Monday 9 April 2012

Random Post With Random Action

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~


jujur hanya ini modal aku waktu jaga
wan ahmad adib bin wan ismail (!)
betapa dahsyat buasnya anak kecil ini~
sejak umur satu tahun enam bulan.


dengan rendah diri~
saya memang perlu bermain dengan adib juga (!)

adib, mano moto ayoh?

ayoh.ayoh.

ayah tu pengasuh adib (.")


how?
hensem tak adib bila aku marah dia (?)
ouch,
dia marah aku lah sebab tak penuhi kehendak dia (!)
gulp~

terima kasih 
mr scooter dr acaiberry
dan
bookmark awesome buatan DR Munirah Hanum (:


cukup lah update blog malam ni~
wordless sangat2 (!)

pengajaran untuk entry kali ini~
hidup ini penuh dengan keceriaan bersama keluarga (:
hargailah sementara masih ada (!)
tak perlu terjengket-jengket intai orang jauh2~
hargai yang di depan mata dulu (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sasaran Bermula Di Sini

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


"if u wish to be a doc, just go through it in thick n thin..just be patient n strong when facing the obstacles to be a doc because it is not easy to achieve something that not all people can do it but it is not impossible for us..n remember,,do our best n Allah will do the rest..maybe aucms is destined for me to become a great muslim anesthetist in world..."

gulp~
ada jugak keuntungan stalker facebook orang.
okay,
ini memang statement muslimin sekolah aku
yang result tahap kritikal cemerlang (!)

inspired a lot, right (?)

even result aku tak straight A apatah lagi straight A+
aku tetap mahu ambil bahagian perubatan~
belasah saja lah even BIO dapat B+ kan (?)
kawan aku cakap~
kalau SPM dah tak boleh go on BIO,
boleh kah nak teruskan ambil medik (?)
ouch, soalan ini mencabar aku sebenarnya (!)

siapa kata kalau dapat straight A SPM akan cemerlang medik?
no.no.no (!)
siapa kata kalau dapat C subject sains akan tersungkur dengan medik?
sekali lagi no.no.no (!)
ini realiti bukan mimpi~
SPM itu hanya permulaan.


cukuplah aku tersungkur sekali dalam SPM ini~
semangat yang dicabar sudah mula berbuak.
Allah sengaja tak bagi aku straight A~
sebab Allah simpan straight A itu di akhirat kelak (:

aku nak jadi doktor (!)

"kita perlu ada sasaran. kalau tiada sasaran apa yang kita buat tidak bernilai dan tak all out."

ini petikan semangat yang sempat aku semat dalam hati~
berdasarkan temuramah NONA dengan Amalina Che Bakri.
sekali lagi aku cakap,
inspired aku sangat-sangat (!)

sasaran aku nak jadi doktor sukarela.
betul, aku nak sangat jadi doktor yang berbakti pada Islam.
cukuplah aku abaikan tanggungjawab belajar waktu SPM.
aku akan cuba tebus balik.
seimbangkan dunia akhirat~


ini pemarkahan SPM 2011~
jujur aku masih berdoa kepada Allah agar pemeriksa kali kedua kertas BIO aku~
akan terbuka hati memberi sekurang-kurangnya A- kepada BIO (!)
yes, aku recheck kertas SPM aku.
terima kasih umi dan abah kerana izinkan (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 8 April 2012

Umur 9 Tahun Pun Tahu Qiam, Kita (?)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


Jam menunjukkan pukul 3 pagi dan seorang anak gadis kecil berusia 18 tahun kurang dua bulan terjaga dari tidur. Dikejutkan oleh angin yang melalui sipi-sipi tingkap menyebabkan kelansingan bunyi terhasil persis seperti bunyi angin yang dilakonkan untuk cerita hantu (!) 

"hujan rahmat."

Sengaja dibaringkan lagi badannya. Malas nak rajinkan diri untuk bangun seawal jam 3 pagi itu. Manakan tidak baru melelapkan mata jam 12 am. Bagaikan tidak puas hati dengan kualiti tidurnya akhir-akhir ini. Hati tidak senang sejak buat sesuatu perkara yang sangat memalukan baginya. Tidak senang hati bermakna itulah dosa kerana lari dari fitrah manusia yang sukakan kebaikan. Sekali lagi memaksa dirinya tidur lena.

