Showing posts with label usrah~. Show all posts
Showing posts with label usrah~. Show all posts

Friday 16 November 2012

Bulatan Gumbira

In the name of Allah
the most Gracious and the most Merciful~

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 

[Hadis riwayat al-Hakim]


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

[Riwayat Al-Tabrani]



Ya Allah,
andai aku buta erti kasih sayang dalam persahabatan, ajarkanlah aku Yang Maha Pengasih agar tidak aku lukai saudara se-Islamku. Andai aku hidup dengan keegoanku, ajarkan aku untuk merendahkannya agar dapat aku terima baik buruk saudara se-Islamku. Andai aku mengharap sesuatu yang sempurna, ajarkan aku erti bersederhana agar aku tidak alpa saudara se-Islamku yang berada di bawah.





kadang hati memberontak inginkan seorang teman yang mengerti aku
sehingga lupa teman yang memerlukan pengertiaan aku pada masa yang sama.
kadang hati tertanya-tanya kenapa harus mereka bersikap begitu begini yang melukai aku
sehingga lupa aku sendiri bergelumang dengan sifat mazmumah yang lansung tidak mempedulikan mereka.




belajar untuk menghargai hadiah Allah yang baru bukan bermakna membuang hadiah yang lama.


._____.



SK Raja Muda Musa --> SK Sultan Idris II --> SK Raja Perempuan Muzwin --> SMK Agama Kerian --> SMK Bukit Merchu --> SMK Kuala Balah --> KISAS --> USIM



Rasa macam terlalu ramai sahabat yang Allah hadiahkan sehingga terabai tanggungjawab menjaga hati setiap individu. 
Asif jiddan :'(


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 25 March 2012

Sharing: Kenapa Manusia Ada Baik dan Ada Jahat?

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

texting sahabat2 untuk minta perkongsian.
"Knp Allah ciptakan manusia ada yg baik dan ada yg jahat?"

cik shafikah selaku best buddy balas mesej jam 11.49am

S0ry late, t0k m'imbangi fitrah alam meby? Haha~ kne b'pkir d lua k0tak uh lynn..

kak aimi selaku naqibat balas mesej jam 11.09am

Yg baik utk jd tldn kpd yg jht..yg jht jadi ujian kpd yg baik..

cik ainin selaku rakan kelas tazkirah balas mesej jam 10.24am

Supaya adanya variasi, utk kt ambl iktbr ats stiap apa yg blaku.. Kalau smua org dlm dunia ny jahat maka musnh lah dunia, kalau smua baek mgkn kt x smua x reti nk mnilai dan menbuat plihn..s0, shArE oUr sImILARiTies, cELeBratE ouR dIfFerEnceS.. That's make every of us special.. Bsngka baik dgn Allah. :)

"Allah wujudkan dlm dri mnusia ftrah sukakan perkara y baik2,
tp Allah juga bg kta nfsu y biasanya lbh cnderung kpd kjhatan.
Y plh utk jd baik o jht tu kita."




apa pula pandangan anda?
terima kasih kepada yang memberi kerjasama.
moga Allah redho dengan usaha kita.

notakaki:
Kalau tak ade org jahat, tak adalah pahala menasihati org utk manusia.
Pemurahkan ALLAH?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday 11 February 2012

Contest I Love Hijab by Nliyate

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

I want to talk about hijab~
okay reader,
apa itu hijab sebenarnya?
hijab itu tudung kah?
hijab itu sesuatu yg cover bahagian kepala kita kah?
andai kita guna towel utk tutup aurat kita bahagian kepala~
dipanggil hijabkah?
thinking (.")
okay, 
berbincang lagi better kan (.")-(".)






kenapa anda bertudung?

semua orang mempunyai alasan sendiri~
tetapi,
ini pandangan saya kenapa mesti saya bertudung~

saya memilih bertudung~
kerana saya merupakan seorang muslimah (:
apa itu muslimah?
muslimah itu wanita Islam :)
Sudah menjadi tanggungjawab seorang muslimah
 untuk berhijab
sepertimana disebut dalam surah An-Nur ayat ke 31~

sudah menjadi kewajipan umat Islam
mempercayai Rukun Iman kan?
Kepercayaan kepada kitab Allah
adalah salah satu daripada Rukum Iman, right?
wajarlah bagi saya
menjalani kehidupan berlandaskan al-Quran
yang merupakan mukjizat teragung.

cuba reader cek surah ke 57 ayat ke 9~
anda akan jumpa seperti ini:


"Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (alQuran) kepada hambaNya (Muhammad) untuk
mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sungguh terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang."

