Thursday, 19 April 2012

Kebosanan (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

sudah hampir empat bulan berada di rumah~
hanya perkara yang sama terjadi.
bagaikan kebingungan pula akhir-akhir ini.

bangun + solat sunat + solat subuh + al-mathurat + kemas dapur + sediakan sarapan + lipat kain +gosok baju + sapu sampah + jemur kain + online + mandi + tengok tv + bersiap-siap di dapur + tidur + solat zohor + online + makan + tengok tv + solat asar + main game hp + dengar lagu muhasabah diri + baca diary + angkat kain + solat maghrib + baca al-Quran + main game + tengok berita + solat isya' + online + al-mulk + solat sunat + tidur

tengok~
siap boleh list jadual kehidupan yang sama terjadi (!)
macam duduk hostel >.<

kadang-kadang rasa kecewa dengan diri ini~
tak boleh happening dengan zaman remaja bersama kawan-kawan.
so, menangis itu biasa lah kan kalau duduk sorang-sorang (!)


ini apa hah (?)


baru aku faham kenapa member aku suka dengan simsimi (!)
rupa-rupanya~
simsimi ni tempat dia merapu dan luahkan yang terbuku di hati (!)

memang lah orang-orang soleh boleh kata~
"ingatlah pada Allah, nescaya anda akan tenang"
tapi~
aku masih manusia lemah yang masih mencari (!)

"Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini setelah Engkau memberiku hidayah-Mu,"

kita sedar yang kita jahat dan langgar perintah-Nya,
tapi~
kita tak ada kekuatan untuk lawan godaan nafsu sepenuhnya.
memakan masa kan untuk berubah (?)

aku down memang down (!)
tapi~
termenung punya termenung~
tiba-tiba terfikir situasi di mana
aku duduk sorang-sorang kelak dalam tempat gelap!
sesungguhnya mati itu pasti (!)

terbayang punya terbayang~
aku dapat rasakan yang amalan aku tak cukup lagi untuk selamatkan aku di hari akhirat.
aku tak sanggup jadi golongan yang rugi~
yang meminta merayu pada Allah 
untuk memberi kehidupan kali kedua (!)

aku tak layak ke syurga-Mu,
namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu,
Ya Allah!

kesimpulannya~
buatlah sesuatu dengan niat kerana-Nya!

( hak milik Rintihan Seorang Hamba )
"sahaja aku berubah ke arah kebaikan kerana Allah Taala."

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 18 April 2012

Gelabah (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"hello. boleh saya bercakap dengan cik wan nur salimi binti wan ismail."

"ya.saya."

"saya dari wakil dari *** ingin jemput anda ke program MIIT kami pada 24 April ini."

"hem."

"dengan keputusan anda ini kami ingin jemput khas untuk menyertai program kami."

"ya."

"di sana nanti akan ada taklimat dan temuduga. disekalikan dengan temuduga untuk scholarship."

"okay."

"jadi, saya memerlukan kepastian salimi sama ada boleh hadir atau tidak."

suntikan perbualan aku dengan pihak universiti swasta.
swasta kah (?)
habis, scolarship itu apa (?)

bukan nak high-light tentang kelayakan dijemput sebenarnya.
cuma,
aku nak cakap yang aku tak suka terima panggilan dari lelaki (!)
terus jadi gelabah~
tengok lah,
orang cakap panjang-panjang aku balas pendek sajo (!)

siapa ada masalah macam aku (?)

aku tak minta untuk takut untuk bercakap dengan laki (!)
kalau mesej atau chat~
tak menjadi masalah.
okay saja (!)

kalau nombor-nombor laki yang aku tahu call,
memang dua tiga kali aku fikir nak angkat (!)
kalau dah banyak kali dia call,
silent mood lah (.")
buat-buat tak tahu ada orang call.

sepanjang lima tahun aku guna telefon bimbit,
part yang aku tak suka
ialah~
no yang aku tak kenal call.
lantak lah no pejabat mahupun rumah kan.
sebab~
aku terpaksa angkat call (!)
kenapa (?)
mesti lah kene angkat~
orang tak kenal kita call bermaksud urusan penting lah (!)

waktu sekolah dulu~
bila bahagian no telefon saja mesti tulis no abah.
tapi~
aku tanya diri sendiri,
sampai bila nak bergantung dengan abah (?)
so,
memang sekarang aku akan letak no aku sendiri (!)
kene paksa untuk jadi berani (!)

"aku bukan taknak jawab call laki sebab suara lembut tapi sebab suara aku kasar, nanti orang terkejut!"

aku kene belajar bertenang bila bercakap dengan laki~
sebab,
nanti nak kene pergi temuduga (!)
jarang kan penemuduga perempuan (?)

abah cakap waktu mula-mula masuk universiti~
memang abah dah aim nak jadi KETUA (!)
tak kisah lah ketua apa kan~
abah tawarkan diri jadi ketua permainan.
so,
untuk program pertama under abah~
abah perlu memberi ucapan di khalayak ramai.
abah cakap~
orang ketawakan abah sebab tergetar-getar.
tapi abah cakap~
"ada aku kisah? aku mesti boleh!"

dan hari ini aku mahu cakap~
sesungguhnya abah adalah ketua yang hebat (!)

kak lin bangga dengan abah (!)

so,
dari kisah abah ini~
aku cuma mahu kata,
keberanian perlu dipupuk (!)

( hak milik senyom design studio )
syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday, 17 April 2012

Facebook : Silmi Simsimi (?)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

apakah gerangan tajuk entry ini (?)

siapa ada facebook (?)
angkat kening sebelah (!)

tahniah anda adalah facebooker terbaik setelah membaca entry ini :p

merepek*

actually aku nak ajak anda singgah satu facebook ni~
bukanlah baik sangat admin-nya.
( mengutuk )
bukanlah juga jahat tahap membunuh (!)
cuma,
anda akan sentap melihat facebook ini :)

cepat-cepat~
search silmi sim-simi :o


gelabah lah lin nie (!)

tak payah susah-susah search.
just klik button facebook dekat blog ini saja (!)

kenapa (?)

sebab itu facebook aku >.<

mengutuk diri sendiri tak apa kan (?)

aku baru tukar nama facebook sebenarnya~

macam mana dapat nama (?)
wan nur silmi (?)
itulah nama asal aku sebenarnya~
wan nur saloma (?)
sedap tak (:
biasa lah kan ibu ayah keliru nak bagi nama apa (.")

allhamdulillah~
endingnya wan nur salimi juga.
suka dengan nama salimi sebab jarang-jarang dengar.
senang orang ingat dan cam (:

yang simsimi tu idea best buddy aku~
dia cakap bahasa sanskrit.
aku tahu dia suka sejarah <3

kenapa tukar nama fb (?)
anda rasa (?)
gulp~
eheh :')


aku tahu semua manusia ada sejarah nama sendiri.
sedangkan nama Melaka ada sejarah
inikan nama kita yang sangat cantik dan indah (!)
( masih nak sebut sejarah )

"awak ada ayah tak ni?"

"ada, sir."

"habis kenapa awak tak letak binti?"

hargailah nama anda (:
hargailah ibu bapa anda :0

notakaki:
kalau nak letak nama bagi orang Islam~
janganlah pentingkan sedapnya bunyi nama,
pentingkanlah maknanya (!)
kerana setiap kata-kata itu doa.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.