Sunday 4 March 2012

Tips: Skip Kelas Persediaan Mencari Ketenangan

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Entry ini khas buat student2 sekolah
yang terpaksa menjadikan asrama sebagai rumah kedua.
siapa tak suka duduk asrama?
hei, saya memang sangat2 tak suka duduk asrama!
saya tak suka jadual harian saya diatur.
nik nur madihah sendiri ada pesan~
belajar ikut mood (.")
kalau setiap petang dan malam belajar,
bosan lah~
dan yang pasti lebih ramai yang tidur
waktu preparation class, right?

duduk hostel mood kita akan rasa humble kadang2 kan?
bila tak tenteram, dicampur dengan kepenatan~
mesti tahap stress meningkat.
hati kita bila tak tenang mudah saja ubatnya.
ingat Allah (:

kalau anda marah ketika anda sedang berdiri,
duduklah~
tetapi kalau dengan cara duduk anda masih marah,
baringlah~


panjang pulang celoteh petang ni~
straight to the point.
saya nak ajar anda cara nak skip prep tanpa menipu!

hah? dah lah skip kelas prep! tak baik tu!
kalau anda rasa anda rela dengan situasi stress,
jangan baca ayat di bawah ini lagi okay (.")

step 1-
panaskan badan anda dengan berlari-lari anak di satu sudut yang tiada orang.
kalau nak peluh bertambah, anda pakai baju berlapis-lapis.
pastikan keluar peluh!

step2-
anda rehatkan diri sebentar tetapi jangan lap peluh anda!
bila pernafasan dah okay, anda baring atas katil dengan berselimut.
alahai, mesti bertambah peluh anda.

step3-
badan anda akan nampak seperti menggigil
tetapi pada realitinya, anda tidak senang duduk kerana anda busuk!

done (.")
rela ponteng kelas prep sekarang?
kalau nak buat sesuatu,
kita kene berkorban juga (:

apa yang anda perlu jawab dengan warden atau pengawas?
anda kata

"saya tak sihat."

jangan pula anda jawab

"saya demam."

memang dapat dosa menipu dekat situ!
kalau anda kata anda tak sihat~
niat dalam hati anda adalah,
hati anda yang tak sihat dan tak senang.

notakaki:
pandai kurangkan waktu belajar,
pandai-pandailah curi masa extra untuk belajar bila dah tenang!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 2 March 2012

Facebook: Golongan yang Sukar untuk Diapprove

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful

Muka buku. muka buku. muka buku.
kalau muka buku dihapuskan~
memang sudah terang lagi bersuluh~
ramai yang akan sign up twitter!
sepenting manakah laman sosial pada anda?

berbalik pada tajuk entry~
terlintass untuk berkongsikan pandangan saya,
tentang golongan yang sukar untuk saya approve apabila di-add.

golongan yang menjaga ikhtilat atau pergaulan.
agak sukar untuk diterima sebagai friends di facebook~
kerana dengan meng-add saya,
bermaksud saya membuka ruang untuk anda melihat hal peribadi saya.
tak perlu rasanya add orang yang sosial macam saya.
tak meningkat pun iman anda?
kalau berkurang, saya juga yang bersalah.

golongan sepupu lelaki yang alim-alim.
golongan ini memang nak elakkan.
bayangkan kalau ada gathering family,
sepupu kita tahu siapa kita sebenarnya~
diam dalam keluarga
tetapi ceria dengan kawan2.
oh, no~ sangat berhati-hati!

golongan yang letak gambar couple sebagai DP.
how to say erk?
kalau bahasa budak sempoi~
taknak ganggu status hubungan orang lain.
kalau bahasa budak straight to the point~
tak suka dengan status tanpa ikatan suci.

golongan yang suka cari kesalahan orang lain.
nanti tak pasal2 saya terguris dengan teguran orang jenis ini.
saya sedar,
saya bukan budak baik2.
tapi, apa salahnya anda beri ruang saya mencari kekuatan untuk bermujahadah.
lebih suka kalau kawan baik yang tegur kesalahan kita kan?
jadi, better kita jaga kawan baik kita berhati-hati,

hanya ini yang terlintas di fikiran saya,
kalau anda rasa anda golongan di atas,
jangan add saya!
bajet hot saja~
bukan begitu,
saya cuma nak ingatkan anda untuk jaga iman anda baik2.
saya bukan kawan yang baik kepada segelintir golongan.


muslimah boleh bertukar perangai mengikut situasi,
kerana Allah telah campakkan perasaan malu yang tebal dalam diri mereka.

notakaki:
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.
kalau anda rasa sesuatu yang anda buat akan meningkatkan iman anda,
teruskanlah niat anda~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Langah Kanan: 1st Giveaway Cik Tempe

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


entry yang dah familiar sudah kan?
tapi,
saya kene rajinkan buat senaman jejari~
untuk tulis entry ini.
kenapa?
peraturan yang saya tetapkan kalau join contest!
ahah?
kerana entry ini akan jadi kenangan satu masa nanti (.")

setelah berjaya di giveaway
saya berjaya dalam giveaway anjuran cik tempe pula.
alhamdulillah~

giveaway ini bukan guna pertolongan random org.
tapi,
berdasarkan entry yang dinilai sendiri oleh akal manusia (:
jadi,
saya punya entry bukan yang terbaik tetapi ada baiknya (.")

terima kasih cik tempe dan semua yang terlibat (.")

notakaki:
Allah bagi sesuatu rezeki kepada yang memerlukan.
ada yang kutuk header blog ini yek?
maaf, tak mampu nak puaskan hati semua pihak.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.