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Kesimpulannya,
saya memilih untuk berhijab kerana
Allah menyayangi saya
dan
Islam cara hidup saya.


bertudung buat aktiviti anda terbatas?
saya tidak merasai lagi saat sukar
yang menyebabkan saya berasa
berhijab membataskan aktiviti saya.

mungkin kerana suasana sekolah saya yang penuh dengan tarbiyah,
menyebabkan kem anjuran persatuan luar~
menghormati kami yang terikat dengan peraturan menutup aurat sepanjang masa.

perjalanan hidup masih jauh~
ujian Allah masih berliku (:
Perancangan Allah penuh dengan rahsia~
hanya mengharap selalu dalam redha-Nya.


perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama,
mujahadah sepahit hempedu bermula dengan niat yang satu (:


notakaki:
sesi perkongsian ilmu kali ini~
disertakan dengan niat memasuki
contest I Love Hijab~
semoga memberi manfaat bersama (".)
( klik sini untuk join )
saya nak tag sahabat seperjuangan saya~
najah zakaria

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~

Ejaan mana yg betul?
Maulidur Rasul @ Maulidul Rasul?
mengikut kefahaman Bahasa Al-Quran Teragung ( BAT ) yg saya pelajari~
wa.la.da. menjadi walid bermaksud kelahiran
maulid + rasul = maulidur rasul~
baik2, saya bukan gred A dalam bahasa arab nie :)
kalau salah tolong betulkan.











ucapan-ucapan ini saya ambil secara random~
di wall post facebook.
Rasulullah sentiasa diingati walau di mana umat Islam berada.
cuma,
adakah kita mendengar nasihat-nasihat Rasulullah SAW 
sebagai tanda kasihnya kita kepada baginda?

blank sangat waktu nak buat entry ini~
saya nak share sejarah Rasulullah SAW
tetapi saya sendiri ingat tak ingat~
jadi,
membuatkan saya termenung :(
layakkah saya dikatakan mengasihi Rasulullah setelah Allah?

saya cukup tersentuh dengan ayat familiar
pelajar Bumi Wakafan untuk membuka mukaddimah ucapan~
jom baca~


kekasih ALLAH ini~
terlalu besar pengorbanan baginda kepada umat.


jejari runcing ini sudah kekakuan~
sukarnya utk meraih kasih Illahi~
tetapi saya tahu tiada yg mustahil.

( hak milik senyom design studio )

notakaki:
jom cuba amalkan Islam sepenuhnya!
bersusah di dunia dulu, asalkan bersenang di akhirat kelak!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 30 January 2012

sharing: masalah couple selepas SPM

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

couple.couple.couple.
hot topik yg dibincangkan oleh lepasan SPM
especially yg tengah tanam anggur skg~
yeah, kebosanan memerlukan teman utk kongsi cerita :)


kali ini saya hendak berkongsi pendapat
tentang masalah ini~
memandangkan sahabat saya mengadu~


ini komentar yang saya dapat~











reader,
pada pandangan saya pula~
couple lepas SPM nie~
hanya buang masa dan buang kredit.
kebiasaannya, yg couple lepas SPM nie cakap~
tak ganggu pelajaran.
hello~
taknak sambung belajar kah cik akak dan encik abang :)

couple itu bukan mudah
nanti dah ada 1001 kenangan~
lagi susah nak lupakan.
kan akan disturb study anda semua di alam U nanti~
so, apa gunanya cemerlang SPM sahaja?

urusan kawin bukanlah semudah yang disangka~
dan bukan juga seindah yg dirancang.
tetapi~
Allah tahu yg terbaik buat kita.
jadi, bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang.


kesimpulannya~
andai kita sukakan seseorang,
berdoalah kepada yang Maha Esa.
andai perasaan itu berlandaskan nafsu semata-mata~
mohonlah dijauhi daripada kita.

buat sesutu tindakan~
haruslah menggunakan akal yg dikurniakan ALLAH
bukanlah menggunakan nafsu yg dikuasai syaitan~

