Showing posts with label cerpen~. Show all posts
Showing posts with label cerpen~. Show all posts

Tuesday 30 October 2012

Cerpen: Romantik (?)



Hari ini awan mendung bagaikan memerli emosi hati Salimi. Hatinya terlalu terguris melebihi tamparan kulit bertemu kulit. Tindakan yang cukup ringkas tadi bukan sahaja menampar kulit hatinya tetapi mencederakan daging hati yang di dalamnya. Sejak balik dari makan angin di ibu kota, hatinya tidak tenang. Hatinya menari-nari kegelisahan. Sudah mula dikuasai bisikan syaitan yang ingin merosakkan ukhuwah yang terjalin antara umat Islam. Ingin sahaja Salimi mengeluarkan hatinya. Tidak bisa bagi dirinya meletakkan air zamzam untuk menyucikan hatinya, tapi cukuplah baginya mengeluarkan kembali memori yang mengguriskan hatinya lalu dikonyok-konyokkan dan tanpa segan silu membuangnya ke tong sampah hitam. Fikirannya mula bercelaru.

“Dah siap kan? Jom lah kita gerak balik.”

Bertubi-tubi persoalan dan ajakan itu dipekakkan telinga Salimi. Sengaja Salimi mendiamkan diri dengan kesibukan meninjau kedai-kedai di situ. Jika dibiarkan mulutnya berbicara, boleh jadi banyak hati yang terguris kerana dia pasti nada suaranya akan tinggi setinggi jeritan hatinya sekarang.

“Kita cari surau dulu. Lepas zohor kita gerak balik. Bimbang tersekat dalam KTM nanti.”

Nada suara kali ini sedikit tegas, mengeluarkan sikit kegeraman hatinya. Tapi tidak pasti samada ada pihak yang memahami kepanasan hati Salimi sekarang. Separuh wajah Salimi mula dikawal oleh tangannya, bukan kerana kepanasan tetapi khuatir rakan-rakannya melihat ketegangan mukanya lalu terasa hati. Mata mula liar mencari surau. Ibu kota tidak sama seperti kampung halamnnya. Semakin maju sesebuah tempat, semakin lupa diri agaknya. Fikiran Salimi mula dikuasai bisikan nafsu ammarah. Sekecil hal kesukaran mencari surau di pusat membeli belah yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara menjadi isu besar yang dibangkitkan dalam mahkamah akal dan hati Salimi!

“Asal sister tadi cakap surau dekat tingkat satu kot? Tak pernah solat dekat tempat dia bekerja sendiri ke?”

Makin panas apabila pertanyaan kepada juruwang tadi dibalas dengan jawapan yang salah. Seolah-olah dipermainkan sahaja dalam usaha mendekati Allah. Salimi semakin terasa dirinya kehilangan tenaga. Tenaga positif yang disalurkan sepanjang hari telah berkurang secara mendadak dek hatinya yang mula berburuk sangka. Usai menjumpai surau di aras bawah tanah, Salimi mengarahkan rakan serumahnya menunaikan solat terlebih dahulu. Di fikirannya pastinya lama solat dalam keadaan ramai orang di situ. Maka sempatlah untuknya menemani rakannya seorang lagi untuk mencari kedai tudung labuh.

“Anis, lin penat lah. Kita duduk dekat Food Court sekejap boleh?”

Hatinya sedikit kesedihan dengan dirinya yang mula menghitung dosa yang dilakukannya sepanjang pagi ini. Entah di mana Allah ingin melipat gandakan pahalanya hari ini sempena bulan Ramadhan yang mulia. Suasana Food Court sedikit sebanyak menenangkan hatinya tanpa melihat gelagat manusia yang bermacam-macam.

“Lin, Anis nak pergi beli coklat dekat dalam sekejap. Lin nak duduk sini?”

Senyuman dan anggukan yang lemah longlai sahaja membalas pertanyaan tadi. Salimi yakin Anis memahami dirinya saat itu cuma Anis sahaja yang tidak berani bertanyakan keadaan dia sekarang kerana Salimi bukanlah calang-calang orang yang mudah bercerita di saat tegang. Membiarkan Salimi bersendirian adalah yang terbaik, getus hati Anis!

“Assalamualaikum Lin.”

“Waalaikumussalam. Eh, Farha pun datang shopping. Bukan minggu lepas dah datang ke?”

“Saja datang lagi teman kawan-kawan. Bosan duduk kolej sepanjang hari.”

Jawapan ringkas Farha mengingatkan Salimi kepada sahabat-sahabat baik sekolah lamanya. Farha sebenarnya menuntut di sekolah yang sama dengan Salimi, cuma mereka bukanlah rapat walaupun pada realitinya mereka kini berada dalam kuliah yang sama. Masing-masing membawa haluan sendiri, mendekati masyarakat baru di sekeliling. Mengutamakan persahabatan atau lebih diberi pendekatan dengan istilah ukhuwah menjadi keutamaan dalam diri setiap individu yang pernah menuntut di Bumi Wakafan itu. Kemanisan ukhuwah itu terlalu sukar dicari di dunia luar. Tiada gantinya. Pinjaman sementara Allah itu sedikit sebanyak melahirkan diri Salimi yang tidak terlalu mementingkan diri.

“Eh, Salimi tahu tak nak beli jubah dekat mana? Kita pusing tadi tak jumpa-jumpa.”

“Erk, tadi ada singgah First Lady, teman Amy. Dekat area sana.”

Jarinya mula menunjukkan arah kedai yang tersohor di kalangan mereka yang ingin berpakaian berjenama yang menutup aurat lagi mengikut perkembangan semasa.

“Tadi ada lalu area sana beli-beli tudung. Tak perasan pula ada First Lady.”

Nada suara Farha yang lembut sedikit menghiburkan hati Salimi yang kepenatan.

“Farha beli tudung bidang? Farha beli dekat mana?”

Bagaikan dipermudahkan urusan kali ini. Tidak perlu lagi berpusing-pusing untuk mencari kedai tudung seperti tadi. Bertahmid tanda kesyukuran pada Allah. Ingin sahaja air mata membasahi pipinya melihat keagungan Allah yang mendengar suara hatinya yang kepenatan lalu membantunya dalam segala urusan. Entah kenapa terlalu sukar untuk peniaga sekarang menjual tudung bidang. Barangkali kebimbangan kerugian modal gara-gara kehendak masyarakat kepada tudung bidang sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan permintaan kepada selendang. Tidak sedarkah peniaga betapa besarnya keuntungan diterima di akhirat kelak hasil penjualan sehelai tudung bidang kerana menggalakkan wanita kini menutup aurat dengan lebih sempurna? Suara lembut hati mengingatkan kepada Allah mula meredakan kemarahan Salimi.

“Jomlah kita pergi sekali. Sambil-sambil Farha cari First Lady, Farha tunjukkan.”

“Sekejap Farha. Bukan kita nak bei tudung tu tapi kawan kita. Dia tengah beli coklat dekat dalam. Kita call dia sekejap.”

Belum sempat Anis mengangkat panggilan Salimi, Salimi mematikannya kerana sudah nampak kelibat Anis menghampiri tempatnya.

“Jom Anis, pergi kedai tudung. Farha tahu.”

………………………………………………………………………………………………………......

Telefon bimbit mula dicapai Salimi. Beg tangan yang tersusun rapi pada awalnya sudah dipenuhi dengan wang ringgit baki pembelian beserta resit. Kekhuatiran keselamatan sepanjang berada di ibu kota tidak menggalakkan Salimi mengeluarkan beg dompetnya selalu. Ada kalanya apabila melalui lorong-lorong yang dipenuhi Orang Kelainan Upaya (OKU) meminta simpati untuk mengisi perut mereka hari ini, Salimi hanya perlu mengambil kepingan wang kertas di dalam beg tangannya tanpa melihat nilainya. Rezeki masing-masing hari ini. Getus hatinya. Bukan dipinta mereka berada di sini, kenapa mesti masyarakat sombong berbelanja tanpa mengingati masih ada yang memerlukan wang mereka? Sewajarnya semakin banyak kita berbelanja, semakin ringan jugalah tangan kita untuk bersedekah.

Muni, Lin minta maaf tak sempat jumpa Muni lama-lama tadi. Kawan-kawan Lin banyak urusan lagi. Terima kasih juga sebab jadi pemandu pelancong KTM. Maaf atas tingkah laku kami yang tidak menyenangkan Muni.

Hantar kepada Munifah~KI. Salimi tidak kisah jika hanya jasmaninya sahaja kepenatan, tetapi kali ini rohaninya juga bertambah kepenatan apabila keluar dari bilik untuk menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dilihatnya rakan-rakan serumahnya tekun menghadap buku. Tidak faham dengan situasi sekarang.

It’s okay dear. Gembira dapat jumpa walaupun sekejap. Rindu saat-saat kita bersama.

