Saturday, 2 July 2016

Lasik.

Assalamualaikum!

I'm back
as requested by my dearest friends
here is a post about 'lasik'

Lasik bukanlah sejenis fashion rambut
Bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan "smart dooo"


25 Jan 2016, hari keenam di bumi Mesir
Kisahnya bukan main berselera sarapan
Makan banyak-banyak macam biasa
Lansung tak cuak dengan 'lasik'
Sebab my sister lansung tak pernah cerita
LASIK TU KALAU SURUH DIULANG TAKNAK ULANG!

Tapi still tak boleh lawan sakit bersalin, maybe*

What i love about mesir is walking distance is normal
Or maybe, my sister and her housemates rajin berjalan*
So, sarapan pergi berjalan and lepas sarapan pergi KLINIK MATA pun berjalan

Memang ramai sangat orang. Around pukul 11 rasanya.
Klinik mata tu bukan fokus untuk lasik sahaja
Macam-macam lah kan berkaitan dengan mata
Anehnya nama pun klinik, so boleh kot expect kecik mana je
But nice lah tengok semua yang bekerja dekat situ DOKTOR MATA
even yang jaga kaunter
uhuk uhuk


So procedure mudah je, bagi nama pastu cek, pastu buat lasik
HAHAHAHAHAHA

Dengan lebih terperinci
Sampai-sampai daftar
(Tunjuk passport pastu adalah mintak no tel)
Lepas tu panggil masuk untuk cek
(Lebih kurang sejam tunggu turn nak cek mata)
Mula-mula my sister nak masuk jugak
cakap iolls tak pandai english and tak faham
HAHAHAHAHA
tapi still tak izinkan masuk
KENA MASUK SORANG2 GUYS
dalam tu semua orang MESIR. peeeehhhhhh

Cuma kakak adalah pesan
mintak buat lasik HARI TU JUGAK!
kau rasa? AKU RASA MACAM SERAH DIRI BULAT-BULAT

Alhamdulillah, mata kondisinya baik-baik sahaja
bukan nak katalah
doktor tu explain, tunjuk gambar mata akuu
BUKAN AKU FAHAM PUN.
setakat tau focus point lari sebab rabun jauh tu bolehlaaahhhhh
Hanya mampu angguk.

Memandangkan mata kondisinya baik, boleh terus buat lasik
Sebelum masuk ruang lasik tu
Buat payment utk lasik dlm RM1300++
pastu dia senaraikan ubat yang kena beli dekat farmasi bawah klinik tu
(Farmasi dan klinik mahupun hospital, benda yang berbeza)
Memang kayalah kalau boleh bukak farmasi dekat mesir tu*

So masuklah ruang untuk tunggu turn buat lasik
JADAHHH KAU, ramai sangat
gaya macam nak cek demam dekat malaysia.
So, aku yang terakhir untuk haritu.

Masa menunggu tu adalah kan doktor datang
terangkan cara penggunaan ubat
aku angguk-angguk jelah
dalam hati, "kau ingat aku suka sangat guna ubat"
Sekali dia suruh ulang cara penggunaan
HAHAHAHAHAHAHA
aku suh dia ulang balik
rasa macam orang bodoh english sungguh masa tu
dengan fokus dah hilang sebab tengok orang keluar dari lasik mata berair teruk

Alhamdulillah
Rasanya 3 kali dia ulang, baru aku boleh faham 50%
(Selebihnya aku tawakkal nak tanya kawan kakak yang pernah buat lasik)


Sebelum masuk bilik lasik
Dia tanya dulu ada pakai make up ke apa
aku cakap, ada. Pakai bedak je punnnnn
Pastu dia suruh cuci
Pastu suruh titiskan ubat titik

bukan nak katalah,
Tak pernah titik ubat dekat mata
so, normal lah kalau titik dekat pipi ke lubang hidung ke kan
HAHAHAHAHA


Sepanjang tunggu tu
Macam-macam lah tengok gelagat orang sblm dan slps buat lasik
dok peghaaaati je
ada yang keluar dari lasik, mata berair teruk
ada yang steady je

TAK KISAH LAH SEMUA TU
YANG AKU JADI TIBA-TIBA KISAH PASAL UBAT TITIK
sebab ada tiga jenis ubat yang berbeza
dah konfius nak guna yang mana
so, peghati je orang guna ubat mana dan time bila
cehhhhhh, baru tau cuak bab ubat.


So, its my turn!
Seriously lepas ni tak payah pakai spek dah?
Tak payah dah pagi-pagi cari spek tepi bantal
Pastu paling penting naik banana boat dah boleh nampak pemandangan!

So, paksa diri jadi kuat jap*

First doktor titikkan dulu ubat mata
Nak suh kebas maybe
Tak sampai 5 minit, dah kena pergi tempat nak buat lasik
(menunggu sejam lebih. cehhhh*)

Lasik tu tak sakit punnnnnn
Cuma seriaaaauuuu bunyi alat dia
Grrrrrrrrrrr

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Mata aku tak berair
Semua doktor dekat situ macam kagum sekejap
"Dr Nur. Okay?"
Aku angguk jelah
Pastu dok tanya lagi "Dr Nur, okay?"
Aku dalam hati, "Seronok jugak orang panggil aku Dr Nur. Boleh lah kot ambim PHD"

Bukan nak sembang lah
Parents yang pentingkan keselamatan dan taknak ambik risiko
Mebi tak prefer buat lasik dekat Mesir
Sebab lepas lasik kau kena berjalan balik sendiri!
HAHAHAHAHAHAHA

Yelah, buat dekat malaysia
RM5000 dia jaga kita sungguh-sungguh. Buat dekat mesir RM1500 je overall,
Well, memandangkan aku memang risk-taker. I just dont care about that
Minimizing cost tu penting*

Nicely, pantang larang yang aku ingat
Dalam 24 jam tak boleh sentuh muka lansung
(So, kalau titik ubat dekat lubang hidung pun, abaikan je)
Masa tu baru terfikir, macamana nak solat?
21 tahun hidup, tak pernah orang tanya soalan macamni dkt ustaz-ustazah
So, sebenarnya dr dah cakap. ambik wudhuk nanti juat renjis. ok then.
Pada masa yang sama, 24 jam tak boleh terdedah dengan cahaya
So, no phone no television and bla bla bla
(Tapi aku buat 48 jam. HAHAHAHAHA)

Then, seminggu tak boleh sentuh muka dengan towel
So, seminggu tu mandi macam tak mandi lah
Muka pun rasa pucat semacam
Ubat nak kena titik bla bla bla
Alahai, lecehnyaaaaaa

Settle seminggu, dah!
Ubat terus aku tinggal even sepatutnya 3 bulan kena pakai
Aku assume mata aku ok
Sebab tak berair



So, sekarang dah macam 5 bulan lepas lasik
Perasaan tu, subhanallah
Nikmat penglihatan Allah pinjamkan balik
Memang jaga sungguh-sungguh, in shaa Allah.

Mesti nak tanya ada kesan sampingan ke tak kan?
Mula-mula aku rasa silau aku tinggi sangat
Papan board macam KFC pastu dkt airport
Aku tak mampu tengok
Dah berdebar jugak sebenarnya sebab
SEBELUM NI TAK PERNAH RASA SILAU

Tapi belajar untuk redha
Kakak memang dah pernah pesan
Jangan harap yang dibuat ni sama dengan pemberian asal Allah
redha*

Time flies so fast,
Perasan perasan mata dah okay
dah tak silau
so, me so happy :)


Mungkin ada yang nak tanya,
kenapa buat lasik?
Jawapannye untuk keselesaan dan kesihatan
Sebab seriously ulat buku ni bila study
Selalu pening bila fokus lama-lama
And sometimes bangun tidur pun sakit kepala
More kepada power cepat naik sebenarnya

Alhamdulillah, salah satu wishlist Allah tunaikan :)



Next post nak share pasal 20 hari travel guna duit sendiri pulaaaakkkk
A good achievement for me myself, ofcoz!
many more wishlist i'm working towards
Belajar hargai, itulah syukur :)

Syukur, then Allah tambahkan nikmat lagi!
Salam ramadhan!



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 16 October 2015

Hadiah.

In The Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful



Dont you trust that i got 3.89 last sem (?)



mind to share with you
what i have done last sem



22 credit hours
8 subjects
(sederet seminggu exam subject scores)

it is a miracle when i got all As for core subjects


memandangkan seminggu berderet
please trust me if i said
aku tak habis study core subjects
especially Financial Accounting & Insurance


Hanya berbekalkan nota ringkas yang aku buat setiap kali habis belajar
Baca tengah malam sebelum exam
Nota yg sememangnya ringkas terlampau ringkas!
(sampai org ckp mcmana nk huraikan dlm exam?)

Nak dijadikan cerita
masuk exam aku memang berbekalkan tawakkal
tak putus-putus doa
"Ya Allah, mohon soalan2 semua yg berkaitan aku baca"

ambik kau!
Habis exam, aku memang nak menangis 
sbb main hentam satu paper
satu lagi memang bnyk lompong
till i gave up and said to myself
"This will be your first time get C in examination"



**MAKA AKU SIBUKKAN DIRI SEMASA CUTI UTK MENGELAKKAN DIRI KECEWA**



Hari keluar result pinjam internet kakngah yg laju tahap apa
Sekali klik terus dapat access
Mencari-cari grad C at least two subects

MasyaAllah, it is a miracle
Sederet A solid for core subects


ingatkan salah excesss
cek nama betul ke tak
mana tau tersalah bagi result org kan?
nama betul
Allah, luluh jantung waktu tu sbb bimbang itu HARAPAN PALSU!

(esoknya cek lagi, mana tau result awal2 tu tak finalist lg)


**SCREEN CAPTURE HANTAR RESULT DEKAT GROUP WHATSAPP FAMILY**


Muhasabah diri jugak masa tu
Ya Allah, hadiah ini terlalu berharga.

Masa tu benda pertama aku ingat
"Ini berkat doa umi abah, kawan baik, and manusia lain"
Demi Allah, usaha aku memang tak seberapa



"Peminta sedekah, biasanya dapat RM1 dia dah berterima kasih sangat2. Tapi kalau kt hulur dia RM10, mesti dia bahagia bersyukur sngt and automatically they will pray for us."

Ada manusia yg ketawakan aku keluarkan statement tu
Am I too over thinking?
Oh do I care?
Itu gerak hati yg Allah bagi.



"Jaga hubungan dengan Allah. Bahagiakan manusia lain."


Tak perlu utk diiktiraf manusia level kealiman kita,
Itu antara kita dgn Allah.

Just be an unsung heroin.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 10 June 2015

Study Week.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Assalamualaikum!


Feeling excited lama tak update blog.



Alhamdulillah end of sem4
(Belum sebenarnya, tengah study week)

Someone is having his first paper today!
All the best in HV.
(Aku pun tak ingat HV stand for what)

My study week like krik krik
Otak productif waktu pagi sampai tengahari.
Enough.
Masuk lepas tengahari, hancur lebur.


But
I'm satisfied with my schedule
Eh, bukan bukan.
Satisfied sebab even banyak nak kena cover,
actually aku dah cover banyak sebelum study week.
Haaaa. gituuuu

Tapi tak sedahsyat sem lepas punya usaha!



So, result sem ni nak tawakkal ke camne?
(Nisah yg tengah baca, jangan mengeluh!)

HAHAHAHAHA



Tinggal lagi empat sem ualls
Honestly excited sebab bosan dok nilai. KAHKAHKAH
But at thee same time,
Sedih nak tinggal kawannnnnnnn.
(Tak ramai pun, tapi tetap sedih. typical sayang lebih)



Last sbb nak kena study
Doakan Salimi Ismail.
dan
Doakan kami.

Kami = Salimi dan Housemates PT5889

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 7 February 2015

Hap-date!

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


[LAMA SANGAT TAK UPDATE BLOG]








The end of my entry
I'm happy with my life now :')



Assalamualaikum!



