Sunday 4 March 2012

Segmen Secebis Kata untuk Ibu Bapaku Tercinta

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
segmen terbaik yang menyentuh hati lin~
dengan kalimah mulia
lin nak share juga 
kenapa lin susah nak berjauhan dengan umi dan abah.

umi dan abah pernah cerita.
hidup umi dengan abah waktu mula2 bina masjid memang susah
walaupun abah berasal daripada keluarga bisnes.
mungkin kerana ibu abah tak setuju dengan pilihan ayah abah,
memandangkan umi bukan orang sama taraf dengan mereka.

waktu bina masjid,
umi tak kerja lagi walaupun lepasan universiti.
abah pula lepasan maktab sahaja.
jadi kerja sambilan banyak lah kan~

senang nak dijadikan cerita,
waktu umi mengandungkan lin sebagai anak ketiga,
umi buka kedai runcit~
pendapatan memang tak seberapa dengan tenaga yang digunakan.
umi jumpa doktor untuk cek kandungan,
doktor pesan jangan buat kerja lasak.
tapak tangan umi memang dah kasar sangat2.
anda tahu umi buat apa?
umi raut kelapa untuk dijadikan santan.
zaman 90-an mana ada mesin macam sekarang lagi.
mana abah?
abah kerja nun jauh di sana.

lepas lin lahir,
tak sampai seminggu melihat dunia~
umi dapat tawaran jadi cikgu tetap!
tetapi mungkin ujian Allah,
umi ditempatkan di sekolah hulu.
pada masa yang sama,
abah dapat tawaran masuk UKM.
maka dengan ini,
terpisahlah kami adik beradik.
kak long duduk dengan ibu abah.
kak ngah duduk dengan ibu umi.
dan lin duduk dengan kakak umi.
umi kata~
waktu abah balik,
anak2 ikut saja mana abah nak pergi.
sampaikan tertidur~
kata umi lagi,
anak2 tak nak berpisah dengan abah.

alhamdulillah,
setelah tamat belajar~
umi dan abah ditempatkan di banting sebagai cikgu.
abah dapat tawaran untuk sambung sampai PHD.
tapi,
ayah abah kata~
"kesian anak-anak. anak-anak perlukan abah sekarang."
tersekat sampai situ cita2 abah.

setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan.
saya bangga mempunyai umi dan abah yang tabah!

ramai yang kata lin sensitif~
ya, saya memang sensitif mengenai keluarga.
sebab anda tak rasa apa yang keluarga saya rasa!
jasa umi dan abah lin terlalu banyak~
rasa tidak terbalas sampai bila2.

orang lain mencari kerja sambilan sambil tunggu result~
lin kata tak apalah!
orang lain sibuk ambil lesen sekarang~
lin kata tak apa, Allah tahu yang terbaik!
orang lain minat nak pergi PLKN~
lin kata alhamdulillah, tak dapat~
tahu kenapa?
sebab ini sahaja masa untuk keluarga.
sambung belajar lepas ni memang susah nak spend masa lama2 macam sekarang.



keluarga itu hanya pinjaman sementara~
tetapi menghormati ibu bapa itu adalah perkara wajib!
lin akur dengan segala keputusan umi abah~
kerana lin tahu itu yang terbaik!


notakaki:
bapa borek, anak rintik!
umi abah kuat, yang terbaik kami buat!

saya nak tag semua pembaca
untuk sertai segmen ini boleh?
tetapi special invite you and you.

terima kasih kerana sudi membaca!
May Allah bless us~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

7 comments:

MH said...

Assalamualaikum...
Saya salute ketabahan kamu sekluarga,,, walaupun ada perpisahan namun disebabkan keutuhan hubungan kekeluargaan, korang akhirnya dpt bersama2...
Sungguh hebat umi dan abah kamu dalam membesarkan kamu dan adik beradik lain...
Tahniah sbb masih simpan lagi surat2 tu,,, Jaga elok2 kerana akan jadi kenangan yang paling bermakna...

Thnx sbb join. sgt2 menghargainya... Hasil tulisan yang cemerlang kerana dpt mmberi kesan kepada pmbaca...

Anonymous said...

awk...suke sy baca..tersentuh..

lin~ said...

@hanafi:
surat tu entah buang dekat mane dah. dah habis SPM, habislah keperitan berjauhan (.")
tapi, masih ada satu surat amanah diri sendiri yg akan dibuka waktu dapat result pula.
thanks.

@tiera:
thanks sudi baca. awak tersentuh, saya yg menanggung (:

MH said...

http://hanafisjourney.blogspot.com/2012/03/pengumuman-mengenai-segmen.html

lin~ said...

terima kasih atas info (.")

nancy anisa said...

x pe lah..skrg dah dpt ganjarannya..rumah pun besar gedabak..ank bijak2..haishh..sesungguhnya kau sgt beruntung..sbb x ramai yg dpt mcm yg kau ada skrg..

lin~ said...

subhanallah~
setiap kesusahan disusuli dgn kesenangan.
mungkin itu hadiah utk umi dan abah. saya hanya menumpang (.")

saya kene bina kerjaya sendiri.
namun percayalah, bukan mudah utk mendapat kenikmatan itu.

alhamdulillah.