Air mata yang mula membasahi pipi Salimi merubah warna pipi dan hidung Salimi pada masa yang sama. Dilihat seakan-akan memakai alat solek bukannya seperti badut. Rindukan saat bersama Munifah. Sukarnya mencari sahabat seperti Munifah. Ada di saat susah dan senang. Zaman sekolah dulu memang tidak dapat disangkal lagi Munifah tokoh membeli belah di dalam dorm! Pantang ada keperluan dorm, dengan senang hatinya dia menawarkan diri untuk keluar bershopping. Apakah dia tidak rasa membazir masa keluar bershopping selalu?

Salimi bersyukur dihadiahkan sahabat yang ringan tulang membantu masyarakat sekeliling. Walaupun bukan Salimi yang memiliki sifat mahmudah itu, tetapi sudah cukup berbangga memiliki sahabat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat. Semangat Munifah membantu orang sekeliling membuatkan Salimi nekad untuk menguruskan jamuan kelas tatkala SPM sedang rancak berjalan.

“Muni, kita urus sama-sama jamuan kelas nak?”

“Kenapa? Muni okay saja kalau Lin sanggup.”

“Jomlah kita uruskan. Lagipun Lin terasa berhutang tanggungjawab Penolong Ketua Tingkatan tahun lepas. Rasa berhutang amanah yang banyak.”

Tidak habis fikir dengan keputusan diri sendiri yang sanggup mengorbankan masa fikirkan sesuatu yang tidak akan ditanya dalam soalan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah seminggu lagi. Hendak dikatakan pandai dalam matapelajaran ini memang jauh sekali memandangkan peperiksaan percubaan sendiri mendapat B, hanya 2 markah lagi untuk mendapat A. Namun di fikirannya tidak akan mengganggu Munifah memandandangkan memudahkan urusan orang lain memang hobinya! Jika ditanya komitmen Munifah pada kertas Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Salimi tidak mempunyai sebarang kebimbangan kerana yakin otak hafalan Munifah akan membantunya menjawab dengan lancar.

“Muni, muslimin nak jumpa dekat kantin. Tapi, Muni tolong handlekan boleh? Lin temankan.”

“Boleh saja. Bila muslimin nak jumpa? Ramai ke nak jumpa?”

Salimi ketawa kecil dalam hati. Sejak bila Munifah berani nak berdepan dengan muslimin tanpa segan silu tak bertempat ni? Berjaya juga misinya saat itu. Mungkin ini salah satu hikmah tahap kesihatan Salimi yang tidak stabil akhir-akhir ini, menjentik jiwa simpati Munifah lalu menjadi lebih berani menonjol apabila berurusan. Persahabatan bagai isi dengan kuku ini jangan disangka jernih selalu, pasti ada pasang surutnya. Ada saat pastinya ada yang merajuk. Peranan seorang sahabat untuk memujuk. Inilah kepentingan menjadi rakan yang romantik! Memberikan perasaan selamat di saat sahabat berada di sisi.

Sesiapa yang melihat kelibat kesibukan Salimi dan Munifah pastinya bimbang. Bangun-bangun pagi memikirkan memberikan sesuatu yang terbaik pada kelas untuk kali terakhir. Jarang sekali ingin lihat mereka menghadap buku PQS. Kebimbangan kekurangan persediaan menghadapi pelajaran terubat kerana masing-masing mengingatkan tentang prinsip hidup ini. Kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan urusan kita! Sokongan rakan-rakan sedorm juga membuatkan semangat mereka tak goyah. Kadang-kadang saat rakan sejoli ini keletihan, mereka hanya menghampiri sahabat-sahabat berhampiran dengan katil lalu meminta simpati untuk berkongsi apa yang dibaca mereka sepanjang hari sehinggalah Salimi dan Munifah terlelap mendengar suaru mendayu mereka.

Setelah selesai jamuan kelas yang cukup sederhana tetapi berjalan lancar, Munifah dan Salimi memaksa diri menggunakan sisa dua hari itu sebaiknya. Namun, memang tidak dapat disangkal, membaca buku semata-mata bukanlah hobi mereka. Lebih suka berbual berdua. Salimi lebih suka mendengar Munifah bersoal jawab dengannya. Telatah Munifah yang keanak-anakkan membuatkan Salimi tidak pernah berjauhan daripada senyuman. Manakan tidak, Munifah bertanya tetapi tidak sempat Salimi menjawab terus diberikan jawapan dengan penuh keyakinan.


…………………………………………………………………………………………………………

“Kalau kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. Tak banyak masa bersama buku, tak semestinya tak dapat A+.”

Bibir Salimi perlahan-lahan menyebut setiap bait ayat itu untuk meneguhkan visi dan misi hidupnya! Mudah sahaja hatinya terasa dengan tindakan rakan-rakan serumahnya yang tidak memahami betapa mahalnya nilai ucapan terima kasih dan maaf.

“Dekat sini sorry itu tiada nilai, faham? Sorry tu nampak macam main-main minta maaf. Lain-lain hari buat lagi. Kalau nak minta maaf, cakap maaf bukan sorry! Nilainya lebih tinggi!”

Terngiang-ngiang amaran senior yang hanya setahun lebih tua daripada kami di Bumi Wakafan, dan barangkali juga hanya sehari beza hari kelahiran. Didikan itu menyebabkan kami menghargai orang sekeliling. Diri yang lemah saat itu seperti biasa bukanlah mudah untuk menerima nasihat orang lain. Latar belakang kita berbeza dan kita mempunyai cara hidup sendiri! Memberontak dalam sepi. Hari dari hari semakin mengerti tujuan sebenar didikan itu adalah untuk melahirkan kesatuan berukhwah. Persamaan memudahkan memahami antara satu sama lain. Tolak ansur semakin mendapat rentak dalam berurusan.

Berhadapan dengan masyarakat baru di dunia luar menjemput kejutan budaya menghampiri diri! Salimi terkapai-kapai mencari sahabat-sahabat yang ada saat dirinya jatuh. Bukan mudah untuk menggantikan sahabat seperti Munifah. Bagaikan separuh kehilangan diri sendiri apabila dia terpaksa menghadap buku gara-gara terpengaruh dengan rakan-rakan baru sekelilingnya. Semakin terasa kehilanngan sahabat apabila terasa pergantungan dengan Allah semakin berkurang. Terlalu sukar menerima nasihat lembut yang mengingatkan kepada-Nya. Adakah Salimi akan terus membiarkan dirinya berpijak pada alam mimpi yang tidak tahu hala tuju? Siang dan malam tidak putus-putus berdoa masih ada simpati Allah pada hamba yang berdosa ini.

“Ya Allah, semoga dengan kehadiran rakan-rakan baruku Kau hadiahkan aku ketabahan yang lebih dalam membina identiti seorang Muslimah. Moga kehadiranku diterima di hati mereka dan moga akhlakku tidak mencemarkan agama-Mu. Permudahkanlah Yang Maha Pengasih, jangan Kau susahkan.”

Istighfar.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 21 September 2012

Cerpen: Ellina, A Story To Be Remember.

“Lynn!’ jerit Mak Timah. 

“Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina yang lebih mesra dipanggil Lynn. 

“Apalah Mak Timah ni, kacau saja”

omel Ellina sambil menyimpan semula gambar yang sedang dipegangnya ke dalam kotak kasut miliknya. Bukan dia tidak mampu untuk membeli sebuah kotak yang lebih cantik, tetapi dia berpendapat bahawa orang lain tidak akan membuka kotak tersebut melihatkan keadaanya yang sudah uzur. Di dalam kotak tersebut mengandungi segala surat pemberian kawan-kawannya dan gambar-gambar semasa berada di zaman sekolah menengah dulu. Ellina segera menolak kotak tersebut ke bawah katil dan berlari menuruni tangga banglo dua tingkat itu. 

...............................................................

“Lynn, abah hantar Lynn sekolah dekat sini bukan sebab abah tak sayangkan Lynn, tapi sebab abah mahu anak abah ni belajar berdikari, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat sekali. Lynn jangan putus asa, abah tahu anak abah ni kuat. Belajar rajin-rajin dan capai cita-cita Lynn. Dah, jangan menangis kan dah comot make up tu.”

Di samping memberi nasihat kepada anak kesayangannya itu, Encik Ismail sempat lagi berseloroh. Hati Ellina sedikit tenang mendengar nasihat abahnya. Umminya juga tidak ketinggalan memberikan motivasi dan peransang kepada anak tunggalnya itu. Walaupun terpaksa berjauhan dengan puteri kesayangannya, Puan Suria tetap akur dengan kehendak suaminya yang mahu anaknya itu belajar di sekolah lamanya dulu. 

Setelah seminggu mendaftar di sekolah barunya, Ellina mulai serasi dengan kehidupan di asrama. Dia sudah boleh bergelak ketawa di samping teman-teman barunya yang datang daripada pelbagai negeri. Lynn juga dilantik memegang jawatan di sekolah dan asrama. Kredibilitinya sebagai seorang pengawas di sekolah lamanya terserlah.

“Kak De, tolong aku kiwi kasut ni sekejap, aku nak teman Ezza pergi tandas. Kalau boleh kiwikan semua kasut atas rak ni. Sayang Kak De!”

terus berlari Ellina apabila Kak De mahu membaling kiwi yang dipegang ke arahnya. Mana tak geram dibuatnya, bagi betis nak peha pula. Tetapi itulah semangat bantu-membantu apabila tinggal di asrama, saling bekerjasama memantapkan ukhwah. 

