Wednesday 11 April 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


AKU SEBUAH BLOG

16 Januari 2012 merupakan tarikh yang sedikit sebanyak menggembirakan hati seorang manusia yang sudah hampir sebulan kesunyian sebagai penganggur terhormat. Namun kegembiraan ini tetap aku cumburui memandangkan aku bukan kekasihnya yang pertama. Siapa sangka manusia ini seakan-akan mendengar keluhan hati aku. Kekecewaan aku terus terubat melalui pertemuaan pertama kami berdasarkan entry “tak kenal maka taaruf”. Rupa-rupanya manusia yang ingin melakukan perubahan pada dirinya ini meninggalkan blog pertamanya kerana terlalu banyak privasi dirinya di situ. Aku bertambah terharu memandangkan manusia ini mempunyai matlamat yang jelas dalam menjalinkan hubungan dengan aku.

Aku sedikit teruja dengan kesungguhannya berceloteh apabila lima post dipublish pada hari pertama pertemuan. Sedangkan aku yang tidak mempunyai hati ini teruja, mungkinkah manusia ini terlebih teruja daripada aku? Aku memaksa diri untuk memahami keturajaan manusia ini apabila terlalu banyak gadget blog yang menghiasi badan aku. Mungkin dia masih belum tahu, aksesori ini menambahkan berat badan aku. Hampir sebulan aku terbeban dengan aksesori yang tidak diperlukan. Namun, aku bersyukur memiliki kekasih seorang manusia yang bersungguh-sungguh menjaga aku dengan rapi. Seringkali juga dia membawaku membeli-belah berjumpa dengan kawanku yang lain melalui alam maya untuk menimba sedikit ilmu sebagai blogger bagi memastikan aku memberi manfaat kepada manusia lain. Berkat kesungguhan manusia ini, berat badanku sudah ideal kini dan aku suka dengan aksesori ringkas yang dikenakan oleh manusia ringkas ini!

Manusia ini sering memulakan penulisannya dengan kalimah yang suci bagi memastikan hatinya dilindungi daripada bisikan iblis laknatullah dalam berkongsi ilmu dan pengalaman. Sudah kebiasaan jika aku katakan entry akan dipublish tidak sampai sehari jika entry yang ditulis mempunyai kecacatan yang mendedahkan aib manusia di sekelilingnya apatah lagi aib dirinya. Jujur sahaja manusia berjantina perempuan ini sangat terkilan jika kaum adam yang mengenalinya mula menyelak-nyelak aku dan selangkor sana sini. Aku cuba memahaminya hari demi hari. Barulah aku sedar, dia terlalu bimbang kaum adam yang mengenalinya akan terkilan jika membaca hasil penulisan seorang pelajar yang sudah pernah ke bilik disiplin.

Sesungguhnya itulah tuan aku cik lin yang menamakan aku blog recycleboxes kerana idea di mindanya dikitar semula melalui curahannya pada aku. Aku berharap kawan-kawanku akan mendoakan matlamat tuanku mengajak manusia mendekati-Nya menjadi kenyataan!

( 348 patah perkataan )



Apakah impian anda sebagai seorang blogger?

Sejujurnya~
matlamat utama aku berblogging ialah
aku nak tarik perhatian ramai tentang indahnya ISLAM (!)
aku berharap entry aku sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembaca yang ingin bermujahadah.
asal-usul aku hanyalah seorang pelajar yang bermasalah~
namun,
aku yakin setiap langkah aku adalah langkah yang Dia atur untuk mencari kebenaran.
aku ingin orang rasakan apa yang aku rasa di saat Allah memanggil aku untuk berubah.

seotai mana pun kita, kita tetap seorang hamba yang akan kembali kepada-Nya!

aku manusia yang akan berasa terharu~
jika Allah izinkan impian aku melihat orang mendekati-Nya
menjadi kenyataan (!)


"orang berbudi, kita berbahasa"

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 10 April 2012

Hp untuk Berkat atau Hp untuk Sesat (?)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

presenting~
hobi baru aku akhir-akhir ini (.")
membuat lakaran hati melalui peta minda (!)
gulp~
sebenarnya test-ing tulisan sebenarnya.
manakan tidak~
dah lama tak pegang pen mahupun pensel (!)


memang tak jelas gambar di atas~
memandangkan rumah aku tak ade scanner (:
kalau nak jelas sikit,
klik gambar untuk tumbesaran (.")

nak hihg-light yang ayat bawah tu~
hp untuk BERKAT (?)
atau~
hp untuk SESAT (?)

.:: fikir-fikirkan dan selamat beramal ::.

hidup ini ada pilihan kan (?)

"boleh jadi kamu pegang pisau untuk potong sayur 
dan
 boleh jadi juga kamu pegang pisau untuk membunuh orang."

dengan ini saya aplikasi dalam penggunaan hp~

"boleh jadi kamu menggunakan hp untuk rakam ayat suci al-Quran untuk dihafaz
dan
boleh jadi kamu menggunakan hp untuk mendownload sesuatu yang tidak berfaedah."

"salimi, nak no telefon boleh?"

"aku tak hafal lah nombor telefon awam dekat rumah aku."

gulp~
aku tak menipu kan?
aku tak cakap aku ada hp atau tidak~
aku cuma cakap aku tak hafal no telefon awam (:
btw,
kepada individu yang aku pernah cakap aku tak ada hp~
sorry dan maaf (!)
menipu tetap berdosa kan (?)

notakaki:
tidak semestinya sesuatu yang kita suka adalah baik untuk kita.
jadi dan makanya,
terimalah segala takdir mahupun rezeki Allah.
kerana DIA tahu yang terbaik buat kita (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 9 April 2012

Random Post With Random Action

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~


jujur hanya ini modal aku waktu jaga
wan ahmad adib bin wan ismail (!)
betapa dahsyat buasnya anak kecil ini~
sejak umur satu tahun enam bulan.


dengan rendah diri~
saya memang perlu bermain dengan adib juga (!)

adib, mano moto ayoh?

ayoh.ayoh.

ayah tu pengasuh adib (.")


how?
hensem tak adib bila aku marah dia (?)
ouch,
dia marah aku lah sebab tak penuhi kehendak dia (!)
gulp~

terima kasih 
mr scooter dr acaiberry
dan
bookmark awesome buatan DR Munirah Hanum (:


cukup lah update blog malam ni~
wordless sangat2 (!)

pengajaran untuk entry kali ini~
hidup ini penuh dengan keceriaan bersama keluarga (:
hargailah sementara masih ada (!)
tak perlu terjengket-jengket intai orang jauh2~
hargai yang di depan mata dulu (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.