In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~
"gulp, macam mana boleh sangkut satu subject ni."
apabila manusia selalu pandang yang di atas~
mulalah syaitan datang membisikkan hasutan
yang menyebabkan manusia lalai lupa untuk bersyukur.
"subhanallah, hanya dengan kuasa-Mu aku berjaya ubah gred D kepada A+"
sukar kan nak dapat keikhlasan dengan ketentuan Allah.
nama pun manusia lemah~
bila dah berprasangka buruk dengan takdir Allah,
bersyukurlah jua jika
Allah detikkan hati untuk muhasabah diri balik.
Sesungguhnya Allah masih sayang akan kita.
waktu 21 Mac 2012~
aku adalah manusia yang tergolong dalam orang2 yang terlalai.
apabila dimuhasabahkan diri, barulah tersedar
yang Allah telah memberikan lebih banyak ganjaran jika dibandingkan kecacatan!
Ujian Mac
Pertengahan Tahun
Trial SBP
Trial JPNS
SPM
Bukankah terlalu banyak ganjaran yang Allah telah hadiahkan?
Kenapa mesti masih ragu dengan nikmat Allah?
jawapan jujur~
tergamam sebab ramai yang boleh dapat straight!
pernah anda rasa apa yang saya rasa (?)
actually~
dari semalam aku pinjamkan perasaan
berada dalam diri orang yang dapat straight A apatah lagi dapat 8A+
bila menteri pelajaran
isytihar~
hanya 9A+ ke atas akan dapat biasiswa JPA.
"Satu lagi A+ nak dapatkan biasiswa. Tak boleh nak pertimbangkan kah?"
tengok (?)
masih tak bersyukur (!)
apabila jadi macam ni aku rasa geram dengan syaitan
yang sering melalaikan manusia (!)
"Tak apalah bukan rezeki aku untuk dapat JPA."
sedalam manakah keikhlasan kita bila orang sekeliling bertanya tahap kekecewaan kita?
mungkin dalam hati kita sudah pun kecewa,
dan mungkin keluhan bermain juga di hati.
subhanallah~
lidah boleh berbohong untuk tenangkan diri~
lidah boleh berbohong untuk tenangkan diri~
tapi kita lupa yang
Allah Maha Mengetahui.
"keikhlasan itu sukar diperoleh dan malaikat sendiri tak tahu kita ikhlas atau tidak. hanya Allah yang tahu!"
mungkin di saat down atau kecewa ini~
kita hanya perlu mendiamkan diri
dan mengadulah pada Allah
dan
mohon ampun kepada-Nya
gara-gara hati kita belum capai tahap keikhlasan yang superb!
mohon keredhaan Allah
kerana~
kita diizinkan masuk ke syurga kerana keredhaan-Nya!
( hak milik senyom design studio ) |
notakaki:
jangan terlalu berharap pada manusia tetapi berharaplah kepada Allah (!)
mintalah rezeki daripada Allah bukan belas kasihan manusia.
biarlah Allah yang campakkan belas kasihan dalam hati manusia yang menjadi sumber rezeki kita.
syukran~