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 20 November 2014

[JPA] : Alhamdulillah.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


Alhamdulillah



Sungguh di luar jangkaan
Isi sekadar isi tidak mengharapkan apa2

Mungkin kerana tidak sanggup kecewa lagi
:)



Cek dalam pukul 9 malam lepas bukak group whatsapp ALKIS SISWA Batch 56
sekadar bukak dan memang ada terdetik

"Ya Allah, andai JPA dapat meringankan beban umi abah yg tanggung aku selama ini,
izinkanlah JPA untuk aku"



Status Permohonan: BERJAYA



Baca banyak kali takut tersalah pandang bagai
Cek betul ke ni biasiswa
semuanya gara-gara tak percaya.



menjerit satu rumah dengar!



nak menangis sebenarnya
dalam kepala org pertama nk bgtau umi

gigih call umi even baru lepas call maghrib td
umi tak angkat sbb dah tidur

screen capture portal JPA hantar dkt group whatsapp family
allahurabbi
semua tumpang gembira
bersyukur sangat sangat sangat






dah ada duit sendiri
dah boleh save duit untuk masa depan
dah boleh belanja orang sesuka hati


DALAM REZEKI KITA ADA REZEKI ORANG LAIN







I told samihah about my life now

"Lin, bestnya hidup kau. warna-warni. Untungnya jadi kau."

tarik nafas panjang dan aku baru sedar Allah bnyk bg sesuatu yg aku tak minta lately
tapi aku pernah mintak dulu.



to be honest
YES, I'M HAPPY WITH MY LIFE NOW!


and i realise that
HIDUP DENGAN BUKU, SERONOK!
tapi
MENGHARGAI SITUASI DAN ORG SEKELILING, LAGI SERONOK!







aim yg seterusnya nak grad dengan sillang emas

"If I make them happy, Allah will bless me and that's what makes me happy. 
Because I know that's what exactly what I'll need"





And in shaa Allah percepatkan perkara yg sepatutnya.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 10 August 2014

Holiday.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


pagi yang indah seindah hati ini menyanyikan lagu harmonis

lagu SATU CINTA
like crazy aku dengar
sengih sorang-sorang.

okay. kaitan sangat pagi dengan lagu -.-



finally, JOHOR tunggu salimi datang!

kau faham tak perasaan excited rasa nak menari-nari
bila Allah izinkan jugak aku habiskan travel semenanjung malaysia!

aku tahu kegembiraan aku bagaikan hambar utk org selalu travel oversea
tapi, do i care?
i do not need your pity mood here. k bye.

HAHA

yeah, i know semua planning nak travel oversea bagai
but honestly speaking, aku tak rasa aku layak nak bermimpi terlalu tinggi
aku nak pergi Mesir, cukuplah.
itu impian sejak kecik tp Allah masih belum tunaikan.
lap air mata*





masa aku Form 4
member2 ramai yg dah pergi berdoa depan kaabah
masa2 senget result exam pun asyik E memanjang tu berangan jugak nak ke sana
but, aku taklah sekaya mereka dan umi abah sendiri tak ke sana lagi.
menangis kot aku rindu Allah masa tu.
aku ni dah lah jenis suka mengadu domba sambil menangis.
HAHAHA

tapi sampai hari ini aku ingat
saat di mana aku hadirkan diri seolah-olah berada di Mekah
aku hadirkan hati seolah-olah aku sedang berdoa di depan Kaabah 
melihat kebesaran Allah di mana sahaja.

salah satu doa yg memang dah Allah kabulkan
"Ya Allah, aku tak berdaya lagi membantu diriku dalam pelajaran yg sukar ini. Berikanlah aku kejayaan yg tidak pernah aku jangkakan aku mampu."

Mohon lap air mata sekarang*
Sepanjang form 5 aku memang tengok kebesaran Allah memperkenankan doa itu
kau faham tak macam magic?

kau rasa macam kau jawab cincai-cincai
kau pun cakap dekat member2 kau yang memang kau tak boleh jawab
tapi dapat result kau dapat A
member2 kau mula start cakap kau POYO!
masalahnya kau sendiri terkejut dengan apa yang terjadi.
bukan sekali tapi setiap kali exam!

paling aku ingat masa nak dapat result addmath
aku cuak tahap ghaban kot sampaikan aku masuk kelas lambat
tup tap dapat the highest mark and tinggalkan org lain jauhhhhh.

apa lagi doa aku agak-agaknya?
lupa lupa lupa.





okay, kaitan sangat entry dengan tajuk entry.
sebenarnya aku nak cakap
dalam hidup ini memang macam-macam keajaiban boleh berlaku
kuatkan pergantungan dengan Allah dan sentiasa berlapang dada.

dan itu yang sedang aku buat.





jom kemas-kemas pergi Johor!


peace yoooo!



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday, 24 June 2014

The End of the First Year ASRiM.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Seronok rupanya habis exam awal even penat struggle dalam tempoh yang sangat singkat.
Padan muka diri sendiri, siapa suruh study last minutes.
But, kena faham. Ini memang perangai anak ketiga.


So, nak campak belakang semua kenangan tahun satu.
Entry kali ni lebih berfokus dengan tempat yang aku pergi sepanjang tahun satu.
Sekadar ingatan diri sendiri untuk belajar erti syukur dengan ujian nikmat Allah :)


Daftar 02 September, Outing pertama 15 September with Roommates Tercinta :D
Not bad.



Next, FamilyDay ASRiM dekat Melaka melibatkan semua warga ASRiM.


Keluar Tesco Giant runtin biasa sebab kebosanan sangat-sangat.
Alasan nak makan luar itu normal.
Mula-mula selalu pergi berteman, lama-lama lebih prefer pergi sendiri-sendiri.
Orang kata mencari ketenangan.


Next? Iftor tutorial. Kedai makan area Nilai tu, bila-bila masa boleh serbu.
Seriously, Tutorial 3 ni memang suka sangat hangout sama-sama.
Jadi jangan tanya kenapa ukhuwah kami memang tiptop. Alhamdulillah.



Next, hangout with kawan2 sekolah :)



sambut birthday sahabat2 Tamhidi sesame. Mase ni bonding time, penguat bagai lah. Sama2 jatuh kan :)


next, Big Bad Wolf. Seriously, bosan sebab aku bukan typical yg suka baca buku english
Even orang kata itu cara nak prokan english!
I prefer to read newspaper rather than reading book.


Baru sekarang giat nak jumpa kawan2 lama.
Barangkali inilah masanya orang kata reunion kan? HAHA


Aku sambut tahun baru bagaimana tahun ni?
memang seronok. serious. rasa macam hidup ini berwarna-warni. blink-blink :D
beli makanan dekat pasar malam semarak then gather dekat dataran nilai.


sebenarnya, aku bangga dapat sampai DQ jugak.
datang masa musim exam kot. bayangkan betapa pentingnya jalan sana-sini bagi aku.
HAHA.


Rasa dah tough banyak2 dengan hidup yang sangat membahagiakan ini,
aku melawat kawan2 dental.
hati lansung tak terusik cemburu atau bagaimana, makin yakin yang pemberian Allah pada aku lebih bermakna :)


maka berakhirlah first sem aku.
Dari pandai naik KTM sahaja, aku dah pandai naik LRT.
lagi dahsyat dalam tab memang ada peta area KL.
cuma still tak hafal harga2 tiket sebab bab2 duit memang taknak ingat.
kalau bilang duit, mesti hati merungut kan? duit mana pernah cukup.
I prefer to enjoy my life rather than wondering about something.


memulakan sem 2, lepak2 dengan geng2 sekolah.
waktu ni belajar jadi profesional dalam berurusan dengan laki in terms of kawan.


After that, dinner ASRiM. 
Lupa tempat dekat mana. Yang pasti lalu sungai besi.


15 March 2014, I went to Gua Tempurung anjuran FKP.
And I am the only girl from FST. wink wink.


Sem 2 baru bermula Iftor kuliah ASRiM.
tip top sebab makan dalam talam!


30 March 2014, tercapai impian nak makan mee tarik.


Next, bonding time with AMALGAMASI.


nak dijadikan cerita, pesta buku tahun ini, aku pergi TIGA KALI.
25 April, 27 April and 28 April.


kali kedue pergi mee tarik, kawan setutorial dibawa!


Banyak kerja tak menghalang utk attend wedding kawan pd 03 May 2014.
kalau masa tamhidi, heh, kawan aku ketepikan! Sumpah benci zaman menghadap buku.


lama menyepi dari berjalan sana-sini dengan alasan nak jimat. simpan duit bagai.
argh, rupe-rupenya tak bertahan!
lansung tak happy duduk berdiam diri dekat bilik.
nak dijadikan cerita, ke mana study week anda? ke MELAKEEEE.


