Showing posts with label tazkirah~. Show all posts
Showing posts with label tazkirah~. Show all posts

Wednesday 25 January 2012

Sahabat sampai ke syurga~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

mari buat senaman kecantikan sedikit~
senyum :))
wah lebarnya~
tips ini boleh digunakan waktu anda stress atau blank~
cuba bagitahu saya siapa yg tak pernah ada masalah?
jadi reader~
jgn bersedih kalau ditimpa ujian~
kerana itu tandanya Allah masih sayangkan kita!

pengalaman duduk hostel bumi wakafan~
banyak mengajar saya erti persahabatan.
bukan hanya berkawan tapi bersahabat!
understood? :)

selalu sangat tengok sahabat2 menangis~
selalu sangat melihat sahabat2 lemah~
selalu sangat tengok mata mereka kemerahan :)
bila saya tanya mereka ada masalah?
mereka jawab
 mereka rasa berdosa kerana lalai dengan dunia~
mereka rasa berdosa kerana dah lama tak berbicara dengan Allah
mereka rasa berdosa kerana buat kerja tak ikhlas kerana Allah~

dan utk pengetahuan reader~
bila saya dengar jawapan mereka itu~
terasa saya pulak nak menangis ):
sebab mereka mengingatkan saya
yang hidup ini semuanya kerana Allah~
wah! seronok dapat sahabat macam nie!

sebelum jejak langkah ke bumi wakafan,
jawapan macamnie rasa nak cemuh je~
kau nie baik sangat lah~
pssstttt~ tak sedar diri!
baik tue kan fitrah manusia~
TAPI
kalau saya tanya kenapa menangis?
jawapan mereka sebab bf curang~
jawapan mereka sebab baru putus~
jawapan mereka sebab bf main kayu tiga~
rasa kesian sangat.
mungkin tak ada kesedaran lagi~
yang kasih manusia hanya sementara!
erti cinta telah disalah tafsirkan!

bagaimana dikatakan sahabat sampai ke syurga?
bagi saya~
sahabat yang boleh mengingatkan kita kepada Allah :)
sahabat yang selalu tegur kita jangan mengumpat!
sahabat yang selalu ingatkan kita jaga akhlak!
sahabat yg selalu ingatkan kita jaga pemakaian!
itulah sahabat yg ingin melihat kita berjaya~
berjaya dunia dan akhirat :)

sahabat sebeginilah yang anda boleh pinjam bahu
utk menangis~
kerana mereka ada jawapan munasabah~
kenapa kita kene terusakan hidup :)


Dari Anas RA dan Nabi SAW, sabdanya:
"Ada tiga perkara, barangsiapa dalam dirinya ada ketiga-tiganya,
orang itu dapat merasakan manisnya iman itu:
apabila Allah dan RasulNya dicintai lebih dari segalanya,
apabila dia menyintai saudaranya semata-mata kerana Allah,
dan apabila dia tidak ingin kembali kepada kekafiran 
setelah Allah menyelamatkan dirinya 
sebagaimana tidak ingin dicampakkan ke neraka."
[ HR Bukhari dan Muslim ]

syukran ~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 22 January 2012

sharing: sebelum tidur~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Masa berlalu tanpa disedari~
malam berganti siang
dan siang tiba juga ke malam.
makin hari makin dekat dengan kematian.
dan mungkin juga kematian sementara kita
bertukar menjadi kematian selamanya.

waktu zaman budak sekolah~
pantang cuti, konfem tidur lewat~
sebab online and blogging~
yeah, zaman nakal2~
kenalan ramai sangat kan :)
alhamdulillah, zaman tu dah berlalu :)

sekarang sudah tiba zaman perubahan~
kata orang~
kalau dekat sekolah brutal,
dekat rumah akan rindu nak jadi baik~
kembali kepada fitrah manusia :)

di kesempatan ini, saya nak kongsikan~
apa yang boleh anda lakukan sebelum tidur~
moga2 perkongsian kali ini memberi manfaat bersama :)


  • bila mata dah mengantuk, izinkanlah badan untuk berehat. jangan paksa menghadap screen komputer lama2~ kesian jasmani kita~ nak jugak rehat :)
  • saya galakkan anda membaca surah al-mulk bila niat nak tidur dah dipasang. sekurang-kurangnya, tak terlupa~ yelah, bila bertangguh faham2 sahajalah :) kenapa al-mulk? sebab bacaan surah ini dapat menyelamatkan anda daripada seksaan kubur. apa salahnya prepare awal2 kan :)
  • jangan lupa ambil wuduk. andai Allah nak tarik nyawa kita waktu tidur, dapat juga meninggal dalam keadaan berwuduk. kan bagus preparation ni :) lagipun, dapat hindarkan daripada bisikan syaitan dan serba sedikit dapat menenangkan hati anda yang tertekan seharian :) bila dah ambil wuduk, kire basuh kaki sekali lah kan?
  • pastikan posisi badan anda sebelum tidur selesa~ tak adalah kes tersalah urat ke ape nanti bila bangun :) jangan lupa menghadap ke arah kanan. ikut sunnah dapat lah raih cinta Rasulullah selepas Allah kan :)
  • ambik hp anda dan silentkan :) okay, yang ini memang sesuai utk certain org saje. kalau yang sibuk cam doktor pelatih tak sesuai lah kan :) tujuannya, tidur takkan diganggu dengan panggilan dunia~ so, dapat tidur dengan tenang dan serahkan diri pd Allah sebentar.
  • alang2 dah pegang hp, kunci jam awal daripada waktu subuh. utk apa? utk Qiam terlebih dahulu. seronok tahu jadi tetamu Allah yang awal :) kalau boleh stay up utk berfacebook, apa salahnya bgn awal utk Maha Pencipta kan :) then, jgn lupa mintak bantuan malaikat kejutkan kita sekali :) mana tahu hp tibe2 bateri kong waktu tidur, kan ada back up alarm pemberian Allah :)
  • bila dah pejam mata, start baca ayat kursi dan 3 Qul? btw, pernah tak anda faham terjemahan 3 Qul. Try usha terjemahan al-Quran anda jap :) huhu~ anda akan rasa dilindungi apabila membaca terjemahan itu~
  • ilmu yang saya dapat daripada Umi saya sendiri ialah, perbaharui syahadah~ yeah, memang kita dah Islam tetapi apa salahnya kita perbaharui syahadah dengan betul2 hayati maksudnya. Moga2 hari esok lebih baik daripada semalam.
  • yang selalu kita dengar ialah, memaafkan org lain dan berdoa supaya org lain memaafkan kita. try bayangkan kalau semua manusia ada connection yg aktif dalam berdoa, mesti akan harmoni hidup ini :)
  • and addition one, muhasabah diri. cek ibadat yang kita lakukan seharian. cukup kah nak bawak dekat akhirat. betul2 ikhlas kerana Allah? ataupun just nak dapat perhatian manusia yang lemah ini. Keikhlasan itu sangat penting~ doa bnyk2 moga2 ibadat kita yg tak seberapa itu dpt bantu kita di akhirat :)
itu saja perkongsian saya kali ini~
semoga dapat aplikasi dalam kehidupan kita bersama :)
jika ada sebarang penambahan ilmu,
sila tinggalkan komen bersama :)

perkongsian bersama sahabat di fb~


syukran ~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 16 January 2012

Waktu mustajab berdoa~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Dalam kebosanan duduk rumah
rindu jugak dengan tazkirah dan nasihat sahabat2
sempat jugaklah bukak alamari abah
mencari-cari buku agama~

sebenarnya memang niat nak mencari buku mengenai doa :)
so, i get one!
101 DOA PARA RASUL DALAM AL-QURAN
dikarang oleh UST HJ ZAHAZAN MOHAMED
niat di hati nak cari DOA PENGASIH
seperti yang disarankan abah :)
tapi, alhamdulillah~
1001 persoalan yg aku simpan dalam hati terjawab~
tengok? Allah sentiasa ada di sisi hamba-Nya :)
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Fakta baru yang menarik saya peroleh melalui pembacaan~
salah satu waktu mustajab utk berdoa
selain berdoa sewaktu hujan~
selain ketika hendak solat~
selain waktu antara azan dan iqamah~
selain sujud dalam solat~
selain selesai solat fardhu~
selain ketika berpuasa~
selain ketika khatam 30 juzuk al-Quran~
ialah KETIKA AYAM BERKOKOK :)

Nabi SAW bersabda,: "Apabila kamu mendengar ayam berkokok,
maka mohonlah anugerah-Nya
kerana ayam itu melihat malaikat."
( HR al-Bukhari, Muslim )

kalau duduk asrama,
memang menjadi runtin solat subuh awal~
tapi saya nak tanye reader hari ini~
berapa kali anda bangun pagi sebelum solat subuh?
ini belum tanye, istiqamahkan anda qiam :)
( jawablah hati, tanya iman )


moga-moga perkongsian hari ini
memberi manfaat bersama~

syukran!

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.