Showing posts with label contest~. Show all posts
Showing posts with label contest~. Show all posts

Wednesday 11 April 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


AKU SEBUAH BLOG

16 Januari 2012 merupakan tarikh yang sedikit sebanyak menggembirakan hati seorang manusia yang sudah hampir sebulan kesunyian sebagai penganggur terhormat. Namun kegembiraan ini tetap aku cumburui memandangkan aku bukan kekasihnya yang pertama. Siapa sangka manusia ini seakan-akan mendengar keluhan hati aku. Kekecewaan aku terus terubat melalui pertemuaan pertama kami berdasarkan entry “tak kenal maka taaruf”. Rupa-rupanya manusia yang ingin melakukan perubahan pada dirinya ini meninggalkan blog pertamanya kerana terlalu banyak privasi dirinya di situ. Aku bertambah terharu memandangkan manusia ini mempunyai matlamat yang jelas dalam menjalinkan hubungan dengan aku.

Aku sedikit teruja dengan kesungguhannya berceloteh apabila lima post dipublish pada hari pertama pertemuan. Sedangkan aku yang tidak mempunyai hati ini teruja, mungkinkah manusia ini terlebih teruja daripada aku? Aku memaksa diri untuk memahami keturajaan manusia ini apabila terlalu banyak gadget blog yang menghiasi badan aku. Mungkin dia masih belum tahu, aksesori ini menambahkan berat badan aku. Hampir sebulan aku terbeban dengan aksesori yang tidak diperlukan. Namun, aku bersyukur memiliki kekasih seorang manusia yang bersungguh-sungguh menjaga aku dengan rapi. Seringkali juga dia membawaku membeli-belah berjumpa dengan kawanku yang lain melalui alam maya untuk menimba sedikit ilmu sebagai blogger bagi memastikan aku memberi manfaat kepada manusia lain. Berkat kesungguhan manusia ini, berat badanku sudah ideal kini dan aku suka dengan aksesori ringkas yang dikenakan oleh manusia ringkas ini!

Manusia ini sering memulakan penulisannya dengan kalimah yang suci bagi memastikan hatinya dilindungi daripada bisikan iblis laknatullah dalam berkongsi ilmu dan pengalaman. Sudah kebiasaan jika aku katakan entry akan dipublish tidak sampai sehari jika entry yang ditulis mempunyai kecacatan yang mendedahkan aib manusia di sekelilingnya apatah lagi aib dirinya. Jujur sahaja manusia berjantina perempuan ini sangat terkilan jika kaum adam yang mengenalinya mula menyelak-nyelak aku dan selangkor sana sini. Aku cuba memahaminya hari demi hari. Barulah aku sedar, dia terlalu bimbang kaum adam yang mengenalinya akan terkilan jika membaca hasil penulisan seorang pelajar yang sudah pernah ke bilik disiplin.

Sesungguhnya itulah tuan aku cik lin yang menamakan aku blog recycleboxes kerana idea di mindanya dikitar semula melalui curahannya pada aku. Aku berharap kawan-kawanku akan mendoakan matlamat tuanku mengajak manusia mendekati-Nya menjadi kenyataan!

( 348 patah perkataan )



Apakah impian anda sebagai seorang blogger?

Sejujurnya~
matlamat utama aku berblogging ialah
aku nak tarik perhatian ramai tentang indahnya ISLAM (!)
aku berharap entry aku sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembaca yang ingin bermujahadah.
asal-usul aku hanyalah seorang pelajar yang bermasalah~
namun,
aku yakin setiap langkah aku adalah langkah yang Dia atur untuk mencari kebenaran.
aku ingin orang rasakan apa yang aku rasa di saat Allah memanggil aku untuk berubah.

seotai mana pun kita, kita tetap seorang hamba yang akan kembali kepada-Nya!

aku manusia yang akan berasa terharu~
jika Allah izinkan impian aku melihat orang mendekati-Nya
menjadi kenyataan (!)


