Saturday 3 August 2013

Jatuh Bermaruah.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


hampir sebulan menanti satu kekuatan ini.
rindunya pada sesuatu kekuatan berserah pada yang Maha Esa.


ramai dah tahu dan ramai yang tidak tahu lagi sebenarnya.
aku tak dapat sambung belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian.
dan aku dipilih olehNya untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari & Pengurusan Risiko.

02 Ramadan is the worst day ever for me! 
my life totally change 100% and i need to rotate 360 degree.
gagalnya aku memperoleh apa yang aku kehendaki adalah sesuatu yang sakit dirasai.
umpama bermula saat itu roda kehidupan aku di bawah.

entry ini bukan untuk dapatkan simpati tetapi untuk menginspirasikan anda yang berada di bawah seperti aku.


hanya Allah yang tahu bagaimana kemasnya cita-cita itu aku tanam sejak zaman sekolah lagi.
air mata sudah banyak jatuh tatkala meminta padaNya sesuatu yang aku rasakan terbaik buat aku.
jujur hanya Tuhan yang tahu berapa banyak sujud aku laburkan untuk meminta dipermudahkan mencapai cita-cita itu.
doa juga tak pernah putus! kalah doa meminta jodoh!
meminta tanpa malu padaNya walaupun sudah banyak jatuh dan bangun, aku tidak kenal erti putus asa.

sampailah 02 Ramadan aku kecewa denganNya!
doa aku tidak dimakbulkan. 

bulan Ramadan yang bagaikan paling teruk tetapi tahun lalu lebih teruk.
orang lain sibuk post dekat facebook, twitter, instagram, blog.
rezeki Ramadan dapat sambung belajar dalam bidang Perubatan mahupun Pergigian.
wah, bagaikan itu rezeki yang besar!
sedangkan aku?
mana rezeki Ramadan aku?

hari ini berani aku katakan Ramadan kali ini ialah Ramadan paling bermakna buat aku!
kerana Dia pilih aku untuk merasai nikmat ujian dan manisnya nikmat iman yang menyelamatkan aku.
mempercayai Dia sentiasa merancang sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang aku inginkan.


"Kita minta dengan Allah. Allah bukan tak bagi sebenarnya. Allah bagi! Allah bagi sesuatu yang lebih baik."
-abah-


jatuhnya aku bermaruah.
pointer aku sudah di tahap kelas pertama seperti yang aku minta padaNya.
begitu juga dengan result MUET aku yang setaraf dengan pelajar pergigian.
cuma mungkin aku tak berjaya yakinkan penemuduga tentang keinginan itu.
semuanya berlaku dengan izinNya kerana Dia tahu yang terbaik buat aku.



aku gembira sebenarnya dapat keluar daripada bidang itu.

if you know what i mean :)




terima kasih Allah untuk hadiah ini.




biar pemakaian aku tidak seperti muslimah lain,
tetapi biarlah pemakaian iman aku indah di mataNya.




"roda kehidupan aku berada di bawah kini. entah roda itu bergerak atau tidak. kerana jujur mula-mula duduk di bawah sakit. lama-lama dah lali. tapi aku tetap tunggu dengan sabar untuk berada di atas kembali."



._______.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: