Friday, 18 May 2012

Today, Everything is Okay ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

alhamdulillah~
hari jumaat yang sangat bermakna.
bukan kerana dapat makan angin.
bukan kerana dapat keluar shopping.
bukan kerana dapat duit yang banyak.
dan bukan juga kerana menerima tetamu meminang.

okay, merepek untuk suka-suka*


bayangkan suasana pukul 5.00 pagi dan anda mendengar nada dering.
bukan nada dering orang call~
tapi nada dering memanggil untuk dating (!)
best kowt (!)
alhamdulillah masih diberi kekuatan berdating dengan Allah.
selesai solat sunat area jam 05.30,
mata dah mengantuk tahap kritikal (!)
punya lah mind set nak tidur lepas subuh kan~
tepat-tepat habis baca mathurat, azan subuh.
solat subuh awal semestinya (!)
lipat-lipat telekung~
tak jadi tidur sebab teringat tazkirah yang dibaca hari tu =.='
mana boleh ajar tidur lepas subuh, rezeki tak masuk.
nampak sangat pemalas :p

nak hindari daripada terima pangkat yang tak baik*

aku baru teringat yang semalam aku nak tengok sangat satu video.
tapi, line tenet slow waktu malam2 kan.
so, subuh-subuh ni memang laju lah line tenetnya.
geledah jugak facebook cari balik link video yang di-share oleh kawan.
nak tahu video apa (?)
video fatimah syarha =.='
banyak lah jugak aku sempat dengar dan download.

"we are what we listen, we are what we read, we are what we see."

"tazkirah ni kita kena dengar selalu supaya hp badan kita dipenuhi bateri selalu supaya boleh dipakai bukan tidak terpakai."

"kalau kita taknak suami kita buat itu ini, kita yang kene tak buat itu ini dulu."

"seorang doktor itu tidak skema, bahkan romantik."

"Allah ni Maha Penyayang. Dia taknak campak kita ke api neraka. Sebab itu Dia bagi kita peringatan kepada kita dulu melalui Al-Quran. Pada masa yang sama, Allah itu Maha Adil. Siapa yang menzalimi diri sendiri, nerakalah tempatnya."

banyak lagi pengajaran aku dapat.
iA, sedikit sebanyak memberi aku kekuatan.
yeah, aku yakin dengan Allah.

selesai download~
beli saarapan macam biasa dekat dengan Pantai Irama.
kelantan memang biasa beli nasi berlauk pagi-pagi*
aku yang suka dengan nasi lemak kerana terpengaruh dengan perak terpaksa adapt (!)
melawat nenek dan hantar makanan.

"sedapnya nasi ayam."

tiba-tiba terlintas di fikiran aku pagi-pagi hari lagi.

tiba-tiba.

"kita buat nasi ayam hari ni nak kak lin?"

wah,. my mum macam tahu apa yang i fikirkan (:
jumaat terakhir sebelum gerak ke usim :'(
my mum pandai masak (!)
iA, satu hari nanti i akan jadi macam umi i.

selesai sarapan,
naik bilik kemas barang-barang untuk ke usim.
seriously, no mood (!)
tapi, aku kena paksa diri sebab taknak susahkan family kalau barang tertinggal =.='
rumah i bukan dekat taman u cam kawan i tu*
kelantan ---> negeri sembilan
tak apa,
doa orang bermusafir mustajab (:
moga dipermudahkan urusan pembelajaran kelak.

i really love photography.
biarlah guna kamera hp saja~
asalkan gambar yang terhasil memuaskan hati kita (!)
thats why i ni mamarazi taw.
snap picture ikut dang jah (:
so, hati-hati dengan i.

so, 
ini hasil kerja i pagi ni~
kill many birds in one time.
dapat puaskan hati buat benda aku suka.
dapat kemaskan baju sekemas-kemasnya.
dapat MPC baju.
dapat tengok kekurangan baju nak match dengan baju.


so,
when we want to do something,
kita kene fikirkan cara untuk bergembira
supaya hasilnya juga baik :D
senyum*
sama jugalah macam belajar, okay (!)

memandangkan menyahut seru fatimah syarha~
you are what you read,
aku baca buku Secubit Halwa Penawar Jiwa 
yang aku beli dekat Book Fair hampir sebulan lepas~
buku ini just cerpen-cerpen pendek yang mengisahkan 100 Kisah Kehidupan~
this is reality not fantasy (!)

aku tak suka baca novel*

actually,
aku baca ni untuk menyahut seruan fatimah syarha lagi~
kalau kita nak berdakwah, 
kita kena ada banyak ilmu dan fakta (!)
iA, try my best.

