Showing posts with label zauji :). Show all posts
Showing posts with label zauji :). Show all posts

Tuesday 3 April 2012

Calon (?)

In the name of Allah
the most Gracious 
and the most Merciful~

okay (!)
bulan empat ni aku nak sharing2
tentang realiti kehidupan aku sendiri (!)
aku taknak umpatan dari anda semua.
jujur umpatan dan makian memang menyakitkan (!)

sebelum teruskan pembacaan
aku cuma nak buat sedikit request
hopefully~
anda semua pandang aku sebagai seorang yang sedang mencari jalan hidup baru.
why (?)
sebab aku ini memang tak baik atau solehah~
cuma aku sedang berusaha ke arah itu (!)


best buddy aku pernah cakap
dia meluat tengok budak2 belasan tahun cakap tentang kahwin (!)
yeah,
bila dia luahkan kemarahan yang membara
baru aku sedar 
"aku suka cakap pasal kahwin"
sejak bila (?)
sejak istilah couple tiada dalam minda aku (!)
kalau dulu orang story morry tentang couple ni~
"awww! sweetnye korang !"
pergh (~)
tapi sekarang aku dah tak nampak betapa manisnya couple itu (!)
kecuali~
anda couple atas pengetahuan keluarga (!)
yeah, itu aku memang doakan kebahagiaan~
moga sampai ke gerbang perkahwinan.

"laki ni kalau cakap sayang sekarang baik tak payah lah (!) baru umur 18. bukan tahu apa2 dengan erti sayang tu (!) kalau umur 23 baru boleh pakai (!)"

okay,
pesanan ini sangat terkesan di hati aku~
sampaikan kalau orang yang aku minat buat hal
aku akan cakap dalam hati
"ada aku kisah?"
tapi~
kalau sekarang umur aku 23
jujur sahaja aku akan straight to the point
"eh, rasanya awak dah salah langkah (!)"

faham apa aku nak sampaikan?
aku taknak pasangan yang berjanji untuk hidup semati sekarang (!)
aku nak yang berjanji sehidup semati bila umur dah capai 23.
( bila dah matang soal tanggungjawab (!) )

 .calon.calon.calon.
memang tak ada lagi (!)

"nanti masuk universiti kak lin carilah calon suami"

ini pesanan ringkas dari beloved parents.
dan 
sekarang aku tak masuk universiti lagi.
so, say "tata" to calon suami (!)

eheh~

"I am not looking for a good one but I am looking for someone that can change me to be a good one"

pengakuan terbuka aku nak buat~
aku memang tak suka budak hot (!)
sebab budak hot ini banyak bercerita.
pantang jumpa kawan~
terus mengadu domba.
kalau share dengan best buddy saja aku tak kisah (!)
tapi nak jaja sana sini (!)


dengar sini rakyat Malaysia (!)
kau banyak fikir tentang couple dan kahwin.
ada kau fikir
rakyat bumi berdarah fikir pasal syahid (!)

notakaki:
kalau anda nak request saya sharing apa2 silakan sajalah~
dengan izin-Nya saya akan cuba penuhi
selagi tidak bertentangan dgn syariat (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 19 March 2012

Awak berjaya buat saya lupakan dia tapi ~.~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

dear awak,
mungkin awak boleh buat saya lupakan dia.
tapi,
maafkan saya awak,
saya tak boleh tipu diri saya lagi~
saya selalu ingat Dia bila kita mesej dan chatting.

awak,
saya sayang Dia sangat2!
kerana Dia selalu ada dengan saya~
waktu saya senang, waktu saya susah.
Dialah peneman setia saya, awak!

Dia yang saya cari untuk saya ikat kuat2 di hati ini.

awak,
awak nak kenal Dia?
bacalah ayat-ayat cinta-Nya setiap hari.
dengan izin-Nya,
air mata awak akan mengalir~
seperti mana saya alirkan tanda terharu dengan nikmat kasih-Nya!


notakaki:
kalau kita mempunyai pasangan hidup yang mencintai-Nya,
pasti dia izinkan kita mencintai Dia lebih daripada kita mencintai Dia.
inilah satu-satunya selingkuh yang membawa kebahagiaan!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 16 March 2012

kenapa mesti negeri sama?

