Sunday, 26 February 2012

Lot of Sorry, DEAR~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

okay my dear friends,
saya minta maaf kerana sukar untuk dihubungi akhir2 ini.
mungkin anda rasa geram ditambah dengan kesal~
kerana saya nekad untuk
deactive facebook
dan 
deactive handphone (.")
a lot of sorry~
this is the best way for me
to be more commited with myself!

on handphone sekejap tadi gara2 kene verify blog~
tanpa diharap,
terlalu banyak mesej dari celcom
gara2 miscall.
a lot of sorry~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 25 February 2012

Karnival Jom Masuk U ~ Kota Bharu

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

mari bercerita pengalaman~

jam 10 pagi bertolak dari rumah
memandangkan samihah ahmad cakap~
datang lah pukul 10 pagi.
atur punya jadual harian,
pagi2 dah siapkan tugas sebagai guard rumah.

sampai di stadium kira2 jam 10.30 pagi,
memang ramai tahap kritikal lah kan (.")
call samihah ahmad,
dia cakap ada dekat depan pentas.
jumpa punya jumpa,
saya cakap dekat dia~

" aku ikut mung lah deh "
" mung tok gi lagi ko?"
" dok lagi lah. bakpo? mung nok kelik doh?"
" holah, nok kelik doh. aku pusing doh.sapa pagi lagi. "

dear samihah ahmad,
kenapa awak tak cakap dekat saya datang pukul 8 pagi juga (.")
tidak mengapa,
ada hikmahnya (:

maka dengan ini,
family saya terpaksa tukar plan~
nasib baik parents saya tak keberatan temankan saya di karnival itu.

melangkah masuk dengan berebut,
tanpa barisan lagi~
menunjukkan kelemahan disiplin dunia Melayu.
( kelantan mana ada cina sangat )
daddy saya memang dah ada perancangan sebenarnya~
abah pergi kaunter pertanyaan,
dan tanya petugas,
di mana utk dapatkan khidmat nasihat kerjaya?
okay, caring betul abah bab2 pelajaran nie~
so, dengan mudahnya~
saya bertemu penasihat kerjaya.
cerita punya cerita baru faham~
nak jadi pensyarah bukan mudah!
kene belajar ilmu degree macam biasa dulu,
baru ambil Master and PHD untuk jadi pensyarah.
dan yang paling penting~
kerajaan susah nak taja untuk buat Master dan PHD?
kesimpulannya,
duit sendiri okay?
ditambah dengan lanjut usia lah belajar~
jujur sahaja, aku tak nak belajar lama2~
nak kerjaya yang simple 
supaya masih banyak ilmu dunia luar yang saya nak belajar.

nasihat ini paling penting,
" Kebanyakannya yang berjaya dalam kerjaya bukan excellet student,
tetapi yang mempunyai skill hebat."

baru saya faham,
jangan pandang rendah kepada individu yg ambil politeknik
kerana mereka lebih banyak peluang jika result mereka bagus.

nak kongsikan lima bidang
yang peluangnya cerah pada tahun 2016.
Sains Sukan
Perbankan Islam
Hospitaliti
Teknologi
Sains

melalui khidmat nasihat kerjaya yang ringkas ini~
tak perlu aku jelajah satu per satu 
tempat khidmat nasihat IPTA (".)
aku pilih untuk ke booth~
USIM dan IPG sahaja!
umi suruh pergi booth UTM
tapi saya cakap
" tak payah lah, kesian umi penat "
yeah, umi tahu saya ada hati ke UTM.
terima kasih umi dan abah (".)

" kak, bilo deh permohonan online ke IPG dibuka tahun ni?"

inilah yang terjadi pada saya~
berbahasa kelantan dicampur bahasa baku.
sepatutnya kelantan totally macam ni.

" kak, bilo deh permohone online ke IPG bukok tahung ni? "

tak tahu nak cakap loghat apa~
mula2 loghat kelantan,
tibe2 terlintas.
" eh, orang yang datang nie bukan orang kelantan. "
menghormati orang luar lagi baik kan?

permohonan ke IPG tahun ini~
akan dibuka apabila result SPM hampir2 diumumkan nnt okay (:


nota tambahan:
khidmat nasihat kerjaya membuatkan diri sedar~
fikir baik2 apa cita2 anda sebenarnya (.")

notakaki:
kalau ada sesiapa nak kongsikan maklumat
atau nak tanya apa2 mengenai karnival ini~
boleh lah tinggalkan komen.
moga2 sedikit sebanyak dapat membantu.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 24 February 2012

Facebook: Dulu Dua Kosong, Sekarang Enam Kosong

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Anda faham maksud tajuk entry ini?
bukan saya sebut mengenai keputusan perlawanan bola, okay (.")
saya terlintas untuk bercerita pendapat 
tentang facebook (.")

dear facebooker,
saya sedikit teruja melihat friends anda yang ramai di facebook.
makin hari makin bertambah kan?
eheh,
salah pendapat saya?
makin hari makin berkurang?
alahai~
kantoi awak ni memang suka delete friends kan (:

delete friends bukan bermakna putus persahabatan.
tetapi mungkin kerana inginkan sedikit privasi dalam kehidupan.
ramai yang anggap,
bila dah delete dari friends list~
persahabatan pun dah makin renggang.
ehem, 
zaman Rasulullah dulu ada facebook kah?
bagaimana pula dengan ukhuwah sahabat2 nabi?
persahabatan kerana Allah bukanlah terletak pada facebook.
tetapi terletak pada pertalian doa antara mereka (".)

( hak milik senyom design studio )

berbalik pada tajuk entry,
dulu 20 mutual friends, sekarang 60 mutual friends.
anda faham?
saya tak kisah 
kaum adam add kaum hawa
atas urusan yang penting
atau mungkin kerana ingin teruskan talian persahabatan yang akrab sebelum ini
tetapi~
saya tak suka
kaum adam yang add kaum hawa 
dan seterusnya membisu tanpa khabar berita.
jujur sahaja~
baik tak payah add!

kebanyakan facebook muslimah akan diprivatekan terlebih dahulu
sebelum diapprove new friendsnya.
maka dengan ini,
setelah diapprove,
sedikit sebanyak privasi muslimah akan terdedah juga~
macam kurang manis kan?

muslimin,
anda add muslimat atas tujuan apa?
kalau setakat nak tahu perkembangan,
tak payah lah add~
kalau tak add muslimat makin kurang kah iman anda?

kesimpulannya,
jom ramai2 tambahkan friends list 
andai akan meningkatkan tahap keimanan kita
dan
jom stop klik add button
andai itu bukan jalan yang meninggakatkan tahap iman mujahadah kita

rindu zaman2 rumah tiada kemudahan teknologi.
deactive facebook for a few days.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.