“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ellina Ismail, Allah selamatkan kamu...”

tepukan gemuruh diberikan usai doa dilagukan. Tersentuh hati Ellina mendengarnya. Dia sama sekali tidak menyangka sambutan hari lahirnya akan begitu meriah walaupun jauh daripada gapaian ibu bapanya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tanpa disedari sudah lebih setahun Ellina belajar di sekolah tersebut. Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan terpentingnya dalam sejarah persekolahannya. Dia bakal menduduki SPM. Walaupun begitu, dia bijak membahagikan masa agar segalanya seimbang. Di samping mengulangkaji pelajaran, Ellina tidak lupa untuk melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusannya. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan untuk ibu bapanya dan kawan-kawannya. 

“Lynn, tolong ajar aku fizik, susahlah...”

 “Lynn, soalan addmath ni macam mana nak selesaikan?”

begitulah hidup Ellina sewaktu tinggal beberapa bulan lagi sebelum menghadapi SPM. Dia dijadikan rujukan kawan-kawannya lantaran kebijaksanaannya. Ellina tidak pernah lokek membantu kawan-kawannya malah berbesar hati apabila dapat membantu temannya. Dia juga berjaya membantu seorang kawannya mendapat A di dalam fizik semasa peperiksaan percubaan.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar tiba jua. Hari di mana peperiksaan SPM akan berlansung. Sepanjang minggu peperiksaan berlansung, Ellina tidak jemu untuk terus membantu sahabatnya. Diterangkan mana yang tidak difahami, di ajarkan mana yang tidak boleh dilakukan. Dia juga mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Haji di sekolah bersama rakan-rakannya memandangkan ianya adalah tahun terakhir bersama mereka. Ketika pertengahan minggu peperiksaan, Ellina juga ringan tulang membantu teman-temannya menguruskan jamuan kelas. Dia juga turut meluangkan masa untuk membeli-belah bersama kawan-kawannya. Dia tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk mencipta memori manis bersama sahabat-sahabatnya. 

Setelah tiga bulan berpisah, mereka bertemu semula di sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Bermacam ragam kelihatan, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Masing-masing riuh berborak menceritakan kahidupan yang di lalui mereka setelah bergelar “SPM leavers” . Ada yang bekerja, tidak kurang juga ada yang sudah bertunang. Ellina segera mencari kawan-kawannya untuk mengetahui perkembangan mereka. Setelah berbual panjang, mereka sepakat mengadakan reunion pada 14 Mac 2019 bersamaan tarikh lahir Yasmin di dewan sekolah tersebut.

“Lynn!”

suara Mak Timah yang kuat mematikan kenangan yang berputar di mindanya, seolah-olah baru semalam mereka berjumpa.

“Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina.

“Daripada tadi cakap datang ni, datang ni, tapi sampai sekarang tak turun lagi”

Ellina yang kebetulan mendengar bebelan Mak Timah segera mendakap tubuh Mak Timah yang dianggap sepertu ibunya itu. Terkejut Mak Timah apabila dipeluk secara tiba-tiba daripada belakang. Tidak jadi dia mahu meneruskan bebelannya apabila terpandang wajah anak majikannya itu. Sungguh dia menyayangi Ellina seperti anaknya sendiri memandangkan dia hidup sebatang kara apabila suami serta anaknya meninggal dunia akibat Leukimia.

“Mak Timah, ada apa panggil Lynn turun? Nak ajak pergi pasar ke? Atau ada Mat Bangla cuba nak mengurat Mak Timah yang cantik ni?”

itulah Ellina, perangainya yang suka mengusik orang lain tidak pernah luntur seiring umurnya yang meningkat. Tetapi, perangainya itulah yang menjadikan banglo mewah itu meriah.

“ Ish Lynn ni, Mak Timah dah tualah sayang. Ni abah kamu telefon, suruh kamu bersiap.”

“Nak pergi mana Mak Timah?”

Ellina terus memintas percakapan Mak Timah.

“Lynn, cubalah bagi Mak Timah habis cakap dulu, ni tak, menyampuk saja. Abah Lynn kata petang ni ada orang nak datang merisik kamu nak.”

Terus terlopong mulut Ellina mendengarnya. Sungguh, berita itu amat mengejutkan dirinya. Tanpa menunggu penjelasan lanjut daripada Mak Timah, Ellina bergegas naik ke biliknya dan segera menelefon rakannya, Kak De untuk berkongsi berita mengejutkan itu. Petang itu seperti yang diberitahu abahnya, satu rombongon datang untuk merisik Ellina. Tetapi, majlis taaruf itu bertukar menjadi majlis pertunangan. Sekarang status Ellina bertukar menjadi tunangan orang. Walaupun begitu, Ellina tetap menjaga batas pergaulannya dan berusaha mempersiapkan dirinya untuk menjadi isteri mithali seperti umminya. 

Lima bulan berlalu, kini tibalah hari yang dinantikan oleh Ellina dan rakan-rakannya, iaitu reunion mereka buat kali pertama secara besar-besaran. Kebetulan pula pada tarikh tersebut merupakan hari lahir Yasmin dan mereka semua sepakat menghadiahi Yasmin sebuah majlis perkahwinan yang ditaja oleh mereka memandangkan Yasmin baru melansungkan pernikahan seminggu yang lalu. Segala tugas daripada menjemput tetamu hinggalah kepada dekorasi dewan dilakukan mereka semua. Terpancar sinar ukhwah yang terbina kerana Allah, ukhwah yang disulami kasih sayang dan sungguh erat diantara Ellina serta sahabat-sahabatnya sebiliknya. Muni bertugas untuk menjemput pasangan pengantin dengan menaiki helikopter, Aimi dan Ezza menyiapkan dekorasi dewan dan pelamin manakala Kak De serta yang lain menguruskan makanan dan jemputan. Ellina pula menjadi pengapit kepada Yasmin. Mereka bertungkus lumus bagi menjayakan hari yang bersejarah buat Yasmin. Setelah majlis selesai, Yasmin pula membuat kejutan dengan menghadiahi rakan-rakan baiknya itu percutian ke Pulau Seychelles. 

Sekembalinya mereka daripada percutian, giliran Ellina pula untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlisnya sungguh meriah ditemani rakan-rakan karibnya. Dia berdoa agar ukhwah yang terbina terus dipanjangkan sehingga ke syurga kelak. Amin. 


hasil karya :-

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 11 September 2012

CERPEN: SAHABAT RAMADHAN

“Aimi, awak nak air apa?” Tanya Yasmin kepadaku. 

“Mestilah saya mahu air jagung, air kegemaran saya.” Jawabku. 

Yasmin merupakan teman baikku, tetapi kami hanya akan berjumpa pada bulan Ramadhan sahaja. Ini kerana Yasmin tinggal jauh di Perak manakala aku menetap di Johor. Walaupun tinggal berjauhan, perhubungan kami sudah seperti saudara sendiri. Pada setiap kali Ramadhan, Yasmin akan pulang ke Johor untuk berpuasa bersama-sama neneknya, nenek Tijah. Itulah masa untuk kami berjumpa. 

Sepanjang lima tahun kami berkenalan, terlalu banyak kenangan manis dan pahit kami lalui bersama. Kenangan yang paling tidak boleh dilupa ialah ketika kami bermain bunga api semasa malam raya tanpa pengetahuan keluarga. Oleh kerana kedegilan kami, baju kurung yang dipakai Yasmin hampir terbakar apabila bunga apinya terjatuh. Akibatnya, seharian kami terpaksa menahan telinga mendengar leteran Nek Tijah. Kami juga gemar pergi memancing ikan di sungai di hujung kampung. Hasilnya kami akan berikan kepada ibu untuk dimasak. 

Apabila menjelang musim peperiksaan, kami akan memperuntukkan masa untuk belajar bersama-sama. Alhamdulillah, kami sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang berkat doa ibu bapa serta usaha kami. Selepas peperiksaan SPM tamat, Yasmin berpindah tinggal bersama Nek Tijah. Masa kami bersama bertambah dan perhubungan kami menjadi semakin rapat. Beberapa bulan berlalu, keputusan SPM keluar. Sekali lagi kami memanjatkan syukur kepada Ilahi di atas kurniaanya kepada kami. Kami Berjaya menghadiahi ibu bapa kami dengan keputusan yang cemerlang.

Telan mati emak, luah mati bapak, itulah keadaan ku apabila ditawar  melanjutkan pelajaran ke Australia di dalam bidang perhubungan antarabangsa. Ianya merupakan impianku selama ini, tetapi aku tidak sanggup untuk berpisah bersama keluarga dan Yasmin. Yasmin banyak memberiku dorongan untuk menyambung pelajaran di negeri orang itu. Katanya, aku akan mendapat pengalaman hidup di negara orang di samping dapat menguatkan jati diri aku sebagai orang Islam. Kami juga berjanji akan sentiasa bertanya khabar di antara satu sama lain.

Menitik air mataku saat Yasmin memelukku untuk kali terakhir. Walaupun aku cuba menahan air mataku daripada menitik ke bumi agar keluargaku dan Yasmin tidak bersedih dengan pemergianku, namun aku gagal jua. Ibu bapaku dan Yasmin banyak memberi pesanan kepadaku. Mereka mahu aku berjaya dan membawa pulang segulung ijazah apabila kembali ke tanah air. Akan kubuktikan kepada mereka, itu azamku.

Pertama kali berpuasa di negara asing, tanpa Yasmin dan ibu bapa di sisi terasa sungguh janggal. Mujur senior dan kawan-kawan banyak membantuku. Oleh kerana pada tahun pertama aku berpuasa di sini jatuh pada musim sejuk, tempoh kami berpuasa menjadi singkat. Selama berada di sini aku dan Yasmin saling berbalas e-mel. Katanya, dia rindu akan Ramadhan bersamaku. Rindukan solat terawikh bersama-sama, rindukan tadarus Al Quran pada petang hari dan membeli juadah berbuka di bazaar Ramadhan. Aku juga rindukan saat-saat itu, tapi apakan daya, kami terpisah di antara dua benua. Aku selalu menitipkan doa buat Yasmin dan keluarga kerana doa merupakan hadiah terbaik untuk orang yang kita sayang. 

Setelah 3 tahun berkelana di sini, aku semakin jarang mendapat balasan e-mel daripada Yasmin. Adakah Yasmin sudah melupakanku? Aku segera beristighfar kerana sudah bersangka buruk dengan Yasmin. Sesungguhnya bersangka buruk adalah bisikan syaitan dan boleh memecah belahkan kita. Aku menganggap Yasmin sibuk dengan pelajarannya. Masuk tahun keempatku di sini, tiada lansung balasan e-mel daripada Yasmin, namun aku masih setia mencoret kata-kata untuk tatapan Yasmin. Mungkin Yasmin sibuk hingga tiada masa untuk membalas e-melku.

Akhirnya, hari yang kunanti-nantikan tiba jua. Setelah siap berkemas aku segera singgah ke Queenstown Market bagi membeli cenderahati buat keluarga dan Yasmin. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Perjalanan selama 15 jam kurasakan seperti setahun kerana keterujaanku untuk berjumpa mereka. Setelah sampai di kampung halamanku segera aku memeluk ibu dan abah yang sedang menantikan kepulanganku. Setelah menghilangkan penat dan berbual-bual, aku meminta izin untuk ke rumah Nek Tijah. Tidak sabar mahu berjumpa dengan Yasmin. Ibu sempat berpesan kepadaku agar menerima takdir Allah dengan hati yang redha. Walaupun aku berasa pelik dengan pesanan ibu, namun keterujaanku untuk bertemu Yasmin menghalangku daripada bertanya lebih lanjut.

Sesampainya aku di rumah Nek Tijah, segera aku memberi salam dan mengetuk pintu. Tidak lama kemudian salamku di sambut dan Nek Tijah kelihatan di muka pintu. Terus Nek Tijah memelukku. Mungkin rindu dengan cucu angkatnya ini, fikirku. Setelah bertanya khabar, aku bertanya mengenai Yasmin. Terus berderai air mata Nek Tijah. Aku berasa tidak senang dengan keadaan ini dan meminta penjelasan daripada Nek Tijah.

Rupa-rupanya Yasmin telah didiagnosis menghidap barah usus. Yasmin selalu mengalami sakit perut yang berpanjangan dan menyangka ianya hanya sakit perut yang biasa hinggalah pada suatu hari dia pengsan di universiti. Setelah mendapat tahu mengenai penyakitnya, Yasmin berhenti belajar untuk mengubati penyakitnya. Sekarang Yasmin terlantar di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur kerana barahnya sudah sampai ke tahap akhir. Luluh hatiku apabila mendengar perkhabaran mengenai Yasmin. Nek Tijah juga berkata bahawa Yasmin jugalah yang meminta kepadanya dan ibu bapaku agar tidak memberitahu mengenai keadaannya kepadaku kerana gusar aku tidak dapat memberi fokus pada pelajaranku.

Keesokan harinya, keluargaku membawaku pergi berjumpa Yasmin di Kuala Lumpur. Sedih hatiku apabila melihat Yasmin sudah tidak seperti dulu lagi. Mukanya kini cengkung dengan pelbagai wayar berselirat di tubuhnya. Rambutnya juga menipis kesan daripada rawatan kimoterapi yang dilaluinya. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana Yasmin bertarung dengan penyakitnya itu. 

Nyata Yasmin terkejut apabila melihat kedatanganku. Dia cuba untuk tersenyum bagi menyembunyikan kepucatan wajahnya di samping membuat suasana sedikit ceria. Aku segera memeluk Yasmin dan meminta maaf kerana tidak dapat berada bersamanya bagi melawan penyakitnya itu. Yasmin juga memohon maaf kerana merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuanku. Air mata rindu menjadi saksi kepada pertemuanku dan Yasmin. Yasmin cuba berjenaka bagi menukar suasana. Ketika kami sedang berbual, Yasmin tiba-tiba memintaku untuk membacakan Surah Yusuf, surah kegemarannya kerana dia rindu untuk mendengarku membaca Al Quran. Aku terus mengambil tafsir Al Quranku yang memang sedia ada di dalam tas tanganku dan membacanya. Ketika aku sedang membacanya, aku melihat Yasmin perlahan-lahan menutup matanya. Mungkin Yasmin mengantuk dan aku meneruskan bacaanku. Setelah habis bacaanku, aku mengucup dahi Yasmin tetapi kurasakan sejuk. Apabila kurasakan tiada tindak balas daripada Yasmin setelah aku memanggil namanya berkali-kali, aku segera menjerit memanggil ibu dan abah yang menunggu di luar untuk memberiku ruang bersama Yasmin. 

Kini, setiap kali Ramadhan menjelma, aku pasti teringat akan arwah Yasmin. Setiap kali usai solat aku tidak pernah lupa untuk mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatehah.


pemenang cerpen ramadhan UPM 2012.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 27 March 2012

Bila Masa Depan Menjadi Tanda Tanya

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Di dapur kira-kira jam 6.30 pm.

Anak: Umi, rumah Mawi kene pecah masuk.
Umi: Macam mana boleh pecah masuk? Tak ada guard ke?
Anak: Guard ada. Tapi guard perumahan sahaja lah. Lagi pun penggera keselamatan tak diletakkan di rumah Mawi. Bagi kepercayaan dekat jaga lah tu. Rumah Mawi besar umi.
Umi: Memang lah besar. Dengan menyanyi sahaja boleh jadi jutawan.
Anak: Tengok? Tak payah belajar tinggi-tinggi pun. Itu yang ditetapkan Allah pada dia.
Umi: Zaman sekarang dah biasa kes mencuri ni. Desakan hidup. No money, no talk.
Anak: Orang salah masuk rumah ke? Tak tahu ke itu rumah penyanyi? Konfem-konfem kecoh satu Malaysia.
Umi: Mana boleh salah. Orang merompak ni dia dah siasat latar belakang rumah tu awal-awal. Perompak sekarang bijak.
Anak: Oh, lupa. Bukan orang Malaysia yang mencuri. Orang Negara mana entah. Empat orang semuanya. Suspek dah kene tangkap tiga orang. Tak kenal Mawi kot, sebab tu main redah je rumah jutawan.

Suasana sepi. Sambung makan kentang goring dengan sos cili.

Anak: Umi, ada berita baru. Biasiswa JPA dan MARA dibuka balik hasil desakan ramai pihak. Tapi, JPA nak taja pelajar straight A+ sahaja. MARA sahaja harapan kakak.
Umi: Straight A+ sahaja? Memang terdesak sangat lah tu. Lepas ni orang miskin makin kurang lah peluang dapatkan pendidikan universiti hebat-hebat. Tak apalah, minta MARA sajalah.
Anak: Tapi MARA pinjaman bukan biasiswa.
Umi: Pinjaman MARA lebih baik daripada PTPTN kan?

Tiba-tiba si ayah datang ke bahagian dapur.

Ayah: Apa tadi kak lin cakap? Rumah Mawi kene masuk?
Anak: Yes. Hampir RM10 ribu kerugian.
Ayah: Macam mana boleh tangkap pencuri? Ada CCTV ke?
Anak: Kene tangkap dekat taman sebelahnya. CCTV? Tak pastilah.
Ayah: Guard memang tak boleh harap sangat. Taman besar kan?Mana lah sempat kawal semua.
Umi: Kak lin cakap MARA akan buka permohonan pinjaman tahun ni.
Ayah: Minta jelah. Kalau nak senang ambil je asasi dulu dekat matrik.
Umi: Umi takut kak lin tak mampu saja nak pulun asasi.
Anak: Kenapa tak mampu pula? Kakak yakin boleh buat. Dah serik tak belajar Biologi dulu. Lepas ni kakak nak pulun juga.
Umi: Tak apalah kalau kak lin cakap camtu. Bertahanlah setahun saja.

