Friday 10 August 2012

Rapuh

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Sukar untuk dipercayai~
aku rasa kosong.
kosong teramat sangat~
bagaikan jauh daripada Yang Maha Esa.
mungkin kerana hati aku telah sakit~
sakit dengan perasaan berprasangka buruk.

..........

"Ya Allah, aku di mana?"

hanya itu yang mampu aku luahkan pagi tadi~
sejurus bangun dari tidur.

"Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah. Janganlah Engkau akhiri hayatku dalam kesesatan."

sekali lagi~
ayat ini berlegar-legar di fikiran.

kepenatan memaksa aku untuk tidur seawal jam 10.30 usai sahaja solat tarawih.
sedar tidak sedar akan niat ingin bangun seawal jam 3 pagi.
di fikiran~
hanya terfikir ingin menyiapkan tutorial biology.
seakan-akan aku lupa
diri yang lama =.='

salimi ismail bukan lagi seperti dulu (!)
jujur terseksa dengan kehidupan kini~
pagi petang malam hanya buku pelajaran bermain di tangan
dan lebih pedih bermain di minda.
ini bukan salimi ismail yang aku kenal dulu (!)

even jam loceng C 3-00 berdering seawal jam 3 pagi~
berat mata untuk dibuka apatah lagi badan untuk bergerak.
tiba-tiba~
apabila mata cuba dibuka~
dunia gelap,
tiadaa jalan keluar (!)
seakan-akan aku tersekat - terhimpit.

tertanya-tanya~
" kenapa tiada jalan turun katil "

nauzubillah~

rupa-rupanya~
aku tersalah arah turun katil.
sepatutnya turun katil sebelah kiri~
bukannya kanan (!)


walaubagaimanapun~
hati tetap berdebar dalam kegelapan itu.
mengapa Allah tetapkan semua itu berlaku (?)
saat kegelapan mencari jalan yang benar~
terkenang dosa-dosa aku yang terlalu banyak (!)
subhanallah~
MEMANG aku jauh dari Allah kini.

memang sengaja Allah memperingatkan aku*

sejujurnya~
aku masih celaru mencari jalan yang benar~
entah bagaimana ingin seimbangkan dunia akhirat,
belajar sepenuh masa bukan sasaranku~
tapi,
suasana dan persaingan memaksa aku (!)
sekali lagi jujur~
aku tidak suka dengan sistem pendidikan Malaysia.

...........

aku bukan manusia yang dilahirkan sempurna~
sesungguhnya aku memang manusia yang lemah
terlalu banyak kekurangan.

aku masih tertanya-tanya pada diri.
adakah Allah akan membantu aku seperti SPM dulu 
di kala aku cuba meraih cinta-Nya.
aku tertanya-tanya juga~
benarkah Allah akan membantuku juga 
andai aku terlalu komited dengan belajar (?)

buntu*
mencari jawapan membuatkan aku pedih~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: