Showing posts with label lillah :). Show all posts
Showing posts with label lillah :). Show all posts

Thursday 15 November 2012

[HIJRAH]: Awan

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


awan itu.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya segala amalan-amalan itu bermula dari niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap seseorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa yang diniatkannya. Maka barang siapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia yang ingin diperolehinya atau perempuan yang dikahwininya maka hijrah mengikut apa yang diniat."

[ HR Bukhari dan Muslim]

Mengatur jalan-jalan menuju kebahagiaan:
Bebaskan hati daripada rasa dendam dan takut.
Hidup sederhana dengan sedikit mengharap tetapi banyak memberi.
Mengisi penuh harapan dengan kasih sayang.
Pancarkan cahaya matahari.
Lupakan diri sendiri dan ingat orang lain.
Perlakukan manusia seperti yang aku ingin diperlakukan.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang mengkehendaki dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang mengkehendaki akhirat, hendaklah berilmu dan sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya maka hendaklah berilmu."

[ Riwayat Bukhari dan Muslim ]


Allah memerintahkan nabi-Nya dengan dua perkara iaitu
berilmu lalu beramal atau berilmu sebelum beramal.


Azam terbesar tahun ini top up ilmu dunia dan akhirat dengan penuh kesabaran dalam mendekati dan mengenali lebih pencipta awan itu.


.____.



syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 24 September 2012

SURAT CINTA BUAT FATIMAH

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

entry kali ni khas buat
DR FATIMAH HASSAN
yang pada hari ini akan meninggalkan Melaka
lalu menuju ke Kuala Lumpur
seterusnya spesifik ke KLIA.
dan~
meninggalkan Malaysia Tanah Air tercinta :'(

saat ini jam menunjukkan
04:23 am (Malaysia) bersamaan 11.20 pm (Jordan)
entah jam berapa pulak Mesir sekarang >.<

Dear Fatimah Hassan,
menitis air mata Salimi Ismail akhirnya
setelah diusahakan untuk tidak tumpah di bumi (!)
< sebab selaunya jatuh dekat pipi saja >
sebak dada setiap kali ingat~
kawan sepermainan akan pergi jauh meninggalkan Malaysia.
tambah-tambah lagi~
tiada kudrat nak pergi hantar kawan sendiri ke KLIA :'(
< mencari hikmah Allah >

maafkan Salimi yang tidak berjaya memenuhi harapan sendiri
untuk hantar Fatimah ke KLIA ;'(
dengan jadual kuliah yg memaksa saya stay di usim sampai jam 04.30 pm
ditambah lagi dengan tiada teman untuk dibawa menemani ;'(


semalam tak terdaya nak fokus belajar~
teringat Fatimah setiap masa.
rasa macam baru semalam kita gurau-gurau
rasa macam baru semalam kita merepek meraban
rasa macam baru semalam kita kongsi bahu berkongsi kesedihan

paksa diri tidur even kerja bertimbun
ambik hp set alarm 04.00 am
gelabah tak gelabah~
pukul 03.00 dah terjaga >.<
< nampak tak jiwa tak tenang >

buat-buat kerja sambil dengar nasyid~
< nak dengar lagu lagho tak sesuai time2 emas ni >
keluar lagu mengenai kematian.
subhanallah~
bertakung air mata saya :'(
awak tahu kenapa (?)
saya rindu awak sangat2 even awak nak fly je pun =.='
belum lagi kita tinggalkan dunia selama-lamanya.
tinggalkan Malaysia masih ada teknologi nak berhubung
tinggalkan dunia (?)
hanya doa saja dapat dititipkan saat itu >.<

fatimah~
moga masih ada ruang untuk kita disatukan di syurga kembali.
biar kita terpisah di dunia,
sama-samalah kita bermujahadah mencari kebahagiaan yang kekal selama-lamanya.
( sekali lagi part sedih! )


bila saya ingat awak~
saya ingat ALLAH.
awak tahu kenapa (?)
sebab saya teringat kenangan dengan awak.
teringat setiap hari hantar <3 dekat awak.
awak hantar <3 dekat saya.

awak,
lepas ni dah tak boleh nak al-mulk sama-sama kan (?)
waktu kita dah berbeza :'(

( stop crying, salimi! )

ke hadapan Doktor yang dicintai~
doktor jaga diri baik-baik yek.
doktor jangan give up yek.
belajar ilmu sains sangat mencabar sebenarnya.
( part ini mungkin utk kita sahaja :D )
tapi doktor~
kita sama-sama stay strong yek!
ISLAM perlukan kita~
jadi,
kita jangan hampakan ISLAM yg banyak memberi ketenangan ini :')

apa aku nak cakap sebenarnya ni (?)

" timah, jatuh bangun seorang penuntut ilmu itu biasa. saat lin jatuh pada awal tahun asasi, timah ada di sisi. lin tak pasti masih adakah lin di sisi timah saat timah jatuh? sbb timah style pendam kan? 
maafkan lin kalau tak blh jadi kwn yg baik. tak blh jadi kwn standard mithali melabuhkan cinta pd Allah 100% lagi. kawan yg hanya bnyk meminta ttp tidak bnyk memberi. maaf timah."

"timah, belajar ilmu medik sangat tough! sangat sangat! tapi, lin yakin timah mampu sbb timah kan hebat >.< btw, jangan lupa rakam apa yg lecturer cakap dlm kuliah. mana tahu bosan sangat sampai terlelap kan. 
blh dgr balik recording tu. tips* hihi :D pergi negara orang memang banyak cabaran.
tapi, timah ingat ni. derita kita merindui orang yang dikasihi tak boleh nak tandingi derita orang yang berjihad di medan peperangan merindui Yang Maha Penyayang. keep strong!"

"timah, kita kejar kejayaan bukan utk bagi kesenangan pada keluarga semata-mata kan?
kita usaha sehabis baik mendalami ilmu fardhu kifayah ini untuk bagi kesenangan kpd seluruh umat ISLAM!
okay, mood bagi tazkirah sekarang. HAHA :D jaga duit zakat baik2 :p"

akhir daripada saya yang sudah mendapat sedikit kekuatan~
setelah menulis entry ini~
saya sayang kamu!
kita balas rindu dalam doa selalu yek (:


notakaki:
naik flight tajdid niat baik2.
"Ya Allah, aku bermusafir ingin menuntut ilmu-Mu demi berkhidmat kepada agama-Mu. Permudahkanlah jangan kau susahkan."
jangan lupa niat dalam hati jugak
"Ya Allah, lindungilah persahabatan aku dan salimi walau kami berjauhan. Jagakanlah kami di jalan-Mu. Adakanlah KAU di hati kami saat kami jatuh tersungkur Yang Maha Pengasih."
HAHA :D

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 18 May 2012

Today, Everything is Okay ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

alhamdulillah~
hari jumaat yang sangat bermakna.
bukan kerana dapat makan angin.
bukan kerana dapat keluar shopping.
bukan kerana dapat duit yang banyak.
dan bukan juga kerana menerima tetamu meminang.

okay, merepek untuk suka-suka*


bayangkan suasana pukul 5.00 pagi dan anda mendengar nada dering.
bukan nada dering orang call~
tapi nada dering memanggil untuk dating (!)
best kowt (!)
alhamdulillah masih diberi kekuatan berdating dengan Allah.
selesai solat sunat area jam 05.30,
mata dah mengantuk tahap kritikal (!)
punya lah mind set nak tidur lepas subuh kan~
tepat-tepat habis baca mathurat, azan subuh.
solat subuh awal semestinya (!)
lipat-lipat telekung~
tak jadi tidur sebab teringat tazkirah yang dibaca hari tu =.='
mana boleh ajar tidur lepas subuh, rezeki tak masuk.
nampak sangat pemalas :p

nak hindari daripada terima pangkat yang tak baik*

aku baru teringat yang semalam aku nak tengok sangat satu video.
tapi, line tenet slow waktu malam2 kan.
so, subuh-subuh ni memang laju lah line tenetnya.
geledah jugak facebook cari balik link video yang di-share oleh kawan.
nak tahu video apa (?)
video fatimah syarha =.='
banyak lah jugak aku sempat dengar dan download.

"we are what we listen, we are what we read, we are what we see."

"tazkirah ni kita kena dengar selalu supaya hp badan kita dipenuhi bateri selalu supaya boleh dipakai bukan tidak terpakai."

"kalau kita taknak suami kita buat itu ini, kita yang kene tak buat itu ini dulu."

"seorang doktor itu tidak skema, bahkan romantik."

