Friday 11 May 2012

Qiam, Aku Jatuh Cinta

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"Ya Allah, lewat lagi!"

"Hah, dah subuh?"

"Kau ni teruk lah lin! Kalau date tak datang beberapa kali konfem Kekasih lari!"


tak kenal maka tak cinta.
hanya itu aku boleh luahkan bila aku kenal istilah Qiamullail.
apa itu Qiamullail (?)
bukan bangun malam kerana facebook.
bukan juga bangun malam kerana blog.
tetapi bangun malam kerana Allah (:

habis, kene buat solat sunat lah (?)
taubat (?) tahajjud (?) hajat (?)
eh, kawan~
open minded sikit lah (!)
bangun malam kerana ALLAH.
means, buat sesuatu kerana Allah.

"aku malulah dengan korang. korang bangun untuk Qiam tapi aku bangun untuk study."

"study kerana Allah dikira Qiam tahu lin!"

waktu kawan aku cakap macam tu~
tiba2 fikir,
betul kah aku study kerana Allah (?)
kawan-kawan aku selalu cakap~
study kerana Allah tu bla..bla..bla..
sampaikan aku tanya ayah aku tahu (!)

"abah, belajar kerana Allah itu bagaimana? means tak boleh set nak cemerlang exam kah?"

"eh, ke situ plak. kalau kita niat nak cemerlang exam kerana nak naikkan nama umat Islam kerana Allah jugak kan?"

lepas habis SPM jadual memang lapang kan (?)
start daripada first day 14 Dis 2011 lagi~
aku tetap latih diri bangun awal.
aku nak rasa apa yang kawan aku rasa.
bagaimana mereka sujud di hening pagi menghadap Allah.
seriously, aku bagi 6 stars daripada 5 stars (!)

rasa macam 
" Ya Allah, izinkanlah aku istiqamah menjadi tetamu-Mu yang terawal."
like that lah~

even mula-mula aku cuba-cuba Qiam sebab aku "suka" seseorang,
lama-lama aku rasa macam whats!
"aku hidup kerana Allah, bukan kerana dia!"
tapi~
pada masa yang sama aku perlu akur~
yang aku banyak berubah kerananya dengan izin-Nya.

"Allah kenal aku lebih daripada aku kenal aku."

prinsip yang mudah~
untuk aku tegas dengan pendirian
bahawa Allah tahu hanya dengannya aku mengenali-Nya.
Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara (!)
segeli manapun pandangan orang tentang cara perubahan kita~
just be strong and smile (:
you just need to believe with Allah.

"semua manusia sama di sisi Allah kecuali orang-orang yang bertakwa."

apabila masuk bulan Februari mulalah aku kurang Qiam.
jujur, sangat kerap tinggal (!)
sampaikan nak menangis tahap kritikal (!)
termenung sana sini muhasabah diri~
kenapa Allah tak izinkan aku Qiam (?)
aku buat maksiat kah (?)
besarkah dosa aku (?)

aku tak habis fikir sampai sekarang~
aku manangis hari tu macam kena ditinggalkan kekasih (!)

kadang-kadang sampaikan kena paksa tidur awal,
sebab nak sangat bangun sebelum subuh (!)
kadang-kadang sampaikan tukar nada dering alarm clock,
sebab nak bagi dengar lagi jelas (!)
kadang-kadang rela tidur dalam kepanasan,
sebab nak bagi badan tak selesa dan bangun awal (!)
macam-macam kadang-kadang aku buat (!)

barulah aku sedar,
segala sesuatu terjadi semua dengan izin-Nya.
"Allah tengok usaha bukan tengok hasil."
subhanallah,
bagusnya ada Kekasih yang selalu memaafkan kita.
yang selalu memberi peluang kepada kita.
kerana itulah,
Allah Kekasih yang terbaik (!)


"Allah nak bagi aku rehat yang cukup agaknya demi kesihatan aku."

bersangka baik dengan Allah 
membuatkan hati yang sedang bermujahadah sedikit sebanyak kekuatan kan (?)
bukan mudah nak cari jalan yang lurus.
kadang-kadang ada lopok di tengah jalan.
its normal >.<

mula-mula nak latih diri Qiam

"bangun lin! Allah tunggu kau!"