Si ayah sudah bersiap untuk ke surau. Si ibu dan anak masih meneruskan perbualan.

Umi: Ramai kawan kak lin buat medic persendirian dekat mesir?
Anak: Ramai lah juga. Tapi kan umi, kalau semua nak ambil medic nanti doktor pula menganggur.
Umi: Manusia kan semakin bertambah. Nanti hospital pun bertambah. Tenaga doktor tetap diperlukan. Tapi tulah, batch Kak Long pun dah ramai buat medic dekat Mesir. Dekat Indonesia lagi ramai.
Anak: Kalau kakak dapat bahagian dentist, kakak terima boleh? Kawan-kawan pun cam tak ramai berminat dengan dentist. Semua tengok doktor saja.
Umi: Tapi dentist tenaga kerja terhad.
Anak: Tapi setakat ni ada ke yang menganggur?
Umi: Tak tahulah. Tanya-tanya lah kawan.
Anak: Umi, kalau dapat pinjaman MARA, kak lin nak bekerja dekat oversea.
Umi: Boleh saja. Tapi Mesir tak terima lah.
Anak: Kak lin nak jadi doktor sukarelawan boleh? Boleh syahid di Negara orang.

suasana sepi seketika. si ibu berfikir mencari jawapan.

Umi: Pergi sajalah. 

Dalam hati anak:
Apa yang aku cakap ni? Ingat senang nak syahid? Tapi seronok juga kalau jadi sukarelawan. Gaji termahal kerja sebagai doktor. Tak payah fikir kalau menganggur or whatever lah. Susah orang apply biasiswa syahid ni (:

( hak milik senyom design studio )
wink.wink.wink:
apa pengajaran yang anda dapat? yang aku nampak, MALAYSIA sekarang dah nak jadi macam INDONESIA. yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin! lagi satu, ibu bapa semua harapkan biasiswa sebab mana nak cari duit puluhan ribu nak tanggung belajar anak2. ibu bapa pun fikir masa depan anak2. tak senang duduk dah.hargailah ibu bapa kita (:

syukran~


.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday 22 February 2012

Cerpen: Kesabaran Nota Cinta

“Selipar jepun?”

Kelihatan raut wajah Filzah kehairanan. Sekali lagi mencampakkan pandangan ke arah kirinya, dipandang ke lantai.

“Macam mana lah jadi pemimpin. Tak ada penampilan lansung. Pakailah kasut kalau tak ada selipar yang sesuai.”

Mengomel dalam hati. Tangan mula mencapai pen, menumpukan perhatian kembali kepada pengajaran guru. Kali ini fokus tidak fokus sahaja, boleh dilabelkan dirinya sendiri bajet. Pergerakannya dikawal untuk kelihatan sopan. Khuatir si dia akan melihat sikap keganasannya.

“Aku nak belajar macam mana ni? Kenapalah mamat ni duduk sebaris dengan aku!”

Masih tidak senang duduk. Sekali lagi memandang ke lantai. Seakan-akan tidak puas hati melihat selipar jepun tadi. Heroin sekolah kali ini mempunyai misi tersendiri. Namun, sebelum bertindak harus dipastikan segala kebenaran.

“Huh, bukan selipar jepun dia lah. Mamat sengal punya selipar.”

Tangan ditarik keluar daripada beg. Dilepaskan kembali kamera digital miliknya, kekal disimpan. Niatnya terbantut. Pada masa yang sama senyuman terleret di bibirnya. Perasaan kecewa di hati gara-gara kegagalan misinya berbolak balik apabila melihat sandal adidas tersarung di kaki milik Hafiz.

Sesi pertama kuliah selesai. Masih statik di tempat duduk. Memberikan lampu hijau untuk kawan baiknya bergerak terlebih dahulu ke kantin. Alasan kali ini kerana matanya layu, ingin lelap terlebih dahulu. Pandangan Filzah tidak lepas untuk melihat Hafiz bergerak keluar dari dewan kuliah. Hilang bayangan Hafiz daripada pandangan. Filzah memandang ke papan putih di hadapan dewan kuliah. Melihat isi penting yang disampaikan tadi. Geram kerana tiada tumpuan tadi.

“Nasib baik cikgu ulangkaji sahaja.”

Menarik nafas lega, kembali tenang dengan senyuman nakal yang penuh kemuslihatan. Kekesalan tidak senang duduk selama satu jam setengah di dalam dewan kuliah terubat apabila melihat nota-nota miliknya. Baru semalam selesai mengulangkaji tajuk yang dibahaskan guru tadi. Terasa tidak rugi. Masih segar di ingatannya isi-isi penting tajuk itu.

Hari ini dia tampil sopan. Pada jangkaan kawan baiknya, mungkin kerana pemakaiannya pada hari ini lebih manis. Baju kurung tona kuning berserta tudung labuh bertona krim.

“Filzah, kau nampak manis lah hari ini. Pelik sangat, gadis melayu terakhir.”

“Hah? Apa yang lain?”

“Tudung krim tu nampak sesuai sangat dengan kau. Selama ni kan kau pakai tudung putih.”

“Merepek saja kau ni kan.”

Lesung pipit kelihatan di pipinya. Ikutkan hati, mahu sahaja Filzah meminjam tudung kawan lain pagi itu. Tidak suka memakai tudung krim. Bukan kerana warnanya, tetapi kerana kelabuhan yang menyebabkan dia tidak selesa. Tetapi, hasratnya diketepikan sahaja. Mengerti dalam kesibukan minggu peperiksaan ini , pastinya individu lain telah membuat target pakaian yang hedak dipakai sepanjang seminggu itu. Sudah siap digosok, kemas. Memudahkan mereka memakainya di saat kelas pecutan akhir dibuat secara tergempar.

Kerana kecuaian Filzah menguruskan jadualnya, tudung putih hanya tergantung di penyangkut baju. Terlalu tekun belajar di kamar, sehingga lupa perihal pakaiannya. Apabila disarungkan tudung putih, kelihatan comot dengan tompokan minyak di imej cermin.

“Cermin kene minyak ke?”

Dilapkan cermin. Tiada perubahan. Baru disedari tudungnya sendiri yang kotor.

“Lawak antarabangsa pula pagi-pagi ni.”

Tudung tadi dimasukkan ke dalam baldi. Kelas akan bermula 5 minit lagi. Berlari sepantas kilat ke bilik pakaian. Ditarik tuduk krim, terus disarungkan. Sudah tidak kisah tentang ketidakselesaan memakai tudung labuh itu, asalkan bersih dan senang dipandang orang. Terkejar-kejar menuju ke dewan kuliah. Tidak ingin lambat. Lebih baik baginya menunggu guru daripada ditunggu guru.

……..

Sesi kedua kuliah bermula. Kekuatan dikumpulkan Filzah sewaktu rehat tadi. Tidak ingin lagi hilang tumpuan dalam sesi kuliah.

“Banyak cantik kau. Kau dapat tumpukan pelajaran tapi aku terkial-kial tak senang duduk sebab kau!”

Kata-kata motivasi disuntik dalam dirinya. Tergugat dengan tumpuan yang diberikan Hafiz sewaktu sesi pertama kuliah. Suka bercampur benci berperang di hati kecilnya. Memori-memori pahit dikenang Filzah kembali untuk ubah perasaannya menjadi benci kepada Hafiz. Sepanjang waktu rehat digunakan sepenuhnya.

“Hai Cik Syakirah.”

“Hai Filzah. Weh, cuti hari tu aku mesej Hafiz. Kau tahu dia cakap apa?”

“Cakap apa?”

Hendak dengar atau tidak sahaja. Tidak ingin sesiapa pun tahu hatinya sudah mula tertaut pada jejaka yang mengganggap wajahnya seperti bekas kekasihnya.

“Dia cakap kau pelik! Dia sedar kau selalu usha dia.”

Terkesima Filzah. Rasa tergugat status gadis ganasnya jika diketahui dirinya sendiri melayan perasaan cintan-cintun ini.

“Hah, merepek! Dia yang usha aku. Kalau dia tahu aku usha dia kiranya dia usha aku juga lah kan?”

“Entah.”

Jawapan ringkas menyebabkan perasaan kesal menguasai Filzah. Perasaan malu juga menebal.

“Benci aku dengan kau! Ingat aku nak sangat usha kau! Dah curi hati aku tapi tak bertanggungjawab.”

Memori ini terlalu berdarah bagi Filzah. Hafiz seakan-akan menggelapkan seluruh hidupnya. Terasa maruahnya tercalar apabila dipandang sebegitu rupa dari mata kasar seorang lelaki.

“Jom gerak pergi dobi, ambil baju.”

“Boleh sahaja cik Aimi.”

Gaya Filzah persis seperti pelajar universiti. Memilih untuk memegang buku di tangan. Nampak segak. Ramai sahaja yang ingin mencuba menghampirinya tetapi dia lebih rela kesunyian. Senakal mana pun Filzah di sekolah, dia tetap disenangi kawan seperjuangan kerana cukup mesra dan menjaga hak kebajikan kawannya. Lebih penting lagi dia tidak melayan lelaki. Memang sudah memahami pelajar sekolah agama memang begitu, cukup anti dengan perempuan yang melayan lelaki.