baca buku memang mengantukkan.
aku tak dapat bayang nak baca buku pelajaran balik nanti*
even semua sibuk nak ulangkaji subject science,
aku semat dalam diri~
aku nak dalami ilmu agama dulu.
sebab aku nak jalani kehidupan sebagai student yang banyak pergantungan kepada Allah lepas ni.
belajar bersungguh-sungguh dan yakin hanya Allah memberikan kejayaan.


masuk dapur dan tolong-tolong umi~
tugas i simple2 sahaja
memandangkan tak pro lagi~
tapi satu masa nanti,
i nak fokus belajar memasak, menjahit dan bercucuk tanam.
sekian*

you are what you listen (!)
aku dengar IKIM fm plak petang tadi~
tiba-tiba tajuk perbincangan best plak.
"dunia perubatan dalam perspektif Islam."
even kita belajar medik ilmu-ilmu daripada barat~
jangan lupa asal usul ilmu itu adalah daripada ilmuwan Islam like IBNU SINA (!)
so,
jangan sempitkan fikiran lagi.

i got this*

waktu petang melawat ayah saudara yang sakit.
yeah, 
just dengar perbualan my parents sajalah
sebab i memang tak tahu nak tanya apa =.=

"cepat kak lin, nak cek gigi bakal doktor gigi dulu,"

sungguh, segan dengan sepupu*

alhamdulillah~
hari yang sangat bermakna.
moga Allah redha.


Ya Allah, bimbinglah aku mencari keredhaan-Mu :'(

hidup dengan Islam itu indah (;

syukran~ 

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 16 May 2012

Indahkan Aku Dengan Mukjizat-Mu

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

bermula semalam ramai pengguna facebook
guna DP warna coklat kan (?)
excited jugak sebab nampak kemas chat box (!)
eheh~
btw, teringat aku kisah burung kecil 
yang membawa air sedikit sahaja demi menyelamatkan
kekasih Allah, Nabi Ibrahim a.s.
ada yang ketawakan burung kecil itu~
tetapi burung itu bilang.
"aku yakin bahawa Allah tengok usaha aku, bukan tengok hasilnya."
senyum*

okay, lari tajuk (!)

di sebalik semua coklat~
tiba-tiba terlihat DP warna hitam something.
aku ingat gambar yang telah dikaburkan~
so, aku bukaklah fb cik aqilah hadijah ni <3
and you know what,
aku nak nangis (!)


sejujurnya~
aku cemburu sangat tengok orang yang cintakan al-Quran :'(
kenapa sukar untuk aku sisik diri mencintainya sepenuh masa (?)
mungkin kerana terlalu lalai =.='
sesungguhnya indah sungguh peribadi orang yang mencintai al-Quran dengan ikhlas.




Inilah coretan aku di saat bulan Ramadhan tahun lepas.
bila aku tengok balik,
bermuhasabah diri,
Ya Allah, hidup di sisi-Mu terlalu indah.

aku teringat waktu trial SBP,
memang aku kurang masa belajar 
memandangkan aku nekad nak fokus dengan Ramadhan.
Selesai solat tarawih baru naik dorm baca buku,
kalau dah baca buku area jam 09.30 malam,
faham-faham lah tahap keletihannya kan (?)
tapi,
aku YAKIN Allah ada di sisi aku.

sekali result SBP keluar~
okay fine (!)
4A sahaja dan menurun bilangan A (!)
tapi,
itu bisikan syaitan yang tidak bersyukur (!)
sebenarnya result aku menaik~
sebab no more C.
waktu dapat result Bulan Ramadhan dah habis,
biasalah kan tugas syaitan nak salahkan "tindakan bodoh" baginya.

alhamdulillah~
di sebalik mencari kekuatan mengubat lara hati menerima keputusan trial SBP,
aku terpaksa fight untuk trial JPN pula.
sekali lagi menangis >.<
sebab,
macam tak percaya apa yang aku dapat (!)
"betul kah cikgu punya pemarkahan ni?"
hanya suject BAT yang membezakan gred di slip dengan markah 68.

ini hadiah Allah yang penuh rahsia*

sukar untuk kata bagaimana perasaan aku di saat memohon doa kepada-Nya.
bagaikan merasa kegembiraan orang yang baru masuk Islam sahaja (!)
mungkin aku sering tersalah langkah dalam mengatur hidup~
tetapi pada realitinya,
aku sedang mencari dan mengkaji keindahan Islam (.")


aku terlalu cintakan orang yang terlalu mencintai al-Quran.
sekian.

"kalau seorang hafiz nikah dengan bukan hafizan tak apa."

"tapi seorang hafizah perlu nikah dengan seorang hafiz."

sesungguhnya perancangan Allah lagi baik.
yakinlah dengan-Nya (!)