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

memandangkan umur dah nak cecah 18 tahun~
diberi kebenaran kpd diri sendiri utk talking about perkahwinan.
whats this! eyyuuu~
just out from here!

bukan nak halau or whatever,
tp memang ada kan orang yg tak suka dgr cerita melibatkan percintaan ni.
kenapa agaknya enh?
cinta kan fitrah~
Allah ciptakan manusia pelbagai ragamnya kan.
subhanallah, Maha Agung Allah.

abah dulu sebelum kahwin, memang dah set aku nak kahwin dengan orang kelantan. senang nak balik rumah kampung kedua pihak nanti.

kalau anak2 umi kahwin orang jauh2, dah tak balik kampung halaman nanti. tanah pusaka dekat sini pun senang2 jual.

inilah jawapan abah dan umi~
bila bercerita tentang jodoh.

kak lin tak nak lah kahwin dengan orang kelantan! tak suka!

dan itu pula keluhan anak yang masih tak mengerti apa2.

nasib kau lah cik lin~
dibesarkan di perak.
bila balik kelantan,
sambung belajar dekat selangor pulak.
macam mana nak kenal orang kelantan macam tu?
masuk u nanti tak kan masuk UMK kot?
mana ada bidang sains!

umi kata lelaki kelantan ni berjenis sikit.
tapi mata ini masih mencari-cari ada apa dengan lelaki kelantan?
lin kata yang lelaki kelantan ni panas baran!
mungkin kerana nila setitik rosak satu belanga.

kalau ada jodoh tak ke mana umi. mana tahu Allah tetapkan jodoh lin orang luar negara.

jodoh boleh dicari, ikut kehendak. ini lah anak muda tak nak dengar nasihat.

dush!
masih suruh cari pasangan orang kelantan.

baru saya faham~
rupa2 nya memang ibu bapa kelantan tak sanggup berpisah dengan anak2.
bimbang tak balik kampung halaman.
kelantan jauh sangat kah?
mungkin jauh kerana jalan nak ke kelantan berliku-liku.

bukankah setiap kesulitan akan disusuli dengan kesenangan?
kalau diaplikasi dalam masalah sekarang,
perjalanan yang memenatkan akan terbayar dengan kegembiraan menatap wajah umi abah!
bermusafir itu seronok tahu!
boleh nyanyi lagu balik kampung.
kalau duduk kelantan juga,
tak boleh nyanyi lagu balik kampung :(

umi, kalau kak lin nak cari suami, kak lin cari yang dekat2 sahaja. orang perak ke orang pahang ke. kan dekat? tapi taknak orang terengganu!

aik? kenapa?
sebab terengganu loghat high-class.
tak suka negeri berloghat sangat~
sebab loghat kelantan pun tak dapat kuasai sepenuhnya lagi (.")

Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik buat kita.
Kita hanya mampu merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 12 March 2012

Kontest- Dia DiHatiku, Dia Idamanku

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )

kuat pegangan agama
se-anti mana pun aku pada lelaki yang baik
ala-ala BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR)
jujur sahaja aku adalah manusia paling bahagia
kalau memiliki mereka sebagai zauji.

macam mana tak gembira
kalau kita kekasih pertama dia di dunia.
wink.wink.wink.

itu sebenarnya bonus sampingan sahaja
bonus utama ialah kita dapat selingkuh (:
selingkuh mencintai-Nya melebihi mencintainya!
inilah selingkuh yang paling konfem BAHAGIA!
best kan dapat green light dari si dia untuk selalu date dengan DIA?

mempunyai harta
bukan sebab terlalu harapkan duit zauji
tetapi cuba bayangkan kalau zauji tak ada duit, selalu minta duit kita~
stress jugak kot! siapa tanggung siapa?
kan tugas suami sediakan nafkah keluarga.

