Monday 12 March 2012

Kontest- Dia DiHatiku, Dia Idamanku

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )

kuat pegangan agama
se-anti mana pun aku pada lelaki yang baik
ala-ala BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR)
jujur sahaja aku adalah manusia paling bahagia
kalau memiliki mereka sebagai zauji.

macam mana tak gembira
kalau kita kekasih pertama dia di dunia.
wink.wink.wink.

itu sebenarnya bonus sampingan sahaja
bonus utama ialah kita dapat selingkuh (:
selingkuh mencintai-Nya melebihi mencintainya!
inilah selingkuh yang paling konfem BAHAGIA!
best kan dapat green light dari si dia untuk selalu date dengan DIA?

mempunyai harta
bukan sebab terlalu harapkan duit zauji
tetapi cuba bayangkan kalau zauji tak ada duit, selalu minta duit kita~
stress jugak kot! siapa tanggung siapa?
kan tugas suami sediakan nafkah keluarga.

kalau dapat yang kaya~
alhamdulillah, boleh galakkan zauji bersedekah.
kalau Allah redho, dengan izin-Nya semua urusan dunia akhirat lancar.
kalau dapat yang sederhana~
cukuplah sekadar menampung keluarga.
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

mempunyai rupa paras
cantik itu abstrak!
aku tak pandai nilai tahap kacak seperti orang lain.
jadi~
cukuplah bagi aku tenang lihat wajah seseorang.
ketenangan itu ialah kekacakan di mata aku!

aku taknak lah syok sendiri pandang zauji kacak!
so, aku sangat harap zauji aku kelak
memiliki raut wajah yang memberi ketenangan kepada orang sekeliling aku
especially,
saudara se-Islam aku (.")

mempunyai akhlak yang mulia
cukuplah kalau ada zauji yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Islam itu indah, dan indahlah juga yang mengamalkannya.

romantik.penyayang.memahami.mengambil berat.bertolak ansur.penyabar.dll
itu ialah peribadi yang diajar dalam Islam
indahnya akhlak seseorang kalau memahami ISLAM dengan baiknya (:

okay (!)
ringkas sahaja~
tetapi aku tahu memang susah nak jumpa kan (?)
thats why aku dah siap cakap dekat parents.

"jodoh kak lin nanti biar umi abah tentukan sajalah, boleh?"

bukan aku taknak cari~
tapi,
aku suka orang yang menghormati prinsip agama.
tidak perlu mengorat ambil hati aku dulu~
why not terus gunakan keluarga aku sebagai orang tengah?

"sesungguhnya lelaki yang awesome ialah lelaki yang tidak memberi pengharapan kepada wanita"


notakaki:
tagging you, you and you (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

3 comments:

Pka Rahim said...

tq jemput pka :)

Lieza Nordin said...

tq jmpt sy.. sy baru baca je komen.. :D maaf lmbt..

gadis~ said...

kak anis suka sangat entry ni . sweet sangat :D