INFO TAMBAHAN!
komentar yg inspired a lot~
bila ada yg tanya anda suka couple~
jawab saja sbegini rupa :)



notakaki:
anda boleh baca cerpen persahabatan kerana Allah ini 
utk menambahkan lagi keyakinan anda utk single :)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 24 January 2012

sharing: sekolah adalah tempat terbaik

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

dah hampir sebulan menjejakkan kaki ke sekolah~
bukan saya tapi awak yang manis :)
waktu awal2 sesi persekolahan dibuka~
cikgu2 dah bimbang~
dok fikir macamane dengan pelajar aku tahun ini?
budak2 sekolah plak~
ada yang tak sabar nak belajar :)
ada juga yang tak sabar nak jumpa kawan2 lepak :)
dan bagi calon peperiksaan tahun 2012~
rasa macam 'wah, cuaknya!'
ala, tapi calon SPM pada masa yang sama,
'huh, sampai juga ke tahun terakhir pakai baju sekolah!'
okay, majoriti kata camtu kecuali yang sambung F6 :)





komen fb di atas ini
adalah yang sempat saya bawakan untuk perbincangan malam semalam
di group muslim-art batch 56 of KISAS
dan ini adalah hasil tinjauan daripada
penganggur lepasan SPM 2011 :)

waktu awal2 jejak form 5~
sifu2 saya ramai yg cakap~
nanti dah habis form 5,
baru rindu zaman sekolah :)
okay, sapa percaya akan hidung~
( just kidding )



jom dengar perkongsian idea saya
yang dah mencuba sembilan buah sekolah
daripada umur lima tahun sehingga tingkatan lima :)
wow! banyaknye~

perkongsian pertama~
sekolah adalah tempat yang paling sebati dengan jiwa kanak-kanak
seterusnya jiwa remaja belasan tahun ini~
sekolahku syurgaku!
setiap yang ada di sekolah akan mempengaruhi jiwa pelajar.
yeah, sebab~
pelajar adalah insan yang baru mencari identiti diri~
so, ibu bapa patut alert dengan suasana sekolah anak-anak :)

perkongsian kedua~
sekolah adalah tempat menuntut ilmu bagi yang bijak
tetapi tempat untuk bersuka ria bagi yang tidak menghargai nikmat belajar
waktu tingkatan tiga~
saya boleh cakap 'pandai itu adalah satu anugerah juga'
sampaikan saya kata, 'tak fahamlah kenapa orang cakap nak jadi pandai kene ubah sikap'
tapi~
waktu tingkatan lima~
saya terpaksa admit 'nak berjaya datang daripada diri sendiri!'
contohnya, saya selalu dapat E dalam subject BIO waktu form 4
tapi, saya cuba buang sikap bencikan subject yang memerlukan penghafalan~
dan alhamdulillah~
BIO berada di zon yang selesa, begitu juga dengan SEJ.

so, point dekat sini~
kalau adik2 tahun 6 dan form 3 dah rasa susahnya UPSR dan PMR..
buatlah seperti saya ajar :)
satu habit buruk dibuang, 10 kebaikan yang datang :)


perkongsian ketiga~
sekolah adalah tempat pelajar bina keyakinan diri :)
keyakinan diri bukanlah hanya perlu dilihat apabila seseorang itu naik ke pentas dan berucap.
BUKAN!
saya cuma nak cakap benda simple~
keyakinan diri untuk membuat keputusan sendiri
dan menanggung kesannya sendiri :)
semua yang anda buat, adalah yang terbaik!
tak kisah lah anda cuba langgar peraturan sekolah
sebab, setiap yang berlaku ada hikmahnya~
langgar peraturan sekolah adalah satu wasilah utk mendekati Allah
so,
jangan pandang hina pada pelajar bermasalah.
cuma masing-masing ada peranan untuk menggunakan akal
berfikir hikmahnya~
bukan sekadar pengalaman yang dibawa angin.

perkongsian keempat,
sekolah adalah tempat utk pelajar menyedari hidup ini adalah satu tanggungjawab.
ambil yang paling simple~
tanggungjawab sebagai seorang pelajar~
bukan sebagai seorang ketua kelas mahupun ketua pelajar :)
kali ini saya serahkan pada anda untuk berfikir.