kalau dapat yang kaya~
alhamdulillah, boleh galakkan zauji bersedekah.
kalau Allah redho, dengan izin-Nya semua urusan dunia akhirat lancar.
kalau dapat yang sederhana~
cukuplah sekadar menampung keluarga.
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

mempunyai rupa paras
cantik itu abstrak!
aku tak pandai nilai tahap kacak seperti orang lain.
jadi~
cukuplah bagi aku tenang lihat wajah seseorang.
ketenangan itu ialah kekacakan di mata aku!

aku taknak lah syok sendiri pandang zauji kacak!
so, aku sangat harap zauji aku kelak
memiliki raut wajah yang memberi ketenangan kepada orang sekeliling aku
especially,
saudara se-Islam aku (.")

mempunyai akhlak yang mulia
cukuplah kalau ada zauji yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Islam itu indah, dan indahlah juga yang mengamalkannya.

romantik.penyayang.memahami.mengambil berat.bertolak ansur.penyabar.dll
itu ialah peribadi yang diajar dalam Islam
indahnya akhlak seseorang kalau memahami ISLAM dengan baiknya (:

okay (!)
ringkas sahaja~
tetapi aku tahu memang susah nak jumpa kan (?)
thats why aku dah siap cakap dekat parents.

"jodoh kak lin nanti biar umi abah tentukan sajalah, boleh?"

bukan aku taknak cari~
tapi,
aku suka orang yang menghormati prinsip agama.
tidak perlu mengorat ambil hati aku dulu~
why not terus gunakan keluarga aku sebagai orang tengah?

"sesungguhnya lelaki yang awesome ialah lelaki yang tidak memberi pengharapan kepada wanita"


notakaki:
tagging you, you and you (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 3 February 2012

Aura Cinta Boleh Menundukkan Segalanya~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Malam ini tajuk hot sikit (:
Jom jadi open minded sekejap~

siapa tak pernah jatuh cinta
angkatkan kening anda~
wah, osemnye~
siapa yg angkat kening tadi~
anda pernah minat seseorang?

actually, saya masih wondering~
jatuh cinta and minat perkara yg berbeza?
apa2 pown memang fitrah manusia kan~
diciptakan kaum adam dan hawa utk saling melengkapi~

okay reader,
cinta itu buta~
memang formal kita dengar.
jadi saya nak buat ayat baru~
aura cinta itu berbisa :)

percaya atau tidak,
apabila kita sudah jatuh hati~
segala tingkahlaku dan perkataan buah hati kita
terasa betul 100%
senang cakap~
tiada kesalahan, sempurna!

yang tak pernah pegang tangan bukan mahram pown,
akan menghalalkan tindakan itu apabila pujaan hatinya memegang tangannya.
yang menjaga auratnya selama ini,
rela ditunjukkan auratnya kepada kekasihnya sahaja.
yang selama ini pandang serong pada org keluar dating,
akan ubah pandangannya apabila kekasihnya ajak dating.

kan bahaya aura cinta berlandaskan nafsu~

tetapi saya nak bawakan versi
jatuh cinta dengan kekasih Allah~

yang selama ini suka mesej dengan bukan mahram,
rela berhenti mesej utk jaga diri baik2.
yang selama ini tak labuhkan tudung ke dada,
akur dengan nasihat buah hatinya utk mengikut perintah Allah.
yang selama ini tak pernah qiam,
rela bangun qiam kerana mengharapkan Allah penghubung kasihnya.

kenapa semua ini terjadi?
kerana kekasih Allah mencintai Allah.
dan golongan ini mencintai orang yg mencintai Allah~
maka dan jadinya,
mereka inginkan kekasih halal utk berkongsi kegembiraan dunia dan akhirat.

banyaknya ganjaran pahala jadi kekasih Allah~
dapat extra pahala lagi~
sebab dah tarik seseorang ke jalan yg benar
even diri sendiri tak sedar~
walaubagaimanapun,
Allah itu Maha Mengetahui.
berhati-hati dalam memasang niat.

kesimpulannya di sini,
banyakkanlah berdoa~
moga2 anugerah CINTA terhadap manusia~
Allah letakkan kepada yg mencintai-Nya.

notakaki:
hidayah itu milik Allah dan hidayah disampaikan dalam pelbagai cara.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.