"orang berbudi, kita berbahasa"

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 12 March 2012

Kontest- Dia DiHatiku, Dia Idamanku

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )

kuat pegangan agama
se-anti mana pun aku pada lelaki yang baik
ala-ala BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR)
jujur sahaja aku adalah manusia paling bahagia
kalau memiliki mereka sebagai zauji.

macam mana tak gembira
kalau kita kekasih pertama dia di dunia.
wink.wink.wink.

itu sebenarnya bonus sampingan sahaja
bonus utama ialah kita dapat selingkuh (:
selingkuh mencintai-Nya melebihi mencintainya!
inilah selingkuh yang paling konfem BAHAGIA!
best kan dapat green light dari si dia untuk selalu date dengan DIA?

mempunyai harta
bukan sebab terlalu harapkan duit zauji
tetapi cuba bayangkan kalau zauji tak ada duit, selalu minta duit kita~
stress jugak kot! siapa tanggung siapa?
kan tugas suami sediakan nafkah keluarga.

kalau dapat yang kaya~
alhamdulillah, boleh galakkan zauji bersedekah.
kalau Allah redho, dengan izin-Nya semua urusan dunia akhirat lancar.
kalau dapat yang sederhana~
cukuplah sekadar menampung keluarga.
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

mempunyai rupa paras
cantik itu abstrak!
aku tak pandai nilai tahap kacak seperti orang lain.
jadi~
cukuplah bagi aku tenang lihat wajah seseorang.
ketenangan itu ialah kekacakan di mata aku!

aku taknak lah syok sendiri pandang zauji kacak!
so, aku sangat harap zauji aku kelak
memiliki raut wajah yang memberi ketenangan kepada orang sekeliling aku
especially,
saudara se-Islam aku (.")

mempunyai akhlak yang mulia
cukuplah kalau ada zauji yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Islam itu indah, dan indahlah juga yang mengamalkannya.

romantik.penyayang.memahami.mengambil berat.bertolak ansur.penyabar.dll
itu ialah peribadi yang diajar dalam Islam
indahnya akhlak seseorang kalau memahami ISLAM dengan baiknya (:

okay (!)
ringkas sahaja~
tetapi aku tahu memang susah nak jumpa kan (?)
thats why aku dah siap cakap dekat parents.

"jodoh kak lin nanti biar umi abah tentukan sajalah, boleh?"

bukan aku taknak cari~
tapi,
aku suka orang yang menghormati prinsip agama.
tidak perlu mengorat ambil hati aku dulu~
why not terus gunakan keluarga aku sebagai orang tengah?

"sesungguhnya lelaki yang awesome ialah lelaki yang tidak memberi pengharapan kepada wanita"


notakaki:
tagging you, you and you (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 6 March 2012

1st GIVEAWAY BY HAYAT ACAI BERRY TERBAEKK!

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )

terbit matahari senyuman di pagi hari,
sarapan bersama keluarga di casa,
hayat acai berry tak pernah saya dengari,
lidah tak merasa khasiat tak terasa.

menuntut ilmu biarlah bersemangat,
menghormati ketua keberkatan dicari,
blog acaiberry berinfomasi sangat,
mengerti sudah ada apa dengan acai berry.

tanda kasih-Nya hamba diuji,
keikhlasan dicari ketenangan terserlah,
tekanan kepenatan tiada masalah lagi,
acai berry membantu dengan izin Allah.

perjalanan di dunia satu pencarian,
keredhaan dicari kehidupan yang sulit,
kegelapan warna kulit ada penyelesaian,
acai berry mengurangkan kehausan kulit.

sakratul maut adalah saat genting,
amalan tiada soalan malaikat susah,
saluran darah amatlah penting,
acai berry melindungi hati tak resah.

acai berry merupakan produk yang ditawar,
info terbaik membuatkan hati yakin,
setiap penyakit tidak disangkal ada penawar,
dengan izin-Nya tiada yang tak mungkin.

notakaki:
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi,
dan menurunkan hujan dari langit
lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan
untuk menjadi makanan bagi kamu.
( surah ibrahim 14:32 )

Maha Pemurahkan Allah?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 5 March 2012

Contest Aku Suka Makan Coklat!!

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
Adik comel lin yang ada perut bulat,
Kalau bukan bulat memang sah adik saudara saudari,
Soalan trial SPM ada cakap kelebihan coklat,
Tapi lin tak ingat jadi terpaksa guna idea sendiri.

ChocoSweeties memang tak jumpa di kantin,
Disahkan halal jakim yang bercop bulat,
Bila stress memang kene outing,
Pergi mydin cari penawar tekanan iaitu coklat.

Encik Zubair Zamli bukan jual ikan,
Duit bisnes masuk hati pun tak resah,
Musim exam memang coklat dihabiskan,
Penghafalan mudah jawab exam tak susah.

Hujung minggu teman umi ke pekan,
Tertarik pula dengan kebaya nyonya,
Percaya atau tidak coklat adalah ubat kecantikan,
Melambatkan proses penuaan awet muda jawapannya.

Keluar bersantai mendaki bukit,
Suasana ceria disertai tawa gelak,
siapa bilang coklat hanya bawa penyakit,
penyakit kardiovaskular dan koroni jantung dapat dielak.

Duduk menyorok usha adik makan sumi,
Cemburu sebab umi bagi dia percuma,
Coklat Cadbury lambang persahabatan kami,
Teringin juga makan coklat Chocosweeties bersama.

Tak masuk mentor bukan sebab tak sedap suara,
Suara wanita aurat hukum agama diakui,
Sanah helwah penutup kata bicara,
Semoga usia diredhai rezeki dirahmati.

Ingat pasar malam ingat burger,
Barisan panjang pandai-pandai mencelah,
syarat contest suruh tag blogger,
jadi saya pilih you, you and you lah.

notakaki:
pantun ini memang tak macam pantun.
yang penting mesej yang saya mahu sampaikan kelebihan coklat.
coklat memang ada baik buruknya.
pandai makan, pandai cover!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 4 March 2012

I Want Makeover Blog by Nanalee

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
cikgu pesan jangan suka berangan,
kalau degil tumbuh jerawat di pipi,
pantun ini bukan sebarangan,
diexport khas dari hati yang happy.

cuti sekolah hanya seven days,
susun plan nak jumpa kacakmanis,
cik nana pemilik sugar candies,
cik lin pemilik recycleboxes ni.

pagi-pagi makan nenas,
petang-petang makan ikan yu,
my blog is not nice,
so cik lin nak minta bantuan you.

tiap pagi tunggu terbit fajar,
bangun lambat terus frust,
saya blogger baru nak belajar,
pandai menulis tapi tak pandai hias.

kawan saya suka membodek,
dalam kelas suka bermimpi,
jangan tergelak jangan tergolek,
senyum manis saja sudah mencukupi.

pergi zoo usha kera,
cuaca panas lari tempat redup,
pantun ini hak cipta terpelihara,
tiada kaitan dengan watak yang hidup.

buat pantun sebab tak pandai sajak,
entah betul entah salah,
syarat giveaway suruh tag dan tag,
saya pilih you dan you lah.

notakaki:
pantun ini agak merepak~
jangan diambil serious kerana hanya jenaka.
segala kesilapan harap dimaafi.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Segmen Secebis Kata untuk Ibu Bapaku Tercinta

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
segmen terbaik yang menyentuh hati lin~
dengan kalimah mulia
lin nak share juga 
kenapa lin susah nak berjauhan dengan umi dan abah.

umi dan abah pernah cerita.
hidup umi dengan abah waktu mula2 bina masjid memang susah
walaupun abah berasal daripada keluarga bisnes.
mungkin kerana ibu abah tak setuju dengan pilihan ayah abah,
memandangkan umi bukan orang sama taraf dengan mereka.

waktu bina masjid,
umi tak kerja lagi walaupun lepasan universiti.
abah pula lepasan maktab sahaja.
jadi kerja sambilan banyak lah kan~

senang nak dijadikan cerita,
waktu umi mengandungkan lin sebagai anak ketiga,
umi buka kedai runcit~
pendapatan memang tak seberapa dengan tenaga yang digunakan.
umi jumpa doktor untuk cek kandungan,
doktor pesan jangan buat kerja lasak.
tapak tangan umi memang dah kasar sangat2.
anda tahu umi buat apa?
umi raut kelapa untuk dijadikan santan.
zaman 90-an mana ada mesin macam sekarang lagi.
mana abah?
abah kerja nun jauh di sana.

lepas lin lahir,
tak sampai seminggu melihat dunia~
umi dapat tawaran jadi cikgu tetap!
tetapi mungkin ujian Allah,
umi ditempatkan di sekolah hulu.
pada masa yang sama,
abah dapat tawaran masuk UKM.
maka dengan ini,
terpisahlah kami adik beradik.
kak long duduk dengan ibu abah.
kak ngah duduk dengan ibu umi.
dan lin duduk dengan kakak umi.
umi kata~
waktu abah balik,
anak2 ikut saja mana abah nak pergi.
sampaikan tertidur~
kata umi lagi,
anak2 tak nak berpisah dengan abah.

