Friday 11 May 2012

Qiam, Aku Jatuh Cinta

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"Ya Allah, lewat lagi!"

"Hah, dah subuh?"

"Kau ni teruk lah lin! Kalau date tak datang beberapa kali konfem Kekasih lari!"


tak kenal maka tak cinta.
hanya itu aku boleh luahkan bila aku kenal istilah Qiamullail.
apa itu Qiamullail (?)
bukan bangun malam kerana facebook.
bukan juga bangun malam kerana blog.
tetapi bangun malam kerana Allah (:

habis, kene buat solat sunat lah (?)
taubat (?) tahajjud (?) hajat (?)
eh, kawan~
open minded sikit lah (!)
bangun malam kerana ALLAH.
means, buat sesuatu kerana Allah.

"aku malulah dengan korang. korang bangun untuk Qiam tapi aku bangun untuk study."

"study kerana Allah dikira Qiam tahu lin!"

waktu kawan aku cakap macam tu~
tiba2 fikir,
betul kah aku study kerana Allah (?)
kawan-kawan aku selalu cakap~
study kerana Allah tu bla..bla..bla..
sampaikan aku tanya ayah aku tahu (!)

"abah, belajar kerana Allah itu bagaimana? means tak boleh set nak cemerlang exam kah?"

"eh, ke situ plak. kalau kita niat nak cemerlang exam kerana nak naikkan nama umat Islam kerana Allah jugak kan?"

lepas habis SPM jadual memang lapang kan (?)
start daripada first day 14 Dis 2011 lagi~
aku tetap latih diri bangun awal.
aku nak rasa apa yang kawan aku rasa.
bagaimana mereka sujud di hening pagi menghadap Allah.
seriously, aku bagi 6 stars daripada 5 stars (!)

rasa macam 
" Ya Allah, izinkanlah aku istiqamah menjadi tetamu-Mu yang terawal."
like that lah~

even mula-mula aku cuba-cuba Qiam sebab aku "suka" seseorang,
lama-lama aku rasa macam whats!
"aku hidup kerana Allah, bukan kerana dia!"
tapi~
pada masa yang sama aku perlu akur~
yang aku banyak berubah kerananya dengan izin-Nya.

"Allah kenal aku lebih daripada aku kenal aku."

prinsip yang mudah~
untuk aku tegas dengan pendirian
bahawa Allah tahu hanya dengannya aku mengenali-Nya.
Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara (!)
segeli manapun pandangan orang tentang cara perubahan kita~
just be strong and smile (:
you just need to believe with Allah.

"semua manusia sama di sisi Allah kecuali orang-orang yang bertakwa."

apabila masuk bulan Februari mulalah aku kurang Qiam.
jujur, sangat kerap tinggal (!)
sampaikan nak menangis tahap kritikal (!)
termenung sana sini muhasabah diri~
kenapa Allah tak izinkan aku Qiam (?)
aku buat maksiat kah (?)
besarkah dosa aku (?)

aku tak habis fikir sampai sekarang~
aku manangis hari tu macam kena ditinggalkan kekasih (!)

kadang-kadang sampaikan kena paksa tidur awal,
sebab nak sangat bangun sebelum subuh (!)
kadang-kadang sampaikan tukar nada dering alarm clock,
sebab nak bagi dengar lagi jelas (!)
kadang-kadang rela tidur dalam kepanasan,
sebab nak bagi badan tak selesa dan bangun awal (!)
macam-macam kadang-kadang aku buat (!)

barulah aku sedar,
segala sesuatu terjadi semua dengan izin-Nya.
"Allah tengok usaha bukan tengok hasil."
subhanallah,
bagusnya ada Kekasih yang selalu memaafkan kita.
yang selalu memberi peluang kepada kita.
kerana itulah,
Allah Kekasih yang terbaik (!)


"Allah nak bagi aku rehat yang cukup agaknya demi kesihatan aku."

bersangka baik dengan Allah 
membuatkan hati yang sedang bermujahadah sedikit sebanyak kekuatan kan (?)
bukan mudah nak cari jalan yang lurus.
kadang-kadang ada lopok di tengah jalan.
its normal >.<

mula-mula nak latih diri Qiam

"bangun lin! Allah tunggu kau!"

"masalah lah kau lin. Qiam kan buat sesuatu kerana Allah. kau zikir jelah atas katil tu."

"tak boleh lin! Allah tunggu kau dalam sujud tahajjud! bangun ambil wudhuk dulu!"

nafsu aku kalah~
aku pernah terikut kata nafsu mengantuk tu.
dan anda tahu apa hasilnya (?)
zikir tak seberapa sahaja,
setelah beberapa detik terus masuk ke alam mimpi balik.
bangun pagi baru menyesal (!)

masa tengah-tengah bulan bermujahadah tebus skip Qiam

"bisinglah jam ni! tutup2."

"lin, Allah tunggu kau."

"badan kau penat lah lin!"

"lin, masih adakah hari esok untuk kau menjad tetamu awal-Nya?"

bukan mudah nak paksa diri,
dengan mata mamai lagi
pergi toilet ambik wudhuk.
air dah lah sejuk (!)

"aku Qiam bukan sebab iman aku kuat tapi aku Qiam sebab nak kuatkan iman aku."

selalu jugak dalam sujud tahajjud
aku suruh Allah sampaikan rindu kepada kekasih aku kelak.
awesome (!)
even nampak merepek~
tapi lagi better rasanya jika dibandingkan dengan
aku suruh orang kirim salam dekat mana-mana kaum adam yang bukan mahram, kan (?)


bila anda seorang yang sosial, 
sangat sukar untuk anda mengubahnya (!)
.titik.noktah.sekian.
tetapi kita boleh usaha untuk kawal keadaan (:

aku dapat rasakan~
bila kita jauh daripada masalah,
jauh jugalah kita daripada-Nya.
sebab 
memang diciptakan manusia mempunyai kelalaian.
jadi,
bersyukurlah jika Allah sentiasa hadiahkan masalah >.<

takkan nak jumpa Kekasih waktu kita ada masalah sahaja (?)
tak sweet lah (:
takkan waktu gembira bercerita dekat kekasih lain (?)
alahai, main kayu tiga kot (!)
eheh~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

1 comment:

Najiha Aqila said...

dah lame x qiam masyaallah ='(