Wednesday, 11 September 2013

Alhamdulillah for ASRM, Ya Rabb!

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.



"sedihnya tak dapat sambung dentistry. tak tahu Redha lagi atau tidak."


itu kata mereka bukan kata aku.



.____.


"Ya Allah, baiknya Kau bagi aku sesuatu yg jauh lebih baik!"

ini kata aku.
HAHA.
nampak solehah sikit ayat.





all praise to Allah :)
sudah hampir dua minggu di sini.
USIM NILAI
dan tidak lagi terdetik kekecewaan bergelar mahasiswi Actuary Science and Risk Management.
tidaklah terlalu berbangga juga apabila ramai yang kagum termasuk senior.



"wow, ambik aktuari kot. memang strong math lah ni."

amiiin.



bila kita dah minta bersungguh-sungguh dengan Allah
dan Allah tak bagi apa yang kita minta itu,
kekecewaan hilang bila yakin dengan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
memberikan sesuatu yang lebih baik.
.___.

"Kita tak dapat apa yang kita nak sebab kita tiada aim yang jelas."

aku memang tak boleh nak berdebat dengan statement ni
sebab
aku baru rasa bahagianya buat sesuatu yang sebenarnya kita minat (!)



apa hikmah yang aku rasa awesome sangat duduk USIM NILAI untuk degree (?)
1. ukhuwah
2. majlis ilmu
3. bi'ah solehah





seronok sangat sangat dapat duduk bilik kecil dan share empat orang.
nak gaduh pun tiada hati.
kalau nak sembang dengan member2 dari bilik lain, kita pun akan dengar.
so, tiadalah syak mahupun fitnah yg dibuat tentang perbualan mereka.
and ofcoz kita kenal siapa kawan kita apabila bersama kawan-kawan baik masing-masing :)

taaruf --> tafahhum --> takathur

inilah dikatakan ukhuwah :)





jadual harian memang santai sesantai-santainya.
honestly even kena berjalan kaki and tunggu bas bagai,
bila nak belajar mata segar sebab itu yang kita minat! jadi macam curious nak tahu.
and the best part tentang kos ASRM ini kita kena fikir tentang masa depan dan kaitkan dengan ekonomi mahupun sejarah sesuatu perkara.
:)
fakta:- balik kelas petang memang aku akan tidur even lepas asar.
nampak kan penat (?)

azan Maghrib (?)
turun katil --> ambil wudhuk --> pergi surau
tak perlu tunggu kawan sebab kawan sendiri dah pergi dulu ke surau :D
perasaan dapat duduk rumah Allah (?)
Ya Rabb, memang rasa tenang setenang-tenangnya.
dekat situ dapat kumpul dengan orang2 yg solehah, iA.
sedikit sebanyak memberi inspirasi utk kita sendiri bermujahadah step by step.

"Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita."

tiada sikit pun rugi turun majlis ilmu.
even memang kita ada pengetahuan agama yg dikongsikan, sekurang-kurangnya dpt tambah info lagi tentang sesuatu topik.
ilmu budak yang belajar syariah al-Quran bagai memang awesome lah.
bayangkan balik penat-penat dari kuliah belajar ilmu sains, balik kediaman dapat dengar ilmu agama pulak.
banyak amat ilmu (!)

budaya ilmu itu bergantung pada kita sendiri sebenarnya :)





bagaimana anda tak cair tengok kebaikan kawan anda yg sentiasa hidup dengan bi'ah solehah.
seronok dapat sebilik dengan sahabat bukan daripada Tamhidi.
totally different cara hidup beliau.
dengki sedengki-dengkinya apabila konsep mengutamakan Allah itu ada.
memang nak cakap benda sia-sia dengan beliau fikir banyak kali lah.
lansung tak rimas ada sahabat yang nerd, yang percaya pada keberkatan.
lifestyle yg inspired a lot.





kadang-kadang aku tertanya.
"Allah, kenapa orang sekeliling aku baik-baik? Kenapa Kau hantar mereka pada aku?"
like serious you all.
kawan-kawan i semua pakai tudung labuh and memang jaga hubungan dengan Dia.
but me (?)
i believe that ini step Allah nak dekatkan pd Dia juga.
in syaa Allah, istiqamah sampai bila-bila.





"Makin sukar cara kt dapatkan ilmu, makin besar ganjaran drpdNya. Bersabarlah dan ikhlaskan diri"





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 22 August 2013

Tawakkal.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.




"relax lah. bawak macam biasa sajalah."

"akak biasa dah ke bawak kereta sebelum ni?"

"biasa dah. selama ni bawak kereta walaupun tiada lesen."

"oh, takpelah. saya ni kalau tak belajar dekat sini, memang tak terbawak lah kereta."

"selama ni akak bawak kereta auto. ni test kereta manual lain sikit lah tapi boleh lah bawak."

--- senyap ---

"semua nampak berdebar. solat hajat tak? akak tak solat hajat pun. nanti berdebar pulak."