itu sahaja idea yang tercetus~
sila tinggalkan komen utk perkongsian lain.
berkongsi pendapat, pahala berlipat :)


notakaki: pelajar yang paling bijak ialah pelajar yang sedar tanggungjawab untuk belajar ilmu Allah


nota tambahan: kakak saya selalu pesan sekolah agama adalah sekolah yang terbaik kerana keberkatan ada di situ :)

syukran~



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 22 January 2012

sharing: sebelum tidur~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Masa berlalu tanpa disedari~
malam berganti siang
dan siang tiba juga ke malam.
makin hari makin dekat dengan kematian.
dan mungkin juga kematian sementara kita
bertukar menjadi kematian selamanya.

waktu zaman budak sekolah~
pantang cuti, konfem tidur lewat~
sebab online and blogging~
yeah, zaman nakal2~
kenalan ramai sangat kan :)
alhamdulillah, zaman tu dah berlalu :)

sekarang sudah tiba zaman perubahan~
kata orang~
kalau dekat sekolah brutal,
dekat rumah akan rindu nak jadi baik~
kembali kepada fitrah manusia :)

di kesempatan ini, saya nak kongsikan~
apa yang boleh anda lakukan sebelum tidur~
moga2 perkongsian kali ini memberi manfaat bersama :)


  • bila mata dah mengantuk, izinkanlah badan untuk berehat. jangan paksa menghadap screen komputer lama2~ kesian jasmani kita~ nak jugak rehat :)
  • saya galakkan anda membaca surah al-mulk bila niat nak tidur dah dipasang. sekurang-kurangnya, tak terlupa~ yelah, bila bertangguh faham2 sahajalah :) kenapa al-mulk? sebab bacaan surah ini dapat menyelamatkan anda daripada seksaan kubur. apa salahnya prepare awal2 kan :)
  • jangan lupa ambil wuduk. andai Allah nak tarik nyawa kita waktu tidur, dapat juga meninggal dalam keadaan berwuduk. kan bagus preparation ni :) lagipun, dapat hindarkan daripada bisikan syaitan dan serba sedikit dapat menenangkan hati anda yang tertekan seharian :) bila dah ambil wuduk, kire basuh kaki sekali lah kan?
  • pastikan posisi badan anda sebelum tidur selesa~ tak adalah kes tersalah urat ke ape nanti bila bangun :) jangan lupa menghadap ke arah kanan. ikut sunnah dapat lah raih cinta Rasulullah selepas Allah kan :)
  • ambik hp anda dan silentkan :) okay, yang ini memang sesuai utk certain org saje. kalau yang sibuk cam doktor pelatih tak sesuai lah kan :) tujuannya, tidur takkan diganggu dengan panggilan dunia~ so, dapat tidur dengan tenang dan serahkan diri pd Allah sebentar.
  • alang2 dah pegang hp, kunci jam awal daripada waktu subuh. utk apa? utk Qiam terlebih dahulu. seronok tahu jadi tetamu Allah yang awal :) kalau boleh stay up utk berfacebook, apa salahnya bgn awal utk Maha Pencipta kan :) then, jgn lupa mintak bantuan malaikat kejutkan kita sekali :) mana tahu hp tibe2 bateri kong waktu tidur, kan ada back up alarm pemberian Allah :)
  • bila dah pejam mata, start baca ayat kursi dan 3 Qul? btw, pernah tak anda faham terjemahan 3 Qul. Try usha terjemahan al-Quran anda jap :) huhu~ anda akan rasa dilindungi apabila membaca terjemahan itu~
  • ilmu yang saya dapat daripada Umi saya sendiri ialah, perbaharui syahadah~ yeah, memang kita dah Islam tetapi apa salahnya kita perbaharui syahadah dengan betul2 hayati maksudnya. Moga2 hari esok lebih baik daripada semalam.
  • yang selalu kita dengar ialah, memaafkan org lain dan berdoa supaya org lain memaafkan kita. try bayangkan kalau semua manusia ada connection yg aktif dalam berdoa, mesti akan harmoni hidup ini :)
  • and addition one, muhasabah diri. cek ibadat yang kita lakukan seharian. cukup kah nak bawak dekat akhirat. betul2 ikhlas kerana Allah? ataupun just nak dapat perhatian manusia yang lemah ini. Keikhlasan itu sangat penting~ doa bnyk2 moga2 ibadat kita yg tak seberapa itu dpt bantu kita di akhirat :)
itu saja perkongsian saya kali ini~
semoga dapat aplikasi dalam kehidupan kita bersama :)
jika ada sebarang penambahan ilmu,
sila tinggalkan komen bersama :)

perkongsian bersama sahabat di fb~


syukran ~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.