alhamdulillah,
setelah tamat belajar~
umi dan abah ditempatkan di banting sebagai cikgu.
abah dapat tawaran untuk sambung sampai PHD.
tapi,
ayah abah kata~
"kesian anak-anak. anak-anak perlukan abah sekarang."
tersekat sampai situ cita2 abah.

setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan.
saya bangga mempunyai umi dan abah yang tabah!

ramai yang kata lin sensitif~
ya, saya memang sensitif mengenai keluarga.
sebab anda tak rasa apa yang keluarga saya rasa!
jasa umi dan abah lin terlalu banyak~
rasa tidak terbalas sampai bila2.

orang lain mencari kerja sambilan sambil tunggu result~
lin kata tak apalah!
orang lain sibuk ambil lesen sekarang~
lin kata tak apa, Allah tahu yang terbaik!
orang lain minat nak pergi PLKN~
lin kata alhamdulillah, tak dapat~
tahu kenapa?
sebab ini sahaja masa untuk keluarga.
sambung belajar lepas ni memang susah nak spend masa lama2 macam sekarang.



keluarga itu hanya pinjaman sementara~
tetapi menghormati ibu bapa itu adalah perkara wajib!
lin akur dengan segala keputusan umi abah~
kerana lin tahu itu yang terbaik!


notakaki:
bapa borek, anak rintik!
umi abah kuat, yang terbaik kami buat!

saya nak tag semua pembaca
untuk sertai segmen ini boleh?
tetapi special invite you and you.

terima kasih kerana sudi membaca!
May Allah bless us~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 2 March 2012

Langah Kanan: 1st Giveaway Cik Tempe

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


entry yang dah familiar sudah kan?
tapi,
saya kene rajinkan buat senaman jejari~
untuk tulis entry ini.
kenapa?
peraturan yang saya tetapkan kalau join contest!
ahah?
kerana entry ini akan jadi kenangan satu masa nanti (.")

setelah berjaya di giveaway
saya berjaya dalam giveaway anjuran cik tempe pula.
alhamdulillah~

giveaway ini bukan guna pertolongan random org.
tapi,
berdasarkan entry yang dinilai sendiri oleh akal manusia (:
jadi,
saya punya entry bukan yang terbaik tetapi ada baiknya (.")

terima kasih cik tempe dan semua yang terlibat (.")

notakaki:
Allah bagi sesuatu rezeki kepada yang memerlukan.
ada yang kutuk header blog ini yek?
maaf, tak mampu nak puaskan hati semua pihak.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 28 February 2012

1st Giveaway from Cik Tempe Punye Blog

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

okay reader,
giveaway kali ini agak special~
kerana buat pertama kalinya,
saya support blogger negeri kelahiran saya~
dalam giveaway anjuran CIK TEMPE ini (:

( klik sini untuk join )
saya cuma nak ajak anda singgah blog ini juga~
sebab~
blog ini salah satu blog yang ada doodles (:
macam saya kata~
blog ber-doodle itu cantik kan?


header blog ini~
jelas mengatakan kenapa admin blog~
suka dengan nama cik tempe.
simple idea but interesting,
mungkin lepas nie
orang boleh panggil saya cik asam
sebab saya suka makan asam pedas (:
lagi best nick name CIK MASAM kan (.")

okay,
cik tempe bukan orang jawa!
habis orang apa?
orang Malaysia yang pasti!
yang lagi pasti
keturunan red warrior (;


cik tempe,
saya tak pernah makan tempe~
sedap kah?
tempe tu boleh buatkan wajah kita berseri kah?
sebab~
saya tengok gambar cik tempe,
memukau saya!
( hiperbola terhiper )


kenapa mesti data rahsia blog?
means,
kenapa bukan data terbuka blog?
okay,
saya tahu!
sebab,
masih banyak rahsia di sebalik data umum yang ditayangkan!
setuju?
(.")

okay reader,
saya jemput anda untuk terjah blog cik tempe ini~
simple is nice (:

saya tag insan terpilih untuk terjah blog cik tempe (:

notakaki:
dear cik tempe,
kalau diizinkan Allah~
saya nak tudung bawal
memandangkan saya memang susah nak keluar shopping (.")
kalau tudung bawal bukan rezeki saya,
mungkin ada yang lebih baik kan?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 27 February 2012