"owh. tulah berdebar."



aku yang duduk sebelah akak tu hanya pasang telinga 
tanpa berkata-kata sepanjang perbualan akak tu dengan orang belakang aku.
yang hanya mampu aku respond ---> terbeliakkan mata!



serious. terkejut!



what the arrogant you are kakak!



hanya mampu mencegah kemungkaran dengan hati masa tu.
kalau tegur macam cari gaduh dengan keadaan semua berdebar


kecuali...


akak tu yakin mampu buat tanpa pertolongan DIA.




great kakak! great!





usaha tanpa doa sombong dan doa tanpa usaha bodoh




detik ini saat ini
saya mencabar daie sekalian
untuk berdakwah di kawasan pedalaman
di mana kawasan ini sangat kekurangan ilmu agama.

kita sibuk mencari yang soleh dan solehah.
sibuk mencari kebaikan dan kesempurnaan diri sendiri
untuk kepentingan diri kita di dunia dan akhirat sehinggakan
kita lupa yang dunia secara fokusnya negara kita sedang sakit parah dek cetek ilmu.
rukun iman dan rukun islam tidak dipacak dalam diri masyarakat
ada hati berharap dan bermimpi nak syahid di jalan Allah?
kerana itulah Malaysia masih diuji dengan keamanan.
keamanan duniawi penuh senda gurau
sedangkan masyarakat mesir kini
makin ramai aman di sana.
syurga yang kekal.



alhamdulillah. sudah ada lesen walaupun jalannya berliku.
belajar untuk bersabar dari hari ke hari menjalani hidup.
hari esok tiada yang lebih mudah berbanding hari ini.
tetapi yang pasti hari esok perlu lebih baik.

hati makin kental. HAHA. upgrade kematangan ^.^
terima kasih Allah.

thanks untuk kawan-sahabat yang mendoakan (:





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 3 August 2013

Jatuh Bermaruah.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


hampir sebulan menanti satu kekuatan ini.
rindunya pada sesuatu kekuatan berserah pada yang Maha Esa.


ramai dah tahu dan ramai yang tidak tahu lagi sebenarnya.
aku tak dapat sambung belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian.
dan aku dipilih olehNya untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari & Pengurusan Risiko.

02 Ramadan is the worst day ever for me! 
my life totally change 100% and i need to rotate 360 degree.
gagalnya aku memperoleh apa yang aku kehendaki adalah sesuatu yang sakit dirasai.
umpama bermula saat itu roda kehidupan aku di bawah.

entry ini bukan untuk dapatkan simpati tetapi untuk menginspirasikan anda yang berada di bawah seperti aku.


hanya Allah yang tahu bagaimana kemasnya cita-cita itu aku tanam sejak zaman sekolah lagi.
air mata sudah banyak jatuh tatkala meminta padaNya sesuatu yang aku rasakan terbaik buat aku.
jujur hanya Tuhan yang tahu berapa banyak sujud aku laburkan untuk meminta dipermudahkan mencapai cita-cita itu.
doa juga tak pernah putus! kalah doa meminta jodoh!
meminta tanpa malu padaNya walaupun sudah banyak jatuh dan bangun, aku tidak kenal erti putus asa.

sampailah 02 Ramadan aku kecewa denganNya!
doa aku tidak dimakbulkan. 

bulan Ramadan yang bagaikan paling teruk tetapi tahun lalu lebih teruk.
orang lain sibuk post dekat facebook, twitter, instagram, blog.
rezeki Ramadan dapat sambung belajar dalam bidang Perubatan mahupun Pergigian.
wah, bagaikan itu rezeki yang besar!
sedangkan aku?
mana rezeki Ramadan aku?

hari ini berani aku katakan Ramadan kali ini ialah Ramadan paling bermakna buat aku!
kerana Dia pilih aku untuk merasai nikmat ujian dan manisnya nikmat iman yang menyelamatkan aku.
mempercayai Dia sentiasa merancang sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang aku inginkan.


"Kita minta dengan Allah. Allah bukan tak bagi sebenarnya. Allah bagi! Allah bagi sesuatu yang lebih baik."
-abah-


jatuhnya aku bermaruah.
pointer aku sudah di tahap kelas pertama seperti yang aku minta padaNya.
begitu juga dengan result MUET aku yang setaraf dengan pelajar pergigian.
cuma mungkin aku tak berjaya yakinkan penemuduga tentang keinginan itu.
semuanya berlaku dengan izinNya kerana Dia tahu yang terbaik buat aku.



aku gembira sebenarnya dapat keluar daripada bidang itu.

if you know what i mean :)




terima kasih Allah untuk hadiah ini.




biar pemakaian aku tidak seperti muslimah lain,
tetapi biarlah pemakaian iman aku indah di mataNya.




"roda kehidupan aku berada di bawah kini. entah roda itu bergerak atau tidak. kerana jujur mula-mula duduk di bawah sakit. lama-lama dah lali. tapi aku tetap tunggu dengan sabar untuk berada di atas kembali."



._______.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.