"Allah ni Maha Penyayang. Dia taknak campak kita ke api neraka. Sebab itu Dia bagi kita peringatan kepada kita dulu melalui Al-Quran. Pada masa yang sama, Allah itu Maha Adil. Siapa yang menzalimi diri sendiri, nerakalah tempatnya."

banyak lagi pengajaran aku dapat.
iA, sedikit sebanyak memberi aku kekuatan.
yeah, aku yakin dengan Allah.

selesai download~
beli saarapan macam biasa dekat dengan Pantai Irama.
kelantan memang biasa beli nasi berlauk pagi-pagi*
aku yang suka dengan nasi lemak kerana terpengaruh dengan perak terpaksa adapt (!)
melawat nenek dan hantar makanan.

"sedapnya nasi ayam."

tiba-tiba terlintas di fikiran aku pagi-pagi hari lagi.

tiba-tiba.

"kita buat nasi ayam hari ni nak kak lin?"

wah,. my mum macam tahu apa yang i fikirkan (:
jumaat terakhir sebelum gerak ke usim :'(
my mum pandai masak (!)
iA, satu hari nanti i akan jadi macam umi i.

selesai sarapan,
naik bilik kemas barang-barang untuk ke usim.
seriously, no mood (!)
tapi, aku kena paksa diri sebab taknak susahkan family kalau barang tertinggal =.='
rumah i bukan dekat taman u cam kawan i tu*
kelantan ---> negeri sembilan
tak apa,
doa orang bermusafir mustajab (:
moga dipermudahkan urusan pembelajaran kelak.

i really love photography.
biarlah guna kamera hp saja~
asalkan gambar yang terhasil memuaskan hati kita (!)
thats why i ni mamarazi taw.
snap picture ikut dang jah (:
so, hati-hati dengan i.

so, 
ini hasil kerja i pagi ni~
kill many birds in one time.
dapat puaskan hati buat benda aku suka.
dapat kemaskan baju sekemas-kemasnya.
dapat MPC baju.
dapat tengok kekurangan baju nak match dengan baju.


so,
when we want to do something,
kita kene fikirkan cara untuk bergembira
supaya hasilnya juga baik :D
senyum*
sama jugalah macam belajar, okay (!)

memandangkan menyahut seru fatimah syarha~
you are what you read,
aku baca buku Secubit Halwa Penawar Jiwa 
yang aku beli dekat Book Fair hampir sebulan lepas~
buku ini just cerpen-cerpen pendek yang mengisahkan 100 Kisah Kehidupan~
this is reality not fantasy (!)

aku tak suka baca novel*

actually,
aku baca ni untuk menyahut seruan fatimah syarha lagi~
kalau kita nak berdakwah, 
kita kena ada banyak ilmu dan fakta (!)
iA, try my best.

baca buku memang mengantukkan.
aku tak dapat bayang nak baca buku pelajaran balik nanti*
even semua sibuk nak ulangkaji subject science,
aku semat dalam diri~
aku nak dalami ilmu agama dulu.
sebab aku nak jalani kehidupan sebagai student yang banyak pergantungan kepada Allah lepas ni.
belajar bersungguh-sungguh dan yakin hanya Allah memberikan kejayaan.


masuk dapur dan tolong-tolong umi~
tugas i simple2 sahaja
memandangkan tak pro lagi~
tapi satu masa nanti,
i nak fokus belajar memasak, menjahit dan bercucuk tanam.
sekian*

you are what you listen (!)
aku dengar IKIM fm plak petang tadi~
tiba-tiba tajuk perbincangan best plak.
"dunia perubatan dalam perspektif Islam."
even kita belajar medik ilmu-ilmu daripada barat~
jangan lupa asal usul ilmu itu adalah daripada ilmuwan Islam like IBNU SINA (!)
so,
jangan sempitkan fikiran lagi.

i got this*

waktu petang melawat ayah saudara yang sakit.
yeah, 
just dengar perbualan my parents sajalah
sebab i memang tak tahu nak tanya apa =.=

"cepat kak lin, nak cek gigi bakal doktor gigi dulu,"

sungguh, segan dengan sepupu*

alhamdulillah~
hari yang sangat bermakna.
moga Allah redha.


Ya Allah, bimbinglah aku mencari keredhaan-Mu :'(

hidup dengan Islam itu indah (;

syukran~ 

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 13 May 2012

Misi Berhati-Hati

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


langkah pertama menjaga hati adalah kena selalu berhati-hati (:
setuju (?)
heeew.heeew.heeew.
alhamdulillah~
kawan-kawan support hujah aku.
daripada kekuatan yang sedikit menjadi banyak sikit <3


merepek memang merepek.
tapi~
inilah dakwah santai namanya.
simple tapi terkesan (:

thanks kawan-kawan.

