“Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina yang lebih mesra dipanggil Lynn.
“Apalah Mak Timah ni, kacau saja”
omel Ellina sambil menyimpan semula gambar yang sedang dipegangnya ke dalam kotak kasut miliknya. Bukan dia tidak mampu untuk membeli sebuah kotak yang lebih cantik, tetapi dia berpendapat bahawa orang lain tidak akan membuka kotak tersebut melihatkan keadaanya yang sudah uzur. Di dalam kotak tersebut mengandungi segala surat pemberian kawan-kawannya dan gambar-gambar semasa berada di zaman sekolah menengah dulu. Ellina segera menolak kotak tersebut ke bawah katil dan berlari menuruni tangga banglo dua tingkat itu.
...............................................................
“Lynn, abah hantar Lynn sekolah dekat sini bukan sebab abah tak sayangkan Lynn, tapi sebab abah mahu anak abah ni belajar berdikari, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat sekali. Lynn jangan putus asa, abah tahu anak abah ni kuat. Belajar rajin-rajin dan capai cita-cita Lynn. Dah, jangan menangis kan dah comot make up tu.”
Di samping memberi nasihat kepada anak kesayangannya itu, Encik Ismail sempat lagi berseloroh. Hati Ellina sedikit tenang mendengar nasihat abahnya. Umminya juga tidak ketinggalan memberikan motivasi dan peransang kepada anak tunggalnya itu. Walaupun terpaksa berjauhan dengan puteri kesayangannya, Puan Suria tetap akur dengan kehendak suaminya yang mahu anaknya itu belajar di sekolah lamanya dulu.
Setelah seminggu mendaftar di sekolah barunya, Ellina mulai serasi dengan kehidupan di asrama. Dia sudah boleh bergelak ketawa di samping teman-teman barunya yang datang daripada pelbagai negeri. Lynn juga dilantik memegang jawatan di sekolah dan asrama. Kredibilitinya sebagai seorang pengawas di sekolah lamanya terserlah.
“Kak De, tolong aku kiwi kasut ni sekejap, aku nak teman Ezza pergi tandas. Kalau boleh kiwikan semua kasut atas rak ni. Sayang Kak De!”
terus berlari Ellina apabila Kak De mahu membaling kiwi yang dipegang ke arahnya. Mana tak geram dibuatnya, bagi betis nak peha pula. Tetapi itulah semangat bantu-membantu apabila tinggal di asrama, saling bekerjasama memantapkan ukhwah.
“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ellina Ismail, Allah selamatkan kamu...”
tepukan gemuruh diberikan usai doa dilagukan. Tersentuh hati Ellina mendengarnya. Dia sama sekali tidak menyangka sambutan hari lahirnya akan begitu meriah walaupun jauh daripada gapaian ibu bapanya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tanpa disedari sudah lebih setahun Ellina belajar di sekolah tersebut. Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan terpentingnya dalam sejarah persekolahannya. Dia bakal menduduki SPM. Walaupun begitu, dia bijak membahagikan masa agar segalanya seimbang. Di samping mengulangkaji pelajaran, Ellina tidak lupa untuk melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusannya. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan untuk ibu bapanya dan kawan-kawannya.
“Lynn, tolong ajar aku fizik, susahlah...”
“Lynn, soalan addmath ni macam mana nak selesaikan?”
begitulah hidup Ellina sewaktu tinggal beberapa bulan lagi sebelum menghadapi SPM. Dia dijadikan rujukan kawan-kawannya lantaran kebijaksanaannya. Ellina tidak pernah lokek membantu kawan-kawannya malah berbesar hati apabila dapat membantu temannya. Dia juga berjaya membantu seorang kawannya mendapat A di dalam fizik semasa peperiksaan percubaan.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar tiba jua. Hari di mana peperiksaan SPM akan berlansung. Sepanjang minggu peperiksaan berlansung, Ellina tidak jemu untuk terus membantu sahabatnya. Diterangkan mana yang tidak difahami, di ajarkan mana yang tidak boleh dilakukan. Dia juga mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Haji di sekolah bersama rakan-rakannya memandangkan ianya adalah tahun terakhir bersama mereka. Ketika pertengahan minggu peperiksaan, Ellina juga ringan tulang membantu teman-temannya menguruskan jamuan kelas. Dia juga turut meluangkan masa untuk membeli-belah bersama kawan-kawannya. Dia tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk mencipta memori manis bersama sahabat-sahabatnya.
Setelah tiga bulan berpisah, mereka bertemu semula di sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Bermacam ragam kelihatan, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Masing-masing riuh berborak menceritakan kahidupan yang di lalui mereka setelah bergelar “SPM leavers” . Ada yang bekerja, tidak kurang juga ada yang sudah bertunang. Ellina segera mencari kawan-kawannya untuk mengetahui perkembangan mereka. Setelah berbual panjang, mereka sepakat mengadakan reunion pada 14 Mac 2019 bersamaan tarikh lahir Yasmin di dewan sekolah tersebut.
“Lynn!”
suara Mak Timah yang kuat mematikan kenangan yang berputar di mindanya, seolah-olah baru semalam mereka berjumpa.
“Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina.
“Daripada tadi cakap datang ni, datang ni, tapi sampai sekarang tak turun lagi”
Ellina yang kebetulan mendengar bebelan Mak Timah segera mendakap tubuh Mak Timah yang dianggap sepertu ibunya itu. Terkejut Mak Timah apabila dipeluk secara tiba-tiba daripada belakang. Tidak jadi dia mahu meneruskan bebelannya apabila terpandang wajah anak majikannya itu. Sungguh dia menyayangi Ellina seperti anaknya sendiri memandangkan dia hidup sebatang kara apabila suami serta anaknya meninggal dunia akibat Leukimia.
“Mak Timah, ada apa panggil Lynn turun? Nak ajak pergi pasar ke? Atau ada Mat Bangla cuba nak mengurat Mak Timah yang cantik ni?”
itulah Ellina, perangainya yang suka mengusik orang lain tidak pernah luntur seiring umurnya yang meningkat. Tetapi, perangainya itulah yang menjadikan banglo mewah itu meriah.
“ Ish Lynn ni, Mak Timah dah tualah sayang. Ni abah kamu telefon, suruh kamu bersiap.”
“Nak pergi mana Mak Timah?”
Ellina terus memintas percakapan Mak Timah.
“Lynn, cubalah bagi Mak Timah habis cakap dulu, ni tak, menyampuk saja. Abah Lynn kata petang ni ada orang nak datang merisik kamu nak.”
Terus terlopong mulut Ellina mendengarnya. Sungguh, berita itu amat mengejutkan dirinya. Tanpa menunggu penjelasan lanjut daripada Mak Timah, Ellina bergegas naik ke biliknya dan segera menelefon rakannya, Kak De untuk berkongsi berita mengejutkan itu. Petang itu seperti yang diberitahu abahnya, satu rombongon datang untuk merisik Ellina. Tetapi, majlis taaruf itu bertukar menjadi majlis pertunangan. Sekarang status Ellina bertukar menjadi tunangan orang. Walaupun begitu, Ellina tetap menjaga batas pergaulannya dan berusaha mempersiapkan dirinya untuk menjadi isteri mithali seperti umminya.
Lima bulan berlalu, kini tibalah hari yang dinantikan oleh Ellina dan rakan-rakannya, iaitu reunion mereka buat kali pertama secara besar-besaran. Kebetulan pula pada tarikh tersebut merupakan hari lahir Yasmin dan mereka semua sepakat menghadiahi Yasmin sebuah majlis perkahwinan yang ditaja oleh mereka memandangkan Yasmin baru melansungkan pernikahan seminggu yang lalu. Segala tugas daripada menjemput tetamu hinggalah kepada dekorasi dewan dilakukan mereka semua. Terpancar sinar ukhwah yang terbina kerana Allah, ukhwah yang disulami kasih sayang dan sungguh erat diantara Ellina serta sahabat-sahabatnya sebiliknya. Muni bertugas untuk menjemput pasangan pengantin dengan menaiki helikopter, Aimi dan Ezza menyiapkan dekorasi dewan dan pelamin manakala Kak De serta yang lain menguruskan makanan dan jemputan. Ellina pula menjadi pengapit kepada Yasmin. Mereka bertungkus lumus bagi menjayakan hari yang bersejarah buat Yasmin. Setelah majlis selesai, Yasmin pula membuat kejutan dengan menghadiahi rakan-rakan baiknya itu percutian ke Pulau Seychelles.
Sekembalinya mereka daripada percutian, giliran Ellina pula untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlisnya sungguh meriah ditemani rakan-rakan karibnya. Dia berdoa agar ukhwah yang terbina terus dipanjangkan sehingga ke syurga kelak. Amin.
hasil karya :-