Oh, almost forget.
Aktiviti-aktiviti ALKIS, memang aku akan usahakan untuk datang.
Bagi aku sekarang, ini masa untuk spend time with people.
kesibukan bukan alasan lagi.



after final exam, memang wishlist semua aku usahakan jugak!





Alhamdulillah.
Sem 2 dah pandai pergi sana sini naik kereta yang disewa.
Tempat makin jauh, dah letak tepi KL. 
HAHAHA.

banyak lagi rasanya yang tak tercerita.
Tiada gambar.
bagi aku tarikh is everything. 
Thats why, bile post gambar dekat Instagram, tarikh menjadi keutamaan.
Setiap hari, ada makna tersendiri :)




I am totally different now.
Tahu, ada sahabat yang tak senangi dengan perangai bersosial ini.
Tapi, aku selesa begini.
Profesional dalam berurusan dan berkawan.

Buku is not my priority anymore.
Tapi nak bagi manfaat daripada ilmu dalam buku itu menjadi fokus.

My mum told me,
"Kita dah usaha. Keputusan Allah bagi. Jangan over thinking. Stress bagai. 
Sebab tips untuk sihat ialah jaga hati."



Thats all from me :)
Thank you.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 16 June 2014

Mencari Tuhan.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Hari ini aku cuba berdiri sendiri
Tanpa sahabat sejati di sisi
Sahabat yang sering aku nyanyikan lagu mengejar sempurna
Ya, aku yang menjauhkan diri
Kerana aku ingin bergantung pada Dia kuat-kuat.
tidak ingin lagi menjadi manusia yang menyusahkan hati dia.


Bila aku cinta seseorang
Aku harap cinta dia pada Dia
melebihi cinta dia pada aku
Kerana aku yakin dengan menjaga hubungan bersama Dia
hubungan kami akan baik-baik sahaja.

hmmmm.



Baikkah hubungan ini?
Mana perginya erti mencari redha Ilahi?


--------------------------------------------------------------------------


"Apa cita-cita kau? Kau belajar untuk apa sebenarnya?"

"Aku kuasai ilmu. Aku nak bagi syafaat pd manusia. Aku nk bawak pahala jumpa Dia."

"Tak. Maksud aku kau nak kerja apa?"

"Aku taknak aim untuk kerja. Sebab aku takut kecewa dengan dunia."


Hmmm.
Kerana jatuh itu aku yang rasa.





Sakitnya kecewa dengan dunia.
Aku tak sanggup lagi meletakkan impian yang terlalu tinggi untuk hidup di dunia ini.

Tempuh saja.
Yang Allah tetapkan pasti terbaik, in shaa Allah.


------------------------------------------------------------------


Keliru dengan perangai sendiri sekarang
Tapi ada satu yang aku pasti
Aku mencari Dia lagi.


Dalam banyak bicara aku
Dalam diam aku
sebenarnya aku memerhati apa itu duniawi

Aku cuba kejar dan penuhi kehendak orang itu dan ini
Konon untuk kebaikan hari lain
Tapi hati tetap memberontak
Bukan ini yang diajar Allah
Untuk apa aku bimbang dengan pandangan dunia
Bukankah janji Dia pasti?

Maka cukuplah sampai di sini
Aku patahkan misi ini dengan berat hati
Walaupun air mata mengalir tak henti.



Allah, kuatkan aku.
Bantu aku untuk kukuhkan Kau di hati!


----------------------------------------------------------


Waiting for Ramadhan.
Aku rindu ketenangan, Ya Rabb!




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 11 June 2014

Final Exam.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


I know there are too many friends waiting for my update
Yes, i know you read my entry very well.
And lately sangat-sangat sibuk dan terasa macam tiada benda bermanfaat nak kongsikan.

But I am pretty sure that you know that I love to write something.
Apa yang aku nampak, aku akan fikir.
Walaupun kadang-kadang ada yang kata aku berangan or over thinking
But
Aku ada, kau ada?
Kelebihan yang Allah bagi bukan untuk dijatuhkan, sayang :')


so
I choose instagram to update my life and whatever
Mungkin ramai yang tak bersetuju berinsta and tak private bagai
but my life is simple
"Tajdid niat. Buat sesuatu kena ada sebab yang kukuh kerana Dia."

You know what I mean, right :')
Allah akan bagi apa yang kita nak berdasarkan apa niat asal kita buat sesuatu.
Macam konsep berhijrah.




Kadang-kadang
Berada di zaman sibuk ini membuatkan kita ada life sendiri
Sampaikan tak sempat bagi manfaat pada orang.


"Tawakkal pada Allah bukan tawakkal pada usaha".
-Farwah Tijani-

Kata-kata yang cukup simple
Tapi menjadi penguat aku selalu.
Tengok?
Bermanfaat kan kata-kata yang ringkas.


Dan tanpa sedar
Kita telah mengingatkan orang untuk kembali pada Dia
Walaupun diri sendiri tak baik.



FINAL EXAM SEM II 2013/2014 TAHUN 1

Bahasa Arab --> Calculus --> Etnik --> Statistik --> TITAS --> Makroekonomi

in shaa Allah
akan menjejak kaki ke bumi Kelantan selepas 19/06.

habis exam awal (!)
seronok tak terkata sebab penantian itu satu penyeksaan :')


Sesungguhnya usaha aku tak seberapa
Aku cuba memaksimumkan masa untuk share ilmu
Memang membahagiakan bila dapat kongsi ilmu yang kita tahu.
Sebab tu aku tak suka zaman tamhidi.
Stress aku semua orang serba tahu sampai aku tak boleh nak kutip pahala banyak2.
nangis*

Secara peribadi
Aku belajar untuk tidak melihat nilai ilmu pada pointer
Kerana Allah bagi kita rezeki lain-lain
Dan yang DEKAN sekarang bukan menjamin masa depan yang cerah
Dan yang biasa-biasa bukan menjamin pengangguran.

Kembali kepada Allah.



Betulkan niat balik sama-sama
Andai belajar sebab nak dapat kerja,
Risau kecewa.
Faham kan dengan dunia sekarang?

Jom jadikan belajar sebagai kunci kita kenal Pencipta!


All the best hamba Allah yang setia :')




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 1 May 2014

Tamhidi.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


Perit 
Sakit
Pedih

Jadi untuk apa aku ingat?


20 tahun hidup
umur 18 & 19 paling aku nak lupakan
terlalu mengecewakan.


Jangan tanya aku apa moment yang aku ingat
Kerana jujur
Banyak yang sudah aku lupa
Termasuk runtin harian

Memang wajar 
Allah ajar aku lupakan cinta monyet aku
Terlalu awal
Rupa-rupanya Tuhan nak duga aku dengan dugaan yang berat
Dan masa itu
Aku dengan gayanya mudah melupakannya 
.____________.


Maaf andai aku sombong
Kita berdiri sudah tidak sama tinggi
Sahabat,
Kau kenal aku pasti!
Aku bukan jenis menghargai orang yang sudah sempurna.



Kerana jujur
Zaman tamhidi tiada erti buat aku
Walau semanis mana kenangan itu.


Maafkan aku sahabat.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 17 April 2014

Cacat.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Sahabat itu melukakan.


Cepat-cepat habis sem dua.
Aku rasa tak kuat lagi.


Susah jadi manusia serba kekurangan.



Tuhan,
Salahkah aku cemburu?


Kau yang hadirkan perasaan itu.
Dan hanya Engkau yang mampu ambil perasaan itu!



Aku benci hidup begini.


Benci aku dilahirkan sebagai seorang yang sombong.


Salah siapa?

Salah keluarga?

Atau bagaimana?

Salah didikan?


Tuhan,
Selesaikanlah segalanya dengan aman.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Selalu.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Selalu
Selalu Tuhan uji bila aku hendak dekati Ilahi.

Dan kerana itu aku takut
Takut nak melangkah
Allahurabbi
Inilah dunia
Pahitnya nak cari redha Ilahi.



"Umi, Kak Lin rasa nak berhenti belajar."

