Saturday, 6 October 2012

semangat satu malaysia

In the name of Allah
The most Gracious
And the most Merciful~

Ini entry pantas sepantas bas dari nilai ke Kelantan
Bukan untuk meraih simpati bukan juga untuk meraih empati
Sekadar seringkas mungkin sebelum mata kalian tertutup kebosanan >.<

Actually~
Aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki
Atas salah silap senda gurau aku.
Atas kenakalan aku yang menyusahkan kau kau dan kau!
Atas kesengalan aku buat maksiat dngn kau even benda tu terang2 langgar perintah Allah.
Atas keterasaan hati aku cemburu tak tentu pasal ditambah buruk sangka tak tentu pasal.
Atas ketidak betul kepala aku ambik remeh tentang sesuatu even sebenarnya kau ambik berat.

maaf semua kawan!

aku tak pasti sebenarnya kenapa kena mintak maaf tiap kali nak exam (?)
so, aku bukan mintak maaf sebab nak final (!)
tapi~
aku nak mintak maaf sebab aku sedar dosa aku dengan manusia dah melampau (!)

buat kawan-kawan USIM,
especially my housemates~
mintak maaf sbb macam terang2 sangat kan aku tak suka duduk usim (?)
aku sedar itu =.='
maaf tak dapat jadi kawan yang baik.
maaf tak dapat bagi contoh teladan yang baik.
maaf tak dapat pegang lebel "ex-sekolah agama" baik2.


buat kawan-kawan sekolah-sekolah lama.
halalkan segala ilmu yang anda kongsikan dengan aku yek!
ilmu ABC, ilmu 123, ilmu lari-lari, ilmu main hoki, ilmu main cop tiang
ilmu itu dan ilmu ini~
thanks banyak2 (!)


aku dah biasa dicop budak garang~
sudah biasa jugak dicop budak sombong~
makin biasa jugak dicop budak sensitif.
tapi,
apa2 pun pandangan anda tentang aku,
TERIMA KASIH.
kadang2 cacian itu merubah aku jugak!
( seriously )
Allah tahu aku degil, so Allah bagi lah cara paling mantap untuk sampaikan hidayah :D

aku baik sebenarnya >.<
HAHA :D
( tipu dan dusta semata-mata )

buat kawan-kawan facebook, twitter mahupun blog~
mesti rasa penulisan aku selama ni tak padan dengan aku yang ngek-ngok kan?
apakah daya =.='
manusia biasa memang macam ni.
buat dosa tak henti-henti.
status2 yang aku post semua utk aku sebenarnya!
hati aku sentap baca, aku share lah sama2.
mana tahu anda pun sentap kan :D
sama2 sentap baru nampak ukhuwah mantap.
merepek*

penutup~
doakan SALIMI ISMAIL diberi kekuatan oleh Allah
untuk berada di jalan juang Allah
mempertahankan ISLAM sepanjang masa.
( walaupun susah pada realitinya )
doakan~
SALIMI ISMAIL dihiasi dengan akhlak yang cantik dan awesome
supaya tak menjadi fitnah untuk ISLAM sendiri.
doakan~
SALIMI ISMAIL
jadi doktor gigi yang berbakti pada ISLAM :D
bukan semata-mata utk kepentingan keluarga, 
TAPI~
untuk kepentingan UMMAH (!)

thanks :')


aku tahu susah orang nak doakan aku~
tapi sekurang-kurangnya aku akan bahagia
anda memperoleh pengajaran dari entry ini :')
di samping anda berjaya
berlatih mempercepatkan pembacaan anda =.='

" waiting for nothing, hoping for something "

* tajuk entry tak sesuai dengan isi * HAHA *

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 30 September 2012

aku yang berdosa (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"Ya Allah, malunya hamba-Mu ini menjalani kehidupan yang penuh kepura-puraan."