"Aduh, lenguh lah pulak tidur atas katil ni. Dah lah budak kecik ni ada. Tak boleh kuasai satu katil!"

Getus hati kecil yang mementingkan diri. Memang sangat tak suka kongsi katil sejak diberi kuasa penuh memiliki bilik sendiri. Budak seperti ini memang tak layak cakap soal kahwin gara-gara tidak suka berkongsi lagi!

"Baik buka facebook. Internet pun laju waktu macam ni."

Dengan mood yang spoil bergerak ke bahagian meja solek. Dikeluarkan segala peralatan yang berkaitan dengan laptop yang sengaja diasingkan. Berwaspada, pencuri zaman sekarang kan suka masuk bilik anak gadis. Laptop dibuka, broadband celcom disuap ke gigi laptop untuk membaca deria rasa yang ada pada broadband. Connect! Tidak perlu ditaip www.facebook.com. Hanya perlu taip w dan keluarlah URL penuh facebook. Nampak sangat selalu buka facebook! Sekali lagi tidak perlu taip emel dan password untuk sign in memandangkan memang bukan kerajinannya untuk log out!

Chat yang berstatus offline sengaja diklik online sebentar.

"Apakah? Ramai lagi manusia yang online!"

Kotak chat di-scroll lagi. 

"Gulp. Online lagi budak baik ni? Kalau pukul 3 online tak tidur lagi pukul berapa qiam?"

"Offline balik lah. Semak betul."

Jam 3.45 sudah mula kebosanan. Update blog sudah, stalker facebook sudah. Google sana-sini sudah. Mata tak mengantuk lagi. Mulut pun tak menguap lagi.

"Kalau solat sunat waktu macam ni macam awal sangat. Tapi kalau tak solat dulu, mesti terlepas punya nak jadi tetamu awal Allah sebab bangun lambat."

Dengan mood yang dah tak tahu untuk dikata bagaimana, laptop ditutup. Bergerak beberapa langkah untuk ke kamar mandi. Berwuduk. Teliti sahaja berwuduk kerana tak mahu ibadah hilang khusyuk dengan mudahnya.


Jam 4 pagi, sejadah mula dihampar. Budak kecil yang berkongsi katil pun bangun. Dibiarkan sahaja. Telekung mula dipakai.

"Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala."

Hilang kekhusyukan sebentar. Bunyi air mengalir putus-putus seakan-akan mengambil wuduk. Budak kecil ni nak qiam sekali kah?

"Allahuakbar."

Tiba-tiba terasa bagaikan budak kecil lelaki berusia 9 tahun ini datang ke sisi turut mengangkat takbiratul ihram. Sudah pelik dengan kerenah budak kecil ini. Sejak bila tahu Qiam?

Usai memberi salam si adik yang terlebih dahulu selesai walaupun si kakak yang mulakan solat dulu seraya bertanya.

"Kak lin solat apa? Subuh dah kah?"

Si kakak sengaja membisu. Mungkin si adik pelik kenapa si kakak tidak membaca doa qunut, Mood masih spoil dengan badan sudah terasa kelesuan.Si adik terus keluar bilik. Hanya selangkah melangkah keluar dari pintu bilik. Didongakkan ke atas melihat jam dinding di ruang keluarga.Bergegas masuk ke bilik kembali.

"Baru pukul 4. Kak Lin solat hajat kah?"

Sekali lagi diam sahaja, hanya pandangan mata yang tajam memberi jawapan. Si adik ketakutan terus baring kembali ke atas katil. Bukan sengaja tidak ingin menjawab tapi mengerti kalau dijawab soalan itu banyak pula soalannya. Qiam? Adik-adik tahu kah apa itu qiam?

Tammat kisah ini! di kesempatan ini saya nak pesan Allah jadikan malam untuk menjadi selimut kepada kita. jadi jangan rajin-rajin langgar aturan Allah okay! Peace no war (:


notakaki:
even adik-adik masih tak faham apa itu qiam~
bila cikgu-cikgu dah ajar,
pasti dia akan nilai dengan pegalamannya melihat orang lain qiam.
inilah dipanggil pendidikan tidak formal (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.