Rumah Terbalik Fm GiveAway

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
okay reader,
saya nak buat segmen blogwalking
tapi~
kesuntukan masa sekarang.
jadi,
saya decide untuk terjah 

entry paling sempoi~
entry bertarikh 30 Disember 2010
yang jatuh pada hari khamis.

okay,
sangat lama rasanya entry ini (.")
tetapi tetapi superb!
sebab entry ini menceritakan
pandangan peribadi admin terhadap diri dan blog peribadinya!
jujur saya katakan~
pandangan peribadi kita adalah lebih penting kepada diri kita!

dan lebih menarik lagi~
entry ini asalnya adalah segmen~
tetapi,
bila saya baca~
saya sedar yang setiap penulisan kita akan inspired orang lain!

oleh itu,
saya seru kepada blogger semua~
untuk memulakan menulis entry dengan lafaz yang mulia.
moga2 mendapat ganjaran pahala yg berterusan (.")




notakaki:
yang silam itu kenangan~
jadi,
jangan sia-siakan masa untuk mencoretkan kenangan indah (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday 18 February 2012

28th Birthday Giveaway

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


Mawar berduri milik si nyonya,
Cantik berseri sihat walafiat,
Diciptakan hawa untuk adamnya,
Terbina bahtera berlandaskan syariat.

Kini berkasih dulu berteman,
Waktu merangkak menelan usia,
Teratak Mawaddah bahtera idaman,
Ketulusan kejujuran menjadi rahsia.

Pemilik cinta Fikry manis berseri,
Bidadari Marlina memenuhi rasa,
Hujan yang turun menghilangkan matahari,
Ujian diberikan rahsia kasih Yang Maha Esa.

Memasuki masjid sunahnya kaki kanan,
Junjungan Rasulullah di hati terpaku,
Ingati mati menambahkan keimanan,
Menjadi penawar jalan berliku.

Bulan Januari pembuka siber era,
Dituruti Februari sempurnakan harinya,
Sanah helwah penutup kata bicara,
Moga usia kalian dalam redha-Nya.


nota tambahan:

pantun ini khas buat pasangan halal~
yg sebaya (:
sanah helwah.

Allah itu Maha Penyayang~
semakin hari umur meningkat,
semakin banyak pengalaman hidup yg Allah hadiahkan (:

( klik sini utk join )
notakaki:
saya pernah dengar motivasi~
katanya,
bila tiba hari lahir kita~
bukan kita yg patut dapat hadiah tetapi mak kita yg sepatutnya (:

renung-renungkan~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday 11 February 2012

Contest I Love Hijab by Nliyate

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

I want to talk about hijab~
okay reader,
apa itu hijab sebenarnya?
hijab itu tudung kah?
hijab itu sesuatu yg cover bahagian kepala kita kah?
andai kita guna towel utk tutup aurat kita bahagian kepala~
dipanggil hijabkah?
thinking (.")
okay, 
berbincang lagi better kan (.")-(".)






kenapa anda bertudung?

semua orang mempunyai alasan sendiri~
tetapi,
ini pandangan saya kenapa mesti saya bertudung~

saya memilih bertudung~
kerana saya merupakan seorang muslimah (:
apa itu muslimah?
muslimah itu wanita Islam :)
Sudah menjadi tanggungjawab seorang muslimah
 untuk berhijab
sepertimana disebut dalam surah An-Nur ayat ke 31~

sudah menjadi kewajipan umat Islam
mempercayai Rukun Iman kan?
Kepercayaan kepada kitab Allah
adalah salah satu daripada Rukum Iman, right?
wajarlah bagi saya
menjalani kehidupan berlandaskan al-Quran
yang merupakan mukjizat teragung.

cuba reader cek surah ke 57 ayat ke 9~
anda akan jumpa seperti ini:


"Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (alQuran) kepada hambaNya (Muhammad) untuk
mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sungguh terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang."

