In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~
oh, my blog sangat mahal sebab jarang di-update sudah
maka dan jadinya~
spacenya masih banyak >.<
teringat yang otak orang Melayu paling mahal sebab jarang digunakan (:
syukur ke hadrat Illahi~
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat lagi aku merealisasikan salah satu impian aku
tak ingat impian ini berada di nombor berapa >.<
apa impian itu (?)
memakai tudung labuh setelah mendapat kekuatan (!)
hari pertama pakai tudung labuh waktu 26 April bersamaan hari rabu.
sengaja aku pakai tudung labuh sebab nak tengok sesuai ke tak!
hari sebelumnya memang aku cari tudung labuh dalam stor.
teruk kan (?)
maka dengan takdir-Nya,
jumpalah satu tudung labuh berwarna krim (:
nasib baik terselamat daripada menjadi mangsa anai-anai >.<
hari pertama aku kenakan tudung labuh untuk pergi ke mall area Kota Bharu.
tiba-tiba~
umi memberhentikan kereta di Pasar Lama.
" jom turun beli tudung labuh. "
aku akur sahaja memandangkan mungkin umi sedia maklum aku tak ada tudung biru
untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) KISAS.
stop dekat kedai biasa yang aku beli tudung sekolah labuh kan.
tiada tudung biru (!)
aku ajak umi keluar cari kedai lain~
umi cakap
"pilihlah warna tudung lain. beli sahaja banyak-banyak."
sentap*
"adik sekolah mana ni."
"tak sekolah dah, baru habis sekolah."
baru aku mengerti,
kebanyakan pelanggan tudung labuh adalah budak-budak sekolah agama (:
aku beli empat warna tudung labuh~
yang suit dengan warna baju kurung aku pada kebanyakannya.
lepas balik terus rehat dalam bilik
pegang tudung-tudung ini~
dan tanya dengan diri aku
"mampukah aku?"
mampu tak mampu,
sekali lagi 27 April aku keluar shopping dengan family pulak (!)
kali ini pergi tempat yang high-class sikit.
yang menjadi tumpuan pelancong dalam mahupun luar negeri.
kali ini sekali lagi aku sarungkan tudung krim yang aku dah siap basuh semalam (!)
"sejak bila pakai tudung labuh ni?"
"kenapa? pelik?"
"tak. cantik."
adik laki aku cakap begitu memang tergamam sangat (!)
sebab dia tak banyak cakap macam aku >.<
dengan kelewatan terkejar-kejar aku naik bas untuk ke Klang
jam 2100
aku sarung tudung labuh tanpa fikir banyak kali dah.
serabai tak serabai tetap awesome (!)
apabila anda memakai tudung labuh,
anda pada masa yang sama perlu berketerampilan sopan (!)
berhenti di hentian Gua Musang~
aku buat satu perkara yang memalukan.
bak kata kawan aku,
muka aku merah padam macam belacan >.<
benda aib kita tak boleh cerita*
saat itu aku rasa tak gunanya aku (!)
memalukan kaum yang memakai tudung labuh.
bak kata kerana nila setitik rosak satu belanga.
gara-gara aku yang baru bertateh berkemungkinan akan mencemarkan
nama baik golongan bertudung labuh ini.
"buat apa nak malu? bukan orang kenal kita pun!"
tiba-tiba terngiang-ngiang pesanan abah (:
so,
buat muka tak malu untuk cover muka belacan.
sebenarnya benda tu tak lah aib sangat,
just kesilapan ataupun kelalaian dalam kemamaian sikit <3
28 April tiba di klang jam 0700.
usai solat subuh bersegera ke bumi wakafan naik teksi~
mandi dan makan siap,
geraklah ke dewan besar untuk MAK.
"kau lin pakai tudung sekolah weh?"
"malunya aku kalah labuh tudung aku."
"kita ada baca blog lin dan baca perubahan lin."
bila kita berubah dari segi fizikal,
orang akan cakap depan-depan.
tapi ketahuilah sebenarnya,
bila kita berubah rohani,
ramai yang akan bercakap belakang (!)
habis majlis bersurai.
tiada yang menarik seperti yang saya inginkan.
cukuplah dapat jumpa cikgu kelas yang tercinta (:
29 April time for enjoy (!)
lepak di PWTC untuk pesta buku~
and finally went for a mini reunion of batch at KLCC.
once again~
salimi ismail hanya memakai tudung bulat.
kalau anda semua nak jadi hot star
menjadi tumpuan pelancong luar negara~
anda perlu memakai pakaian menutup aurat (!)
nak tahu kenapa (?)
sebab~
pelancong luar negara datang ke sini untuk melihat kelainan.
negara Malaysia kan negara Islam (:
sejujurnya,
aku terpegun dengan keterujaan pelancong asing bergambar dengan kami.
bagaikan dihargai Islam di mata mereka.
ukhuwah itu apabila kita berkumpul~
kita akan mengingati-Nya.
sungguh~
aku bagaikan tak percaya aku akan rasa nikmat ukhuwah itu.
30 April aku balik ke negeri Kelantan jam 0830
masih kenakan tudung labuh.
cukup simple (!)
tak perlu belit-belit tudung mahupun pin sana-sini.
01 Mei menghadiri MAK Yayasan Islam Kelantan.
masih dengan imej tudung labuh.
memang tak sangka dan tak sangka,
mudah sahaja aku capai tudung labuh untuk ke mana-mana sekarang.
masa ambil sumbangan RM500
kami diarahkan mengikut no siri yg telah disusun mengikut jenis sekolah.
mula2 aku tersalah barisan masuk ke sekolah Yayasan Islam Kelantan.
okay, fine >.<
line aku selaku sekolah JPN di sebelah rupanya (!)
aku memerhati keadaan sekeliling.
baru aku perasan yang dalam barisan sekolah JPN sukar untuk nampak orang bertudung bulat.
tapi,
pandang bahagian sekolah Yayasan Islam Kelantan,
tudung bulat itu biasa >.<
"ambil STAM k?"
"eh, tak lah. SPM saja."
"nampak matured."
"ambik apa?"
"STAM."
"sekolah?"
"MMP."
aku rasa ketinggian aku menyebabkan orang lain kerdil apabila berbual dengan aku >.<
tak sempat nak tanya kakak MUMTAZ tu STAM senang atau tidak (:
alhamdulillah,
sempat jumpa kawan seperjuangan darjah satu dan dua aku
di SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.
okay, fine (!)
sama2 balik negeri asal waktu masuk SBP.
hari ini genaplah seminggu aku pakai tudung labuh >.<
tak sangka tiba-tiba dapat tawaran ke temuduga IPG untuk Pendidikan Islam.
okay, ustazah salimi (?)
subhanallah, besar tanggungjawabnya (!)
doakan yang terbaik buat aku.
aku dah rasa pakai tudung labuh.
anda pula bagaimana >.<
tudung labuh itu tak leceh (!)
simple tapi sweet.
tak take much time untuk bersiap ke mana-mana.
kalau anda pakai baju melaram pun, anda akan rasa simple dengan tudung labuh.
mula2 anda akan terasa weird dengan tudung labuh,
lama2 anda akan rasa matured (:
so tak perlu lagi pakai cincin bagai untuk cover kau dah berpunya (!)
bila kau pakai tudung labuh,
kau akan rasa sukar untuk orang sentuh.
believe me (:
i love tudung labuh <3
perlu kah istiqamah dengan tudung labuh (?)
nanti akan aku buat entry perbincangan ini (:
syukran~
.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.