Ya Allah,
sempatkanlah aku memperbaiki akhlakku
seindah isi dan bahasa al-Quran <3

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sayang Kamu, Birthday Girl ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Dear Munifah Baba,
Saya bagaikan sudah terasa hari ini 17 Mei. Tertinggal tarikh 16 Mei. Entah kenapa tarikh tu menghantui saya. Bukan sengaja nak lupakan birthday awak, tapi 17 Mei lagi tak dapat lupakan apabila awak akan mendaftar ke UPM (.") Terasa berat hati nak berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin selama ini memang kita ada jarak pada alam realiti tetapi di alam maya tiada jarak kan (?) So, masih terasa dekat. Senang bercerita sana-sini. Apabila awak melangkah ke alam universiti, automatically ingatan awak pada saya akan kurang =.=' 

Bagaimana saya boleh berkata sedemikian (?) Masing-masing akan struggle dalam bidang masing-masing. Kita sama-sama berada di tangga yang sama. Manakan tidak, bukan minat kita untuk mempelajari bidang sains ini. Mungkin awak lebih seronok kalau dapat law memandangkan awak hot stuff pada sejarah, tetapi Allah hadiahkan awak sains pertanian kerana Allah tahu itu yang terbaik (: Dan awak kenal saya kan (?) Suka kepada sesuatu yang mencabar. Even saya tak minat subject sains, saya minat kedoktoran (!) Kalau boleh, nak jadi doktor tanpa belajar ilmu sains (: bukan doktor bawah jambatan* heeew~ However, Allah hadiahkan saya kos pergigian. Seingat saya, tak pernah saya jaja cerita dengan kawan-kawan yang saya nak jadi doktor gigi kan (?) Tapi lepas saya terima banyak feedback yang kata beruntunglah dapat dental, saya baru faham, ramai kaum hawa bercita-cita nak jadi dentist. Ya Allah, terlalu banyak hadiah yang Allah berikan <3


Awak,
Bermula dari tingkatan empat kita berada di dorm yang sama, kelas yang sama, tempat duduk yang sama, banyak suka duka kita kongsi bersama. Memahami awak sangatlah perit bagi saya. Mungkin kerana saya serious orangnya dan tak boleh adapt dengan suasana kanak-kanak riang (: Macam-macam salah faham antara kita berlaku. Thats why waktu tingkatan lima saya dah tak mampu berada di sisi awak dalam kelas kerana saya tak sanggup jadi GARANG lagi (!) senyum* Tapi alhamdulillah, saat-saat akhir hari persekolahan kita dapat bersama. Walaupun awak ada aimi di sisi, saya tetap rasa selesa. Sebab saya sedar saya bukan contoh teladan yang terbaik bab-bab sahsiah ni (: Kalau tak kenal awak, mungkin saya tak belajar erti kehidupan kanak-kanak riang <3


Budak comel,
Masih teringat sambutan birthday saya waktu form 4, awak terlalu banyak kejutan buat saya (!) Saya terharu, tapi saya tak tahu bagaimana nak tunjukkan keterharuan saya tu. Saya nak kiss awak tapi tak boleh. tipu* Banyak benda saya belajar dengan awak. Terlalu banyak. Mungkin satu masa nanti jalan hidup saya bersama awak akan menghasilkan sebuah novel cerita kanak-kanak mahupun novel remaja (: Dan saya pasti awak akan suka sepertimana awak suka pada Ain Maisarah (!) heeew. perasan* Dan hari ini saya nak mengaku yang saya terima pendapat awak, suka dan cinta adalah dua perkara berbeza. Itu sahaja. haha :D Beria saya kaji idea awak tahu (!)

Saya sedar karangan saya ini tidak mengikut kronologi. Idea yang datang terus mengarahkan jejari menaip. Tapi saya dapat rasakan, hanya awak yang faham surat ini dan A+ untuk saya (!) perasan lagi* Saya cuma nak pesan dekat awak, belajar di UPM nanti, jangan main-main dah. Jangan ulang kesilapan kita belajar last minutes cam SPM (: Result SPM kita dah baik dengan belajar last minutes, tapi kalau kita belajar early minutes mesti gempak kan (?) So, kita belajar daripada pengalaman bukan kesilapan, right (?) Semoga teknik kita belajar bersama di saat akhir sedikit sebanyak membantu kita belajar dengan smart dari awal lepas ni (: Saya yakin awak boleh perform (!) Dunia U bukan dunia sekolah. Result SPM hanya tiket untuk kita menuju ke mana bukan tiket kita grad dengan cemerlang di universiti. So, ingat pesan saya "thank Allah for what you have, for what you need believe Allah." tulis dekat kertas tampal dalam bilik nanti*


Saudari,
Sanah helwah (: Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Saya doakan yang terbaik buat awak yang dikasihi <3 Maafkan tindak tanduk saya yang tidak disenangi awak selama ini. Sesungguhnya saya adalah manusia yang masih belajar. Ingat saya dala  doa awak. Semoga sujud tahajjud sentiasa menghubungkan kita :'( 


Salam rindu,
SALIMI ISMAIL

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.