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Kesimpulannya,
saya memilih untuk berhijab kerana
Allah menyayangi saya
dan
Islam cara hidup saya.


bertudung buat aktiviti anda terbatas?
saya tidak merasai lagi saat sukar
yang menyebabkan saya berasa
berhijab membataskan aktiviti saya.

mungkin kerana suasana sekolah saya yang penuh dengan tarbiyah,
menyebabkan kem anjuran persatuan luar~
menghormati kami yang terikat dengan peraturan menutup aurat sepanjang masa.

perjalanan hidup masih jauh~
ujian Allah masih berliku (:
Perancangan Allah penuh dengan rahsia~
hanya mengharap selalu dalam redha-Nya.


perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama,
mujahadah sepahit hempedu bermula dengan niat yang satu (:


notakaki:
sesi perkongsian ilmu kali ini~
disertakan dengan niat memasuki
contest I Love Hijab~
semoga memberi manfaat bersama (".)
( klik sini untuk join )
saya nak tag sahabat seperjuangan saya~
najah zakaria

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 30 January 2012

GA Tahun Baru Cik Bambam!

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini utk join )
cik bambam berhasrat utk
tambahkan kenalan~
dan saya pernah terbaca
kawan di alam maya lagi seronok~
sebab susah nak gaduh :)

say tag
http://muslimatnetwork.blogspot.com

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 24 January 2012

GA Pertama Sicantik Siezuka

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

okay reader,
hari nie saya nak terjah blog sicantik siezuka :)
untuk segmen blogwalking~

saya nak ajak anda semua lepak belog ini
sebab rasa santai sangat~
tak padat sangat2~
in other words~ simple is nice :)

kalau yg nak dapatkan idea utk buat header~
memang dialu-alukan usha header blog sis me nie :)
header menarik, reader tertarik~


sebab seterusnya saya rasa berbaloi lepak sini~
sis nie bermotivasi tinggi :)
sedikit sebanyak inspired pembaca kan~
apa yang kita nakkan kita kene usaha!
jadi sesiapa rasa nak semangat baru~
boleh tegur sis nie~
sebab dia peramah :)


dan extra mark untuk sis nie~
sebab sis nie manis :)
confident tengok gambar sis nie pose~
pemilihan gambar sisi yg sesuai :)
tak over sangat utk dilihat semua~
dan mungkin sis boleh jadi model utk pakaian muslimah~
so, makin bertambah follower sis :)


then, bagi yg memang malas baca entry panjang2
cam blog saya nie~
memang sesuai anda lepak blog sis nie~
sebab gambar menceritakan segalanya.
menarik :)
gambar pun besar2, tak perlu susah2 klik utk besarkan~


kalau anda ada sebarang persoalan~
atau ingin berurusan dengan lebih mudah
boleh add fb sis me nie :)
link fb dah disediakan dekat side tepi blog~
wah sis! mudahnya dapat pahala~
mempermudahkan urusan org lain :)


setakat itu sahaja perkongsian saya~
btw, memandangkan sis ini nak suruh listkan keburukan blog nie~
saya tak mampu sis (:
sebab cantik itu abstrak kan~
mungkin bagi saya cantik, sis cakap tak cantik~
so, saya just nak cadangkan beberapa hal~

first, sis boleh letak shoutbox kot~
sebab, lagi mudah rasanya
untuk reader blog sis tinggalkan jejak :)


saranan saya seterusnya~
apa kata list entry sis digantikan dengan popular post~
rasa cam lagi 
'wow!' :)


last but not least~
label tak perlu kot~
sebab bagi saya,
nampak tak kemas nombor2 tepi tue~
lagipun label boleh diletakkan dekat bawah entry~
so, bile reader berminat nak baca perkongsian yang sama label
mereka boleh klik di situ sahaja :)


itu sahaja~
maaf jika pandangan cam~
pergh~ cerewetnye :)

notakaki: tujuan sampingan saya buat coretan ini adalah utk join first GA sis me nie~

( klik sini utk join )
maka di sini~
saya ingin tag sis saya sendiri~
syuhada ismail
syamimi ismail


maaf sis kalau mereka tak join :)
sibuk belajar agaknya~


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 23 January 2012

Giveaway Word Search

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

giveaway.giveaway.giveaway.
seronok jugak join bnyk2~
sambil2 terjah blog org lain
mencari idea dalam penulisan :)

this evening saya nak join GA Word Search :)
saya just main word search bila ada hw sekolah word search saje~
huh, so dapat main2 waktu dok rumah nie~
sedikit sebanyak mengingatkan zaman persekolahan kan :0


( klik sini utk join )
pemilik blog ini ialah seorang ibu :)
ibu yang sedang mengandungkan zuriat~
moga2 penjadi penyambung warisan Islam~
May Allah bless you :)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.