“Eh Filzah, kau mesej dengan siapa budak laki sekolah ini?”

“Eh, adalah.”

Ketawa kecil mengikuti jawapan ringkas. Tersirat 1000 makna.

“Cakap saja lah. Aku tak cakap dekat siapa-siapa. Percayalah.”

“Tak nak lah. Menjaga maruah lelaki tu. Budak tu budak baik lah. Nanti habis SPM aku cakap okay.”

“Okay. Jam 4.30 petang pada 13 Disember nanti, aku tunggu jawapan kau depan dewan.”

“Semangat betul. Tengoklah kalau tak lupa.”

Aimi hanya mencebik muka. Dicuit pipi Aimi untuk kembali tersenyum. Bukan niat Filzah ingin merahsiakan kepada kawan baiknya sendiri, cuma sudah terbiasa berahsia kerana manusia sering kali mungkir dengan janji. Bukan niat Aimi juga hendak menyibuk perihal kawan baiknya, cuma kagum dengan lelaki yang berjaya berkawan dengan Filzah. Ajaib.

………….

Esok hari terakhir bergelar pelajar sekolah. SPM akan selesai dengan peperiksaan kertas Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah. Masih ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak kelahiran Terengganu ini. Malam terakhir itu bagaikan tiada sinar.

“Esok mungkin hari terakhir aku dapat tengok dia.”

“Dia boleh terima aku tak?”

“Tapi dia budak baik. Aku apalah sangat di mata dia, budak bermasalah.”

“Macam mana nak tahu perasaan dia dekat aku?”

Lamunan kali ini diselubungi air mata. Bacaan ayat al-Quran surah Yusuf dihentikan. Terlalu terbeban rasanya perasaan kasih yang tiada jawapan daripada pihak lelaki. Bersandar di tiang yang terletak di hadapan surau. Tidak berminat untuk mengulangkaji pelajaran.

“Syakirah, aku suka dia.”

“Habis kau nak suruh aku tolong kau.”

“Aku nak kau dengar apa yang aku nak luahkan ini.”

“Luahkan sajalah.”

“Aku suka dia sejak pertama kali jejak langkah dekat sini lagi. Kau pernah cakap kan dia tanya mengenai aku dekat kau waktu minggu balik pertama kan?”

“Aku ingat lagi dia tanya kenal Filzah tak? Mula-mula aku tak kenal kau. Tapi dia cakap kau satu kelas dengan aku. Baru aku ingat. Dia cakap juga kau sama muka dengan Sofia, ex dia.”

“Sebenarnya waktu kau laporkan perihal itu dekat aku, aku dah dapat rasa dia yang tanya. Maksud aku, sebelum ini aku tak tahu nama dia cuma cam muka dia. Waktu minggu jalinan kasih, selalu sangat bertentang mata dengan dia. Macam ada yang tak kena.”

“Dah ada aura lah tu.”

“Banyak lah kau!”

Lawak jenaka Syakirah membuatkan Filzah tergelak kecil.

“Walaupun aku tahu ramai kawan-kawan dia cakap dia jahat atau lupa diri, aku yakin dia budak baik Syakirah! Dia kan nak berubah jadi baik, kenapa tak bagi peluang dekat dia? Kenapa mesti ungkit cerita lama dia di sebalik mujahadah dia?”

“Aku pun sebelum ini pernah benci dia. Tapi lama-lama aku tengok dia makin bagus. Nampak perubahan itu.”

“Engkau ingat waktu minggu kokurikulum hari itu?”

Syakirah mencari idea untuk menjawab persoalan itu.

“Kenapa?”

“Sebelum program bermula, ada pembahagian kumpulan kan. Waktu aku dengar kumpulan akan dicampur lelaki dan perempuan, laju jantung aku bergetar.”

Menarik nafas. Mencari kekuatan bercerita.

“Engkau tahu aku dekat bilik basuh masa dengar berita itu. Bayangkan, aku berhenti basuh baju saat itu. Terus pergi ke papan pengumuman. Pakai kain batik saja tahu! Kau tahu apa aku buat?”

“Hah?”

“Aku cari nama Hafiz dulu tahu. Kerja gila kan? Tahu kenapa aku cari nama dia? Sebab memang setiap kali program aku akan dapat kumpulan dengan dia! Jumpa-jumpa nama dia, turunkan sikit jari, jumpa nama aku. Nampak!”

“Ada jodoh lah tu.”

“Banyak lah kau jodoh. Aku bimbang ini hasutan syaitan saja nak bagi aku perasan. Lagipun aku dengan dia kontra Syakirah. Dia Lembaga Disiplin, aku pula? Penghancur disiplin!”

“Okay, aku faham perasaan kau sekarang. Kau rasa tak layak untuk dia kan. Kau rasa mustahil untuk dapatkan dia kan?”

“Begitulah.”

Sebak hati Filzah. Pertama kali dia berkongsi perasaan yang sudah lama terbuku. Meminta petunjuk daripada Allah. Sudah beberapa malam dia melakukan solat istiharah, tetapi hatinya masih katakan suka kepada Hafiz.
“Dengar sini Filzah. Sebenarnya, aku dapat rasa kau suka Hafiz. Dan hati aku kuat katakan Hafiz pun sukakan kau!”

“Janganlah bagi aku harapan palsu.”

“Aku tanya Hafiz boleh?”

“Jangan lah. Malu aku nanti.”

“Pandai-pandai aku susun ayat nanti. Kau tak nak cuba mesej dia?”

“Tak nak aku. Nanti ada makhluk Allah yang ketiga hasut hati kami. Lagipun, dia sedang bermujahadah tu. Aku tak nak anak buah dia hilang hormat nanti disebabkan seorang perempuan. Macam-macam fitnah nanti tersebar.”

“Habis, macam mana nak buat kalau kau tak nak terus terang dengan dia?”

“Biarlah Allah yang tetapkan segalanya.”

Filzah sebenarnya menyedari perubahan pada dirinya. Semakin menghampiri Allah dan yakin dengan janji Allah. Mungkin hasil tarbiyah yang diperolehinya di sekolah agama ini.

“Kalau ada jodoh tidak ke mana lah Filzah.”

“Syakirah, kau ingatkan aku kalau aku terpesong nanti okay. Aku nak jadi baik macam dia.”

“Macam perli aku saja. Kau tahu tak, aku kagum dengan kau sekarang. Dah banyak berubah. Aku yang terasa kerdil. Sebab itulah, ada orang lain suka kau.”

“Suka aku? Siapa yang malang sangat tu?”

“Aidil.”

Diam seribu kata. Sebenarnya, perasaannya sudah dapat rasakan sebelum ini. Cuma didiamkan sahaja.

“Mana kau dapat cerita merepek ni?”

“Aku nampak dari gerak geri dia tengok kau.”

Firasat Syakirah tidak dapat disangkal. Filzah sendiri sebenarnya sudah peka dengan perasaan manusia sekelilingnya. Cuma lebih suka disimpan, khuatir gerak hati tanpa bukti akan menjadi fitnah.

“Salah aku Syakirah. Aku yang gatal nak layan dia sebelum ni. Konon nak buat kawan baik. Tapi, tengok apa pengakhirannya. Mesej dia akhir-akhir ni pelik tahu. Ambil berat sangat. Aku jadi rimas.”

“Habis, kau nak buat apa?”

“Buat apa? Kurangkan mesej lah. Tak sanggup aku hancurkan bala tentera Islam sendiri.”

Perbualan dengan Syakirah petang tadi berlegar-legar di fikiran Filzah. Terasa masih jahil diri ini, sedikit sebanyak memberikannya kekuatan untuk mencari sinar baru dalam hidupnya.

“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan Hafiz esok hari andai masih kau izinkan bagiku mengharap padanya.”

Filzah bangkit meninggalkan surau. Terasa lebih tenang, seakan-akan malaikat mengiringinya bersama. Memilih untuk tidur awal malam ini. Disertakan niat untuk bangun awal esok hari. Tidur sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya yang sedang bergelora.

………….

Selesai menjawab kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia. Kesyukuran dilafazkan di bibir Filzah. Kali ini Allah masih membantunya. Jujur saja diperakui Filzah, dia bukanlah sehebat kawan yang lain dalam matapelajaran agama. Tetapi kali ini, pecutan terakhir Filzah di awal pagi yang penuh dengan kebuntuan memilih untuk membaca soalan target yang dihantar oleh kawan lamanya sahaja. Ikhtiar terakhir baginya. Berserah pada Allah setelah itu.

Kegembiraan pelajar-pelajar sekolah agama ini disambut dengan doa wehdah. Dipegang erat bahu sahabat-sahabat seperjuangan, terasa manisnya ukhuwah yang terjalin selama ini.

“Di sini aku belajar erti kasih sayang Allah!”

Hati Filzah berbicara di sebalik kesedihan memikirkan doanya pada hari semalam. Ya Allah, berikanlah hamba petunjuk-Mu. Dalam kesibukan bersiap-siap untuk pulang, berbeza dengan Filzah. Masih mengajak kawan baiknya melepak di sekeliling sekolah. Mengenang kembali memori bersama. Luluh rasanya hati ini.
Siapa yang tidak mengenali Filzah dengan keyakinannya ketika berjalan. Tegak seperti kayu, seolah-olah berani. Tidak sama seperti perempuan lain di sekolahnya itu, berjalan dengan penuh berhati-hati. Bimbang agaknya apabila bertembung dengan kaum adam di selekoh tajam. Kaum adam didahulukan untuk berjalan. Filzah tidak suka seperti itu. Naik kepala kaum adam di matanya!

“Ada hati nak orang hormat, kaum hawa sendiri tidak dihormati! Lembut tak bermakna boleh dihina!”

Alasan yang diberikan Filzah apabila ada yang memerlinya. Kerana nila setitik rosak satu belanga. Hanya segelintir pihak yang mencari masalah dengannya, tetapi semua lelaki perlu menerima tempiasnya. Bukan semua memori indah diciptakan di sekolah itu, kebanyakannya pahit. Namun, yang pahit itu disukai Filzah. Difitnah dan dicemuh membuatkannya lebih matang. Lebih berhati-hati dalam menilai orang sekeliling.

“Aku tak pernah terlintas nak lelaki baik macam budak sekolah ini. Di mata manusia, baik itu ikut semua perintah Allah kan? Tapi manusia tahu tahap keikhlasan seseorang itu beribadat? Sebab itu aku mencari orang yang boleh ubah aku menjadi baik. Sebab keikhlasan dia beribadat akan dapat dirasai orang sekeliling dan membuatkan orang terpaku.”

Prinsip hidup Filzah mudah sahaja. Tidak kisah dipandang hina di mata manusia, asalkan berhati-hati dalam memasang niat membuat sesuatu. Dipandang mulia di mata Allah lebih penting dalam menempuh cabaran kehidupan.

“Ya Allah, berikanlah aku petunjuk terakhir-Mu agar aku tidak disesatkan bisikan nafsuku.”

Masih memanjatkan doa kepada Allah. Kakinya semakin ringan meninggalkan kawasan sekolah, ingin menghampiri kawasan asrama. Bagaikan mustahil lagi untuk melihat kelibat Hafiz di saat ramai yang telah beredar pulang.

“Hafiz!”

Berdegup kencang hati Filzah. Terlihat kelibat Hafiz di satu sudut. Ditundukkan pandangan.

“Ya Allah, andai ini petunjuk-Mu bimbinglah aku mencari jalan-Mu.”

Senyuman lebar disimpan di dalam hatinya.

……………………………..

Filzah, kau tak perlu tunggu Hafiz rasanya. –Syakirah

Kenapa? –Filzah

Hafiz cakap perjalanan hidup lama lagi. Mungkin kau akan jumpa orang lain dekat universiti nanti. –Syakirah

Okay, terima kasih. –Filzah

Berderai air mata Filzah membaca mesej Syakirah setelah seminggu meninggalkan sekolah.Matanya memandang ke arah siling. Memikirkan cara bagaimana hendak melupakan Hafiz. Tidak mengerti dengan diri sendiri kenapa terlalu sukar melupakan lelaki yang banyak kontra dengan dirinya.

“Kau tak kenal aku siapa Hafiz! Aku benci kau.”

…….

Macam mana nak jadi isteri solehah ni. Bertata pula, bukan bagi salam. Assalamualikum. Selamat malam. –Rashid

Mahu tidak mahu sahaja Filzah membaca pesanan ringkas yang diterima. Sengaja diberikan alasan oleh Filzah ingin tidur awal malam itu. Tidak selesa untuk berbalas mesej dengan lelaki yang bukan di carta hatinya.

“Makruh lah kau jawab salam aku nanti.”

Mengomel Filzah di dalam hati. Kini sudah masuk tahun keempat melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia. Jurusan kedoktoran menjadi pilihannya dengan keputusan yang cemerlang dalam SPM berbekalkan biasiswa JPA. Hidup Filzah masih sama seperti dahulu cuma kenakalan sahaja berkurang memandangkan kehidupan di alam universiti tidak terikat dengan peraturan seperti di sekolah.

Filzah tertidur, berpelukan dengan album gambar. Keletihan memandangkan waktu petang dihabiskan untuk bersantai dengan kawan sekuliah.

“Ya Allah, tertidur semalam.”

Deringan jam loceng telefon bimbit mengejutkan Filzah. Tepat jam 4.30 pagi. Cukup peka dengan bunyi, mudah sahaja untuk bangun di awal pagi. Selesai membaca doa selepas tidur, disapukan kedua tapak tangan ke muka, masih sedar tidak sedar.

“Aku al-mulk tak semalam?”

Akal mencari idea untuk menyediakan jawapan. Kesan tidur pada waktu yang tidak dirancang. Semuanya bagaikan kacau-bilau.

“Dah baca lah lepas solat isya’.”

Jari kaki digerak-gerakkan lagi. Membetulkan urat mata di samping meningkatkan lagi tahap kesedaran diri. Memaksa diri untuk berposisi duduk, tidak mahu terlena kembali. Senyuman pagi yang terukir bertukar seketika apabila matanya tajam melihat album gambar di sisinya. Diambil lalu menghampirkan album itu ke wajahnya.

“Selamat pagi awak. Semoga Allah jaga iman awak selalu.”

Mata yang tertutup bagaikan mengelamun dalam kata-kata dibuka kembali.

“Aku tak boleh sedih sebab kau lah!”

Bisikan hati yang membara mengukirkan kembali senyuman manis Filzah. Bergerak dengan yakin ke kamar mandi. Mengambil wuduk. Bersiap untuk Qiam. Seperti biasa, selesai solat taubat, solat tahajud disertakan dan diteruskan dengan solat hajat. Mencari kekuatan di sebalik solat malam itu.

Aku nak jumpa kau boleh? Ada masalah lah sayang. –Filzah

Tiada masalah. Jumpa di kafe biasa okay! –Aimi

“Awal kau bangun Aimi. Baru pukul 5.30 pagi.”

Getus hati yang kehairanan. Bukan mudah melihat seorang pelajar universiti bangun awal pagi.

“Aku tak tahu nak terima Rashid atau tidak.”

“Rashid? IR Rashid?”

Persoalan Aimi dibalas dengan anggukan sahaja.

“Terima sebagai apa? Kekasih?”

“Suami!”

“Hah?”

“Soalan apa yang kau tanya ni Aimi? Terima dia dalam hidup aku. Aku pusing sekarang perlu sangat kah aku balas mesej-mesej dia yang tak penting? Aku rimaslah.”

“Okay, maaf lah kawan. Tenang sahaja. Senyum dulu.”

Berat sahaja senyuman terukir, entah ikhlas atau tidak.

“Aku faham situasi kau. Tapi pada pendapat aku, kenapa mesti kau hidup dengan kenangan lama yang tiada kepastian? Pandang aku, Filzah.”

“Aku nak tanya kau, dia tahu perasaan kau dekat dia tapi kau tahu perasaan dia dekat kau? Tiada kepastian kan? Aku nak tanya lagi, bila last kau mesej dia? Pernah dia mesej kau dulu? Tak kan? Kenapa mesti kau terhegeh-hegeh dekat mamat yang tak pandai hargai cinta kau tu!”

Kali ini nada suara seorang kawan mula naik tanda geram pada seorang lelaki yang telah merosakkan hidup Filzah. Air mata Filzah bertakung. Menarik nafas yang panjang untuk memulakakan kata-kata.

“Aku tak harapkan semua ini terjadi, Aimi. Sakitnya jasad aku menanggung hanya Allah yang tahu.”

…………..

 Aku nak alamat rumah kau boleh? –Rashid

Aku mana ada rumah. Belajar pun tak habis lagi. –Filzah

Kau ni memang sengaja jadi lurus kan? Okay cik adik bendul, aku nak alamat rumah umi abah kau. –Rashid

Maaf lah, kalau nak alamat umi abah kene minta sendiri dengan mereka sebab milik mereka kan? –Filzah

Susah betul dengan kau ni kan. Aku nak masuk meminang kau lah budak manis. –Rashid

Mesej kali ini tidak dibalas. Sudah beribu kali saja situasi seperti ini terjadi. Jawapan daripada Filzah hanya menyepi.

Filzah Amira binti Rahim, sudikah awak menyempurnakan hari-hari saya sehingga akhir hayat? –Rashid

Suasana petang di taman kampus bagaikan sepi seketika. Nafas Filzah terhenti dek waktu yang berhenti tanpa disedari. Sukar untuk jejari manisnya membalas mesej kali ini.

“Filzah, kau okay?”

Kedatangan Aimi menggerakkan kembali denyut nadi yang tergamam. Hanya tunduk ke bawah melihat kawasan rumput hijau.

“Kau nak terima dia?”