( hak milik senyom design studio )
.tacink.tacink.tacink.
sayang kawan-kawan yang selalu support aku.
yang kadang-kadang buat aku tergamam pada mulanya~
tetapi pada akhirnya aku menyedari ada apa dengan nasihat.

( hak milik senyom design studio )
dengan izin-Nya~
saya akan cuba dan terus mencuba.

( hak milik senyom design studio )
senyum (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 11 May 2012

Qiam, Aku Jatuh Cinta

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"Ya Allah, lewat lagi!"

"Hah, dah subuh?"

"Kau ni teruk lah lin! Kalau date tak datang beberapa kali konfem Kekasih lari!"


tak kenal maka tak cinta.
hanya itu aku boleh luahkan bila aku kenal istilah Qiamullail.
apa itu Qiamullail (?)
bukan bangun malam kerana facebook.
bukan juga bangun malam kerana blog.
tetapi bangun malam kerana Allah (:

habis, kene buat solat sunat lah (?)
taubat (?) tahajjud (?) hajat (?)
eh, kawan~
open minded sikit lah (!)
bangun malam kerana ALLAH.
means, buat sesuatu kerana Allah.

"aku malulah dengan korang. korang bangun untuk Qiam tapi aku bangun untuk study."

"study kerana Allah dikira Qiam tahu lin!"

waktu kawan aku cakap macam tu~
tiba2 fikir,
betul kah aku study kerana Allah (?)
kawan-kawan aku selalu cakap~
study kerana Allah tu bla..bla..bla..
sampaikan aku tanya ayah aku tahu (!)

"abah, belajar kerana Allah itu bagaimana? means tak boleh set nak cemerlang exam kah?"

"eh, ke situ plak. kalau kita niat nak cemerlang exam kerana nak naikkan nama umat Islam kerana Allah jugak kan?"

lepas habis SPM jadual memang lapang kan (?)
start daripada first day 14 Dis 2011 lagi~
aku tetap latih diri bangun awal.
aku nak rasa apa yang kawan aku rasa.
bagaimana mereka sujud di hening pagi menghadap Allah.
seriously, aku bagi 6 stars daripada 5 stars (!)

rasa macam 
" Ya Allah, izinkanlah aku istiqamah menjadi tetamu-Mu yang terawal."
like that lah~

even mula-mula aku cuba-cuba Qiam sebab aku "suka" seseorang,
lama-lama aku rasa macam whats!
"aku hidup kerana Allah, bukan kerana dia!"
tapi~
pada masa yang sama aku perlu akur~
yang aku banyak berubah kerananya dengan izin-Nya.

"Allah kenal aku lebih daripada aku kenal aku."

prinsip yang mudah~
untuk aku tegas dengan pendirian
bahawa Allah tahu hanya dengannya aku mengenali-Nya.
Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara (!)
segeli manapun pandangan orang tentang cara perubahan kita~
just be strong and smile (:
you just need to believe with Allah.

"semua manusia sama di sisi Allah kecuali orang-orang yang bertakwa."

apabila masuk bulan Februari mulalah aku kurang Qiam.
jujur, sangat kerap tinggal (!)
sampaikan nak menangis tahap kritikal (!)
termenung sana sini muhasabah diri~
kenapa Allah tak izinkan aku Qiam (?)
aku buat maksiat kah (?)
besarkah dosa aku (?)

aku tak habis fikir sampai sekarang~
aku manangis hari tu macam kena ditinggalkan kekasih (!)

kadang-kadang sampaikan kena paksa tidur awal,
sebab nak sangat bangun sebelum subuh (!)
kadang-kadang sampaikan tukar nada dering alarm clock,
sebab nak bagi dengar lagi jelas (!)
kadang-kadang rela tidur dalam kepanasan,
sebab nak bagi badan tak selesa dan bangun awal (!)
macam-macam kadang-kadang aku buat (!)

barulah aku sedar,
segala sesuatu terjadi semua dengan izin-Nya.
"Allah tengok usaha bukan tengok hasil."
subhanallah,
bagusnya ada Kekasih yang selalu memaafkan kita.
yang selalu memberi peluang kepada kita.
kerana itulah,
Allah Kekasih yang terbaik (!)


"Allah nak bagi aku rehat yang cukup agaknya demi kesihatan aku."

bersangka baik dengan Allah 
membuatkan hati yang sedang bermujahadah sedikit sebanyak kekuatan kan (?)
bukan mudah nak cari jalan yang lurus.
kadang-kadang ada lopok di tengah jalan.
its normal >.<

mula-mula nak latih diri Qiam

"bangun lin! Allah tunggu kau!"

"masalah lah kau lin. Qiam kan buat sesuatu kerana Allah. kau zikir jelah atas katil tu."

"tak boleh lin! Allah tunggu kau dalam sujud tahajjud! bangun ambil wudhuk dulu!"

nafsu aku kalah~
aku pernah terikut kata nafsu mengantuk tu.
dan anda tahu apa hasilnya (?)
zikir tak seberapa sahaja,
setelah beberapa detik terus masuk ke alam mimpi balik.
bangun pagi baru menyesal (!)

masa tengah-tengah bulan bermujahadah tebus skip Qiam

"bisinglah jam ni! tutup2."

"lin, Allah tunggu kau."

"badan kau penat lah lin!"

"lin, masih adakah hari esok untuk kau menjad tetamu awal-Nya?"

bukan mudah nak paksa diri,
dengan mata mamai lagi
pergi toilet ambik wudhuk.
air dah lah sejuk (!)

"aku Qiam bukan sebab iman aku kuat tapi aku Qiam sebab nak kuatkan iman aku."

selalu jugak dalam sujud tahajjud
aku suruh Allah sampaikan rindu kepada kekasih aku kelak.
awesome (!)
even nampak merepek~
tapi lagi better rasanya jika dibandingkan dengan
aku suruh orang kirim salam dekat mana-mana kaum adam yang bukan mahram, kan (?)


bila anda seorang yang sosial, 
sangat sukar untuk anda mengubahnya (!)
.titik.noktah.sekian.
tetapi kita boleh usaha untuk kawal keadaan (:

aku dapat rasakan~
bila kita jauh daripada masalah,
jauh jugalah kita daripada-Nya.
sebab 
memang diciptakan manusia mempunyai kelalaian.
jadi,
bersyukurlah jika Allah sentiasa hadiahkan masalah >.<

takkan nak jumpa Kekasih waktu kita ada masalah sahaja (?)
tak sweet lah (:
takkan waktu gembira bercerita dekat kekasih lain (?)
alahai, main kayu tiga kot (!)
eheh~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 4 May 2012

Be Positive ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

" mana ada orang gila mengaku gila "

seharian aku terfikir petikan perbualan ini.
dalam hati aku tertanya,
apa salahnya mereka tak mengaku?
means mereka tak minta untuk jadi gila
tetapi mereka mendoakan mereka sembuh seperti biasa.

bukankah setiap perkataan itu doa?

"apa khabar iman kau?"

"In Sya Allah, bertambah."

"apa kau buat untuk tambahkan iman tu?"

"amar makruf nahi munkar."


aku faham yang bukan mudah anak remaja nak bertanya soal agama sesama kawan2
jadi, beruntunglah kepada mereka yang memiliki sahabat mengingatkan kita pada-Nya.

aku teringat zaman-zaman sekolah~
di mana aku cukup anti dan menyampah dengar bab-bab jadi baik ini.
tapi hari ini~
aku baru sedar sesuatu,
apa yang kita kata memotivasikan diri kita (!)

apa kau cakap ni lin (?)

"aku lah manusia yang kalau ada peperiksaan menipu, aku akan gagal! tak pun hampir-hampir gagal"

pernah dengar kawan anda berpoyo sebegini?

sorry to say~
anda tidak sewajarnya melabelkan dia si poyo!
sebaliknya~
anda perlu turut mendoakannya (:
pada masa yang sama anda perlu mengerti,
dia berkata begitu untuk memotivasikan dirinya untuk sentiasa jujur.
bohong itu berdosa kan?

siapa yang suka buat dosa (?)
memang sengaja kau tempah nak dapat rumah yang kekal yang sempit kan (!)
kubur*

"aku memang pakar bab-bab menipu ni."

anda suka dengar orang kata begini?
nampak lucu kan?
dan ini yang membuatkan kita ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan!
sedar tak sedar~
itu satu doa.

aku sendiri kene revision adab-adab bergurau balik (!)

anda pernah rasa meluat tak tengok perbualan komen2 sahabat2 yang "bajet baik"
anda kenal dia yang sosial
tapi sudah pandai berbicara soal agama.

aku pernah (!)
sebab aku cemburu tengok kesungguhan mereka mendalami agama.
bukan mudah nak jadi baik >.<
pernah dengar perkataan paksa rela (?)
dalam melakukan perubahan~
kita perlu paksa diri terlebih dahulu,
sedikit demi sedikit~
perubahan itu semakin berkualiti.

mula-mula paksa~
lama-lama biasa (!)

apa pandangan anda mengenai orang couple (?)



bukankah Allah ciptakan manusia pelbagai kerenah (?)
andai anda jumpa orang yang membenci anda
mahupun membuat maksiat~
berterima kasihlah padanya juga,
kerana dia mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya (:

( hak milik senyom design studio )
notakaki:
Orang baik jgn kita sangka tidak pernah berbuat dosa 
dan jangan pernah sangka orang jahat tak pernah buat kebaikan :)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday 2 May 2012

Pengalaman Pakai Tudung Labuh

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

oh, my blog sangat mahal sebab jarang di-update sudah
maka dan jadinya~
spacenya masih banyak >.<
teringat yang otak orang Melayu paling mahal sebab jarang digunakan (:

syukur ke hadrat Illahi~
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat lagi aku merealisasikan salah satu impian aku
tak ingat impian ini berada di nombor berapa >.<

apa impian itu (?)
memakai tudung labuh setelah mendapat kekuatan (!)

hari pertama pakai tudung labuh waktu 26 April bersamaan hari rabu.
sengaja aku pakai tudung labuh sebab nak tengok sesuai ke tak!
hari sebelumnya memang aku cari tudung labuh dalam stor.
teruk kan (?)
maka dengan takdir-Nya,
jumpalah satu tudung labuh berwarna krim (:
nasib baik terselamat daripada menjadi mangsa anai-anai >.<

hari pertama aku kenakan tudung labuh untuk pergi ke mall area Kota Bharu.
tiba-tiba~
umi memberhentikan kereta di Pasar Lama.
" jom turun beli tudung labuh. "
aku akur sahaja memandangkan mungkin umi sedia maklum aku tak ada tudung biru
untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) KISAS.
stop dekat kedai biasa yang aku beli tudung sekolah labuh kan.
tiada tudung biru (!)
aku ajak umi keluar cari kedai lain~
umi cakap
"pilihlah warna tudung lain. beli sahaja banyak-banyak."

sentap*

"adik sekolah mana ni."

"tak sekolah dah, baru habis sekolah."

baru aku mengerti,
kebanyakan pelanggan tudung labuh adalah budak-budak sekolah agama (:


aku beli empat warna tudung labuh~
yang suit dengan warna baju kurung aku pada kebanyakannya.
lepas balik terus rehat dalam bilik
pegang tudung-tudung ini~
dan tanya dengan diri aku
"mampukah aku?"

mampu tak mampu,
sekali lagi 27 April aku keluar shopping dengan family pulak (!)
kali ini pergi tempat yang high-class sikit.
yang menjadi tumpuan pelancong dalam mahupun luar negeri.
kali ini sekali lagi aku sarungkan tudung krim yang aku dah siap basuh semalam (!)

"sejak bila pakai tudung labuh ni?"

"kenapa? pelik?"

"tak. cantik."

adik laki aku cakap begitu memang tergamam sangat (!)
sebab dia tak banyak cakap macam aku >.<

dengan kelewatan terkejar-kejar aku naik bas untuk ke Klang
jam 2100
aku sarung tudung labuh tanpa fikir banyak kali dah.
serabai tak serabai tetap awesome (!)

apabila anda memakai tudung labuh,
anda pada masa yang sama perlu berketerampilan sopan (!)

berhenti di hentian Gua Musang~
aku buat satu perkara yang memalukan.
bak kata kawan aku,
muka aku merah padam macam belacan >.<
benda aib kita tak boleh cerita*

saat itu aku rasa tak gunanya aku (!)
memalukan kaum yang memakai tudung labuh.
bak kata kerana nila setitik rosak satu belanga.
gara-gara aku yang baru bertateh berkemungkinan akan mencemarkan 
nama baik golongan bertudung labuh ini.

"buat apa nak malu? bukan orang kenal kita pun!"

tiba-tiba terngiang-ngiang pesanan abah (:
so,
buat muka tak malu untuk cover muka belacan.
sebenarnya benda tu tak lah aib sangat,
just kesilapan ataupun kelalaian dalam kemamaian sikit <3

28 April tiba di klang jam 0700.
usai solat subuh bersegera ke bumi wakafan naik teksi~
mandi dan makan siap,
geraklah ke dewan besar untuk MAK.


"kau lin pakai tudung sekolah weh?"

"malunya aku kalah labuh tudung aku."

"kita ada baca blog lin dan baca perubahan lin."

bila kita berubah dari segi fizikal,
orang akan cakap depan-depan.
tapi ketahuilah sebenarnya,
bila kita berubah rohani,
ramai yang akan bercakap belakang (!)

habis majlis bersurai.
tiada yang menarik seperti yang saya inginkan.
cukuplah dapat jumpa cikgu kelas yang tercinta (:

29 April time for enjoy (!)
lepak di PWTC untuk pesta buku~
and finally went for a mini reunion of batch at KLCC.
once again~
salimi ismail hanya memakai tudung bulat.


kalau anda semua nak jadi hot star
menjadi tumpuan pelancong luar negara~
anda perlu memakai pakaian menutup aurat (!)
nak tahu kenapa (?)
sebab~
pelancong luar negara datang ke sini untuk melihat kelainan.
negara Malaysia kan negara Islam (:

sejujurnya,
aku terpegun dengan keterujaan pelancong asing bergambar dengan kami.
bagaikan dihargai Islam di mata mereka.

ukhuwah itu apabila kita berkumpul~
kita akan mengingati-Nya.
sungguh~
aku bagaikan tak percaya aku akan rasa nikmat ukhuwah itu.

30 April aku balik ke negeri Kelantan jam 0830
masih kenakan tudung labuh.
cukup simple (!)
tak perlu belit-belit tudung mahupun pin sana-sini.

01 Mei menghadiri MAK Yayasan Islam Kelantan.
masih dengan imej tudung labuh.
memang tak sangka dan tak sangka,
mudah sahaja aku capai tudung labuh untuk ke mana-mana sekarang.

masa ambil sumbangan RM500
kami diarahkan mengikut no siri yg telah disusun mengikut jenis sekolah.
mula2 aku tersalah barisan masuk ke sekolah Yayasan Islam Kelantan.
okay, fine >.<
line aku selaku sekolah JPN di sebelah rupanya (!)
aku memerhati keadaan sekeliling.
baru aku perasan yang dalam barisan sekolah JPN sukar untuk nampak orang bertudung bulat.
tapi,
pandang bahagian sekolah Yayasan Islam Kelantan,
tudung bulat itu biasa >.<

"ambil STAM k?"

"eh, tak lah. SPM saja."

"nampak matured."

"ambik apa?"

"STAM."

"sekolah?"

"MMP."

aku rasa ketinggian aku menyebabkan orang lain kerdil apabila berbual dengan aku >.<
tak sempat nak tanya kakak MUMTAZ tu STAM senang atau tidak (:

alhamdulillah,
sempat jumpa kawan seperjuangan darjah satu dan dua aku
di SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.
okay, fine (!)
sama2 balik negeri asal waktu masuk SBP.


hari ini genaplah seminggu aku pakai tudung labuh >.<
tak sangka tiba-tiba dapat tawaran ke temuduga IPG untuk Pendidikan Islam.
okay, ustazah salimi (?)
subhanallah, besar tanggungjawabnya (!)
doakan yang terbaik buat aku.

aku dah rasa pakai tudung labuh.
anda pula bagaimana >.<

tudung labuh itu tak leceh (!)
simple tapi sweet.
tak take much time untuk bersiap ke mana-mana.
kalau anda pakai baju melaram pun, anda akan rasa simple dengan tudung labuh.
mula2 anda akan terasa weird dengan tudung labuh,
lama2 anda akan rasa matured (:
so tak perlu lagi pakai cincin bagai untuk cover kau dah berpunya (!)
bila kau pakai tudung labuh,
kau akan rasa sukar untuk orang sentuh.
believe me (:

i love tudung labuh <3

perlu kah istiqamah dengan tudung labuh (?)
nanti akan aku buat entry perbincangan ini (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 30 April 2012

