Tuesday 6 March 2012

1st GIVEAWAY BY HAYAT ACAI BERRY TERBAEKK!

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )

terbit matahari senyuman di pagi hari,
sarapan bersama keluarga di casa,
hayat acai berry tak pernah saya dengari,
lidah tak merasa khasiat tak terasa.

menuntut ilmu biarlah bersemangat,
menghormati ketua keberkatan dicari,
blog acaiberry berinfomasi sangat,
mengerti sudah ada apa dengan acai berry.

tanda kasih-Nya hamba diuji,
keikhlasan dicari ketenangan terserlah,
tekanan kepenatan tiada masalah lagi,
acai berry membantu dengan izin Allah.

perjalanan di dunia satu pencarian,
keredhaan dicari kehidupan yang sulit,
kegelapan warna kulit ada penyelesaian,
acai berry mengurangkan kehausan kulit.

sakratul maut adalah saat genting,
amalan tiada soalan malaikat susah,
saluran darah amatlah penting,
acai berry melindungi hati tak resah.

acai berry merupakan produk yang ditawar,
info terbaik membuatkan hati yakin,
setiap penyakit tidak disangkal ada penawar,
dengan izin-Nya tiada yang tak mungkin.

notakaki:
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi,
dan menurunkan hujan dari langit
lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan
untuk menjadi makanan bagi kamu.
( surah ibrahim 14:32 )

Maha Pemurahkan Allah?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 5 March 2012

Contest Aku Suka Makan Coklat!!

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )
Adik comel lin yang ada perut bulat,
Kalau bukan bulat memang sah adik saudara saudari,
Soalan trial SPM ada cakap kelebihan coklat,
Tapi lin tak ingat jadi terpaksa guna idea sendiri.

ChocoSweeties memang tak jumpa di kantin,
Disahkan halal jakim yang bercop bulat,
Bila stress memang kene outing,
Pergi mydin cari penawar tekanan iaitu coklat.

Encik Zubair Zamli bukan jual ikan,
Duit bisnes masuk hati pun tak resah,
Musim exam memang coklat dihabiskan,
Penghafalan mudah jawab exam tak susah.

Hujung minggu teman umi ke pekan,
Tertarik pula dengan kebaya nyonya,
Percaya atau tidak coklat adalah ubat kecantikan,
Melambatkan proses penuaan awet muda jawapannya.

Keluar bersantai mendaki bukit,
Suasana ceria disertai tawa gelak,
siapa bilang coklat hanya bawa penyakit,
penyakit kardiovaskular dan koroni jantung dapat dielak.

Duduk menyorok usha adik makan sumi,
Cemburu sebab umi bagi dia percuma,
Coklat Cadbury lambang persahabatan kami,
Teringin juga makan coklat Chocosweeties bersama.

Tak masuk mentor bukan sebab tak sedap suara,
Suara wanita aurat hukum agama diakui,
Sanah helwah penutup kata bicara,
Semoga usia diredhai rezeki dirahmati.

Ingat pasar malam ingat burger,
Barisan panjang pandai-pandai mencelah,
syarat contest suruh tag blogger,
jadi saya pilih you, you and you lah.

notakaki:
pantun ini memang tak macam pantun.
yang penting mesej yang saya mahu sampaikan kelebihan coklat.
coklat memang ada baik buruknya.
pandai makan, pandai cover!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Penulis Tetap Manusia Biasa (.")

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

anda tahu tak 
yang seorang penulis
memerlukan pengalaman hidup untuk mengarang?
mari saya beritahu anda,
sejak saya berjinak-jinak dalam dunia penulisan cerpen,
baru saya tahu jiwa seorang penulis.

bukan mudah nak mendapat idea untuk menulis,
that's why seorang penulis memakan masa yang lama untuk menulis.
so, what?
kerana kalau setiap bulan penulis keluarkan buku~
kualiti cerita tidak akan ada.
kenapa?
kerana cerita yang senang dibaca oleh seorang pembaca,
adalah cerita yang dikarang dengan tulus oleh seorang penulis.

bagaimana penulis mendapat idea?
hasil pengalaman hidup dicampur dengan pengaruh persekitaran.
mungkin juga ditambah dengan impian yang menggunung
yang pada pandangannya,
hal itu tidak mustahil untuk terjadi.

kalau anda nak tahu~
semua orang boleh menulis cerpen sebenarnya!
kerana semua orang ada pengalaman manis dan impian.
cuma yang membezakan kualiti penulisan adalah,
cara penulisan dan gaya bahasa.
seorang penulis perlu menggunakan bahasa dan elemen
yang boleh menyebabkan pembaca terasa
dia berada dalam cerita itu sebagai watak utama!

believe or not?
share your opinion here.

saya mendapat komen dalam
"hidup ini bukan novel"
tapi sedarkah kita hidup ini adalah novel
yang satu masa nanti kita akan baca kisah kehidupan kita kembali~
di akhirat kelak.
baru kita tahu siapa hero dan siapa heroin dalam hidup ini.

( hak milik senyom design studio )

saya tak suka baca novel sebab novel terlalu tebal.
notakaki:
tapi saya suka baca cerpen yang tetap berpengajaran!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.