Sunday 26 January 2014

75 Hari. Kun Fayakun!

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


Alhamdulillah
Masih diberi kesempatan menulis
Entah sampai bila Allah izinkan diri ini menulis
Barangkali Dia merancang aku ditimpa musibah esok atau lusa.


Blog ini barangkali tidak berapa berguna sekarang
Tapi aku yakin tatkala aku sudah tiada di dunia blog ini akan berguna
Yeah, berguna buat mereka yang merindui aku especially keluarga aku.


Manusia.
Apabila di hadapan mata sukar nak hargai
Apabila sudah tiada baru terpinga-pinga mencari.


senyum.


Setelah 75 hari berjauhan dengan keluarga
Masih Allah izinkan aku untuk pulang ke kampung halaman
Rindu tidak terkata.
Tapi aku mengerti inilah dinamakan pengorbanan.
Pengorbanan dalam menuntut ilmu mencari redhaNya.
Benar keluarga ini pinjamanNya dan ujian juga buat kita.
Moga-moga cinta aku pada keluarga semuanya kerana Dia.

Aku pulang dengan perubahan yang drastik.
Aku sangka hanya aku yang sedang berbahagia.
Rupa-rupanya keluarga aku di rumah juga sedang berbahagia.
75 hari mampu mengubah ujian menjadi nikmat.
Kun fayakun!

"Makin ceria awak ni. Makin kurus pulak tu."
Kata umi.
Aku sedar semua itu.
Tanpa izinNya tidaklah aku menjadi ceria.
Tanpa nikmat ujian dan kesabaran pinjamanNya 
tidaklah aku mengerti erti kebahagiaan sebenar.


Sentap tak sentap.
Umi ada terlepas cakap dekat adik-adik.
"Ujian awak baru sikit. KakLin diuji lagi hebat."
Aku diam.
Itu kata seorang ibu yang melihat anaknya.
Anak yang menanggung ini apatah lagi luluhnya hati.

Air mata yang Allah pinjamkan 
Air mata yang aku alirkan saat kejatuhan itu
Kini bertukar menjadi air mata gembira.
Air mata kini mengalir kerana kagum dengan perancanganNya.

Kadang diri ini malu denganNya
Aku ini penuh berdosa namun Dia masih setia
Setia mencampakkan rasa malu tatkala melakukan dosa.
Setia meminjamkan aku akal yang waras mencari hikmah.
Setia mengingatkan aku hidup ini hanya sementara.


Ya Allah,
Roda kehidupan yang telah lama di bawah
Kini telah Engkau izinkan naik ke atas kembali.
Namun janganlah Engkau biarkan nikmatMu ini
melalaikan sehingga melupakan kami padaMu.



Ya Allah terangkan hatiku 
dengan cahaya hidayahMu 
seperti Kau terangkan bumi
dengan matahari selama-lamanya.

Zikir ini mampu mengalirkan air mata.
Hayati betul-betul dan benarlah tanpa izinNya
Tidaklah mampu untuk kita menjaga hati.



Lega bila Allah berikan aku ruang.
Ruang untuk lama berdua-duaan denganNya.
Saat kesibukan itu telah berlalu.

Selamat menjadi muslim dan mukmin yang terbaik di mataNya!





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: