Monday 27 May 2013

powerful in spreading love.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


kerana kau yang ku rindui, air mata tidak sah tidak mengalir tatkala mengingatimu.

kerana kau yang ku rindui, teringin sekali aku setia berada di sisi ibuku agar tidak bersendiri.


mok,
kak lin rindu setiap detik dengan mok. setiap detik mok. 
biarpun umi selalu cakap mok ialah ibu yang garang tapi kak lin sedar yang mok ialah nenek yang penyayang.



do you know how i miss you?


mum told me, she miss you badly too.



umi cakap "makin tua mok, makin tersentuh hati kasihan tengok mok membesarkan umi."

umi cakap lagi "bile tengok mr potato dekat mall, mesti umi tersasul cakap nak beli dekat mok."



mok, kak lin rindu nak makan ais krim dengan mok. 

rindu nak dengar mok puji kak lin, "makin cantik elin sekarang."



mok, 
terima kasih jagakan umi kak lin dari kecik sampai hujung nyawa mok. 
terima kasih sudi terima abah sebagai menantu mok.
terima kasih sudi bersabar dengan arwah tok mek selaku besan mok.


mok,
kak lin tak sangka itu kali terakhir kak lin pegang tangan mok.
kak lin tak sangka lagu kematian yang kak lin suka saat tu adalah petanda mok akan pergi.


mok,
kak lin akan usahakan jaga anak mok sebaiknya! kak lin akan jaga umi sebaiknya sepertimana umi sentiasa sabar jaga mok. anak mok hebat orangnya. pandai mok didik anak mok :) i wish to be like you.


umi masih berusaha untuk berlawak jenaka tatkala mengangkat barang2 dari rumah mok.
rumah mok yang terpaksa dirobohkan atas banyak sebab.
umi tetap bersedih kerana kenangan umi lesap sekelip mata.
and of course i wish to be with her, talking to her, replace her time with you.


bagaimana mampu kak lin merintih dengan ujian Allah tatkala mengingati susahnya lagi mok membesarkan umi dan susahnya umi dibesarkan.


"hok mok nie. adib nok bagi ko mok."

"mok mano?"

"ado. nanti mok datanglah."


"umi, rumoh mok kene koyok doh."
-adib-

mok,
raya tahun ni kami beraya tanpa mok. dan sudah pasti kami adik-beradik terasa kehilangan. kasih sayang mok pada kami, prihatin mak pada kami sangat terasa hampir dengan kami.


you are really powerful my grandmother :)

bagaimana mampu aku contohi sikapmu yang powerful itu, sentuhannya terlalu lembut selembut umi menyentuh kami adik-beradik.

moga sentuhan itu akan berterusan selari dengan peredaran darah keturunan.


salam rindu dari kami yang masih di dunia,
kepada nenda yang telah kembali kepadaNya 26112012/4 pm.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: