nyanyi lagu sepohon kayu.
"... walaupun hidup 1000 tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya..."
entah kenapa degil sangat nak insaf masa budak-budak ni.

sepatutnya aku kena rotan sebab tak solat even umur dah lebih 10 tahun -.-




bila dah jadi wajib ke atas aku untuk solat,
memang cakap selamat tinggal kepada istilah "tinggal solat"
pandai pulak aku ni, taknak tanggung dosa  tinggalkan solat even solat lansung tak khusyuk.
lama-lama berjinak-jinak solat awal sebab umi pernah cakap
"Kalau dah azan, kita tengah tengok tv, tiba-tiba mati, kan dah hutang satu solat dengan Allah."
sentap tak sentap.
my mum even bukan ustazah, nasihat bukan main hot menyentapkan jiwa yang keras ni.




tak pasal-pasal masuk part throwback -.-
salimi ismail tak boleh dipisahkan dengan istilah banyak bercerita sejak tak pandai membca lagi.
bak kata umi abah, pantang nampak buku kartun mula mengarang dialog sendiri sebab tak pandai membaca.
Allahurabbi, terima kasih Allah jadikan aku seperti ini.
Jujur banyaknya nikmat yang telah kau berikan pada aku.




rupa-rupanya solat fardhu ni memang berat kan (?)
sebab aku tengok depan mata sendiri betapa liatnya manusia nak utamakan solat.
rasa kesian.
Allah tak bagi hidayah lagi atau memang buat-buat tak nampak hidayah itu (?)

nampak sesuatu, fikir! 
Allah jadikan sesuatu perkara, berhikmah! 
Allah nak suruh kita fikir dan ambil pengajaran!
 butakah mata fizikal kita (?) atau mata hati kita yang buta (?)



straight to the point.
Aku pernah hidup dengan golongan manusia fikiran kelas pertama.
satu sahaja aku nak cakap.
mereka jaga solat. mereka jaga hubungan dengan Allah.
"marilah menunaikan solat. marilah menuju kejayaan."
can you see this?
solat dan kejayaan ada kaitan.



"ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk dalam hati orang yang membuat maksiat."

bisakah anda mengerti wahai pelajar lepasan sekolah agama (!)
mengapakah kita selalu kabur dengan ilmu yang kita ada (?)

kerana Allah takkan biarkan kita memiliki nikmat tanpa diuji.


dan nikmat itu ilmu.




kadang takut untuk berbicara lebih.
kerana bimbang termakan degan kata-kata sendiri.
yang mampu aku minta pada Dia, 
adakanlah sahabat2 yang dapat menyelamatkan aku tatkala aku lemas.
adakanlah kenangan indah berada di jalanNya tatkala aku melupai kemanisan Iman.
adakanlah hati yang lembut mendengar dan menyebut namaNya tatkala kurangnya aku mengingatiNya.






.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: