Sunday 4 March 2012

I Want Makeover Blog by Nanalee

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
cikgu pesan jangan suka berangan,
kalau degil tumbuh jerawat di pipi,
pantun ini bukan sebarangan,
diexport khas dari hati yang happy.

cuti sekolah hanya seven days,
susun plan nak jumpa kacakmanis,
cik nana pemilik sugar candies,
cik lin pemilik recycleboxes ni.

pagi-pagi makan nenas,
petang-petang makan ikan yu,
my blog is not nice,
so cik lin nak minta bantuan you.

tiap pagi tunggu terbit fajar,
bangun lambat terus frust,
saya blogger baru nak belajar,
pandai menulis tapi tak pandai hias.

kawan saya suka membodek,
dalam kelas suka bermimpi,
jangan tergelak jangan tergolek,
senyum manis saja sudah mencukupi.

pergi zoo usha kera,
cuaca panas lari tempat redup,
pantun ini hak cipta terpelihara,
tiada kaitan dengan watak yang hidup.

buat pantun sebab tak pandai sajak,
entah betul entah salah,
syarat giveaway suruh tag dan tag,
saya pilih you dan you lah.

notakaki:
pantun ini agak merepak~
jangan diambil serious kerana hanya jenaka.
segala kesilapan harap dimaafi.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Langkah Kanan: 28th Birthday Giveaway

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

alhamdulillah~
petang ini dapat berita gembira lagi (.")


dapat tempat kedua daripada 27 penyertaan.
giveaway ini memang bermakna bagi saya.
kenapa?
sebab dah lama sangat tinggal dunia puisi.
bila tengok giveaway ini membuatkan syarat~
kene tulis puisi,
memang saya pilih pantun sajalah.
nak tulis sajak memakan masa untuk beremosi.
berminat baca pantun yang tidaak seberapa itu?

kalau rasa nak komen boleh lah,
sedikit sebanyak dapat improve dunia puisi saya (.")

kejayaan giveaway ini bermakna bagi saya~
kerana ini adalah rezeki daripada Allah 
setelah memenangi giveaway lain~
satu . dua . tiga . empat . lima .

notakaki:
setiap penulisan itu perlu dibaca dengan berlapang dada.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Segmen Secebis Kata untuk Ibu Bapaku Tercinta

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
segmen terbaik yang menyentuh hati lin~
dengan kalimah mulia
lin nak share juga 
kenapa lin susah nak berjauhan dengan umi dan abah.

umi dan abah pernah cerita.
hidup umi dengan abah waktu mula2 bina masjid memang susah
walaupun abah berasal daripada keluarga bisnes.
mungkin kerana ibu abah tak setuju dengan pilihan ayah abah,
memandangkan umi bukan orang sama taraf dengan mereka.

waktu bina masjid,
umi tak kerja lagi walaupun lepasan universiti.
abah pula lepasan maktab sahaja.
jadi kerja sambilan banyak lah kan~

senang nak dijadikan cerita,
waktu umi mengandungkan lin sebagai anak ketiga,
umi buka kedai runcit~
pendapatan memang tak seberapa dengan tenaga yang digunakan.
umi jumpa doktor untuk cek kandungan,
doktor pesan jangan buat kerja lasak.
tapak tangan umi memang dah kasar sangat2.
anda tahu umi buat apa?
umi raut kelapa untuk dijadikan santan.
zaman 90-an mana ada mesin macam sekarang lagi.
mana abah?
abah kerja nun jauh di sana.

lepas lin lahir,
tak sampai seminggu melihat dunia~
umi dapat tawaran jadi cikgu tetap!
tetapi mungkin ujian Allah,
umi ditempatkan di sekolah hulu.
pada masa yang sama,
abah dapat tawaran masuk UKM.
maka dengan ini,
terpisahlah kami adik beradik.
kak long duduk dengan ibu abah.
kak ngah duduk dengan ibu umi.
dan lin duduk dengan kakak umi.
umi kata~
waktu abah balik,
anak2 ikut saja mana abah nak pergi.
sampaikan tertidur~
kata umi lagi,
anak2 tak nak berpisah dengan abah.

alhamdulillah,
setelah tamat belajar~
umi dan abah ditempatkan di banting sebagai cikgu.
abah dapat tawaran untuk sambung sampai PHD.
tapi,
ayah abah kata~
"kesian anak-anak. anak-anak perlukan abah sekarang."
tersekat sampai situ cita2 abah.

setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan.
saya bangga mempunyai umi dan abah yang tabah!

ramai yang kata lin sensitif~
ya, saya memang sensitif mengenai keluarga.
sebab anda tak rasa apa yang keluarga saya rasa!
jasa umi dan abah lin terlalu banyak~
rasa tidak terbalas sampai bila2.

orang lain mencari kerja sambilan sambil tunggu result~
lin kata tak apalah!
orang lain sibuk ambil lesen sekarang~
lin kata tak apa, Allah tahu yang terbaik!
orang lain minat nak pergi PLKN~
lin kata alhamdulillah, tak dapat~
tahu kenapa?
sebab ini sahaja masa untuk keluarga.
sambung belajar lepas ni memang susah nak spend masa lama2 macam sekarang.



keluarga itu hanya pinjaman sementara~
tetapi menghormati ibu bapa itu adalah perkara wajib!
lin akur dengan segala keputusan umi abah~
kerana lin tahu itu yang terbaik!


notakaki:
bapa borek, anak rintik!
umi abah kuat, yang terbaik kami buat!

saya nak tag semua pembaca
untuk sertai segmen ini boleh?
tetapi special invite you and you.

terima kasih kerana sudi membaca!
May Allah bless us~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.