Sarung Kaki, Awesome-lah (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

usai tugas menjaga adik kecil diambil alih oleh adik aku tingkatan dua, aku terus mendapatkan komputer riba keemasanku. bagaikan ada sesuatu yang bermain di minda. lalu www.blogger.com menjadi fokus utama. www.facebook.com bagaikan dianak tirikan sebentar (!) klik pada new post (.) bahagian title ditaip kaki[ku+mu] jua. disambung dengan kalimah yang mulia pembuka entry. tiba-tiba terhenti seketika. azan asar bagaikan mendayu-dayu ditelinga.hati berbolak-balik mahu ke kamar mandi untuk berwuduk, ataupun menghabiskan entry terlebih dahulu. Azan telah selesai, hati kecilku berbisik, "solat dululah, baru tenang!" sekali lagi dibiarkan komputer ribaku di atas katil, terbuka sahaja. selesai memberi salam, lalu doa dibacakan. ringkas tapi bermakna kerana pemilik hati ini memahaminya. Ya Muqallibal qulub thabbit qulubana diulang tiga kali. sepanjang mahupun sependek mana pun bacaan doa pasti tidak tertinggal doa ini (!) Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini setelah Engkau memberiku hidayah-Mu. telekung dilipat sambil fikiran berlegar-legar. boleh pakai kah tajuk entry ini (?) Kakiku Kakimu Jua (?) Aish, no way (!) dibaca oleh individu tertentu merapu ditafsirkan >,< Delete-delete (!)

okay,
panjang lebar muqaddimah (!)
isi utama sebenarnya ialah~
S.T.O.K.I.N 
aku nak cerita mengenai pemakaian sarung kaki untuk kaum hawa.

" lin, aurat kita dengan abang ipar macam mana yek? "

" sama seperti aurat kita dengan kaum ajnabi lain, keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. "

" oh, baru saya tahu. tapi saya tak boleh lagi lah tutup bahagian kaki. "

"eh, kalau duduk sebumbung dengan abang ipar tak payah lah pakai stokin dekat rumah. ada ruksahnya. "

" oh, tapi ini bukan dengan abang ipar sahaja. kalau keluar rumah pun saya tak biasa pakai. "

" tidak mengapa. jaga aurat hati terlebih dahulu pasti yang aurat fizikal menyusulinya. "

 tahukah anda asal usul orang yang istiqamah memakai sarung kaki (?)
mereka satu masa dahulu juga tidak memakai sarung kaki terus.
mereka pun macam aku, anda dan kita semua (.)

waktu form one~
diwajibkan pakai stokin even pergi mana-mana dalam kawasan sekolah.
sekolah agama lah katakan >.<
tapi,
ngek tak ngok nya~
sebelum pergi mana-mana mesti tanya.
"kena pakai stokin kah?"

tengok,
nampak sangat pakai sebab peraturan (!)
no wonder,
budak-budak otai tak pakai stokin~
sebab bagi mereka otai bermaksud suka langgar peraturan sekolah kan (?)

habis,
sejak bila kau pakai sarung kaki lin (?)

" anak ke? "

" ya anak. sekolah sama dengan tempat enta belajar dulu lah KISAS. "

oh no. oh no. oh no (!)
lalu disorokkan sepasang kaki tidak bersarung kaki di sebalik kain baju kurung.

kau berubah sebab malu (?)

aku malu dengan orang yang tinggi ilmu agama >.<

habis kau tak malu dengan Allah, Yang Maha Kaya dengan Ilmu (?)

perbualan hati ke hati aku waktu tingkatan empat (!)
sejak itulah~
aku mula pakai sarung kaki.
itupun tengok tempat nak pergi mana.
kalau nak pergi mall baru aku pakai.
kalau pergi pasar malam (?)
>.<

sedikit demi sedikit~
lama-lama dapatlah kekuatan kan (?)
thats why orang kata jangan berubah mendadak
bimbang kejutan melampau (.)

alhamdulillah~
sekarang kalau tak ada sarung kaki, taknak keluar kereta (!)

apa pandangan anda tentang orang pakai sarung kaki (?)
aku suka tengok kaum hawa berstokin (!)
sebab~
sedap mata memandang tengok pemakaian muslimahnya (!)

ada tak orang pakai baju mencolok mata yang pakai sarung kaki (?)
ada~
yang pakai sneekers :D
panjang tak stokin dia (?)
stokin baby sajo .

(.")

jujur amatlah ~
even aku nampak seorang muslimah ni ganas berjalan dengan gaya tomboy
tapi pemakaian dia perfect,
aku boleh rasakan hati dia lembut (!)

tak semua perempuan tutup aurat baik >,<
siapa suruh kau set kepala macam tu (!)
tak kot (!)
tak percaya kau berkepit lah dengan awek2 yang jalan tunduk2 tu (.)
silap haribulan~
kau yang terover daripada dia (!)

believe me (!)


notakaki:
sarung kaki boleh menjaga ketonaan warna kulit kaki anda (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.