"Kak Lin memang membahagiakan abah. Memang sesuai dengan nama Kak Lin, SALIMI. Kesejahteraanku."

teringat ungkapan abah saat keputusan SPM di tangan aku!
yes, abah bangga dengan aku
walaupun pada realitinya aku tak sebahagia mana
 masih terbayang senyuman abah.
masih terbayang kesibukan abah balas mesej adik-beradik abah
tak lupa juga kawan-kawan abah
yang mula bertanya
bagaimana dengan keputusan SPM aku.
< senyuman abah saat itu sangat mahal >

bagaimana mahu perasaan gembira menguasai aku
sedangkan aku tahu~
aku tak berjaya merealisasikan impian umi.
ya, aku gagal kali ini (!)
aku tak berjaya hadiahkan umi straight A lagi
seperti mana aku berjaya hadiahkan sewaktu UPSR dan PMR :'(

"umi, kak lin mintak maaf."

masih aku ingat kata maaf yang aku luahkan
saat aku cium umi.
10 A 1B sudah cukup hebat sebenarnya bagi aku.
masih ada rasa kesyukuran saat itu.
bagaimana Allah berjaya membantu aku membuat lonjakan saujana?
subhanallah~
< mungkin berkat doa umi abah >

"tak apa kak lin. 10A ni dah mahal nilainya utk aliran sains."

itulah umi~
yang terlalu teliti mengenai pencapaian akademik.
pada masa yang sama
aku faham kesedihan umi melihat subject BIOLOGY aku B+.
yeah,
mungkin umi khuatir tiada lagi harapan utk aku bergelar doctor :'(

"abah, kak lin nak jadi cikgu."

"tak payah lah kak lin. abah nak anak-anak abah jadi lebih hebat daripada umi abah."

USIM,
here I come!
struggling for asasi year!

masuk tahun asasi~
sibuk mencari identiti diri lagi.
penat memikirkan sesuatu yang tidak perlu.
sehingga lupa amanah yang dipikul!
yeah,
amanah kata-kata yang pernah aku ucapkan suatu ketika dahulu.

"umi, kak lin yakin kak lin mampu tempuh tahun asasi dengan baik!"

cukup-cukup lah SALIMI ISMAIL main-main!

saat ini 10:30am
30 SEPT 2012,
saya berjanji dan tekad dalam hati.
tidak akan membuang masa lagi!
tekad dalam hati akan belajar bersungguh-sungguh!
tekad dalam hati juga
akan membuatkan umi dan abah tersenyum dengan penuh keikhlasan sekali lagi!


"umi, abah, andai umi abah ada ada di depan kak lin hari ini,
kak lin nak mintak maaf sangat2.
kak lin banyak susahkan umi abah.
kak lin tak sebaik umi abah.
tapi kak lin akan cuba jadi manusia yang memberi syafaat kepada semua. iA."

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 24 September 2012

SURAT CINTA BUAT FATIMAH

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

entry kali ni khas buat
DR FATIMAH HASSAN
yang pada hari ini akan meninggalkan Melaka
lalu menuju ke Kuala Lumpur
seterusnya spesifik ke KLIA.
dan~
meninggalkan Malaysia Tanah Air tercinta :'(

saat ini jam menunjukkan
04:23 am (Malaysia) bersamaan 11.20 pm (Jordan)
entah jam berapa pulak Mesir sekarang >.<

Dear Fatimah Hassan,
menitis air mata Salimi Ismail akhirnya
setelah diusahakan untuk tidak tumpah di bumi (!)
< sebab selaunya jatuh dekat pipi saja >
sebak dada setiap kali ingat~
kawan sepermainan akan pergi jauh meninggalkan Malaysia.
tambah-tambah lagi~
tiada kudrat nak pergi hantar kawan sendiri ke KLIA :'(
< mencari hikmah Allah >

maafkan Salimi yang tidak berjaya memenuhi harapan sendiri
untuk hantar Fatimah ke KLIA ;'(
dengan jadual kuliah yg memaksa saya stay di usim sampai jam 04.30 pm
ditambah lagi dengan tiada teman untuk dibawa menemani ;'(


semalam tak terdaya nak fokus belajar~
teringat Fatimah setiap masa.
rasa macam baru semalam kita gurau-gurau
rasa macam baru semalam kita merepek meraban
rasa macam baru semalam kita kongsi bahu berkongsi kesedihan