Inilah ayat yang selalu aku guna bila balik rumah.
Aku tak tahu kenapa ujian ilmu terlalu besar buat aku.
Dan aku rasa aku dah tak kuat nak melangkah.

Aku selalu kalah dengan ujian ilmu.
Aku selalu kalah mengawal emosi bila disentuh tentang ilmu.
Allahurabi.
Kuatkan.

Tolong aku Ya Rabb!
Ikhlaskan aku menghadapi semua ujianMu.
Aku tak kuat bersendiri.
Dan hanya Engkau yang tahu apa di hati aku sekarang.

Tuhan,
Bimbing aku, aku mohon.
Jangan tinggalkan aku bersendiri.


Kegagalan itu kehendakMu.
Dan itu yang Kau mahu!
Maka Kau jadikanlah hati ini terima apa yang Kau mahu!


Allah,
Mata ini sudah penat mengalirkan air mata.
Barangkali inilah hukuman dunia.
Sekejapnya kau tarik!
Tarik segala yang Kau beri pada aku.

Dan kini aku tiada apa lagi.


Maka aku pinta Ya Allah,
Adakanlah aku sekeping hati yang tabah dengan ujianMu.
Sekeping hati yang ikhlas melayan dugaan yang kau beri.
Sekeping hati yang sabar menanti saat bertemu denganMu.


Aku penat Ya Allah/


Tuhan,
Aku takut aku tidak kuat lagi meletakkan pergantungan aku padaMu.
Allah,
Janganlah Engkau sesatkan aku.
Berikanlah pengakhiran yang baik buatku.


Kau berikanlah aku kesabaran.



Yang pedih terluka dengan permainan dunia,
Salimi Ismail
HambaMu yg mencari makna hidup sebenarnya.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 13 April 2014

Special Guy.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Give me some space to talk about 'special guy'
bcoz it is a pressure when people ask me or talk to me about this guy.




Orang kata takut kalau jadi adatu.
Nauzubillah.
Aku pun taknak. Mohon dijauhi.

Tapi selalu juga aku fikir.
Untuk apa berkahwin disebabkan takut dengan pandangan negatif manusia?
Di mana redha Allah manusia letakkan?

Siapa taknak kahwin?
Even aku tahu tanggungjawab bila dah berkahwin nanti berat,
Aku pun nak kahwin sebab kahwin itu berpahala.
Besar ganjarannya.


Barangkali lelaki terlalu sikit.
Kerana itu umi abahku bimbang.
Ditambah lagi aku ni sakai garang semacam.
Ade ke laki nak?

Barangkali.


Aku sendiri tak pasti sejak bila aku jadi anti-lelaki.
Barangkali sebab lelaki selalu hancurkan kepercayaan aku.

Barangkali.



Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia itu takut pada Allah.
Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia itu cinta pada Allah melebihi cinta dia pada aku.
Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia berkhidmat untuk ummah.
Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia yang bijak utamakan apa yang lebih utama.

Dan kerana itulah aku masih tidak mampu bercinta.




kata mereka kita kena usaha.
dan jawab aku, aku hanya mampu berdoa.
usaha?
menjadi hambaNya yang tidak putus asa belajar untuk menjadi hambaNya yang setia.
setia dalam semua aspek kehidupan.

itu bukan usaha!
Kau kena cari laki, tackle laki.
Allahurabbi :(
walaupun aku memang jenis sengal-sengal mengada dengan kawan baik laki aku,
aku harap kalau nak ke stage serious,
kami perlu muhasabah diri balik atas sebab apa masjid itu hendak dibina.


Kenapa susah sangat orang nak percaya bercinta lepas nikah?
Kenapa?
Kalau tak bercinta tak boleh kahwin?


Aku bukan budak baik-baik, serious.
Tapi bila massuk bab lelaki, teman hidup dan perkahwinan,
aku consider lebih sikit.
Barangkali sebab nak berkongsi hidup dan sentiasa di sisi dunia akhirat.
Barangkali sebab aku punya impian untuk mengizinkan keluarga aku kelak
mengutamakan masalah ummah.




sekian.




doakan aku dapat suami soleh. suami soleh yang aku boleh pinjamkan pada ummah.

in syaa Allah.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.