"masalah lah kau lin. Qiam kan buat sesuatu kerana Allah. kau zikir jelah atas katil tu."

"tak boleh lin! Allah tunggu kau dalam sujud tahajjud! bangun ambil wudhuk dulu!"

nafsu aku kalah~
aku pernah terikut kata nafsu mengantuk tu.
dan anda tahu apa hasilnya (?)
zikir tak seberapa sahaja,
setelah beberapa detik terus masuk ke alam mimpi balik.
bangun pagi baru menyesal (!)

masa tengah-tengah bulan bermujahadah tebus skip Qiam

"bisinglah jam ni! tutup2."

"lin, Allah tunggu kau."

"badan kau penat lah lin!"

"lin, masih adakah hari esok untuk kau menjad tetamu awal-Nya?"

bukan mudah nak paksa diri,
dengan mata mamai lagi
pergi toilet ambik wudhuk.
air dah lah sejuk (!)

"aku Qiam bukan sebab iman aku kuat tapi aku Qiam sebab nak kuatkan iman aku."

selalu jugak dalam sujud tahajjud
aku suruh Allah sampaikan rindu kepada kekasih aku kelak.
awesome (!)
even nampak merepek~
tapi lagi better rasanya jika dibandingkan dengan
aku suruh orang kirim salam dekat mana-mana kaum adam yang bukan mahram, kan (?)


bila anda seorang yang sosial, 
sangat sukar untuk anda mengubahnya (!)
.titik.noktah.sekian.
tetapi kita boleh usaha untuk kawal keadaan (:

aku dapat rasakan~
bila kita jauh daripada masalah,
jauh jugalah kita daripada-Nya.
sebab 
memang diciptakan manusia mempunyai kelalaian.
jadi,
bersyukurlah jika Allah sentiasa hadiahkan masalah >.<

takkan nak jumpa Kekasih waktu kita ada masalah sahaja (?)
tak sweet lah (:
takkan waktu gembira bercerita dekat kekasih lain (?)
alahai, main kayu tiga kot (!)
eheh~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday 9 May 2012

Tidy Up Myself ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious 
and the most Merciful~

sibuk dan terus sibuk~
sehinggakan segalanya hampir tidak teratur.
bukan hampir,
tapi memang (!)


serabai sana sini~
folder tak disusun dengan rapi.
oh, my pleasure >.<

memandangkan banyak urusan telah selesai~
dan
selangkah lagi untuk mencapai cita-cita
alhamdulillah~
berkesempatan kemaskan fail-fail dalam laptop >.<


itu sahaja
sekian.

apa motif kau lin (?)

sebenarnya aku cuma nak cakap~
aku tak suka sesuatu yang tak kemas dan tak teratur (!)
noktah (.)

waktu duduk asrama~
aku cakap dekat kawan-kawan yang loker aku bersepah.
pastu kawan-kawan akan cakap

"bajet lah kau lin!"

cantik itu abstrak~
begitu juga dengan kekemasan (:

bestnya kalau otak macam laptop.
dibahagikan folder kemas-kemas.
info yang kene virus di-scan~
yang dah tak diperlukan di-delete (!)

serious, best >.<

bestnya kalau hati macam laptop.
boleh tukar desktop dengan mudah sahaja.
kalau ada keserabutan cuma perlu dikemaskan.
yang tak penting just right click dan delete.

jujur, awesome (!)

tapi,
otak tetap otak.
hati tetap hati.
laptop tetap laptop.

notakaki:
entry tidak bermotif ini melambangkan tahap kesihatan admin yang kurang baik.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 8 May 2012

Dentist To Be, iA

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


"nazurah, jom sama-sama masuk usim."

"serious? kau nak masuk usim? jom jom!"

"kita minta medik lah kan?"

"boleh sajo."

"ramai ke budak sekolah ni nak masuk usim?"

"rasanya tak ramai sebab ramai minta uia."

"okay! great! tak suka lambakan KISAS!"


bayangan situasi ini masih segar di ingatan aku~
even
masa kejadian ialah ketika Sijil Paling Mudah berjalan (!)
( berjalan bukan berlari mahupun merangkan )

"weh lin, usim kena belajar bahasa arab lagi."

"whats!"

masa kranologi perbualan~
selepas SPM (!)

lalu ditukar segala perancangan~


even aku tukar tangga kedudukan universiti ni~
hati aku kuat mengatakan,
sedahsyat mana pun aku lari dari usim
itu yang akan aku dapat.
why (?)


selepas temuduga semalam~
naik kereta dengan mata air mata bertakung.
sebak >.<
teruja agaknya dengan keagungan Allah yang menunjukkan kekuasaan-Nya.
senyap dan sunyi sepi kereta.
eh, silap~
abah saja yang banyak bercakap~
aku tak boleh balas apa yang abah cakap,
sebab nanti air mata mengalir.
dush (!)

waktu abah berhenti beli keropok lekor~
cepat-cepat ambil laptop
dan online (!)
facebook.facebook.facebook.
kawan-kawan dah update dapat universiti mana.
aku nak check,
tapi~
line internet lambat atas kereta tu >.<
sampaikan terpaksa minta pertolongan kawan dorm :')


bertambah sebak aku dapat tahu tak dapat perubatan.
abah masuk kereta, aku masih senyap.
jahat*
tutup laptop layan jiwa jap!
bukan layan jiwa~
muhasabah diri sebenarnya.

aku baru teringat yang aku pernah cakap dekat semua yang aku nak jadi dentist
sebab,
aku taknak jadi doktor yang belajar dan kerja sangat tough!

aku baru teringat juga yang aku sangat memerlukan masa lapang even dah bekerjaya
sebab,
aku pernah kata aku taknak abaikan keluarga.

aku baru teringat yang aku tak boleh hidup dengan belajar secara terlalu santai seperti guru
kerana 
aku bimbang aku jadi kejutan dengan perubahan masa belajar aku.

aku baru teringat yang aku bukan penyabar melayan kerenah anak-anak kecil
kerana
aku memang seorang yang sangat tidak mempunyai kualiti bermasyarakat yang tinggi.

mula muhasabah diri balik~

dan baru aku sedar,
Allah dengar semua doa aku (!)
Allah dengar jiwa aku (!)
Allah kenal baik buruk aku (!)

"abah, kak lin dapat usim pergigian."

"oh, tak dapat perubatan lah. erm, bio sangkut agaknya."

"erm, entah. kawan kak lin yang dapat 11A pun ada yang dapat farmasi. atas rezeki masing-masing."

"tercapai lah cita-cita adik nak jadi dentist."

"pastu nak pergi mana ni? kolej MARA Kulim atau USIM?"

"dentist pun okay jugak. kerja tak berat. ikut adik lah. istikharah banyak-banyak."

"takpe lah. nanti tanya kak long."

"kalau tanya kak long mesti dia suruh ambik medik dekat mesir."

"itu lain cerita kalau dapat MARA."

sebut mengenai mesir~
terbayang impian aku yang menggunung.
nak jadi doktor yang berkebolehan
supaya dapat bantu orang yang sakit sepanjang masa.
tapi~
aku pujuk hati sendiri.

"Allah lagi kenal aku daripada aku kenal aku."

sampai rumah di Kuala Balah,
cakap dekat umi dapat pergigian.
umi terkejut,
dan umi tak setuju (!)
umi suruh masuk matrik lagi.
aku masuk bilik sahaja masa tu.
taknak ulas banyak-banyak.
need alone :'(

alhamdulillah~
pagi ini tiba-tiba umi bagi green light =.=

"kalau masuk kolej MARA Kulim, result elok baru boleh jadi doktor kan?"

"kalau tak elok dia akan letak dekat kerjaya yang sesuai dengan result lah."

"kalau dapat farmasi mesti kak lin taknak."

"takpelah, masuk USIM sajalah."

pada masa yang sama,
aku terpaksa berkorban sesuatu jika nak masuk USIM.
aku tak boleh sambut hari lahir ke-18 dengan family :'(
kalau masuk matrik, sempat sambut bufday :'(

never mind,
Allah tahu yang terbaik (!)


Allah dah tetapkan usim jadi lambakan kisas untuk batch aku.
tapi,
Allah tahu kenapa aku lari dari budak-budak kisas~
jadi dan makanya
sangat sedikit budak kisas yang ditawarkan pergigian.

Allah memang Kekasih yang terbaik (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.