Aimi seakan-akan mengetahui bicara hati Filzah. Air mata mula disembunyikan. Sebak terasa dadanya memikirkan soal jodoh. Semakin berat rasanya menamatkan zaman kuliahnya. Lebih suka jika akalnya dipenuhi dengan persoalan pelajaran berbanding persoalan jodoh. Persoalan pelajaran ada jawapannya tetapi persoalan jodoh penuh dengan rahsia yang memerlukan kunci kesabaran.

“Filzah, kau tengok cincin kau ni. Kau yang bagi harapan dekat Rashid kan?”

Diam seribu kata. Filzah akui cincin yang diberikan Rashid disarung di jarinya atas dasar dirinya masih belum dimiliki seperti yang telah Rashid titipkan sempena hari lahirnya yang ke-20.

“Kau pakai cincin aku kalau masih ada harapan untuk aku tunggu kau, faham!”

Cincin perak sudah terbiasa berada di jarinya. Sayang untuk dilepaskan.  Filzah sedari dia terperangkap dengan mainan hatinya. Pada mulanya, cincin itu disarungkan supaya tiada lelaki lain lagi yang muncul dalam hidupnya. Lebih mudah untuk membuat keputusan kelak. Tetapi kini, kebuntuan masih ada. Pada realitinya, dia memberi pengharapan kepada lelaki yang setia menantinya namun kesetiaan itu bagaikan tiada jawapan.

“Filzah, Rashid tunggu kau untuk jadi yang halal baginya.”

Sekotak hadiah kemas berbalut dihulurkan. Lama dipegang Aimi, berat tangan Filzah menerimanya. Diletakkan sahaja di sisi Filzah atas kerusi panjang tempat duduknya.

“Aku harap kau minta petunjuk dari yang Maha Penyayang. Ada jawapan di sekitar kau. Jangan terlalu hidup dengan kenangan dan harapan yang tiada kesudahan.”

Berlalu pergi meninggalkan kawan baik yang memerlukan ruang bersendirian. Kad kecil terselit diambil Filzah untuk mendapatkan jawapan pertama.

Dear awak,
Saya tahu bukan saya yang awak inginkan dalam hari awak.
Tetapi ketahuilah awak yang saya inginkan dalam hari saya.
Izinkan bagi saya membuatkan awak inginkan saya dalam hari awak kelak.

Filzah Amira binti Rahim, sudikah awak menyempurnakan hari-hari saya hingga akhir hayat?

Salam persahabatan,
Rashid Amir

………..

“Ada nampak Rashid tak Aimi?”

“Kenapa kau tanya aku? Tanya lah tunang dia.”

“Kau kan satu kuliah dengan dia. Dia ada tak waktu kuliah?”

“Entah, tak perasan lah. Cuba lah telefon dia.”

“Kau lupa perjanjian kami? Kau kan saksi.”

“Oh, maaf. Perjanjian yang mendatangkan hasil.”

Senyuman bermuslihat bermain di bibir Aimi. Lansung tidak mengubati keresahan hati Filzah.

“Yang kau cacing kepanasan ni kenapa? Mungkin dia belajar, semester terakhir dia kan kali ini.”

“Bijak idea kau. Terima kasih!”

Pipi Aimi menjadi mangsa cuitan kegeraman Filzah kali ini. Bergesa menuju ke perpustakaan. Lokasi tepi tingkap disasarkan. Tiada bayang kelihatan.

“Mana kau pergi ni Rashid.”

Ditarik kerusi lokasi belajar tunangnya itu. Menenangkan hati yang penuh kegelisahan. Nama-nama Allah bermain di bibirnya. Mendidik hati untuk bersederhana. Akal fikirannya masih melayang mencarikan jawapan di mana Rashid sekarang. Mahunya tidak, sudah seminggu tidak kelihatan jasad Rashid, sebulan tidak bersemuka dengan Rashid dan setahun tidak menghubungi Rashid menggunakan kemudahan teknologi.

“Dia bosan dekat aku kah? Aku ni cerewet sangat bagi syarat-syarat. Mestilah dia susah nak ubah kehidupan dia.”

“Alahai Filzah. Kau ni nak yang alim, hafal al-Quran, jaga pergaulan. Diri kau sendiri banyak kelemahan. Dia tak bagi syarat pun dekat kau!”

Filzah membebel pada dirinya sendiri. Berjauhan dengan Rashid membuatkan dia sedari bahawa Rashid terlalu bermakna dalam hidupnya. Kelemahan dirinya juga semakin dapat dibaca oleh hatinya kini.

“Kakak, ada abang bagi nota ni.”

“Terima kasih.”

Dear awak,
Jangan bersedih kerana ada Dia untuk menjaga awak untuk saya selalu. 
Semoga pengorbanan kita dalam rahmat-Nya. 
Bersangka baiklah dengan Dia selalu. Jom jadi pelajar top! Salam imtihan.

Hamba-Nya,
Rashid Amir

………

Sayang,
Abang tunggu sayang dekat kafe jam dua (:

Salam rindu,
Papa Amir

Filzah senyum bahagia dengan nota ringkas kekasih halalnya. Masih menggunakan cara tradisional, tiada penggunaan teknologi, hanya diselitkan nota pada beg tangan Filzah. Ceria sahaja hari-hari dilalui dengan penuh bersemangat.

“Filzah, aku nak ajak kau pergi majlis reunion sekolah lama aku. Kau ada masa tak hujung minggu ni?”

Ternganga Filzah. Kenapa Rashid tiba-tiba membahasakan dirinya aku? Raut mukanya juga agak tegas.

“Abang ni kenapa? Filzah ada buat salah?”

“Kenapa apa? Mana ada kau buat salah pun. Kau nak jadi couple aku tak untuk majlis kali ini?”

“Abang, Filzah nak pergi toilet dulu.”

“Jangan lama-lama. Nanti bau tandas ikut kau nanti.”

Lemah Filzah berjalan meninggalkan Rashid. Kali ini hatinya benar-benar patah. Cermin pada toilet dilihatnya. 
Seribu satu persoalan berlegar-legar di fikirannya.

“Apa salah aku?”

“Kenapa dia tegas semacam?”

“Dia dah tahu mengenai Hafiz kah? Aduh, kenapa jadi macam ini. Hafiz pun sama, masa aku dah nikah baru cakap yang dia dah lama tunggu aku.”

Filzah hidup dengan kenangan masa lalu kembali setelah muncul Hafiz dalam hidupnya setelah sekian lama. Entah bagaimana Hafiz boleh hadir dalam majlis bahagianya.

“Tahniah. Maaf kerana saya terlewat sedikit. Mungkin tiada jodoh.”

Jawapan yang ringkas tetapi jelas kesedihan terpancar di wajah Hafiz. Mungkin selama ini dia sendiri keliru dengan perasaannya terhadap heroin sekolah yang terlalu kontra di matanya. Namun hakikatnya, kenangan kenakalan Filzah mampu membuatkannya tersenyum sendiri.

“Dah habis menangis?”

Rashid setia menanti Filzah, berdiri bersandar di dinding tepat sahaja di depan tandas. Mukanya tegang persis seperti mencari masalah baru. Langkah diatur mendekati Filzah dengan lajunya. Mata bertentang mata.

“Saya minta maaf kerana tak boleh jadi yang sempurna buat awak.”

“Awak sudah menyempurnakan hari-hari saya, abang.”

Telefon bimbit Rashid berdering. Mematikan mood mengelamun mereka.

“Awak duduk dulu okay. Saya jawab panggilan dulu.”

Dear awak,
Terima kasih kerana telah izinkan saya penting dalam hari-hari awak.
Bersangka baiklah pada-Nya. 
Hidup dalam kenangan akan membuatkan awak tertekan.

Salam Sayang,
Rashid Amir

“Selamat hari persahabatan, sayang.”

Rashid mencium Filzah dari belakang. Saat itu terlalu bahagia buat Filzah. Sekeping kad kecil di atas pinggan Filzah berjaya menenangkan hati Filzah kembali.

“Terima kasih, abang.”

“Cuak dengan lakonan abang tadi?”

“Agak lah.”

“Bukan dulu awak suka sangat saya tegas dalam bercakap kan. Mana boleh mengada-ngada. Siap suruh straight to the point lagi.”

“Dulu kawan, sekarang kawin.”

Nada merajuk Filzah membuatkan Rashid bertambah romantik.

“Kan? Mana lagi best? Kawan atau kawin?”

“Banyak lah awak nak kenekan saya kan.”

“Hai Amir, mama Amir merajuk dengan papa Amir. Amir tolong papa pujuk Mama okay.”

Cuping telinga Rashid mendekati kawasan perut Filzah. Berbicara dengan kandungan berusia lima bulan itu.”

“Amirah lah, bukan Amir.”

“Hero menang bukan heroin.”

“Heroin lagi hebatlah.”

“Hero sayang heroin lah.”

Kesabaran Rashid membuatkan dirinya ada dalam hari-hari Filzah. Kini saling melengkapi dan bertambah sempurna. Siapa sangka daripada kawan baik menjadi kawan terbaik.


.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.