paksa diri tidur even kerja bertimbun
ambik hp set alarm 04.00 am
gelabah tak gelabah~
pukul 03.00 dah terjaga >.<
< nampak tak jiwa tak tenang >

buat-buat kerja sambil dengar nasyid~
< nak dengar lagu lagho tak sesuai time2 emas ni >
keluar lagu mengenai kematian.
subhanallah~
bertakung air mata saya :'(
awak tahu kenapa (?)
saya rindu awak sangat2 even awak nak fly je pun =.='
belum lagi kita tinggalkan dunia selama-lamanya.
tinggalkan Malaysia masih ada teknologi nak berhubung
tinggalkan dunia (?)
hanya doa saja dapat dititipkan saat itu >.<

fatimah~
moga masih ada ruang untuk kita disatukan di syurga kembali.
biar kita terpisah di dunia,
sama-samalah kita bermujahadah mencari kebahagiaan yang kekal selama-lamanya.
( sekali lagi part sedih! )


bila saya ingat awak~
saya ingat ALLAH.
awak tahu kenapa (?)
sebab saya teringat kenangan dengan awak.
teringat setiap hari hantar <3 dekat awak.
awak hantar <3 dekat saya.

awak,
lepas ni dah tak boleh nak al-mulk sama-sama kan (?)
waktu kita dah berbeza :'(

( stop crying, salimi! )

ke hadapan Doktor yang dicintai~
doktor jaga diri baik-baik yek.
doktor jangan give up yek.
belajar ilmu sains sangat mencabar sebenarnya.
( part ini mungkin utk kita sahaja :D )
tapi doktor~
kita sama-sama stay strong yek!
ISLAM perlukan kita~
jadi,
kita jangan hampakan ISLAM yg banyak memberi ketenangan ini :')

apa aku nak cakap sebenarnya ni (?)

" timah, jatuh bangun seorang penuntut ilmu itu biasa. saat lin jatuh pada awal tahun asasi, timah ada di sisi. lin tak pasti masih adakah lin di sisi timah saat timah jatuh? sbb timah style pendam kan? 
maafkan lin kalau tak blh jadi kwn yg baik. tak blh jadi kwn standard mithali melabuhkan cinta pd Allah 100% lagi. kawan yg hanya bnyk meminta ttp tidak bnyk memberi. maaf timah."

"timah, belajar ilmu medik sangat tough! sangat sangat! tapi, lin yakin timah mampu sbb timah kan hebat >.< btw, jangan lupa rakam apa yg lecturer cakap dlm kuliah. mana tahu bosan sangat sampai terlelap kan. 
blh dgr balik recording tu. tips* hihi :D pergi negara orang memang banyak cabaran.
tapi, timah ingat ni. derita kita merindui orang yang dikasihi tak boleh nak tandingi derita orang yang berjihad di medan peperangan merindui Yang Maha Penyayang. keep strong!"

"timah, kita kejar kejayaan bukan utk bagi kesenangan pada keluarga semata-mata kan?
kita usaha sehabis baik mendalami ilmu fardhu kifayah ini untuk bagi kesenangan kpd seluruh umat ISLAM!
okay, mood bagi tazkirah sekarang. HAHA :D jaga duit zakat baik2 :p"

akhir daripada saya yang sudah mendapat sedikit kekuatan~
setelah menulis entry ini~
saya sayang kamu!
kita balas rindu dalam doa selalu yek (:


notakaki:
naik flight tajdid niat baik2.
"Ya Allah, aku bermusafir ingin menuntut ilmu-Mu demi berkhidmat kepada agama-Mu. Permudahkanlah jangan kau susahkan."
jangan lupa niat dalam hati jugak
"Ya Allah, lindungilah persahabatan aku dan salimi walau kami berjauhan. Jagakanlah kami di jalan-Mu. Adakanlah KAU di hati kami saat kami jatuh tersungkur Yang Maha Pengasih."
HAHA :D

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.