Monday, 23 April 2012

Suka Lepak Sini (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

alhamdulillah~
pagi bermula dengan senyuman :D


entry ini memang pelik daripada entry sebelum ini~
sebab
aku nak share dengan awak, awak dan awak semua
blog yang selalu aku terjah diam2 dan inspired aku lah (!)


this is my sister's blog~
sebab tu aku letak nama blog aku
~ blog cik salimi ~
menjaga keturunan :)

yeah, saya memang sangat mementingkan keluarga (!)
apa kakak buat, aku nak buat.
no wonder lah kan,
anak sulung memainkan peranan penting bagi teladan (!)

okay, lari topik >.<

kenapa suka blog DR SYAMIMI ni (?)
sebab~
aku suka tengok gambar2 dia dekat egypt, noktah (.)
blog berfungsi untuk merapatkan ukhuwah juga kan (:
pengubat rindu.


siapa tak kenal blogger terkenal muslimah ini kan (?)
google sajo dan tulis dena bahrin.
keluarlah blog ini >.<

aku suka blog kak dena sebab~
blog ini banyak gambar (!)
especially,
suka tengok gambar kak dena dressing~

even aku memang mustahil untuk keluar rumah dressing macam kak dena,
aku tetap suka mencuba di rumah.
suka ubahsuai gaya pemakaian mahu bertudung untuk personaliti aku.
( tiba-tiba teringat cita-cita waktu sekolah rendah nak jadi pereka fesyen )

ini blog bakal dentist >,<
kawan seperjuangan di Bumi Wakafan~
suka blog ini sebab cun (!)
simple is nice kot.
even gambar tak banyak~
kualiti gambar itu penting (!)

ada lagi blog yang aku suka terjah.
contoh
sini dan sini

ciri-ciri blog yang aku suka singgah sana:-
1. banyak gambar sebab awesome amat (!)
2. cerita tentang pengalaman dan dikaitkan dengan Islam. tak suka baca artikel tazkirah panjang2 sebab tak warna-warni. suka orang berdakwah sempoi-sempoi.
3. bersastera dalam erti kata lain ada quotes menarik di setiap entry.

sekian.

sesiapa yang nak calonkan blog 
yang memiliki ciri-ciri di atas
untuk aku bertenggek selalu
bolehlah kenal-kenalkan dekat aku.
ceh, macam nak cari jodoh (!)

btw, lupa plak~
aku suka lepak blog muslimin mahupun muslimat bumi wakafan >.<
tambah-tambah blog budak yang ngek sikit sebab kelakar (.")

notakaki:
jadi orang sempoi itu hot (!)
tapi, aku tak suka budak hot. haha (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 21 April 2012

Langkah Kanan: Kontest Dia Dihatiku Dia Idamanku

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Alhamdulillah~
sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang.
okay,
aku tahu Allah telah lembutkan hati para juri untuk pilih aku sebagai pemenang.
kenapa (?)
mungkin Allah nak suruh aku baca buku
"Kerana Allah Aku Menikahimu".
agaknya lah kan (.")


contest kali ini aku just tulis sesuatu dari hati aku~
iaitu tentang salah satu impian aku
iaitu memiliki pasangan hidup yang boleh melengkapi hidup ini.
tapi,
itu mood menulis aku waktu tarikh 12 March kan (?)

manusia boleh berubah >.<

aku tak rasa yang aku layak dapat lelaki idaman itu
sebab~
aku kenal aku (!)

hati dah kering sekarang~
rasa cam impian itu simpan di kotak yang perlu dibuka pada usia 20-an kelak.

"pentingkan yang lebih penting daripada yang penting kerana 
yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting."

( hak milik senyom design studio )
syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Believe with Allah

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


akhir-akhir ini~
nikmat masa lapang sudah sedikit sebanyak
ditarik oleh Allah <3

nak sangat sibuk kan (!)
nah Allah makbulkan~

kalendar dalam hp dah penuh dan padat (!)
mata yang memandang pun agak runsing~
satu per satu cabaran Allah hadiahkan,
jadi aku tawakkal sajalah,
sedikit sebanyak membina jati diri aku untuk berdikari kan (?)

bila sibuk macam ni~
baru sedar yang tanggungjawab yang aku pegang banyak sebenarnya (!)
komitmen kepada keluarga pun masih tergendala~
so,
aku perlu tolak perkara yang tak penting ke tepi dulu.

apa yang tak penting (?)
hobi-hobi aku tak penting (!)
apa hobi kau (?)
membuat perkara yang tidak terlalu banyak mendatangkan faedah (:
gulp~

" utamakan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting "

aku suka ayat terbelit-belit macam di atas~
sebab,
menjana akal untuk berfikir 
sehingga
terukirlah satu senyuman manis (!)

" dont trouble the trouble, if you trouble the trouble, the trouble will trouble you "

lin, rasa cam tak masuk tajuk entry kot (!)

okay2,
sebenarnya aku cuma mahu cakap~
kita kene yakin dengan ketentuan Allah (!)

sebagai contoh~
kita nak menghadapi exam penting bagi subject killer kita.
dua tiga hari kita gelabah ketakutan panik.
kenapa mesti merlu begitu (?)
tidak perlu sebenarnya (!)
bukankah Allah telah jelaskan~
setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan (?)
why not kita guna masa gelabah kita itu
untuk diganti dengan masa belajar dan terus belajar.
dah selesai jawab~
tawakkal kepada Allah (!)

Allah cintakan orang yang bertawakkal (:

cikgu aku ada cakap~
Allah tengok usaha kita belajar dari darjah satu lagi~
bukan Allah tengok di saat seminggu sebelum exam.
jadi~
Allah hadiahkan kita ganjaran dengan usaha kita selama ini (:

aku dah belajar tapi Allah tak bagi pun ganjaran (!)

hei awak,
Allah simpan doa awak untuk akhirat nanti~
akhirat yang pasti kekal abadi (:
Allah nak tambahkan ganjaran pahala sabar awak lah <3

bukankah setiap kejadian ada hikmahnya (?)

notakaki:
Allah memberikan saya ujian seharian ini.
tapi saya yakin,
Allah sedang menyiapkan sesuatu yang baik buat saya >.<

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.